Wednesday, December 1, 2010

Satu Dua Tiga 25

BAB 25

            Kadir berpaling apabila pintu biliknya diketuk. Dia terkejut melihat wanita yang masuk ke biliknya. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Wanita itu tersenyum.
            “Assalamualaikum, abah!” Alina tersenyum dan terus salam Kadir.
            Kadir tercengang dengan sikap Alina yang tiba-tiba berubah. “Waalaikumussalam.” Mata masih tepat melihat kea rah Alina. Dia tidak percaya. Kebelakangan ini sikap Alina begitu dingin terhadapnya tetapi kenapa hari ini dia tiba-tiba menjadi mesra seperti pertama kali aku berjumpa dengannya.
            “Abah, dah makan tengah hari ke?” soal Alina terus duduk di kerusi yang bersebelahan katil Kadir.
            “Sudah! Aaa…Lina, tak marah abah lagi ke?” soal Kadir.
            “Marah!” Alina terkejut dengan soalan ayahnya. Marah! Bila pulak aku marah pada abah? Tiba-tiba Alina teringat kakak-kakaknya, Alina hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dah agak dah. Mesti Along dan Angah bersikap dingin pada abah. Bila masanya Along dan Angah dapat memaafkan abah? Abah bukannya sihat sangat.
“Aaa…itu dulu. Sekarang tidak lagi!” Alina tersenyum. Tangan ayahnya digenggam erat.
            Kadir tersenyum bila mendengar jawapan anak tunggalnya. “Ibu Lina tidak datang sekali ke?”
            “Tak! Ibu ada hal.” Jawab Alina. Hari ini mereka akan berpindah rumah, ibu sibuk mengemas barang-barang di rumah baru malah kedatangannya melawat abah tidak diketahui oleh Along dan Angah. Dia memberitahu mereka yang dia keluar membeli barang tetapi sebenarnya dia melawat ayahnya di hospital. Hanya ibu sahaja yang tahu. Oleh itu, dia tidak boleh berada di sini terlalu lama.
            Tiba-tiba pintu bilik Kadir diketuk, Dr. Nazri masuk. Dia terkejut dengan kehadiran Alina di bilik itu. Alina hanya tersenyum.
            “Why do you here, Lina?” soal Dr. Nazri.
            Dahi Alina berkerut bila mendengar pertanyaan Dr. Nazri! Pelik . “Is it wrong for me to visit my father?”
            “No. Beberapa hari yang lalu, awak bersikap dingin pada saya, Uncle Kadir dan Zahari seperti awak benci kepada kami. Awak bercakap kurang ajar pada Uncle Kadir. Takkan awak sudah lupa semua itu. Sekarang ini awak datang ke sini seolah-olah tiada apa-apa berlaku.”
Marah Dr.
Nazri.
            “Nazri!” tegur Kadir. Dia tidak mahu Nazri bergaduh dengan Alina.
            “Apa!” Alina tergamam.
            Dr. Nazri berasa pelik dengan kelakuan Alina. Kenapa pulak dia terkejut?
Alina menundukkan kepalanya. Apa lagi yang Along dan Angah buat sepanjang ketiadaan aku di sini? Alina menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. “Abah, Lina minta maaf jika Lina pernah terkasar bahasa pada abah. Kebelakangan ini mood Lina tidak berapa baik. Lina minta maaf ye!” Alina memegang tangan erat tangan ayahnya.
            Kadir hanya tersenyum. Dia gembira kerana Alina tidak bersikap dingin pada dirinya lagi. Dia berjanji dia akan menyayangi Alina selama-lamanya. Alina adalah satu-satunya zuriat yang dia ada sekarang.
            “Dr. Nazri! Lina minta maaf ye.” Ucap Alina dengan lembut.
            Dr. Nazri hanya menganggukkan kepalanya. Alina ni macam Dr. Jekyll dan Mr. Hyde. Orang yang sama tetapi mempunyai dua personality iaitu baik dan jahat. Alina seperti ini ke?
            Alina sedar Dr. Nazri sedang merenungnya. Pasti Dr. Nazri rasa aku ni pelik! Ini semua gara-gara Along dan Angah. Asyik wujudkan masalah sahaja. Alina tiba-tiba bangun. “Abah, Lina balik dulu ye! Lina tak boleh tinggalkan ibu lama-lama. Abah faham kan dengan keadaan ibu sekarang ni.”
            “Abah, faham! Lina balik cepat. Temankan ibu Lina. Esok Lina boleh datang lagi.”
            Alina terus bersalam dengan ayahnya. “Lina balik dulu ye! Esok Lina datang lagi.” Alina tersenyum sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Dia perlu segera beredar dari situ sebelum mereka syak sesuatu. Ahh…pasti sekarang ni mereka sudah syak sesuatu. Langkah Alina diatur laju tanpa mempedulikan seorang lelaki yang sedang melihatnya dari jauh.

                                    ***********************************

            “Assalamualaikum! Uncle, apa khabar?” tegur Iskandar apabila melangkah masuk ke bilik itu. Cermin mata hitam berjenama Emporio Armani 9704 ditanggalkan.
            “Sihat!”  jawab Kadir.
            “What’s up, my friend?” tegur Iskandar melihat Dr. Nazri sedang memeriksa Uncle Kadir.
            “Good. Ponteng kerja ke?”
            “Hish….kau ingat aku ni kaki ponteng kerja ke? Kerja aku di pejabat tu berlonggok, kau tahu tak! Takkan ler aku nak terperap duduk di sana. Sesekali nak jugak aku menghirup udara yang bersih dan nyaman.” Iskandar terus duduk tanpa dipelawa oleh Kadir.
            “Betul ke atau kau sebenarnya nak larikan diri daripada Sofea!” Dr. Nazri ketawa. Dia kenal sangat dengan Iskandar. Sejak kecil lagi mereka bersahabat baik, buruk baik Iskandar semua dia tahu.
            “Shisss….Kau jangan sebut nama tu, nanti tak pasal-pasal dia muncul kat sini. Nanti kau pun teruk jugak kalau dia bawa Suhaila bersama.” Iskandar membuat mimic muka.
            Kadir ketawa melihat telatah mereka berdua. Selama ini Iskandar, Zahari dan Nazri telah dianggapnya seperti anaknya sendiri. Hidupnya sunyi.Telatah mereka bertiga menjadi pengubat kesunyian di dalam hatinya. Kartika dan anak-anaknya langsung tidak mempedulikan dirinya seolah-olah dirinya tidak wujud. Kasihan pulak melihat mereka berdua yang mangsa buruan cinta anak-anak tirinya.
            “Uncle rasa lebih baik kamu berdua kahwin cepat. Bila kamu berdua sudah berkahwin pasti Sofea dan Suhaila tidak akan ganggu kamu berdua lagi.”
            “Uncle pasti ke? Sorry, uncle! I have to say this. Mereka berdua tu jenis manusia yang tidah faham bahasa dan jenis tidak kenal erti putus asa.”
            Kadir ketawa. Dia faham apa yang Iskandar cuba katakan. Sofea dan Suhaila memang degil. Sudah beberapa kali dia melarang mereka dari mengganggu Iskandar dan Nazri tetapi tidak diendahkan langsung.  “Tadi, Iskandar ada terserempak dengan Alina tak? Alina baru saja keluar tadi.”
            “Tak! Is tak jumpa sesiapa pun masa datang ke sini.” Jawab Iskandar . Sewaktu dia berjalan menuju ke bilik Uncle Kadir, dia tidak berjumpa dengan sesiapa pun tetapi dia ternampak Aleya. Apa dia buat di sini? Ada saudara mara dia yang sakit ke?
            “Kamu berdua belum berjumpa lagi kan? Auntie Munirah pun, Iskandar tak pernah jumpa lagi kan?”
            “Belum, Uncle!”
            “Uncle Kadir, saya keluar dulu. Saya nak periksa pesakit lain pula. Petang nanti saya datang tengok Uncle.”
            “Baiklah!” jawab Kadir melihat kelibat Dr. Nazri hilang dari pandangannya.
“Selepas ini, Is ada hal ke?”
            “Hmm…pukul 1.00 petang ni, Is perlu berjumpa dengan arkitek import dari London.”
            “Aleya!”
            “Ya, Aleya! Ada lagi beberapa perkara yang perlu dibincangkan. Uncle jangan risau! Projek hotel 5 bintang di Pulau Langkawi pasti akan berjalan dengan lancar. Is akan pastikan hotel kita bertaraf antarabangsa.” Yakin Iskandar.
            Kadir tersenyum. Iskandar seorang yang kuat berusaha dan bercita-cita tinggi. Sikap Iskandar seperti dirinya. Sebab itulah dia mengamanahkan Iskandar memangku jawatannya sehingga dirinya pulih. Dia percaya dan yakin kemampuan Iskandar menguruskan syarikatnya. 30 peratus saham di syarikatnya adalah milik Tengku Ismail. Jadi Iskandar juga berhak ke atas syarikatnya juga.
            “Hubungan Uncle dan Auntie Munirah dah bertambah baik ke?” soal Iskandar secara tiba-tiba.
            Kadir mengeluh. “Tiada apa-apa perubahan.Berdasarkan kepada gerak-gerinya, dia tetap bertegas untuk bercerai dengan Uncle. Semua ini salah Uncle! Jika dulu Uncle layan Auntie dengan baik, pasti semua ini takkan berlaku. Uncle menyesal Is.” Nada suara Kadir berubah sebak.
            “Perkara itu dah lama berlaku, Uncle. Setiap orang pasti melakukan kesilapan. Yang penting sekarang ini adalah bagaimana untuk memikat Auntie Munirah supaya hatinya terbuka untuk menerima Uncle kembali. Hati wanita seumpama pintu yang berkunci so Uncle perlu menjadi kunci untuk membuka pintu hati Auntie Munirah. Dulu kan Uncle playboy. Takkan la Uncle sudah lupa macam mana nak memikat.”
            “Hish….itu dulu. Sekarang ni Uncle dah tua, Is.”
            “Itu namanya romantic, Uncle. Mulai sekarang, Uncle ada matlmat. Matlamat Uncle adalah untuk memenangi hati Auntie Munirah. Uncle beri bunga ke? Present ke? Kereta ke? Ataupun makan malam yang romantic antara Uncle dan Auntie Munirah? Kalau Uncle buat macam tu, Is percaya hati Auntie Munirah akan cair . Believe me!”
            “Masalahnya sekarang ni, Uncle tak tahu apa yang Auntie Munirah suka. Sepanjang 2 tahun kami tinggal bersama, Uncle tidak pernah ambil tahu pasal dia. Bunga kegemaran dia? Makanan kesukaan dia? Hobi dia? Segala-gala tentang dirinya, Uncle tak tahu. Tarikh lahir dia pun Uncle, tak tahu. Uncle memang kejam kan, Is.” Kadir tersenyum hambar.
            Iskandar menyentuh lembut bahu Kadir. “Semua itu belum terlambat lagi, Uncle. Inilah masa untuk Uncle perbaiki segala-galanya. Jika Uncle tak tahu, Uncle boleh tanya Alina atau Uncle upah orang untuk selidik  tentang Auntie Munirah. Pasti Uncle ingin tahu kehidupan Auntie Munirah selama 25 tahun di London kan. Sekarang ini Uncle kena belajar mengenali Auntie Munirah dengan lebih dekat.Setiap perkara tentang Auntie Munirah, Uncle mesti tahu” Jelas Iskandar.
            Kadir menganggukkan kepalanya. Kata-kata Iskandar ada benarnya. Mulai hari ini, aku perlu berubah. Aku perlu kuat demi Munirah dan Alina. Aku akan suruh orang siasat tentang Munirah dan Alina. Aku nak tahu macam mana kehidupan mereka di London selama ini.
            “Jadi sekarang ini, Uncle mesti sembuh cepat. Ikut nasihat Dr. Nazri, mesti makan ubat tepat pada waktunya. Uncle mesti jaga kesihatan dengan baik.” Iskandar tersenyum. Dia sentiasa berdoa agar hubungan antara Uncle Kadir dan Auntie Munirah bertaut kembali walaupun dia belum lagi berjumpa Auntie Munirah tetapi dia yakin Auntie Munirah seorang wanita yang baik dan dapat membahagiakan Uncle Kadir satu hari nanti.

                                                ***************************
            Sudah 20 minit Aleya duduk di situ, kelibat Iskandar masih juga belum muncul. Aleya mengemaman bibirnya menahan geram. Matanya dilirikan kea rah jam tangan berjenama Christian Dior Crystal miliknya. Janji jumpa pukul 1.00 petang di Secret Recipe Ampang Point. Sekarang ni batang hidup pun tak nampak lagi. Lelaki ini cuba mainkan aku ke?
            “Maaf terlambat! Tadi saya melawat pak cik saya di hospital.” Jelas Iskandar apabila tiba di situ. Butang kot bajunya dibuka sebelum duduk di hadapan Aleya.
            “Can I start now?” kata Aleya tanpa mempedulikan kata-kata Iskandar.
            “Pak Cik saya, Dato’ Kadir! Pasti awak kenal kan.” Iskandar tersenyum.
            “Like I care! Now, can we start?”tegas Aleya. Lelaki ini memang sengaja nak bazirkan masa aku.
            “Awak ni sentiasa bersikap dingin! Awak ada masalah ke” soal Iskandar. Kenapa wanita ini sering bersikap dingin lebih-lebih pada aku? Mungkinkah wanita ini menyukai aku dalam diam? Selalunya wanita kalau bersikap dingin pada seseorang pasti dia menyukai orang itu. Fuad pernah beritahu aku. Wanita seperti ini ada juga. Iskandar tersenyum lebar.
            “No! Tengku, tujuan saya datang ke sini adalah untuk menunjukkan draf bangunan Hotel Tengku yang saya sudah perbaiki semalam. Tentang masalah orang lain, saya tak mahu ambil tahu.”
            “Baiklah! Saya mengalah. Awak nak makan apa? Saya belanja. Hmm….kek di sini semua sedap. Saya selalu lepak dengan kawan-kawan di sini. Awak nak kek berperisa apa? Ada yogurt cheese cake, New York cheese cake, chocolate mud cake, chocolate strawberry cake dan Durian cheese cake! Aaa…awak pasti tak pernah makan buah durian kan! Awak mesti rasa Durian cheese cake!”
            “Tengku! Saya sudah kenyang. Kalau Tengku nak makan, Tengku makan selepas urusan kita selesai.” Aleya merenung lelaki itu. Aleya sedaya-upaya menahan kemarahannya. Aleya ingin selesaikan segala-galanya  hari ini juga.
            “Saya lapar! Saya belum makan tengahhari lagi. Selepas kita makan, baru kita berbincang pasal perkara ni. Oh ya, apa awak buat di hospital tadi? Ada suadara mara awak yang sakit ke?” Iskandar tiba-tiba teringat .
            “Hospital!” Aleya terkejut. Bila pulak aku pergi hospital? Aku datang sini dari rumah. Mata Aleya tiba-tiba menjadi bulat. Acu! Aleya mengetap bibirnya menahan geram. Nampaknya Acu telah berbohong dengan aku. Kata pergi beli barang, rupa-rupanya melawat lelaki itu.
            “Ya, hospital! Awak melawat siapa?” soal Iskandar ingin tahu.
            Aleya tiba-tiba terus bangun. “We’ll discuss later. I’ll have something to do.” Kata Aleya terus mencapai fail dan begnya. Dia paling tidak suka kalau orang berbohong padanya.
            “Apa!” Iskandar tercengang. Aleya terus meninggalkannya. Mata Iskandar terkebil-kebil, dia tak faham apa yang telah berlaku. Tadi beriya-iya nak bincang, sekarang ni pulak beriya-iya nak balik. Dia ni ada masalah mental ke?

                                    **************************************

            Langkah Aleya diatur pantas sebaik saja keluar dari kereta. “Acu! Acu!” panggil Aleya apabila tiba di ruang tamu. Matanya melirik ke semua sudut di rumah itu. “Acu! Acu! Acu!”
            “Along, kenapa ni? Suara Along boleh buat rumah ni bergegar.” Alisa tiba-tiba muncul dari dapur. Dia sedang memasak di dapur sewaktu mendengar kakaknya menjerit nama adiknya. Sudip di tangannya masih dipegang.
            “Acu mana, Angah?” soal Aleya.
            “Ada.” Jawab Alisa berpaling ke arah dapur. Alina berjalan tergesa-gesa di dapur. Dia tengah memotong sayur ketika itu.
            “Ya, Along! Apa halnya?” Alina hairan.
            “Why did you liar to me?” Bulat mata Aleya merenung adiknya.
            “Aaa….apa yang Along cakapkan ini?” Wajah Alina berubah.
            “Stop pretending that you don’t know anything. I said again why you liar to me?” tegas Aleya. Dia mendekati Alina. Alisa bingung. Dia tak faham apa yang berlaku. Apa yang membuatkan kakaknya mengamuk secara tiba-tiba?
            “So you know, right!” Alina sudah dapat meneka. Pasti Along sudah tahu aku berbohong padanya.
            “ Yes! You know I hate people liar to me.”
            “I’ll know it’s my fault. I’m afraid you angry to me if you know I’m go to visit him.  I miss him. Salah ke seorang anak melawat ayahnya yang sedang sakit?” ucap Alina dengan lembut.
            “It’s his problem. Acu tahu tak, tindakan Acu ini membawa keburukan pada kita semua.”
            “Apa yang Along merepek ni. Along! Dia ayah kita. Walaupun Along dan Angah tidak mengaku abah ayah kandung kita, Acu tetap mengaku abah sebagai ayah kandung Acu.Kenapa Along dan Angah begitu kejam pada abah?”
            Alisa hanya menggelengkan kepalanya.
            “Listen here! Mulai sekarang, Along tak akan benarkan Acu dan ibu berjumpa abah lagi. Faham tak! Tinggal saja di rumah. Kalau Acu rindu sangat pada lelaki itu, Acu boleh call dia tetapi jangan sesekali beritahu dia, kita tinggal di mana. Understood! Angah, pasti Acu dan ibu tidak ke mana-mana sewaktu Along tiada.” Tegas Aleya. Dia terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik dihempas dengan kuat.
            “Along!” jerit Alina. Dia tidak suka dengan sikap Aleya terhadapnya.
            “Along buat semua ini untuk kebaikan kita semua.”
            “Kebaikan kita semua atau kebaik Along dan Angah sahaja?” nada suara Alina berubah. Dia sudah tak tahan dengan sikap kedua-dua kembarnya.
            “Pernah tak Acu berfikir yang kemungkinan orang-orang Datin Kartika mengekori Acu balik selepas  Acu melawat lelaki itu? Sewaktu balik tadi, Acu ada pastikan ke tiada sesiapa mengekori Acu. Pasti sekarang ini Datin Kartika sedang mencari kita dan salah satu cara dia untuk mencari kita adalah apabila Acu dan ibu pergi melawat lelaki itu. Acu mahu ke  sesuatu terjadi pada ibu? Acu fikirlah baik-baik.” Alisa terus masuk ke dapur. Sakit hatinya bila mendengar kata-kata Alina tadi.
            Alina kaku. Kata-kata Alisa ada benarnya. Air matanya tiba-tiba mengalir. Dia sudah tersalah anggap pada kakaknya.
            “Acu, apa halnya ni? Apa yang berlaku? Kamu bertiga bergaduh ke?” Munirah segera keluar dari biliknya selepas sahaja menunaikan solat zohor. Bising. Munirah melihat kea rah Alina yang sedang menangis. Munirah bingung. Apa yang telah berlaku?

Sunday, November 28, 2010

Satu Dua Tiga 24

BAB 24

Munirah melihat ke arah jam dinding di biliknya. Baru pukul 6.15 pagi! Siapa pulak yang masak awal-awal pagi sebegini. Perlahan-lahan Munirah bangun, bahagian kakinya yang patah masih lagi sakit. Tongkat yang berada disebelahnya di ambil. Kain telekung yang dipakainya sebentar tadi dilipat dan diletakkan di atas katil. Pintu bilik dibuka dan langkahnya diatur satu persatu menuju ke dapur.
            “Awalnya Along bangun pagi ni! Lapar sangat ke?” tegur Munirah. Dia terkejut melihat wanita yang sedang memasak di dapur. “Acu!”
            Alina tersenyum. “Ibu!” jerit Alina terus memeluk ibunya. Hampir dua minggu dia tidak berjumpa dengan ibunya, setiapa hari dia sangat merindui ibunya.
            Munirah tersenyum sambil menepuk perlahan-lahan bahu anak bongsunya. Sejak kecil lagi Alina manja dengannya. Ke mana saja dia pergi, Alina pasti akan menemaninya. “Kenapa tak beritahu ibu yang Lina balik hari ini?”
            Pelukannya terlerai bila mendengar kata-kata ibunya. Alina merenung ibunya. Pelik! “Takkan Along tak beritahu ibu yang kami balik hari ini?”
            “Kami!” Munirah terkejut.
            “Siapa tak kenal dengan perangai Along tu, Along kan workaholic. Bila dapat je satu projek, dia akan menghadap benda tu siang malam. Kalau tidak makan minum seharian pun, Along tak kisah.” Alisa mencelah. Alisa yakin pasti kakaknya terlupa untuk beritahu ibu tentang kedatangan mereka. Dia baru saja keluar dari biliknya. Alisa mendekati ibunya dan terus menghulurkan tangannya untuk bersalam. “We’re back.” Alisa tersengih.
            Munirah tersenyum lebar melihat kedua-dua anak perempuannya. Hatinya lega bila melihat mereka di depan matanya, sepanjang dia berada di Malaysia, dia selalu risau bila memikirkan anak-anaknya yang tinggal di London. Setiapa hari dia sering tertanya-tanaya sama ada anaknya itu ,sudah makan ke belum? Sihat ke tidak?
            “Ibu, abah macam mana? Along beritahu semalam, ibu melawat abah di hospital.” Soal Alina secara tiba-tiba.
            Alisa mengerutkan dahinya. Berdesing telinganya apabila mendengar pertanyaan adiknya. Alisa terus berlalu ke dapur tanpa mempedulikan ibu dan adiknya.
            Munirah menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. Matanya melirik ke arah Alisa yang terus meninggalkan mereka berdua sebaik saja nama ayah mereka disebut. Perangai Along dan Angah sama saja.
            “Ibu, biarlah! Satu hari nanti Acu yakin mereka akan memaafkan abah Cuma masa saja yang akan menentukan.” Alina memegang erat tangan ibunya. Dia faham apa yang difikirkan oleh ibunya.
            Munirah hanya tersenyum. Tangan anaknya digenggam erat.

                                                ***************************

            Maria menghentikan keretanya di tepi sebaik saja melihat wanita yang keluar dari kereta Proton Wira berwarna hitam itu. Kartika! Setiap gerak geri Kartika  diperhatikannya. Apa dia buat di sini? Kenapa dia berada di hadapan rumah Kak Munirah? Maria melihat Kartika masuk ke dalam kereta BMW silver miliknya dan berlalu pergi bersama kereta Proton Wira yang mengekorinya dari belakang. Maria mula berasa tidak sedap hati, kehadiran Kartika di sini pasti ada sesuatu yang akan berlaku. Maria mempakirkan keretanya di luar rumah Munirah. Sebaik saja keluar dari keretanya, Munirah bergegas ke rumah Munirah. Dia meluru masuk ke rumah itu tanpa mengetuk pintu rumah itu terlebih dahulu. Apa yang bermain di fikirannya sekarang adalah memberitahu Kak Munirah apa yang telah dilihatnya sebentar tadi. “Kak Munirah! Kita ada masalah besar!”
            Langkah Maria terhenti dan badannya menjadi kaku. Dia tergamam melihat 3 orang wanita yang berada di ruang tamu. Mereka juga turut sama terkejut dengan kehadiran Maria. Mata Maria tidak berkelip malah pandangannya tepat ke arah mereka bertiga. “Satu. Dua, Tiga!” Maria mula mengira.
            “Auntie Maria!” tegur Alina. Aleya dan Alisa berpandangan antara satu sama lain.
            “Maria!” Munirah juga terkejut dengan kehadiran Maria.
            Bibir Maria terketar-ketar untuk menyatakan sesuatu tetapi tidak kedengaran. Aku mimpi ke? Betul-betul kembar seiras! Tiba-tiba saja pandangannya menjadi gelap.
            “Auntie Maria!” jerit Alina. Maria suda terbaring di lantai. Pengsan!Alina mendekati Auntie Maria.
            Munirah tergamam bila melihat Maria tiba-tiba saja pengsan. Perlahan-lahan dia berjalan menggunakan tongkatnya menghampiri Maria.
            Aleya hanya mengeluh dan kepalanya digeleng beberapa kali.
            “Along , kenapa setiap kali orang nampak kita bertiga ada yang pengsan, ada yang kaku dan ada jugak ternganga mulut? Muka kita ni ada masalah ke?” Alisa menoleh ke arah Aleya yang masih berdiri di sisinya.
            “Muka kita tak ada masalah! Hanya pandangan mereka terhadap kita saja yang ada masalah.” Aleya terus mengikat rambutnya.
            “Pelik sangat ke kita ni? Dah namanya kembar seiras memang confirm la muka kita ni  seiras. Datang dari acuan yang sama jadinya hasil pun sama la.” Alisa mula berleter.  
            “Ini semua anugerah Allah S.W.T.  Dah memang suratan takdir, ibu mengandung kita bertiga. Biarlah mereka dengan pandangan mereka sendiri. Janji jangan ganggu kita sudahlah.”  Aleya melihat ke arah Alina yang sedang membantu Auntie Maria. Aleya ingin menolong.
            “Itu Angah tahu, tetapi Angah tak suka cara mereka memandang kita. Macam kita ni dari planet lain? Ada tanduk ke atas kepala kita?”  Alisa masih membebel lagi.
            Aleya mengetap bibir menahan geram. “Angah, zip it!” Aleya menunjukkan isyarat supaya adiknya itu tidak bercakap lagi. Angah kalau bercakap macam keretapi, tak berhenti-henti. Aleya menunding jari pada Auntie Munirah yang sedang berbaring. Mereka sepatutnya menolong Auntie Maria bukannya bercakap kosong.
            Alisa hanya tersengih.
            “Along! Angah! Kenapa tercegat kat situ lagi? Tolong la angkat Auntie Maria! Takkan la nak biarkan Auntie Maria terbaring di sini!”
            “Along! Angah! Tolong Acu!” ujarnya Munirah. Dia berasa resah.
            “Ibu, auntie Maria cuma pengsan! Mungkin dia terkejut sebab nampak Along, Angah dan Acu.” Alina tahu pasti ibunya bimbang melihat Auntie Maria tiba-tiba pengsan.
            Aleya dan Alisa segera menghampiri dan perlahan-lahan mengangkat Auntie Maria menuju ke sofa.

                                    ***********************************

            “Ibu, lamanya Auntie Maria pengsan! Hampir 30 minit, Angah rasa lebih baik jika kita bawa Auntie Maria ke hospital.” Alisa bersuara.
            “Sekejap lagi, ibu rasa Maria akan sedar. Kita tunggu 5 minit lagi. Kalau selepas 5 minit Maria masih belum sedar, kita bawa dia ke hospital.”
            Aleya dan Alina hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. Tangan Alina pula ligat mengipas Auntie Kartika.
            “Ibu!” Alina tiba-tiba bersuara apabila melihat kelopak mata Auntie Maria mula bergerak. “Auntie Maria! Auntie.” Panggil Alina cuba menyedarkan Auntie Maria.
            Perlahan-lahan Maria membuka matanya. Pandangannya dialihkan pada suara yang sedang memanggilnya. Dia terkejut melihat mereka bertiga. Pantas Maria bangun dan duduk memandang mereka.
            “Maria!” panggil Munirah.
            Maria menoleh ke arah Munirah. Lidahnya kelu untuk berkata. Dia masih lagi terkejut. Pandangannya dialihkan pada mereka bertiga yang sedang memandangnya. Matanya tidak berkelip merenung mereka. “Bukan ke dua daripada kamu sepatutnya berada di London?” Akhirnya Maria bersuara.
            “Baru saja pagi tadi kami sampai,Auntie.” Alina tersenyum.
            Alisa merenung Maria. Pandangannya pelik. “Macam mana Auntie tahu pasal kami berdua?”
            Belum sempat Maria menjawab pertanyaan Alisa, Aleya mencelah.
            “Pasti Uncle Ismail beritahu Auntie kan?”
            “Aleya!” Maria menyebut nama itu. Dia yakin pasti wanita yang mengikat rambut ini adalah Aleya. Tentang perkara ini hanya Aleya yang tahu.
            “Ya!”
            “Aleya, jangan salahkah Uncle Ismail ye! Hanya Auntie dan Uncle saja yang tahu. Iskandar tak tahu apa-apa pun.” Kartika takut Aleya akan salah faham terhadap suaminya.
            “Don’t worry! I’ll understand, Auntie.”
            “Alisa!” Maria memandang ke arah Alina. Dia cuba untuk mengenali mereka.
            “Saya Alina!” Alina tersenyum simpul. Alisa hanya mengangkat tangannya.
            “Oooo….Sorry! Auntie pun tak sangka macam mana Auntie boleh pengsan!Pada hakikatnya ibu Auntie dan nenek kamu pun kembar seiras juga” Maria ketawa kecil dan menunduk malu.
            “Kami dah biasa, Auntie! Lebih teruk dari auntie pun ada.” Alisa bergurau.
            “Maria, kakak minta maaf sebab tidak beritahu  Maria tentang 2 orang lagi anak kakak selain Alina.”
            “Kenapa kakak rahsiakan perkara ini? Abang Kadir tahu tak yang dia ada lagi 2 orang anak?’ Soal Maria bertubi-tubi.
            Munirah mati kata-kata. Perlahan-lahan mata Munirah dialihkan pada Aleya dan Alisa yang sedang memandang ke arahnya. Sebaik saja sedar ibu mereka sedang memandang mereka, serentak pandangan mereka berdua dialihkan ke arah lain.
            Maria berpaling. Maria sedar akan perubahan wajah Munirah apabila soalan itu ditanyakan. Kenapa Kak Munirah melihat ke arah mereka berdua? Dia tiba-tiba teringat kata-kata Kadir semasa dia melawat Kadir di hospital semalam. Kadir mengadu padanya yang Alina tidak menjenguk dirinya malah layanan Alina juga dingin. Mungkinkah mereka berdua ni….?
            “Maria, kakak ada sebab kakak sendiri kenapa kakak tidak beritahu kamu semua tentang Aleya dan Alina. Kakak harap Maria faham.”
            Maria hanya menganggukkan kepalanya. Matanya masih tidak berganjak dari memandang Aleya dan Alisa.
            “Auntie! Selalunya kalau auntie nak datang sini, auntie akan call dulu tetapi hari ini tiba-tiba saja auntie terjah rumah kami, ada apa-apa ke?” Alisa bertanya.
            “Aduh, macam mana pulak aku boleh lupa!” Maria tiba-tiba teringat apa yang dilihatnya sebentar tadi. “Kak Munirah, semasa Maria datang sini, Maria nampak Kartika di luar rumah Kak Munirah. Kelakuan dia pelik. Dia bercakap dengan seorang lelaki yang berada di dalam kereta di hadapan rumah kakak. Selepas beberapa minit, mereka berdua berlalu pergi dengan kereta yang berasingan. Maria risau! Maria pasti dia sedang merancang sesuatu pada kakak sekeluarga. Rumah ini tidak selamat lagi. Maria rasa hari ini kakak dan anak-anak kakak mesti berpindah. Kakak tinggal sahaja di rumah Maria di Puchong.”
            “Along, kenapa Along tak tampar saja perempuan tua tu sepertimana Along pernah tampar Sofea hari itu? Sekarang ni perempuan tua tu, sudah melampau! Apa lagi yang dia nak lagi dari kita, hah!” Alisa berang selepas mendengar kata-kata Maria.
            “Angah! Be careful with your words.” Munirah menegur Alisa. Percakapannya sering melampaui batas.
            Maria terkejut apabila Alisa bersuara. Karekternya benar-benar berbeza dari Alina. Pandangannya beralih pada Aleya yang masih berdiam diri tetapi wajahnya serius seolah-olah dia sedang memikirkan sesuatu. Aleya pernah tampar Sofea! Ini berita sensasi.
            “Kenapa ibu? Kenapa kita mesti baik dengan mereka ? Tujuan ibu balik bukannya bertujuan untuk mengganggu rumahtangga dia tetapi ibu hanya ingin meminta cerai dengan cara baik. Kenapa pulak dia mesti rasa dirinya tergugat selepas 25 tahun? Selama ini suami dia kan sayangkan dia.  Kalau dia ingat kita nak berebut harta suami , dia silap sama sekali.” Tegas Alisa.
            “Angah!” tegur Alina. Dia sedar akan perubahan wajah Auntie Kartika.
            “Angah, zip it!” tegur Aleya pula. Dia merenung adiknya.
            “Along say something!” Alisa geram. Dia merenung kakak kembarnya. Kenapa Along masih lagi tenang? Sakit hatinya bila Aleya menyuruhnya diam.
            “Angah! Hidup ini tidak selalunya indah, kadang kala mimpi buruk sering menjadi kenyataan. Angah nak tahu tak, apa mimpi buruk Datin Kartika selepas ini?”
Aleya tersenyum. Alisa kaku. Apa yang cuba dikatakan oleh Aleya?
            “Kita!” Senyuman Aleya semakin lebar.
            Wajah Alisa yang masam tadi tiba-tiba menjadi ceria. Pasti Along sudah mendapat idea bagaimana untuk ajar Datin Kartika.
            “Along! Angah!” Alina mula susah hati.
            Maria masih berdiam diri. Seram betul bila dengar kata-kata Aleya tadi. Apa yang sedang dirancangkannya?
            “Kamu berdua nak buat apa lagi. Cukuplah! Ibu tak suka kamu berdua berperangai sebegini. Ibu faham kenapa Datin Kartika buat semua ini. Dia hanya cemburu. Itu saja. Selepas penceraian ibu selesai, kita akan segera pulang ke London. Faham! Ibu beri amaran pada kamu berdua jangan buat sesuatu tanpa pengetahuan ibu, faham tak?” Munirah meninggikan suaranya. Kali ini dia mesti bertegas dengan anak-anaknya.
            “Ini….” Alisa tidak puas hati. Kenapa setiap kali, ibu yang perlu bertolak ansur?
            “Zip it!”  Kini giliran Munirah pula menunjukkan isyarat supaya Alisa tidak bersuara lagi.
            Alisa membuat mimic muka dan matanya dilirikan kepada Aleya. Kembarnya juga membuat isyarat seperti ibunya.
            Alina hanya tersenyum. Geli hati bila ibu juga bercakap seperti itu. Angah bila bercakap jangan harap la dia nak mengaku kalah. Kalau dibiarkan, esok pagi pun Angah tidak berhenti bercakap.
            Setelah melihat Alisa tidak bercakap lagi, Munirah menoleh ke arah Maria. “Maaf, Maria! Anak-anak sekarang ni!” Munirah berasa malu dengan kelakuan anak-anaknya.
            “Maria faham!” Maria cuba tersenyum.
            “Kakak nak minta tolong sikit dengan Maria! Sementara waktu ini, boleh tak kalau kakak tinggal di rumah Maria di Puchong dahulu sebelum kami dapat rumah sewa yang baru? Itu pun kalau tidak menyusahkan maria.” Kata Munirah dengan lembut. Sebenarnya dia bimbang dengan keselamatan anak-anaknya. Pilihan terbaik adalah dia dan anak-anak tinggal di tempat lain.
            “Tidak menyusahkan Maria pun. Kakak tidak payah la cari rumah sewa lain. Duduk saja rumah Maria tu. Kami jarang balik ke situ. Kakak tinggal saja di situ sehingga urusan kakak di sini selesai. Membazir saja sewa rumah.” Maria tersenyum.
            “Terim kasih, Maria!” Munirah memegang erat tangan sepupu suaminya itu.
Renungannya masih tepat ke arah Aleya. Hatinya tiba-tiba resah melihat Aleya yang hanya tenang dan berdiam diri. Ini bukan sikap Aleya. Pasti Aleya sedang merancang sesuatu.Dia kenal sangat dengan sikap sebenar anak sulungnya itu. Aleya sedar ibunya sedang memerhati dirinya. Aleya berlagak seperti biasa seolah tiada apa-apa yang akan berlaku.

Monday, November 22, 2010

Satu Dua Tiga 23

BAB 23

            Langkah Aleya diatur pantas menuju ke bilik 78. Aleya bimbang jika sesuatu terjadi pada ibunya. Hampir 3 jam dia meninggalkan ibunya di hospital. Dia menjangkakan perjumpaannya dengan Tengku Iskandar tidak memakan masa lebih dari 30 minit namun sebaliknya ia memakan masa hampir 3 jam. Aleya gelisah bila memikirkan ibunya ditinggalkan bersendirian bersama lelaki itu. Aleya tahu niat ibunya hanya melawat tetapi macam-macam boleh berlaku dalam masa 3 jam ini. Bagaimana jika lelaki itu berjaya memujuk ibu? Bagaimana jika ibu membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan lelaki itu? Tidak, aku tak boleh biarkan ianya terjadi. Aleya mempercepatkan langkahnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, nama Alisa tertera di skrin telefon bimbit miliknya.
            “What’s up, sis?” Aleya tiba-tiba berhenti.
            “Kami sekarang ni di airport! Angah dan Acu sudah buat keputusan. Kami akan pulang ke Malaysia.” Alisa sedar keputusan yang drastic ini pasti akan memeranjatkan kakaknya.
            “What!” Suara Aleya meninggi.
            “Kami tak boleh biarkan Along dan ibu bersendirian di sana.” Alisa memandang ke arah Alina yang sedang memerhatinya.
            “Tapi di sini bahaya, kami akan balik ke London tidak lama lagi selepas urusan Along selesai. You don’t have to come here.” Aleya bertegas.
            “We’re family, Along! Walauapa yang terjadi, kita tetap bersama. Along, hati kami takkan tenang di sini apabila memikirkan Along dan ibu berada di sana. Jika Angah dan Acu ada, kami boleh jaga ibu apabila Along keluar berjumpa client Along. Kaki dan tangan ibu masih boleh sembuh lagi. Kami risau dengan keadaan ibu lebih-lebih lagi Acu.”pujuk Alisa.
            Aleya mengeluh. Kata adiknya ada juga betulnya, setiap kali dia keluar berjumpa dengan Tengku Iskandar, dia berasa bimbang bila meninggalkan ibunya keseorangan lebih-lebih dengan keadaan ibu sekarang ini. “Baiklah, filght Angan pukul berapa?”
            “Lagi 30 minit lagi, kami akan berlepas. See you, sis! Kirim salam kami pada ibu. Bye!” Alisa tersenyum sebelum menamatkan perbualan mereka berdua.
            Aleya merenung telefon bimbitnya. “Lagi 30 minit nak berlepas, baru beritahu aku! Bertuah punya adik.” Aleya menggelengkan kepalanya beberapa kali.
            “Apa kau buat di sini, hah?”
            Aleya berpaling apabila dirinya tiba-tiba disergah oleh seseorang. Aleya melihat wanita itu dengan pandangan yang pelik. Siapa pulak ni?
            “Hey, aku tanya kau la, Alina! Kau dah pekak ke?”
            Aleya menarik nafas dalam-dalam apabila mendengar kata-kata wanita itu. Siapa pulak la perempuan ni? Suara dia nyaring betul .Aleya melihat di sekelilingnya. Banyak mata sedang memerhati ke arah mereka. “Excuse me!”
            “Kau ni memang menjengkelkan! Hey, kau memang sengaja nak naikkan darah aku kan!Kau sengaja rekakan cerita supaya mama aku percaya yang kau ada rakam pengakuan mama aku supaya kau dan ibu kau bebas melakukan apa saja. Kau ingat kami bodoh.” Marah Suhaila.
            Aleya merenung wanita itu. Ooo..rupa-rupanya ini anak bongsu perempuan itu! Perangai saling tidah tumpah seperti ibu dan kakak dia. Suara mengalahkan pembesar suara. “Hey, perempuan! Kau ingat aku sengaja ke buat cerita semua ni! Kalau ikutkan hati aku dah lama aku beri rakaman itu pada pihak polis. Kalau tidak disebabkan ibu aku, dah lama kau bertiga meringkuk dalam penjara. Jadi mulut tu jaga baik-baik!”
            Suhaila terkejut bila mendengar kata-kata Alina. Patutlah kakak beritahu perempuan ini dah berubah. Sikapnya lebih agresif lebih-lebih lagi kata-katanya berlainan dari Alina yang aku kenali. “Patut la kakak aku beritahu aku yang kau sekarang ni semakin biadap! Berlagak.”
            “Ooo…kakak kau ada cerita tak macam mana rasanya bila kena penampar dari aku?” Aleya tersenyum.
            Suhaila mengetap bibirnya menahan geram. Lidahnya tiba-tiba kelu untuk berkata-kata. Semalaman kakak tidak keluar rumah gara-gara pipinya yang lebam akibat ditampar oleh perempuan ini.
            “Jika kau tak mahu mengalami nasib yang sama seperti kakak kau, baik kau jangan ganggu aku dan ibu aku lagi. Faham!” Aleya masih lagi tersenyum dan kembali mengatur langkah meninggalkan Suhaila.
            “Kau nak pergi jumpa Dr. Nazri ke? Aku dah beri amaran pada kau supaya jangan ganggu kekasih aku .” Suhaila bersuara sebaik saja Aleya memulakan langkahnya.
            Aleya menghentikan langkahnya dan berpaling. “Kau dengar sini baik-baik, aku datang sini sebab nak bawa ibu aku balik dan aku bukannya seperti kau berdua. Muka tembok! Kejar lelaki sana sini. Tak malu ke? Tak berasa kasihan ke pada diri sendiri.”
            “Kau!” Suhaila mengangkat tangannya untuk menampar Aleya tetapi Aleya sempat memegang tangan Suhaila. Dahi Suhaila berkerut menahan sakit.
            Aleya memegang tangan Suhaila dengan erat. “Berapa kali aku perlu cakap supaya kau, ibu kau dan kakak kau jangan cari pasal dengan keluarga aku lagi, hah!” Genggaman Aleya semakin erat.
            Suhaila mengerang kesakitan. Dia cuba menarik tangannya dari gengaman Alina tetapi gagal. Air mata Suhaila mula berlinangan menahan sakit.
            “Alina, apa yang Lina buat itu?” Dr. Nazri segera menghampiri mereka berdua.
            “Abang Nazri, tolong Su!” Air mata Suhaila  semakin deras mengalir apa sedar akan kehadiran Dr. Nazri.
            “Lina, lepaskan Su!”
            Aleya menjeling matanya pada Suhaila. Pandai pula buat muka kasihan  maklumlah kekasih hati sudah datang. Aleya melepaskan tangan Suhaila dengan kasar.
“Sekali lagi, kau ganggu aku dan ibu aku lagi tahulah aku macam mana nak ajar kau!” Aleya menunding jari arah Suhaila sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua. Kehadiran Dr. Nazri tidak dipedulikan.
            “Alina!” panggil Dr. Nazri. Dia sedar semakin hari Alina bersikap dingin padanya. Panggilan Dr. Nazri tidak diendahkan oleh
            “Abang Nazri, tengok ni!” Suhaila menunjukkan pergelengan tangannya yang merah akibat digenggam erat oleh Alina. “Sakit!” Suhaila merengek manja untuk mendapat perhatian dari Dr. Nazri.
            Dr. Nazri perlahan-lahan berpaling ke arah Suhaila. Nampaknya terpaksa la aku melayan Si Su ni!



                                    **********************************

Munirah duduk di kerusi yang diletakkan di sebelah katil Kadir. Sejak dia tiba, Kadir masih belum terjaga dari tidur. Wajah suaminya itu direnungnya, walaupun sudah berusia 53 tahun namun suaminya masih juga kacak seperti dahulu Cuma badannya sedikit susut mungkin disebabkan oleh penyakit yang dialaminya sekarang. Dia sering tertanya-tanya kepada dirinya kenapa dia tidak marah pada lelaki ini ataupun berdendam dengan lelaki ini selepas apa yang pernah lelaki ini lakukan pada dirinya sepanjang dia hidup bersama lelaki ini. Mungkinkah aku masih sayang dan cintai lelaki yang amat membenci diriku? Munirah mengeluh.
Munirah melirik ke arah jam dinding yang berada di situ. “Sudah hampir pukul 2.00 petang. Mana Along ni pergi?” Perlahan-lahan Munirah bangun menggunakan tongkatnya. Dia perlu beredar dari situ. Dah lama dia duduk di situ. Munirah bimbang jika terserempak dengan Kartika.
“Munirah, awak nak pergi mana?”
Munirah menoleh ke belakang melihat Kadir sudah sedar. Munirah tersenyum. “Maaf sebab buat awak tersedar.”
“Alina mana?” Matanya melirik ke segenap sudut bilik itu mencari anak tunggalnya.
“Aaa…Lina ada hal, sekejap lagi dia datang.”
Kadir mengeluh sebaik saja mendengar jawapan Munirah. “Kebelakangan ni abang tengok Lina seolah-olah ingin melarikan dari abang. Benci sangat ke Lina kat abang, kalau abang ada buat salah abang minta maaf.” Kadir sedar akan perubahan Alina kebelakangan ini.
“Aaa..Nanti perangai Lina kembali seperti biasa. Awak jangan risau.”
Berkerut dahi Kadir . Apa maksud Munirah?
Munirah perasanan akan perubahan wajah Kadir. “Biasalah perempuan, bila datang bulan saja. Asyik nak marah saja.” Munirah tersenyum. Dia tak mahu Kadir syak sesuatu.
“Tak apa, abang faham! Bila Nazri beritahu abang yang Munirah dan Alina tak jadi balik ke London, abang rasa lega. Abang, Abang takut kalau Munirah dan Alina tinggalkan abang sendirian di sini.”
“Awak masih sakit lagi, jangan fikirkan yang bukan-bukan. Tentang perkara ini kita bincang kemudian. Awak perlu banyak berehat.” Nasihat Munirah. Orang yang menghidap penyakit jantung perlukan banyak berehat dan fikiran mereka mesti tenang.
“Tapi….”
“Kita bercakap perkara ini kemudian.” tegas Munirah.
Perlahan-lahan Kadir menganggukkan kepala sebagai tanda setuju. Matanya tepat merenung wanita pilihan ibu bapanya. Memang dia akui pertama kali berjumpa Munirah, hatinya tertarik pada kecantikan yang dimiliki oleh Munirah tetapi disebabkan keegoannya dia tidak pernah melayan Munirah dengan baik. Pelbagai kata yang kurang enak dilemparkan pada Munirah namun Munirah sabar dengan kerenah dirinya. Kenapa dahulu aku begitu bodoh untuk menghargai wanita ini? Kenapa?
Munirah sedar Kadir sedang memerhati dirinya. Munirah resah. Jantungnya berdengup kencang. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Kadir. Tiba-tiba telefon bimbit Munirah berbunyi, pantas Munirah menjawab panggilan itu.
            “Assalamualaikum, ibu! Along  tunggu ibu di luar bilik ye.” Langkah Aleya terhenti sebaik saja tiba di bilik itu. Aleya menyandarkan dirinya pada dinding.
            “Waalaikumussalam. Lina masuk la jumpa abah Lina! Dia tanya pasal Lina saja” pujuk Munirah.
            “Ibu, ini Aleya! Bukan Alina. Ibu faham kan apa maksud Along! Pasti ibu tak mahu kesihatan lelaki itu terganggu kan! It’s better this way. I’ll wait for you outside.” Aleya terus menamatkan panggilan itu.
            Munirah mengeluh. Kenapa la Aleya dan Alisa tidak seperti Alisa? Benci mereka pada Dato’ Kadir begitu mendalam.
            “Kenapa, Munirah?” Kadir sedar air muka Munirah berubah sebaik saja menjawab panggilan itu.
            “Tak ada apa-apa! Aaa…Munirah balik dulu,ya!” Munirah bangun menggunakan tongkatnya.
            “Alina dah sampai ke?” soal Kadir secara tiba-tiba. Dia tahu panggilan tadi adalah dari Alina
            “Dah!”
            “Kenapa dia tak masuk?”
            “Lina ada hal selepas ini. Lain kali dia akan datang melawat awak.” Munirah berbohong. Dia tak mahu Kadir susah hati.
            Kadir hanya tersenyum. Dia tahu bahawa Alina tak mahu berjumpa dengannya. Reaksi Munirah sebentar tadi sudah menjelaskan segala-galanya.
            “Munirah balik dulu, jaga diri baik-baik!” kata Munirah sebelum keluar dari biliknya. Munirah tersenyum. Setiap hari dia berdoa agar kesihatan suaminya itu bertambah baik

                        ****************************************

Tengku Ismail mendekati isterinya yang begitu leka memasak untuk makan malam. Tangan Maria ligat memotong bawang besar untuk dimasukkan ke dalam Tom Yam.
            “Masak Tom Yam ke?” soal Tengku Ismail menyandarkan dirinya pada dinding dapur.
            “Ya!” ringkas jawapan Maria.
            “Abang nak tanya sikit ni, Alina seorang saja ke anak Munirah?”
            Pertanyaan suaminya membuatkan Maria terkejut. Maria berpaling. “Apa maksud abang?” Maria hairan
            “Tak ada apa-apa. Hmm…Arwah ibu Maria dan Arwah Ibu Kadir kembar kan! Kembar seiras kan!”
            “Ya! Abang ni kenapa? Soalan pelik semacam saja. Ada apa-apa ke?” Maria terus memasukkan bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam periuk.
            “Tak ada apa-apa! Cuma….” Tengku Ismail mengeluh. Serba salah dibuatnya. Dia sudah berjanji dengan Aleya supaya menrahsiakan hal ini tetapi dia pernah berjanji dengan isterinya iaitu tiada rahsia antara mereka. Tengku Ismail berfikir.
            “Abang ni kenapa? Ada masalah kat office.”  Maria sudah rimas. Apa la yang suami aku nak cakapkan ni? Teragak-agak pulak tu. “Abang nak kahwin lain ke?”
            “Hish…Maria! Awak ni ke situ pulak. Abang hanya sayang Maria seorang je. Tak ada yang lain.” Tengku Ismail terkejut dengan pertanyaan isterinya.
            Maria ketawa. Dia sengaja nak menduga suaminya. Dia tahu suaminya adalah lelaki yang hanya setia pada yang satu.
            “Pagi tadi, abang jumpa Aleya!”
            “Aleya!” Berkerut dahi Maria. Nama tu macam pernah dengar saja.
            “Aleya, Arkitek dari London yang diupah oleh Iskandar.”
            “Oooo…Arkitek import tu ke?” Iskandar pernah menceritakan padanya tentang wanita bernama Aleya.
            “Awak ni sama saja seperti Iskandar! Nama dia Aleya bukannya Arkitek import.” Tengku Ismail membuat mimic muka.
            “Dah anak abang beri gelaran begitu pada dia, Maria ikut saja.” Maria berjalan ke sinki untuk membasuh ayam. Pisau yang berada di tangannya digunakan untuk membuang kulit ayam itu.
            “Aleya! Dia kakak Alina.” Tengku Ismail berterus-terang.
            Tangan Maria yang begitu ligat membuat kerja tiba-tiba terhenti. Pandangannya dialihkan pada suaminya. “Kakak! Kakak Alina! Alina anak Kak Munirah dan Abang Kadir ke?”
            “Ya!”
            Maria tiba-tiba ketawa. “abang nak kenakan Maria ke? Alina satu-satunya anak Abang Kadir dan Kak Munirah macam mana pulak Aleya tu boleh muncul.” Maria kembali menyambung kerja. Kalau melayan suami aku ni, tak berasap la dapur aku ni.
            “Maria, abang bukannya mereka-reka cerita. Semua ini betul. Semalam Maria beritahu abang, Maria terkejut dengan perubahan Alina yang tiba-tiba menjadi garang kan! Semalam bukan Alina tetapi Aleya.” Tengku Ismail berusaha agar isterinya mempercayai kata-katanya.
            Maria terus menutup paip air yang mengalir dan matanya dialihkan pada suaminya. Itu memang benar. Perangai Alina tiba-tiba berubah.
            “Maria beritahu abang yang Alina yang mula-mula Maria kenal berlainan dengan Alina yang berani bersemuka dengan Kartika semalam kan!” Tengku Ismail tersenyum kerana dia sudah berjaya menarik perhatian isterinya untuk mendengar penjelasaannya.
“Semalam bukan Alina tetapi Aleya. Mereka tukar identity. Alina yang sebenarnya sudah pulang ke London kerana pesakitnya sedang tenat di sana. Jadi dia sudah balik ke London. Orang yang bersama kita semalam adalah Aleya kakak kembar Alina. “
            “Mustahil.” Maria bersuara.
            “Itu kenyataan Maria, arwah ibu Maria dan arwah ibu Kadir kan kembar seiras. Tidak mustahil jika ia berlaku. Lagipun Aleya sendiri yang memberitahu siapa dia yang sebenarnya.”
            “Kembar!” Maria seolah-olah tidak percaya. Jika betul apa yang diberitahu oleh suaminya, kenapa Kak Munirah mesti menyembunyikan perkara ini dari Abang Kadir.
            “Ya, memang kembar. Kembar tiga seiras!”
            “Tiga!” nada suara Maria meninggi. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
            “Abang pun terkejut. Kata Aleya, selepas Alina balik ke London, Alisa yang mengganti tempatnya kemudian baru Aleya. They switch places.”
            “Apa!”
            “Yang abang pelik tu, kenapa Munirah tidak beritahu kita semua yang dia sebenarnya mempunyai 3 orang anak lebih-lebih lagi pada Kadir.”Soalan itu bermain di fikirannya sejak bertemu Aleya.
            “Tiga!” Maria masih tidak percaya. Dia merenung suaminya. “Maksud abang, orang yang kita sangka Alina yang melawan cakap Kartika semalam adalah Aleya.”
            “Ya! Perangai Aleya jauh berbeza dari Munirah.”
            “Sekarang ni Alina dan Alisa berada di London ke?”
            “Rasanya ya!”
            “Bila maria fikir-fikirkan balik, macam mana la Kak Munirah membesarkan anak-anaknya di luar negara. Maksud Maria, ini 3 orang! Kasihan Kak Munirah membesarkan anak-anaknya sendirian. Macam mana keadaan Kak Munirah pada waktu itu?” Hatinya Maria tiba-tiba sebak. Membesarkan 3 orang anak di perantauan bukanlah perkara yang mudah.
            “Munirah tu seorang tabah dan dia telah membesarkan anak-anaknya dengan baik.” Tengku Ismail memegang lembut bahu isterinya.
            “Ini semua salah Abang Kadir! Tak tahu menghargai Kak Munirah. Penting sangat ke harta dan darjat ? Sekarang ni bila si Kartika tu buat perangai, tahu pulak nak berbaik semula dengan Kak Munirah. Geram Maria dibuatnya.”
            “Siapa yang buat Umi geram ni?” Iskandar tiba-tiba muncul di dapur sambil tersengih.
            “Aaa…..” Maria melihat ke arah suaminya.
            “Tentang Auntie Kartika!” jawab Tengku Ismail.
            “Aduh, tiap-tiap hari topic Auntie Kartika! Umi, tak bosan ke? Biarkanlah dia nak buat apa pun asalkan tak mengganggu kita sudahlah.” Iskandar menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            Maria menjeling pada Iskandar yang sedang berdiri tidak jauh darinya. “Aiii….Auntie Kartika kan, bakal mak mertua Is! Is kena la ambil tahu.”
            “Hish, Umi! Is rela jadi bujang terlajak dari berkahwin dengan Sofea tu.” Iskandar mencebikkan mukanya.
            Tengku Ismail dan Maria tersenyum. Sejak dari sekolah rendah hinggalah sekarang Sofea masih memburu cinta anak teruna mereka sehingga setiap tahun Iskandar terpaksa tukar ke sekolah lain kerana ingin melarikan diri dari Sofea.
            “Macam mana perbincangan Is dengan Aleya? Abah tengok design untuk hotel 5 bintang yang dibuat oleh Aleya memenuhi criteria yang kita mahu tetapi kenapa Is masih mahu menyuruh Aleya mengubah design bangunan yang dia telah buat. I’ll like it.” Puji Tengku Ismail.
            “Ya tetapi ada sedikit kena touch up, abah! Lagipun Is pelik la dengan perangai Aleya itu. Asyik nak balik London saja, macam la Malaysia ini panas sangat. Kita tahu la yang dia selama ini membesar di London, tetapi dia patut bersyukur Malaysia ini aman damai. Cuaca panas sikit takkan tidak boleh tahan. Minah salleh celup!”
            “Hish, tak elok cakap macam tu! Entah-entah dia ada sebab kenapa dia nak balik ke London!” Tengku Ismail menegur anaknya.
            “Sebab apa lagi, abah! Is tahu mesti dia tak tahan dengan cuaca panas di Malaysia ni sebab itu la dia tergesa-gesa nak balik ke London. Malam ni mesti, dia akan email plan hotel kita yang telah siapa dia ubah.Kesungguhan dan komitment dia pada kerja, Is memang respect Aleya tetapi Aleya ni susah sikit nak bergaul dengan dia seperti ada dinding penghalang padanya. Is cuba bergurau dengan dia malangnya wajah dia serius. Garang pulak itu. Bila Is mengusik dia, terus dia akan mencapai fail yang ada padanya.” Iskandar teringat peristiwa di mana kepalanya diketuk oleh Aleya. Ganas betul Arkitek Import ni.
            “Fail? Fail apa?” Maria hairan.
            “Tak ada apa-apa, umi!” Iskandar tersengih. Kalau abah dan umi tahu, Aleya pernah ketuk kepala aku dengan fail pasti abah dan umi akan mengetawakan aku. Biarlah aku simpan rahsia ini.
            “Hmm….Is pernah tak siasat latar belakang Aleya?”soal Maria secara tiba-tiba.
            Dahi Iskandar berkerut bila mendengar pertanyaan ibu tirinya. Kenapa umi berminat dengan Aleya? “Kenapa Umi nak tahu pasal Aleya?”
            Maria berpaling ke arah suaminya.
            “Aii…Salah ke kalau Umi nak tahu tentang Aleya? Mungkin  umi Is nanti berkenanan dengan Aleya , tup tup jadi menantu umi dan abah!” Tengku Ismail menjawab bagi pihak isterinya.
            “Eeee…tak mahu! Aleya tu garang dan kasar. Kalau Aleya tu jadi isteri Is, alamatnya Is pasti kena buli. Dikurung di dalam rumah 24 jam!”
            Tengku Ismail ketawa kecil. Maria hanya menggelengkan kepalanya. Dari apa yang dicerita oleh Is, Aleya berlainan dari Munirah. Maria teringat kembali Alina yang berani melawan Kartika semalam.Ternyata semalam bukan Alina tetapi Aleya.
            “Hmm….Aleya ada 2 orang adik. Kalau tak silap Is, seorang peguam dan seorang lagi doctor. “ beritahu Iskandar.
            “Peguam!” Tengku Ismail terkejut. Maknanya Alisa seorang peguam.
            “Is pernah tak jumpa adik-adik Aleya?” soal Maria ingin tahu.
            “Kenapa pulak Is nak jumpa adik-adiknya lagipun kami bukannya ada apa-apa pun. Is beri warning awal-awal pada Umi supaya jangan nak jodohkan kami selepas ini,ok!”
            “Tahu! Tahu!” nada suara Maria hampa. Dia ingin melihat ketiga-tiga anak Munirah. Apa reaksi Kartika jika mendapat tahu tentang kewujudan 2 orang lagi anak Abang Kadir? Pasti bergegar rumah itu bila Kartika menjerit nanti. Maria tersenyum seorang diri.
            Iskandar menggaru kepalaya beberapa kali, dia hairan melihat umi tersenyum sendiri. “Abah, umi sihat ke?”
            “Sihat! Biarlah umi kamu dengan dunia dia sendiri. Pergi mandi cepat! Selepas sembahyang maghrib kita makan” Tengku Ismail menepuk bahu anak tunggalnya.
            “Baiklah! Tapi abah jangan biarkan Umi berada dalam dunianya lama-lama, nanti kebuluran la kita malam ni.” Usik Iskandar sebelum berlalu keluar dari dapur.
            “Abang, esok awal-awal pagi Maria nak pergi rumah Kak Munirah!” beritahu Maria secara tiba-tiba selepas beberapa saat Iskandar berlalu pergi.
            Tengku Ismail menggelengkan kepalanya beberapa kali.
           

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...