Monday, November 16, 2009

Rahsia hati 16

Bab 16

“Aku salah cakap ke tadi? Rasanya tak! Aku kata aku setuju dengan rancangan dia nak putus tunang tapi kenapa dia tiba-tiba naik angin. Hish.....aku tak faham la. Aku ni pun satu, buat apa nak kusutkan otak aku ni dengan perkara tak berfaedah ni.Biarkan saja lah.” Dania bercakap seorang diri sebaik saja tiba di bilik pejabatnya.
”Cik Muda!” tegur Ali. Dia hairan bila melihat Dania bercakap seorang diri sehingga tidak sedar akan kehadirannya di situ.
Dania terkejut! Ali! Bila masa dia ada kat sini? Entah-entah Ali dengar apa yang aku cakap tadi. “Errrr........Ada apa?”
“Saya ada sesuatu nak laporkan pada Cik Muda.” Beritahu Ali.
“Pasal apa?” tanya Dania terus duduk di kerusinya.
“Pasal Tan Sri!”
“Kenapa dengan atuk?” Dania hairan.
“Sejak kebelakangan ni, orang Karim sentiasa mengekori kita ke mana-mana saja.”
Dania tersenyum. “Atuk! Atuk! Tak pernah nak mengaku kalah. Tak mengapa, biarlah.”
Tiba-tiba pintu diketuk. Irfan dan Suria masuk. Dania tersenyum bila melihat mereka berdua.
“Cik Muda! Ada perkara yang perlu Cik Muda tahu.”kata Irfan.
Dania menganggukkan kepalanya.
”Kebelakangan ni, orang Mansur asyik mengekori saya ke mana-mana saja. Saya yakin tujuan mereka adalah untuk mencari di mana Tuan Muda berada.” beritahu Irfan. Wajahnya serius. Dia bimbang akan keselamatan Daniel.
Dania mengeluh. ”Saya dah menjangka perkara ni akan berlaku. Uncle Johari takkan lepaskan peluang sebegini. Pasti dia ada rancangan lain untuk saya dan Daniel. Kamu jangan bimbang, Irfan! Anak buah Ali sedang mengawasi keselamatan Daniel, jika ada sesuatu yang tak kena mereka akan laporkan pada saya.” Dania tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran Irfan sekarang ni. Pada hakikatnya dia juga bimbang akan keselamatan Daniel yang berada jauh darinya. Dia takkan lupa apa yang berlaku pada Daniel dahulu. Disebabkan peristiwa itu, Daniel berada di hospital selama sebulan. Syukurlah tiada apa-apa yang berlaku. Waktu Daniel berada di hospitial, dia tidak pernah meninggalkan Daniel walau sesaat pun. Dia telah berjanji pada dirinya bahawa perkara ini takkan berulang lagi.
”Ali! Apa aktiviti Daniel sepanjang minggu ni?” tanya Dania.
”Tuan Muda habiskan masanya di rumah saja. Dia tak pergi ke mana-mana pun.” lapor Ali.
”La......Kenapa pulak macam tu? Sepatutnya dia gunakan masa yang ada ni untuk enjoy. Bukannya terperap saja di rumah. Hmm....ada-ada saja Daniel ni.” Dania ketawa kecil. ”Suria!”
”Tan Sri mahu saya beritahu Cik Muda yang malam ni Cik Muda perlu hadirkan diri untuk kenduri kesyukuran oleh Dato’ Razali sempena kepulangan tunang Cik Muda.” beritahu Suria melihat wajah Dania. Tenang saja. Tak ada apa-apa reaksi pun.
”Malam ni ke?” tanya Dania lagi. Nampaknya malam ni terpaksa la aku mengadap muka mamat tu lagi.
”Ya, Cik Muda! Dan....Tan Sri pesan kalau Cik Muda tak hadirkan diri malam ni, Tan Sri akan.....” Suria teragak-agak untuk menghabiskan ayatnya.
”Tan Sri akan apa? Beritahu saya saja.” Dania ingin tahu.
”Tan Sri kata dia akan cari Tuan Muda sampai dapat dan heret Tuan Muda balik.” Mata Suria memandang tepat pada majikannya.
”Hmmm....atuk ni tahu-tahu saja cara macam mana nak ugut saya! Baiklah, saya akan hadiri. Suria, kamu tolong saya belikan barang ni dan beri saya sebelum petang nanti.” Dania menulis beberapa senarai nama barang. Dia memberi kad kredit dan senarai nama itu pada Suria.
”Untuk apa ni, Cik Muda!” Terkebil-kebil Suria membaca.
“Itu untuk saya sakiti hati seseorang!” Dania tersengih. Kau ingat kau boleh terlepas begitu saja, Hairi! Ada ubi ada batas ,malam ni aku balas.
Suria, Ali dan Irfan memerhati hairan gelagat Dania. Entah apa yang sedang difikirkannya.

**********************************

Dania bersalaman dengan Datin Zulaikha sebaik saja tiba di rumah banglo 2 tingkat itu. Suasananya riuh-rendah dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai. Dania menghulurkan beg kertas pada bakal mak mentuanya.
”Apa ni!” Datin Zulaikha hairan.
”Hadiah untuk mama ! ”Dania tersenyum. Dania memerhati wanita yang berumur 50an itu. Jika ibunya hidupnya lagi, pasti aku bahagia. Pelbagai hadiah akan aku hadiahkan padanya tapi …..memang ini takdir aku sebagai anak yatim piatu.
Datin Zulaikha mengeluarkan satu persatu barang yang terdapat di dalam beg itu. Matanya bulat melihat barang yang dihadiahkan oleh Dania. Datin Zulaikha tersenyum lebar. ”Ni …. Bottega Veneta dan Rare De Couture. Ini limited edition handbag.” Dia memang ingin membeli beg ini tapi sudah habis stok. Ramai kawannya juga ingin membeli beg tangan jenis ni juga.
Datin Zulaikha terus memeluk Dania. Tan Sri Daud dan Dato’ Razali tersenyum melihat telatah mereka bedua. ”Terima kasih !” Datin Zulaikha meleraikan pelukan dan tersenyum.
”I know you love it ! ” Dania tersengih melihat reaksi bakal mak mentuanya. Dania berpaling ke arah Dato’ Razali yang sedang berdiri. Dania menghulurkan beg kertas yang berada di tangan kanannya pada Dato’ Razali. “Ni untuk Atuk Zali”
“Ala….Dania, tak payah la susah-susah.” Kata Dato Razali.
“Ala …kau ambil sajalah. Malu-malu kucing pulak” kata Tan Sri Daud bila sahabatnya itu malu untuk menerima pemberian Dania. Sejak kecil lagi, Dania memang seorang yang pemurah dan pandai mengambil hati orang tua. Dia bangga kerana Dania adalah cucunya.
Dato’ Razali mengeluarkan barang yang ada di dalam beg itu. “Ini jam tangan Swiss limited edition. Ni….Macam mana kamu tahu atuk suka pakai tali leher jenama Louis Vuitton ni!” Dato’ Razali terkejut.
”Cucu aku ni teliti orangnya. Kau bertuah.” puji Tan Sri Daud terhadap cucunya sendirinya.
”Thanks, Dania! Memang tepat pilihan atuk, pilih kamu jadi isteri Hairi.” puji Dato’ Razali. Nak harapkan Hairi, satu hadiah pun jangan harap la nak bagi kat aku. Perut dia saja dia jaga.
”Dia belum jadi isteri Hairi lagi, atuk.” Hairi tiba-tiba mencelah. Dia mengatur langkah menghampiri mereka yang berkumpul di ruang tamu.
Wajah Dato’ Razali berubah. Budak bertuah ni! Dia memang sengaja nak cari pasal. Dato’ Razali mengetap bibirnya menahan geram. ”Dania akan jadi isteri kau tak lama lagi.”
”Tapi bukan sekarang.” jawab Hairi. Dia mendekati wanita yang memakai baju kurung pahang berwarna biru laut. Wanita itu hanya tersenyum memandangnya.
”Hairi!” nada suara Dato’ Razali meninggi. Cucunya ni memang kurang ajar. Tak hormat langsung orang yang berada di situ. Dato’ Razali menoleh ke arah sahabatnya.Dia malu dan bimbang jika kata-kata cucunya itu menyinggung perasaan sahabatnya itu. Tan Sri Daud hanya menganggukan kepalanya sebagai tanda dia memahami apa yang berlaku. Wajah Datin Zulaikha pucat melihat apa yang berlaku.
”Dania, hadiah untuk Hairi! Kau ada bawa tak?” tanya Tan Sri Daud. Dia cuba mengubah topik sebelum keadaan menjadi panas.
”Oooo........” Bulat mata Dania. Dia terus memandang pada Tan Sri Daud. ”Dania terlupa la nak beli hadiah kat Hairi. Hish...macam mana Dania boleh terlupa ye? Mungkin sebab Dania bukan isteri Hairi lagi kot.” Dania berpura-pura terkejut. Matanya melirik pada Hairi yang berada di sisinya.
Hairi menjeling pada Dania. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat. Dia ni kenakan aku balik dengan kata-kata aku sebentar tadi. Memang dia ni bukan perempuan biasa yang selalu aku kenal. Dia lain sikit..
”Dania!” tegur Tan Sri Daud. Dania ni…dia mula dah.
“Kalau macam tu awak suka apa? Jenama apa yang awak suka guna? Beritahu semuanya nanti Dania belikan. Lagipun duit Dania banyak, sampai bila takkan habis.” Perli Dania.
“Kau!” Wajah Hairi berubah.Dia menunjukkan jari telunjuknya hampir pada wajah Dania.
“Ya! Awak nak tahu Dania suka apa ke? Nak beli kat Dania ke? Hmm.... Dania suka jenama Bluefly. Semua produknya Dania suka.Awak ni memang seorang pemurah la.” beritahu Dania tanpa segan silu. Dania sengaja sakiti hati Hairi.
”Kau ni....memang sengaja...nak sakiti hati aku!” Hairi terus memegang tangan Dania dengan kuat. Perempuan ni perli aku secara terang-terangan. Dia sengaja nak naikkan darah aku.
”Hairi, lepas Dania! Kau ni tak malu ke layan Dania macam tu depan kami semua? Kau tak hormat kat Tan Sri Daud ke ?” marah Dato’ Razali bila Hairi bertindak kasar pada Dania di depan mereka semua.
”Sakit ! Sakit la ! Please let me go !” Dania membuat mimic muka sakit pada mereka semua. Dia merayu agar dilepaskan bagi meminta simpati pada Dato’ Razali. “Atuk Zali!” Dania membuat muka simpati.
“Hairi, atuk kata lepaskan Dania!” Dato’ Razali tiba-tiba naik angin.
“Hairi! Kenapa berkasar pada Dania macam tu? Lepaskan dia. Sakit tu.” Datin Zulaikha merayu bila melihat wajah Dania yang sedang menahan kesakitan.
Hairi dengan kasar melepaskan pegangannya. Renungannya pada Dania seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup.
Dania memegang tangannya yang masih sakit. Terdapat bekas pegangan tangan Hairi pada pergelangan tangannya. ”Atuk! Atuk Zali! Mama! Dania balik dulu. Ada orang tak suka Dania. Dania rasa lebih baik Dania balik dulu. Terima kasih sebab jemput Dania malam ni. Maaf !” Air mata Dania mula bergelinangan. Dania mengesat air matanya yang mengalir. Dania segera meninggalkan mereka berempat yang masih tercengang.
”Hairi! Apa yang kamu dah buat pada Dania? Mama tak sangka Hairi sanggup layan Dania macam tu. Dia kan tunang Hairi. Mama kecewa dengan sikap Hairi.” Datin Zulaikha terus berlalu pergi dengan wajah yang sedih.
”Tengok apa kau dah buat? Kau ni memang tak ada budi bahasa langsung. Macam mana la aku boleh ada cucu macam kau?“ marah Dato’ Razali. Kejadian sebentar tadi menarik perhatian orang yang berada di dalam rumah banglo itu.
”Atuk!” kata Hairi. Dania....kau! Kau sengaja buat aku macam ni. Kau nak mereka semua anggap aku seperti aku yang jahat di sini. Hairi geram bila atuk dan ibunya menyalahkan dirinya.
Tan Sri Daud terdiam. Dania, budak ni memang pandai berlakon! Dia kenal benar dengan perangai Dania. Dia bukan seorang wanita yang lemah dan menangis disebabkan perkara yang kecil. Ni pasti plan dia nak kenakan Hairi balik disebabkan kejadian pagi tadi.Dia tahu apa yang berlaku pada Dania pagi tadi.Sejak dari tadi, Tan Sri Daud hanya diam membisu dan memerhati gelagat cucunya. Nampaknya mereka berdua ni saling membenci antara satu sama lain. Boleh ke perkahwinan ini diteruskan? Dapatkah mereka dua menyelami isi hati masing-masing?





6 comments:

epy elina said...

hohohoo...
lucu lak part ni btkan sy trgelak nak baca...
bgus dania balas blik prbuatan hairi...
jgn ingt pmpuan smua sma blh buli sesuka ati...
best2..
smbung2x...

keSENGALan teserlah.. said...

hahahaa...
oke2..
now peperangan sdh bermula..
yiihhaakk..
wakakkaa..
smbung2..

hana_aniz said...

hahaha.. biarlah diorang kawin..
mesti romantik nnt.

Azimah Lily said...

Terima kasih sebab membaca ye!

baby elepent said...

tq tlg smbt cite nie erk..lama da tgu..huhu

Anonymous said...

Hmm..bab 15 tk de kee????? Aduh..sya nk bca bab 15..

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...