Sunday, December 7, 2014
Novel Bukan Dua Tapi Tiga?
Syukur Alhamdulilah, akhirnya novel Bukan Dua Tapi Tiga? diterbitkan untuk keluaran Penulisan2u December 2014 . Saya harap anda semua akan terhibur dengan karya saya yang ke-3.
Setelah 26 tahun membawa diri ke kota London, Munirah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bersama anak-anaknya Aleya, Alisa dan Alina untuk berjumpa dengan suaminya, Dato Syed Mohd Kadir yang sebelum ini tidak mengetahui akan kelahiran tiga puteri kembarnya selepas dia menghalau keluar Munirah dari rumahnya.
“For what? Kenapa kita nak jumpa dia? Kewujudan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita. After all this time, ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun.” – NUR ALEYA.
“Kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 25 tahun kita tinggal di London, ada tak dia cari ibu? Ada tak? Tak! Tak berbaloi kita buat baik dengan orang seperti itu.” – NUR ALISA.
“Dia tu abah kita! Walau apapun kesalahan abah, dia tetap abah kita. Ayah kandung kita.” – NUR ALINA.
Akhirnya hanya Alina pulang bersama Munirah untuk berjumpa dengan Dato Syed Mohd Kadir. Kewujudan Alina diterima baik oleh Dato Syed Mohd Kadir yang menyangka Alina ialah anak tunggalnya. Namun, kehadiran mereka berdua tidak disenangi oleh isteri kedua Dato Syed Mohd Kadir, Kartika kerana bimbang kedudukannya tergugat. Yang pasti, harta dan syarikat milik Dato Syed Mohd Kadir akan diwarisi oleh Alina kerana Alina satu-satunya zuriat kandungnya yang ada.
Keadaan bertambah rumit selepas permintaan Munirah untuk bercerai tidak dipersetujui oleh Dato Syed Mohd Kadir yang ingin memulakan kisah hidupnya dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama wanita yang dahulunya dibenci dan kini dicintainya sepenuh jiwa.
Kerana terlalu bimbang keselamatan Munirah dan Alina, Aleya dan Alisa menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Malaysia. Laut yang tenang pasti akan bergelora dengan kehadiran Aleya dan Alisa. Ada saja cara mereka berdua lakukan agar Munirah dan Dato Syed Mohd Kadir tidak bersatu semula. Kehadiran Tengku Iskandar, Dr. Nazri dan Zahari kononnya seperti The Three Musketeers yang sentiasa berada di samping Dato Syed Mohd Kadir seringkali menggagalkan rancangan Aleya dan Alisa.
Lalu dapatkah Dato Syed Mohd Kadir mengetahui kewujudan dua lagi anaknya? Berjayakah Aleya dan Alisa memisahkan ibu bapa mereka? Mampukah Dato Syed Mohd Kadir memiliki semula cinta wanita yang pernah disakiti dan dilukai selepas 26 tahun?
************************************************
Sunday, November 30, 2014
Namaku Bougainvillea 12
BAB 12
“Rindu ke?”
Raja Awwadi terkejut dan berpaling apabila ada suara menegur. “Nenek Tijah.”
Raja Awwadi mengurut dadanya beberapa kali. Sejak bila Nenek Tijah ada di sini?
Kenapa aku tak dengar pun?
Raja
Khatijah hanya tersengih. Dia duduk di kerusi dah hampir 5 minit tetapi Raja
Awwadi masih tak sedar. “Itulah bila dah tiada, baru nak rindu.”
“Apa maksud
Nenek Tijah? Tak payah nak kias-kias dengan Adi. Terus-terang je.” Raja Awwadi
tidak faham disebalik kata-kata Raja Khatijah.
“Villa tak
datang hari ni. Mungkin …dia dah tak datang selepas ni. Maklumlah ada orang tu
kuat sangat buli.” Perli Raja Khatijah. Dia tahu tujuan Raja Awwadi berdiri di
situ. Mestilah Villa. Tiada orang lain lagi.
“Maksud
Nenek Tijah, dia dah berhenti.” Raja Awwadi mengetap bibir. Aku sangka dia
main-main aje. Tak sangka betul pulak. Selama ini cakap aku tak pernah dia
dengar pun tapi kali ni dia betul-betul berhenti. Berlipat dahi Raja Awwwadi
berkerut.
“Kenapa?
Adi sedih ke?” usik Raja Khatijah. Dia dapat baca air muka Raja Awadi.
“Sedih! Tak
mungkin Adi sedih. Adi gembira, Nenek Tijah. Sejak dari mula dia patut
berhenti. Baru tenang rumah ni.” Raja Awwadi tersenyum lebar. Dia melirik anak
mata ke arah Raja Khalida. Dia sedar gerak gerinya menjadi perhatian.
“Aiii….rasanya
orang selalu buat ribut bukan Villa tapi Adi. Betul tak?”
“Nenek
Tijah!”
“Come on,
Adi. Cuba jujur dengan Nenek Tijah. Adi sukakan Villa kan? Sebelum ni, Adi tak
pernah peduli pun. Tak berminat. Tapi Nenek Tijah tengok Adi berminat dengan Villa.
Ada saja benda Adi nak usik Villa. Kalau Adi suka Villa,cakap saja. Jangan
malu-malu. Kalau Adi nak, esok kami berdua pinangkan Villa untuk Adi.”
“Apa Nenek
Tijah merepek ni? Nonsense. Adi dah banyak kali expain kat nenek dan Nenek
Tijah. Adi tak suka perempuan bunga kertas tu. Dia tak layak bergelar isteri
Adi. Lagi satu, selama ini Adi kenakan perempuan bunga kertas tu sebab Adi nak tengok dia berhenti.
Mustahil Adi akan suka perempuan selekeh macam pengemis tu.” Raja Awwadi
membuat mimic muka meluat. Asyik-asyik perkara yang sama. Aku rimas. Aku tak
suka perempuan bunga kertas. Kenapa nenek dan Nenek Tijah suka buat andaian
macam tu? Argh …tak suka.
“Adi kena ingat tentang sesuatu, kemewahan
yang kita miliki sekarang ni adalah dari Allah Taala. Bila-bila masa Dia boleh
tarik semua ini. Jangan takbur dengan apa yang kita miliki .Sekelip mata boleh
hilang. Tak kekal. Hanya Allah Taala yang menentukannya. Sebagai umatnya, kita
mesti beringat dan bersyukur. “ Raja Khatijah merenung Raja Awwadi. “Kami
berdua tak pandang semua tu. Asalkan Adi
bahagia dan gembira,kami terima siapa pilihan Adi. Kaya ke miskin ke? Cantik ke
tak cantik ke? Putih ke hitam ke? Semua tu hanya aksesori dunia. Yang penting
hati tu mesti bersih dan baik.” Raja Khatijah tersenyum
Raja Awwadi terdiam seketika.
Kata-kata yang lahir dari Raja Khatijah menyebabkan Raja Awwadi berfikir. Semua
tu memang betul. Tapi ada lagi ke perempuan seperti tu? Tiba-tiba Raja Awwadi
mengerling ke arah jam dinding yang tergantung di situ.“Hmmm….Adi pergi dulu.
Rasanya helicopter dah sampai.” Raja Awwadi hulurkan tangan untuk bersalam.
Tangan Raja Khatijah dicium dengan lembut.
“Berapa hari Adi di Pulau
Langkawi?” soal Raja Khatijah. Dia tahu hati Adi masih terluka.
“Maybe 3 hari kot. Selepas habis
meeting di Putrajaya, Adi terus ke KLIA. Nenek Tijah nak pesan apa-apa tak?
Coklat ke? Handbag ke? Set pinggan mangkuk ke? Minyak gamat ke?” soal Raja
Awwadi.
“Kirim salam kat Tun Dr Mahathir Mohamad.”
“Mahal tu. Nak kena charge. Aii….Tun Dr Mahathir seorang
aje ke? Isterinya, Tun Dr Siti Hasmah tak nak kirim salam ke?” usik Raja
Awwadi.
“Hish budak ni! Dua-dua sekalilah. “ Raja Khatijah
mengetap bibir. Dia bangun dan ingin menampar tangan Raja Awwadi tetapi tak
sempat. Begitu cepat Raja Awwadi mengelak.
“Lain kali tu, refleks Nenek Tijah kena cepat sikit. Baru
kena. Kalau Nenek Tijah nak, Adi boleh bawa balik gambar sekali.” Raja Awwadi
ketawa dengan kuat seraya melambai ke arah Nenek Tijah.
“Adi! Adi!” Raja Khatijah menggeleng kepala melihat tingkah
laku Raja Awwadi. Dah lama aku tak
dengar Adi ketawa. Kan bagus, jika Adi selalu ketawa begini. Kak Long mesti jika tengok Adi macam ni.
**************************************
“Mak Su.” Panggil Zain.
“Zain! Jangan kacau Mak Su. Biar Mak
Su tidur.” Tegah Zarina yang duduk di sebelah Zain. Mak Su pasti mengantuk. Aku
nak drive, Mak Su tak bagi. Kami bertolak pada pukul 11.30 malam dari Kuala
Lumpur. Kata Mak Su, dia lebih suka drive malam …. Jimat masa dan tak banyak
kereta. Mak Su baget kami sampai sebelum pukul 8.00. Bimbang kalau tiket bot
habis, maklumlah sekarang ni cuti sekolah. Akhirnya kami tiba di Jeti Kuala
Kedah pukul 7.45 pagi. Perjalanan ke Pulau Langkawi memakan masa selama 1 jam
45 minit. Inilah trip pertama aku bersama keluarga aku. Selama ini, setiap kali
mereka ajak aku, ada saja alasan yang aku beri.
“Tapi ….. Zain takut, Kak Long. Zain
tak pernah naik bot.”
“Kenapa Zain nak takut? Kami semua
kan ada.” Pujuk Zarina. Kini hubungan antara Zarina dan adik-adiknya bertambah
rapat. Zarina memegang tangan Zain seraya tersenyum.
“Hari tu dia yang excited sangat nak
pergi Pulau Langkawi. Takkanlah takut naik bot. Tak macho la.” Usik Zubir.
Zakri hanya mendiamkan diri. Dia
masak benar dengan Zubir. Suka sangat mengusik orang terutamanya Zain. Kalau
sehari tak usik Zain, tak sah.
“Zubir, jangan usik Zain.” Tegur
Zarina.
Zubir membuat mimic muka lagi. Makin
naik lemak Zain selepas ni. Kak Long pun sama.
Villa tersedar dari tidur apabila
digerak oleh Zarina. Villa mengesat matanya. Penumpang-penumpang yang ada di
dalam bot mula bangun dan mengangkat beg masing-masing. Villa bingkas bangun.
Mereka telah tiba di Jeti Pekan Kuah. Mereka menyewa kereta Toyota Vios. Besar
sikit dan selesa. Kereta Vios berwarna putih meluncur laju menyusuri Pantai
Cenang. Sebaik sahaja tiba di GB Resort, mereka terus check in.
Sebaik sahaja pintu dibuka,
anak-anak saudaranya meluru masuk. Masing-masing berebut memilih bilik. Villa
tersenyum melihat gelagat mereka berempat. Riuh-rendah suasana jadinya. Pintu
sliding door yang menghadap laut dibuka. Villa melangkah keluar. Villa memejam
mata seketika apabila hembusan bayu dari Selat Melaka mengenai wajahnya. Villa
kagum dengan seni bina dan lanskap resort ini. Kehijauan dipersekitaran bukan
sahaja menyerlahkan lagi kedamaian malah mencipta ruang percutian secara
natural. Rasa tenang. Memang sesuai untuk keluarga bercuti dan habiskan masa
bersama.
“Mak Su!”
Villa menoleh.
“Nak kunci kereta. Nak ambil coklat
yang kita beli di jeti tadi. Zain lupa nak ambil.” Beritahu Zubir. Dia menjuih
bibir ke arah Zain.
“Sekejap. Mak Su letak beg dalam
bilik dulu.”
“Tak apa. Biar Zubir dan Zain pergi
ambil.”
“Ehhhh…..tak boleh. Mak Su kena
teman jugak. Sekarang ni banyak kes jenayah berlaku. “ Villa tak benarkan.
Bimbang jika sesuatu berlaku. Mereka berdua masih kecil lagi.
“Tapi …..”
“Kalau macam tu, biar Zack yang
temankan. Mak Su pergilah masuk berehat. Mak Su mesti letih. Tidurlah sekejap.”
Zakri mencelah.
“Hmm…..baiklah. Tapi jangan pergi ke
mana-mana. Dah ambil, straight balik sini.” Villa memberi kunci kereta pada
Zakri. Dia bimbang kalau mereka pergi ke pantai tanpa pengetahuan dia.
“Ya.” Zakri tersenyum. Zubir dan
Zain mengekori Zakri keluar. Mereka mengunakan laluan yang menuju ke tempat parking.
Sebaik sahaja tiba di kereta, Zubir membuka kereta dan mengambil beg plastik
yang mengandungi beberapa pekat coklat.
“Takkanlah nak ambil semua,
tinggallah sikit dalam kereta. Boleh jugak makan dalam kereta nanti.” Zubir
memandang Zain.
“Zain nak semua. Kalau habis, Mak Su
belilah lain.” Jawab Zain. Dia merampas beg plastic dari Zubir.
“Amboi, sedapnya bila bercakap. Zain
ingat Mak Su tu bank ke? Asyik cop duit saja.” Zubir mula mencekak pinggang.
Tiba-tiba matanya menangkap sebuah kereta Hummer H4 berwarna silver berhenti di
hadapan lobby GB resort. “Hummer H4.” Zubir terpegun melihat kereta idamannya .
Kelihatan seorang lelaki keluar dari perut kereta mewah itu. Kedatangannya
disambut dengan carpet merah malah pekerja-pekerja Gb Resort berdiri berbaris
menyambut kehadiran lelaki itu.
Zain menoleh dan tersenyum.
Tiba-tiba dia berlari meninggalkan Zakri dan Zubir.
“Zain!” Zakri terkejut dengan
tindakan Zain yang berlari meninggalkan mereka berdua. Zakri dan Zubir terus
mengejar.
*****************
“Pak Su!” Panggil Zain. Senyuman tak
lekang di bibir Zain.
Raja Awwadi berpaling. Dia terkejut
melihat Zain. “Zain” Raja Awwadi tersenyum. Dia benar-benar tak jangka akan
jumpa Zain di sini
Fairuz terkejut mendengarnya. Dia
kenal budak lelaki ni, yang mereka tolong di GB Mall ‘Pak Su, biar betul.
Mungkin aku tersalah dengar kot.’
Zain terus memeluk Raja Awwadi. Dia
membalas dengan memeluk Zain dengan lebih erat. Entah kenapa dia dapat rasakan
keserasian natara mereka berdua.
“Zain datang ke sini dengan siapa?”
soal Raja Awwadi. Walaupun dia tahu jawapannya tetapi dia sengaja bertanya.
“Mak Su! Kak Long! Abang Ngah! Abang
Zubir.” Beritahu Zain satu persatu. “Pak Su buat apa kat sini? Pak Su bercuti
macam kami jugak ke.”
“Taklah. Pak Su ada kerja di sini.”
Jawab Raja Awwadi. Oooo….rupa-rupanya perempuan Bunga kertas ni bercuti. Sempat
lagi! Malaysia memang kecil, di sini jugak aku boleh terserempak dengan
kau.
Dahi Fairuz sedikit berkerut. Macam
tak percaya saja. Tiba-tiba saja boss sukakan budak-budak. Setahu aku, boss
cukup anti dengan budak. Kata boss, budak-budak hanya mendatangkan masalah
saja. Tetapi kenapa boss layan Zain baik saja. Pelik! Terlalu pelik.
“Zain!” tegur Zakri. Zubir berdiri
di sebelah Zakri.
Zain berpaling dan tersenyum. “Pak
Su! Abang Ngah dan Abang Zubir. Mereka berdua abang Zain.” Zain memperkenalkan
mereka berdua.
Terlebih dahulu Zakri menghulurkan tangan untuk
bersalam dan diikuti oleh Zubir. Mereka seperti terkejut. Raja Awwadi hanya
tersenyum.
Zubir mendekati Zakri. “Abang Ngah,
setahu Zubir ….kita hanya ada Mak Su seorang saja. Bila masa pulak kita ada Pak
Su.” Bisik Zubir. Dia confius.
Zakri hanya diam. Kenapa Zain
panggil lelaki ni, Pak Su? Bakal suami Mak Su ke? Eh, mustahil. Kalau Mak Su ada
boyfriend, mesti dah beritahu kami. Hairan. Tapi Zain tak pernah cerita tentang
lelaki ni.
“Boss, kita ada meeting pukul 2.00
petang.” Beritahu Fairuz.
Raja Awwadi hanya menganggukan
kepala. “Zain! Pak Su ada kerja. Kita jumpa nanti ye.” Dia tersenyum ke arah
Zakri dan Zubir.
“Pak Su janji.”
“Ya. Pak Su janji. Pak Su belanja.
Bawa abang-abang Zain sekali.” Raja Awwadi masih tersenyum dan mengusap rambut
Zain.
Raja Awwadi berjalan meninggalkan
mereka bertiga. Diekori oleh Fairuz dan beberapa orang pekerja GB resort.
“Siapa tu? Kenapa Zain panggil Pak
Su?” soal Zubir. Tiba-tiba saja berdiri di sebelah Zain. Tengok dari gaya,
macam orang kaya saja. Tapi macam mana Zain boleh kenal pulak. Yang dia tahu
hanya makan saja.
“Oooo…..Itu Pak Su Zain.” Ringkas
jawapan Zain sebelum berlari meninggalkan Zakri dan Zubir.
“Pak Su.” Kata Zakri dan Zubir
serentak. Zakri menggaru kepala yang tak gatal.
“Abang Ngah! Kita kena beritahu Mak
Su. Suka hati dia saja panggil Pak Su . Kenal pun tidak. Yang penting sekali,
kita kena siasat lelaki tu. Takut lelaki tu ada niat tak baik kat Zain.” Tegas
Zubir. Dia bimbang.
“Tak payah nak siasat.” Zakri
mendekati meja kecil di lobby. Terdapat beberapa majalah di situ untuk
dijadikan bahan bacaan. Zakri menunjukkan cover majalah pada Zubir. “Uncle tu
bukan conman.”
“Raja Awwadi Mukriz, pewaris GB
Group.” Baca Zubir. Matanya terbeliak. “Maknanya resort ni dia punya.”
“Jom balik. Nanti Mak Su risau. Kalau nak tahu, balik nanti kita soal siasat
Zain.” Ajak Zakri. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Zubir sekarang ni.
Pasti tertanya-tanya. Jawapan itu hanya ada pada Zain saja. Aku pun nak tahu.
Bagaimana Zain boleh jumpa?
******************************
Raja
Awwadi menyelak kain langsir tingkap. Dia memerhati keadaan di bilik
sebelah. Dia terkejut mendapat tahu yang perempuan bunga kertas itu duduk di
bilik suite yang berharga RM1200 semalam. Yang lebih mengejutkan lagi, bilik
suite tu dah dibayar sepenuhnya untuk 3 malam. Hanya golongan VVIP saja yang
selalu menginap di bilik suite ini. “Banyak betul duit perempuan bunga kertas
ni. Buka business jual bunga, untung ke?” Raja Awwadi hairan. Dia sengaja
mengambil bilik bersebelahan.
Raja Awwadi membetulkan kedudukannya
berdiri. Rasa lenguh. Hampir 30 minit berdiri di situ. Matanya masih memerhati
bilik sebelah. “Apa perempuan bunga
kertas tu buat? Dia bawa keluar apa?” sedikit dahi Raja Awwadi berkerut. Villa
sedang membawa keluar sesuatu di bilik suite. Anak mata dikecilkan. “Pokok
bunga. Dia bawa keluar pokok bunga.” Nada suara Raja Awwadi meninggi. Dia
terkejut. Kelihatan Villa meletakkan pokok bunga di beranda. Dia menarik pasu
bunga agar kena cahaya matahari. Beberapa saat kemudian dia keluar membawa jag
air dan terus menyiram pokok itu satu persatu.
Raja Awwadi ketawa dengan kuat
secara tiba-tiba. Aku ingatkan dia nak buat apa dengan pokok tu, rupa-rupanya
dia nak siram pokok. Sempat lagi. “First time aku jumpa perempuan macam ni.
Terlalu obsess dengan pokok. Nama kau memang sesuai sangat. “ Senyuman terukir
di bibir Raja Awwadi.
*************************
Jam dinding yang tergantung di lobi
menjadi tumpuan Villa sejak dari tadi. Villa mengeluh. ‘mana pulak budak-budak
ni. Dah 10 minit aku di sini. Takkanlah bersiap lama sangat. Banyak tempat nak
pergi hari ni. Nak pergi Makam Mahsuri! Nak pergi Underwater World Langkawi!
Nak pergi Orential Village lagi. Nak naik cabel car lagi ” Jam dinding
menunjukkan pukul 11.30 pagi. Villa mendekati sofa yang disediakan di situ. Dia melabuhkan punggungnya. Villa menoleh. Ada
pokok di sebelah sofa. Villa meletakkan tangannya di pasu bungaa. Kering. Dia
membelek daun pokok tersebut. “Kasihan. Kau mesti dahaga kan. Sampai hati
mereka tak beri air kat kau.” Villa membuka penutup air mineral yang dibawanya.
Dia menyiram pokok itu. Villa tersenyum.
“Cik bunga kertas!”
Villa berpaling. Seorang pekerja
receptionist lobby memandang ke arah Villa. “Cik bunga kertas, ada call untuk
Cik.” Beritahu wanita itu seraya tersenyum.
Dahi sedikit berkerut. Aku ke? Tapi
nama aku Bougainvillea. Villa memandang keadaan sekeliling. Banyak mata-mata
memandang ke arahnya. Ada tersenyum dan ada yang ketawa. Villa menundukkan
kepala.
“Cik bunga kertas!” panggil wanita
itu sekali lagi.
Bibir diketap rapat. Memang sah ,akulah orangnya. Siapa yang buat
lawak kat aku pagi-pagi buta ni? Perlahan-lahan Villa bangun menuju ke kaunter.
“Terima kasih.” Ucap Villa mengambil telefon dar itu sambil tersenyum. “Hello!”
“Terkejut ke?”
“Excuse me! You siapa?” soal Villa.
Siapa? Main redah aje cakap. Beritahulah dulu siapa.
“Projek tak siap. Ada masa pulak nak
bercuti. Tak professional betul. Tak payah nak berpura-pura tak kenal suara I.”
Raja Awwadi tersenyum. Matanya masih tak berganjak memerhati gelagat Villa di
lobi. Kebetulan dia sedang menunggu Tuan Naim. Ada discussion sikit tentang
projek joint venture antara mereka. Sejak dari mula lagi, dia memerhati Villa. Mesti tengah tunggu anak saudara dia. Dia tersenyum melihat Villa menyiram pokok.
Setiap kali nampak pokok, mesti nak siram. Penyakit perempuan ni semakin
kritial. Dah tahap empat. Dalam hati , Raja Awwadi ketawa.
Air muka Villa berubah. Dia kenal
siapa pemilik suara itu. “Oooo…Encik Audi rupanya. “ Villa melihat sekeliling.
Macam mana mamat ni tahu aku ada di sini? Dia ada di sini ke? Aaahh….menyampah
betul.
“You tengah cari I ke? Baik, tak
payah. You ingat I nak tengok muka you ke? Perasaan!” Raja Awwadi ketawa. Suka
setiap kali dapat sakitkan hati Villa. “Seronok kan bila jadi you, masih ada
masa untuk bercuti sedangkan projek masih belum siap lagi.”
Ganggang telefon digenggam erat. Mendidih darah Villa
mendengarnya. Villa cuba control air
mukanya. Dia sedar lelaki itu sedang memerhati gerak gerinya. “ I rasa you ada
masalah dengan memori you. It’s okey. I boleh beritahu you sekali lagi. I dah
berhenti. B .E. R .H. E. N. T .I. I dah
tunaikan permintaan you. So you mesti gembira kan. I pun tumpang gembira. Terlalu gembira. Kita
dah tak ada kena mengena lagi. I tak payah nak hadap muka you lagi. Hidup I dah
tenang. Alhamdulilah. I sangat bersyukur.”
Villa bercakap dengan penuh sopan santun. Kenapa mesti dia yang aku
jumpa?Argh rosak percutian aku? Apa yang
aku plan tak menjadi? Kenapa pulak mamat Audi ada di sini? Buat semak saja.
Raja mengetap bibir “Baguslah. Oh ya,
I kasihan tengok so I ada job offer untuk you.”
“Job offer!” Villa terkejut.
Tiba-tiba nak tawar aku kerja, dah buang tabiat ke mamat Audi ni.
“Ya. Chief gardener di resort I.
Yelah, you kan suka pokok. Rasa-rasanya pokok-pokok di resort ni suka dekat
you. Nampak saja pokok, terus you siram air. I belum lagi jumpa orang yang
cintakan alam seperti you. Terlebih prihatin. Tapi kalau terlebih prihatin tu, kata orang
……ada masalah sikit. Masalah mental. Yalah, you suka sangat bercakap dengan
pokok. Pokok-pokok tu faham ke? Boleh jawab soalan you ke? Setahu I, pokok
tiada otak, mata, mulut dan telinga. Berbaloi ke? I tak faham dengan you, bunga
kertas.”
“Terima kasih kerana puji I. Tapi
offer you tu bunyinya macam tak ikhlas saja. I rasa lebih baik you offer job ni
pada orang yang lebih memerlukan. I ada pendapatan sendiri. Duit yang I dapat
cukup untuk I sara keluarga I. Terima kasih saja. Terus terang I cakap, I tak
sesuai bekerja di bawah you.Cara kita bekerja berbeza. Oh ya, bak kat pepatah berbakti
pada tanah, kita dapatlah rasa hasilnya. You faham tak? Eh, I terlupa. Orang
business macam you takkan faham. You hanya tahu untung rugi. Celik mata saja
nampak duit. Betul tak? Tapi you jangan lupa oksigen yang you bernafas setiap
hari datangnya dari pokok. Tumbuhan-tumbuhan di muka bumi ni anugerah Allah
Taala, tak kiralah kecil ke besar ke. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan makhluk Allah Taala
seperti kita. Kita mesti jaga dan hargai. I tak kisah jika you perlekehkan
kerja I tapi jangan perlekehkan mahkluk Allah Taala yang lain. Yang penting
sekali, jangan lupa yang kita ada Allah Taala. Ingat tu! Assalammualaikum.”
Villa meletakkan telefon dengan kasar. Puas hati aku! Terkejut pekerja
receptionist wanita itu. “Maaf tiba-tiba
saja terlepas.” Villa tersengih. “Oh ya, jangan lupa siram pokok di sini.”
Pesan Villa seraya tangannya menunding jari di setiap pokok yang ada di lobby.
“Mak Su, jom.” Sapa Zarina. Dia dan
adik-adiknya berdiri di tepi Villa.
“Finally, dah sampai. Jom cepat,
kita dah lambat. Sekarang musim cuti sekolah, takut ramai orang. Tak sempat
kita nak naik cabel car. Kempunan Mak Su. ” Villa berjalan menuju ke kereta dan
diekori oleh anak-anak saudaranya.
Raja Awwadi memegang erat telefon
bimbitnya dan dibaling ke dinding. Sakit hati. Aku jugak yang makan hati.
Eeee..geramnya. Panjang betul dia bagi ketubah kat aku hari ni. “Kau tunggu!
Tahulah aku nak ajar kau nanti.” Raja Awwadi melihat Villa bersama anak-anak
saudaranya meninggalkan lobby.
“Boss, kenapa ni?” soal Fairuz. Dia
terkejut melihat telefon bimbit milik Raja Awwadu pecah berselerak di lantai.
Mengamuk ke? Pasal apa? Nasib baik ni bilik menunggu untuk VVIP. Tiada orang
nampak.
Raja Awwadi hanya mendiamkan diri.
Soalan Fairuz tidak dijawab. Dia cuba mengawal perasaan marahnya.
Wednesday, November 5, 2014
Namaku Bougainvillea Bab 11
Bab 11
Raja Awwadi
membuka kot baju yang dipakainya. Tali leher dilonggarkan agar rasa selesa. Dia
baru saja pulang dari Indonesia. Ada
urusan business di sana. Dia berjalan dengan cepat. Dia mahu bersemuka dengan
Villa. Disebabkan dia, aku kena marah dengan nenek. Berani dia beritahu nenek.
Dasar perempuan mulut tempayan. Tak pasal-pasal hampir sejam aku dengar
syarahan dari nenek . Nasib baik waktu tu, aku ada di Bali. Kalau tak,
bertambah panjang lagi. Kedengaran suara kanak-kanak ketawa. Dahi sedikit
berkerut. Semakin kuat suara kanak-kanak
ketawa. Raja Awwadi mencari. Dia rasa pelik. Setahu aku, rumah ni tak ada
kanak-kanak pun. Mana datangnya suara ni? Langkahnya terhenti melihat seorang
kanak-kanak yang sedang ketawa melihat kartun Upin dan Ipin di ruang tamu.
Perlahan-lahan dia mendekati.
“Zain!”
Zain
berpaling apabila namanya dipanggil. Dia bangun dan terus menghulurkan tangan
kecilnya untul bersalam. “Uncle!” Zain tersengih.
“Zain, buat
apa di sini?” soal Raja Awwadi hairan.
“Zain ikut
Mak Su. Hari ini sekolah Zain cuti. Uncle, Nak jumpa nenek Khalida ke?”
terkebil-kebil matanya melihat Raja Awwadi.
“Ini rumah
Uncle.” Jawab Raja Awwadi. Dia memimpin tangan kecil Zain agar duduk semula di
atas sofa.
“Ooooo…….rumah
Uncle. Uncle , cucu nenek Khalida ke nenek Tijah?” soal Zain lagi.
Raja Awwadi
ketawa kecil. Petah betul budak ni bercakap. Sebijik macam Mak Su dia. “Nenek
Khalida nenek Uncle. Zain dah jumpa nenek Uncle?” soal Raja Awwadi. Cara Zain
bercakap mencuit hatinya.
“Dah. Dua-dua
nenek baik. Zain suka. Zain tak pernah ada nenek. Zain hanya ada Mak Su, Kak
Long, Abang Ngah dan Abang Zubir aje.”
Dahi Raja
Awwadi sedikit berkerut. Siapa mereka yang Zain sebutkan tadi? Raja Awwadi
ingin tahu. “Hmmm…. Siapa Kak Long, Abang Ngah dan Abang Zubir?”
“Ooooo….
Kak Long kakak Zain. Abang Ngah dan Abang Zubir abang Zain. Zain yang bongsu
sekali.” Zain masih tersengih.
Raja Awwadi
terkejut. So selama ni, bunga kertas tu jaga mereka empat beradik. Biar betul.
“Mak ayah
Zain dah tak ada. Kata Abang Zubir, mak ayah accident. Mak Su yang jaga kami.
Mak Su berhenti sekolah sebab nak jaga kami.” Beritahu Zain lagi. Matanya masih
memandang wajah Raja Awwadi. Tiba-tiba Zain memegang tangan Raja Awwadi. “Zain
suka Uncle.”
Raja Awwadi
tergamam dengan pengakuan Zain.
“Boleh tak
Zain panggil Uncle ….. Pak Su?”
Raja Awwadi
menggaru kepala yang tak gatal. “Kenapa Zain nak panggil Uncle, Pak Su?”
“Sebab Zain
tak ada Pak Su. Boleh kan? Pak Su.” Zain mula merengek dan membuat mimic muka kasihan.
Raja Awwadi
ketawa dengan kuat. Begitu mudah jawapan budak kecil ni. Geli hatinya. Senyuman
jelas di wajah. Rambut Zain digosok sehingga sedikit serabut. Kalaulah Mak Su
kau dengar, confirm pengsan. Raja Awwadi ketawa kecil di dalam hati.
Dari jauh, Raja Khatijah melihat
telatah Zain dan Raja Awwadi. Di tangannya masih memegang segelas air ribena
yang nak diberi pada Zain.
“Kenapa tercegat
kat sini lagi? “ tegur Raja Khalida. Dia hairan melihat adiknya yang berdiri di
pintu masuk ruang tamu ke-tiga. Dia membawa pinggan yang berisi biscuit yang
baru dimasak di dapur. Dia mahu Zain rasa. Pastu Zain suka. Kehadiran Zain menjadi
pengubat kesunyian mereka berdua. Celoteh Zain membuatkan mereka berdua
terhibur.
“Kak Long,
tengok tu. Dah lama kita tak dengar Adi ketawa. Tijah ingatkan kita tak dapat
tengok diri Adi yang dulu lagi.” Raja Khatijah tersenyum. Sejak putus cinta
beberapa tahun yang lalu, Adi dah banyak berubah. Istilah ketawa dan senyuman
sudah hilang dalam hidupnya.
Raja
Khalida turut sama tersenyum. Terukir senyuman di bibir. Dia bersyukur.
Akhirnya doanya termakbul juga. Inilah diri Adi yang aku inginkan selama ini.
Dia tak mahu Adi berdendam dengan semua orang di dunia ini. Dia mahu Adi
belajar terima suratan takdir.
****************************************
Langkah
diatur mencari anak saudaranya. Wajah Villa resah. Dia terkejut melihat Zain
tiada. Dia dah pesan pada Zain, jangan ke mana-mana. Tak pernah dengar cakap
orang. Entah ke mana Zain pergi. Puas
aku cari. Kalaulah rumah ni kecil, dari awal lagi aku dah jumpa. Villa membabel seorang diri.
“Kak
Villa.” Tegur Tuti.
“Tuti, ada
nampak Zain tak?” soal Villa.
“Tadi Zain
ada dengan Tuan Adi.” Beritahu Tuti.
“Ra…Ja…..Raja
Awwadi.” Tiba-tiba Villa menjadi gagap. Dia terkejut. Dia dah balik ke? Bukan
ke dia ada urusan di Bali selama 4 hari. Cepatnya dia balik. Tapi macam mana
pulak, Zain boleh bersama dengan mamat Audi? Zain pun satu, tak nak dengar
cakap aku. Tak reti nak duduk diam. “Hmmm….mereka pergi mana?”
“Rasanya di
bilik Tuan Adi. Kak Villa, Tuti nak minta tolong sikit. Tuti tengah goreng ikan
di dapur. Kak Villa, tolong beri kemeja ni pada Tuan Adi. Pukul 2, Tuan Adi ada
meeting” Villa terus memberi kemeja berwarna biru air yang siap disterika pada
Villa. “Kak Villa naik tangga ni. Tingkat dua sebelah kiri. Terima kasih, Kak
Villa. Tuti tak boleh lama-lama, takut hangus ikan di dapur. “ Tuti berlalu
pergi meninggalkan Villa.
Villa
tercengang. “Aku tak setuju pun. Takkanlah aku nak pergi bilik mamat Audi seorang
diri, nak cari nahas.” Villa mengetap bibir. Kemeja itu diangkat. “Orang dah
minta tolong, buat ajelah. Lagipun, Zain ada. Tak payah nak takut.” Villa
memulakan langkah dan mendaki anak tangga sehingga tingkat tiga.
Villa
berdiri di pintu bilik Raja Awwadi. Jantungnya berdegup kencang. Takut pun ada.
Rasa macam nak masuk dalam kandung harimau. Memang betul pun, mamat tu kan
garang macam harimau. Asyik nak terkam orang ajer. Villa menarik nafas
perlahan-lahan. “Bismillahirrahmanirrahim.” Ucap Villa. Pintu diketuk. Tiada
jawapan. Sekali lagi pintu bilik diketuk. Masih juga tiada jawapan. “Tak ada
orang ke?” Tombol pintu dipulas. Tak berkunci. Pintu dibuka.
Mata Villa
meliar mencari Zain. “Zain! Zain!” panggil Villa dengan nada perlahan. Bimbang
jika kehadirannya dihidu Raja Awwadi. Niatnya hanya mencari zain. Gelagat Villa tak ubah seperti
pencuri. Terhendap-hendap. Anak mata Villa membesar sebaik sahaja melangkah
masuk, Dia tergamam. “Betul ke ini bilik mamat tu. Luasnya. Duduk seorang tapi
bilik sebesar ni. Agaknya ini cara orang
kaya habiskan duit mereka. Tema warna putih menjadi warna bilik ini. Susun atur
dan gaya seperti hotel bertaraf lima bintang. Nampak mewah. “Ini hanya kekayaan
di dunia sahaja. Akhirat nanti belum tentu lagi.” Villa membuat mimic muka.
Dahi Villa sedikit berkerut. “Mana pulak anak saudara kesayangan aku ni? Main
sorok-sorok dengan aku ke?”
Villa masuk ke ruang
wardrobe. Sekali lagi Villa tergamam.
Ruang itu dilengkapi dengan almari dan rak bina. Dipenuhi dengan pakaian dan
barangan berjenama. Baju disusun kemas mengikut warna. Kasut pula disusun
mengikut jenama. Villa mendekati almari cermin yang mempamerkan pelbagai jenis
jam tangan berjenama. “Pasti harga beribu-ribu. Kalau aku gadai semua jam ni,
rasa-rasanya aku boleh beli kereta baru.
Beli jam mahal-mahal membazir saja.
Tup ..Tup jadi perhiasan . Jam tangan aku ni ….walaupun harga RM10, bertahan
hingga sekarang. Jimat. Semua pakaian di sini, dia pakai ke? Lelaki
metroseksual. Memang sesuai dengan mamat Audi ni. Tahu bergaya saja. Daripada
habiskan duit beli barang-barang berjenama ni, kan lebih baik kalau buat amal
jariah. Tolong orang yang memerlukan. Tolong orang miskin. Tolong anak-anak
yatim .Dapat pahala jugak.“ Villa membuat mimic muka. Villa mengangkat hanger
yang dipegangnya. “Mana aku nak letak kemeja ni. Letak aje di sini. Baik aku
blah cepat. Rasa-rasanya Zain tak ada di sini. Hish…..ke mana pulak budak ni
merayap.” Villa mengetap bibir. Dia memusingkan badannya dan terkejut. Raja Awwadi sedang berdiri di
muka pintu ruang wardrobe. Wajahnya serius.
Lemah lutut Villa terkena renungan maut dari Raja Awwadi
“Siapa benarkan you masuk, hah?”
jerkah Raja Awwadi. Dia baru selesai mandi. Dia terkejut melihat Villa ada di
dalam biliknya. Dah ceroboh masuk bilik aku lepas tu siap kutuk aku lagi. Berani betul perempuan kertas ni. Raja Awwadi masih merenung Villa. Hanya
sehelai tuala membaluti tubuhnya.
Villa tergamam beberapa saat.
Wajahnya merona merah. Dengan pantas, Villa memandang ke arah lain. Hish ….mamat
ni tak segan ke? Aku ni perempuan.
Tahulah badan tu berotot-otot. Ada six pack pulak tu. Tak payah ler nak
tayang kat aku.Boleh tergugat naluri kewanitan aku. Villa rasa tak senang hati.
“Aaaa….Tuti sibuk di dapur so Tuti suruh I tolong hantarkan kemeja you. Ini
dia.” Villa mengambil semula kemeja dan tunjukkan pada Raja Awwadi sebagai
bukti. Dia tak berani memandang Raja Awwadi. “Saya ….Saya letak di sini.” Villa
ingin letakkan semula kemeja tu. Tak elok aku lama-lama di sini. Berdua. Boleh timbulkan fitnah.
“Wait. You pegang kemeja tu
sekejap.” Arah Raja Awwadi. Aku belum habis cakap, kau dah nak lari. Jangan
haraplah. Dia berjalan ke bahagian almari seluar.
Villa mula resah. Jantungnya
berdegup kencang. Terasa bahang. Hish…. Kenapa mamat ni suruh aku tunggu pulak?
Dia buat apa? Villa mencuri pandang ke arah Raja Awwadi. Villa terkejut melihat
Raja Awwadi mengambil seluar yang disangkut. Dengan pantas Villa menoleh ke
arah lain. Air mukanya bertambah merah. Biar betul nak pakai seluar , dah lupa
ke aku masih tercegat di sini. Villa menurun sedikit cap yang dipakai agar
menutupi matanya. Tiba-tiba Villa
teringat ceramah Ustaz Halim tentang batas pergaulan antara lelaki dan
perempuan bukan mahram. Dia selalu hadiri ceramah Ustaz Halim di masjid berdekatan rumah
setiap pagi Ahad. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud “Barang siapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan
seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu
tentulah syaitan.” –Riwayat Bukhari. Kesimpulannya , Allah melarang pertemuan di
antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan
jauh dari pandangan orang ramai. Keadaan ini boleh mendatangkan syak wasangka
dan fitnah. Villa bertambah gelisah. Otaknya ligat mencari alasan.“I tak boleh
lama di sini. I kena cari Zain.” Kata Villa sebelum memulakan langkah.
Villa terkejut apabila tangannya dipegang kasar. “Lepaslah!
Kenapa dengan you ni? Sakitlah “ Villa mengetap bibir seraya meronta. Dia tak
suka diperlakukan seperti ini. Bila masa mamat ni ada di sebelah aku? Aku tak
sedar pun. Villa menarik nafas lega melihat Raja Awwadi lengkap pakai singlet
dan seluar.
Raja Awwadi berdiri di sebelahnya. Semakin erat
genggaman Raja Awwadi setiap kali Villa meronta. “You tak dengar cakap I
ke? I suruh tunggu. Tak faham ke?”
tengking Raja Awwadi. Dia paling tak suka jika orang tak dengar arahannya.
“Ok! You nak cakap apa? Lepaslah. Tak payah nak pegang
tangan I. I tak suka.” Nada suara ditinggikan. Villa masih meronta.
Raja Awwadi melepaskan tangan Villa dengan kasar. Dia terkejut. Rupa-rupanya garang jugak bunga
kertas ni. “You ingat I suka pegang tangan you ke? Dah ler kasar macam kertas
pasir . Ini tangan perempuan ke tangan lelaki! You tak pakai lotion ke? Oh ya,
I lupa you pakai lotion jenis baja pokok. Betul tak? Sebab tu kasar.” Perli
Raja Awwadi.
“Terima kasih. Pujian you tu amat I hargai. So, cakaplah cepat.” Sinis kata-kata dari
Villa. Aku betul-betul tak faham dengan mamat ni. Apa yang dia nak dari aku
sebenarnya. Tak habis-habis nak naikkan darah aku.
“Dah berapa lama you bekerja di sini?” soal Raja Awwadi
secara tiba-tiba.
Sedikit dahi berkerut. Rasa pelik dengan soalan Raja
Awwadi. Tiba-tiba aje tanya soalan ni, kenapa? Argh ….jawab aje. Tak jawab,
naik hantu pulak. “Almost 2 weeks. Why?”
“Yeah! You betul-betul lupa atau sengaja buat-buat lupa,
bunga kertas.” Raja Awwadi mendekati Villa.
Villa mengundur langkahnya beberapa tapak. Semakin pucat
wajah Villa. Dia mula panic. Ya Allah, apa mamat ni nak buat kat aku? Tubuhnya
seram sejuk. Setapak Raja Awwadi melangkah mendekati Villa, setapak juga Villa
mengundurkan langkah. “Aaaaa….Apa yang
you nak dari I?” Villa mula gagap. Villa
sedar dirinya sudah hampir dengan dinding. Renungan lelaki itu sangat seram.
Jantung Villa berdegup kencang.
“Ok! Kalau you dah lupa, biar I ingatkan sekali
lagi. Listen, I nak you dengar
baik-baik. Buka telinga you luas-luas. I takkan ulang banyak kali. I tak suka
you bekerja di sini. Sejak awal I dah
warning you. Tapi you degil, you tetap kerja di sini. “ Raja Awwadi menghentak kedua-dua tangan di dinding.
Villa terperangkap.
Dia tak dapat melarikan diri lagi. Raja Awwadi berdiri dekat dengannya.
“I menyampah tengok muka you. Berlagak baik. I sakit hati bila nenek sebelahkan you. Nenek Tijah pun sama. I
hairan. Kenapa mereka sukakan you? Entah ubat guna-guna apa you bagi mereka.
Bomoh mana you cari? Jawa? Siam?” tuduh Raja Awwadi.
Villa masih menundukkan kepala. Nasib baik ada cap, sekurang-kurangnya
kami tak face to face. “Encik Audi, I masih ada agama. Perkara syirik macam tu,
I tak buat. Baik buruk …. Halal haram ….semua itu I tahu bezakan. Jangan nak
tuduh I. I tak tahu kenapa you selalu cakap yang nenek you sebelahkan I
sedangkan kami tak rapat pun. Kalau jumpa, kami hanya bincangkan pasal kerja
saja. That’s all. Tugas I hanya incharge
projek ini saja. Kalau you tak suka I, I tak rugi apa-apa pun. Hanya tinggal
seminggu lagi, lepas tu you tak kan nampak muka I lagi. As long as you tak
kacau kerja I, taman Puan Sri boleh siap awal.
I pun tak ingin nak tengok muka you“ jawab Villa. Ayat terakhir sengaja
diperlahankan. Sakit hati jugak bila dituduh macam tu. Nak sihir orang ni,
bukan bidang aku. Mamat ni memang mulut laser. Muka handsome tapi mulut …. Eeee, rasa macam ni cili saja mulut mamat
Audi ni.
“What! You cakap apa? Part last tadi I tak dengar.” Tiba-tiba
Raja Awwadi memegang wajah Villa dengan kasar agar memandang ke arahnya. “You
kutuk I tadi, betul tak?” Anak matanya bertaut dengan anak mata milik Villa. Seketika dia terpegun dengan
kecantikan Villa. Selama ini dia tak pernah amati wajah Villa dari jarak dekat.
Cap dan cermin mata besar berbingkai hitam menutupi kecantikan Villa yang
tersembunyi. Wajah bujur sirih dan mata besar ditambah pula dengan hidung
mancung menambahkan lagi kecantikan Villa. Renungan matanya terhenti di bibir
mungil milik Villa. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.
Villa terkejut. Mukanya sakit bila dipegang seperti itu.
Dia tak suka dirinya disentuh sesuka hati. Memang pantang tok nenek aku, orang
buat aku macam ni. Kau ingat kau sorang ada angin, aku pun ada angin jugak. Angin
aku lebih dahsyat dari kau. Api kemarahannya membuak-buak. Villa memijak kaki
kiri Raja Awwadi dengan kuat.
Raja Awwadi terkejut seraya memegang kakinya yang sakit.
“Hey, I pun tak ingin nak tengok muka you. I tak suka
perangai you terutamanya cara you berfikir. I tak suka. Dah jelas kan! Dah
dengar kan. So mulai hari ini, I quit. I quit. “ marah Villa Matanya bulat menjegil
Raja Awwadi. Dia terus berlalu pergi seraya mulutnya terkumit-kumit menyumpah
Raja Awwadi.
Raja Awwadi masih dalam terkejut. Mulutnya terkunci.
Terkebil-kebil matanya. Mak Oii….macam mak harimau aku tengok. Akhirnya tunjuk
taring jugak. Tapi betul ke dia nak berhenti? Tercalit perasaan sedih di hati.
Eh, bukan ke itu yang aku nak? Bagus. Aman sikit dunia aku. Tak payah aku nak
hadap muka bunga kertas tu. Raja Awwadi tersenyum lebar.
**************************
“Berhenti!” tiba-tiba Puan Haliza meninggikan suara. Dia
melihat Villa yang kelihatan tenang duduk di hadapannya.
Fatimah dan Suzie turut sama terkejut dengan suara Puan
Haliza. Pandangan mereka tertumpu di sudut tempat menunggu yang dikhaskan untuk
pelanggan.
“Kenapa?”
“Kak Liza tahu kan kenapa. Villa dah tak tahan. Semakin
hari semakin menyakitkan hati. Nasib baik Villa tak ada darah tinggi, kalau tak
dah lama Villla masuk ward. Kak Liza
pernah deal dengan cucu Puan Sri kan, so Kak Liza mesti masak dengan perangai
mamat gerek tu.”
“Ala ….Villa, tinggal seminggu lebih lagi. Sabarlah.
Lepas projek ni siap, Villa takkan jumpa Raja Awwadi. Begini, Kak Liza naikkan
gaji Villa bulan ni. Okey tak?” pujuk Puan Haliza.
“Ini bukan soal gaji, Kak Liza. Villa betul-betul tak
tahan. Sepanjang Villa bekerja, dialah lelaki yang paling teruk yang Villa
pernah jumpa. Kak Liza tahu tak apa dia buat kat Villa. Dia sorokkan sebelah
kasut Villa semasa Villa ada di suarau, lepas tu dia sabotaj minuman Villa.
Side mirror kereta hilang. Lepas tu lagi, dia koyak plan lanskap yang Villa nak
refer. Itu Villa boleh tahan tetapi bila dia cabut semua rumput tiruan yang
kami taman ……itu memang dah melampau.Kalau Kak Liza nak, Villa boleh tulis
list. “ Villa melepaskan keluhan dengan kuat. “Kalau dulu, Villa target dia
tetapi sekarang ni target dia, Raub dan kawan-kawan. Kalau boleh Villa tak nak
disebabkan Villa, Raub dan kawan-kawan terlibat sama. I’m so sorry, Kak Liza.”
“Kak Liza faham. Tetapi Puan Sri tak benarkan Villa
berhenti. Awal-awal lagi Puan Sri dah warning Kak Liza. Puan Sri mahu Villa
incharge projek ni.” Terang Puan Haliza.
“Tapi kenapa, Kak Liza?” Villa hairan.
“Kak Liza, tak tahu.” Jawab Puan Haliza. Dia ada tanya
tetapi Puan Sri hanya tersenyum.
“Villa dah tekad, Kak Liza. Villa tak dapat teruskan
projek ni. Bulan ni Kak liza tak payah bayar gaji Villa. Villa minta maaf banyak-banyak, Kak Liza.
Villa tak nak tengok muka cucu Puan Sri lagi. Hari tu nyaris-nyaris …..”
Tiba-tiba Villa berhenti dari meneruskan kata-katanya. Nasib baik sempat emergency
brek, kalau tak bertambah lagi masalah aku. Villa tersengih.
“Nyaris apa?” soal Puan Haliza. Dahi sedikit berlipat.
“Hari tu Villa nyaris-nyaris nak tarik rambut mamat tu.
Nak aje Villa tarik rambut sampai botak. Mulut dia macam nak ganyang dengan cili.
Geram!” Hanya jawapan itu keluar di
bibir Villa. Harap-harap Puan Haliza percaya.
“Kak Liza pun pernah terfikir macam tu jugak. Tak ada
siapa boleh tahan.” Sokong Puan Haliza seraya ketawa kecil. “Hmmm…beginilah,
Kak Liza bagi Villa cuti 3 hari. Berehat. Minggu depan kan cuti sekolah. Bawa
anak-anak saudara pergi jalan. Biar Kak
Liza masa untuk pujuk Puan Sri. Kalau dia setuju, Kak Liza akan call Villa. Tapi Kak Villa tak berani
nak jamin, semuanya terletak di tangan Puan Sri. Okey tak?” ujarnya. Dia akan menolong selagi yang mampu.
Dia tak mahu paksa Villa.
“Terima kasih, Kak Liza.” Semakin mekar senyuman di
bibir Villa. Akhirnya aku akan bebas juga. Yahoo….. Ikut hati aku nak aje aku
melompat.
Loceng pintu kedai berbunga. Villa menoleh dan terkejut dengan kehadiran
lelaki bernama Syed Malik. Air muka Villa berubah serta merta. Bibir diketap
rapat. Tak habis-habis satu persatu masalah datang. Satu masalah selesai,
datang pula masalah lain.
*******************
“Abang Ngah, kita
mimpi ke?” soal Zubir. Dia masih tidak percaya.
Dahi Zakri sedikit berkerut. Melihat Zarina yang sedang
masak di dapur membuatkan Zakri bingung.
“Abang Ngah, Kak Long masak.” Beritahu Zain.
Terkebil-kebil matanya. Dia melihat ke arah mereka berdua yang menyorok di
sebalik pintu dapur. Hanya kepala yang terjenggol keluar.
Zubir menarik Zain mendekati mereka. Bimbang jika
kehadiran mereka diketahui oleh kakak mereka. “Volume suara tu slow sikit.”
Tegur Zubir dengan perlahan.
“Kenapa nak slow?” soal Zain.
Zubir mengetap bibir. Ada saja soalan yang nak ditanya.
Pening kepala aku. “Tengok jelah.”
“Sepanjang 8 tahun, tak pernah kita nampak Kak Long
masak. Betul tak? Masak nasi pun tak pernah. Inikan pulak nak masak makan malam
untuk kita.” Kata Zubir lagi.
Zakri menggaru kepala yang tak gatal. Dia musykil. Sejak
kejadian hari tu, Kak Long banyak berubah. Aku nampak perubahan tu. Kak Long
dah jarang keluar rumah. Kebanyakkan masa dihabiskan di rumah. Aku gembira dengan perubahan Kak
Long. Zakri tersenyum.
“Terhendap-hendap macam percuri, kenapa?” tegur Villa.
Kebetulan dia baru saja balik dari kedai bunga. Dia hairan melihat gelagat anak
saudaranya.
“Mak Su!” kata Zakri dan Zubir serentak. Tiba-tiba
sahaja Villa berada di belakang mereka berdua.
“Mak Su dah balik.” Zain tersengih.
“Baguslah, Mak Su
dah balik. Jom makan. Ina masak nasi goreng malam ni.” Zarina melihat
semua ahli keluarganya ada. Dia membawa mangkuk besar nasi goreng yang
dimasaknya tadi ke ruang tamu. Semua sudah siap dihidangkan. Ikan bilis goreng
dan telur goreng telah siap digoreng. Dia tahu adik-adiknya suka makan nasi
goreng bersama ikan bilis goreng dan telur goreng. Itulah yang selalu dimasak
oleh arwah ibu semasa kami kecil.
“Ina masak.” Anak mata Villa bulat seolah-olah tak
percaya. Mulut sedikit ternganga. Dia melirik matanya ke arah Zakri, Zubir dan
Zain. Ina reti ke masak? Selama ni tak pernah pun Ina tolong aku di dapur.
Pelik ni.
“Tengok, Mak Su pun tak percaya.”Zubir bersuara.
“Mak Su! Zack! Zubir! Zain! Kalau sejuk tak sedap, cepatlah makan.” Jerit Zarina
dari ruang makan.
“Ya. Kami datang.” Jawab Villa. Dia gembira dengan
perubahan Zarina. Dia bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan. Zarina dah
mula rapat dengan adik-adiknya. “Jom, cepat. Bukan selalu nak rasa masakan
Ina.” Villa mengenyit sebelah matanya. Tangan kecil Zain dipegang lembut.
CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)
𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...
-
BAB 15 “ Hey, kau tak ada pakaian lain ke? Baju kurung yang lusuh ni pun kau masih pakai lagi. Duit yang nenek aku beri , tak c...
-
BAB 25 Haikal masih kaku berdiri. Dia memandang di segenap penjuru bilik Aina. Haikal tidak percaya dengn apa yang diceritakan ...
-
BAB 26 Aril menghulurkan sehelai tuala pada Aina. Dia terkejut apabila mendapat panggilan dari Aina. Nada suaranya seperti dala...


.jpg)







