Wednesday, November 18, 2009

Rahsia hati 18

Bab 18

Halina merenung wanita yang sedang berdiri menghalang perjalanannya. Hari ini merupakan hari terakhir dia menduduki peperiksaan. Lega hatinya sebaik saja keluar dari dewan peperiksaan. Dia yakin dia telah lakukan yang terbaik. Kegembirannya hilang sebaik saja dengan kemunculan Melissa. “Kau nak apa lagi?”
“Saja. Aku nak tengok wajah orang yang putus cinta dan patah hati macam mana?” Melissa tersengih.
“Suka hati kaulah. Aku malas nak layan orang macam kau! Tepilah sikit”Nada suara Halina kasar. Matanya bulat merenung Melissa.
”Hey, relaks la dulu! Lagipun hari ni last paper!Hmm... Takkan kau tak nak ucapkan tahniah pada aku sebab berjaya menambat hati Abang Rizal?”
”Ok! Kau nak sangat aku ucapkan tahniah kat kau kan! Tahniah! Boleh aku pergi sekarang?” Halina mengetap bibirnya menahan geram.
”Tak semudah tu. Kau ingat aku nak lepaskan peluang ni! Aku nak kau mengaku yang kau kalah dalam permainan ni!” Melissa membetulkan beg tangannya.
”Permainan! Kau ni dah gila ke apa, Melissa? Jadi selama ni kau tak ikhlas la cintai Abang Rizal.” Bulat Mata Halina mendengar pengakuan Melissa. Dia ni......Hati Halina sudah panas.
”Ikhlas! Kau ni memang bodoh la, Lina! Hey, Abang Rizal yang tergila-gilakan aku! Aku tak pernah cakap pun aku cintakan dia. Dia yang terhegeh-hegah nakkan aku. Aku layan saja. Lagipun aku layan Abang Rizal pun disebabkan nak sakiti hati kau saja. Aku takkan benarkan kau menang kali ni, Lina.” Melissa menunding jarinya pada Halina.
Wajah Halina berubah. ” Jadi kau sengaja permainkan cinta dan perasaan Abang Rizal ?”
”Ya!” jawab Melissa.
”Kau ni kenapa Melissa? Kenapa kau jadi begini? Apa salah aku kat kau sampai kau layan aku begini.” jerit Halina geram. Sekarang ni dia sudah tak tahan dengan sikap Melissa.
”Sebab kau lebih dari aku! Kau ada segala-galanya. Kau bijak,kau kaya, kau ada ibu bapa yang sayangkan kau, kau cantik, kau baik hati, kau disukai ramai. Tetapi aku disisihkan dan dibenci sebab ada orang macam kau!” jerit Melissa. Matanya merah menyala merenung Halina.
Halina tergamam mendengar kata-kata Melissa. Lidahnya kelu.
”Sebab itu aku dah berjanji pada diri aku sendiri yang aku akan menjadi lebih baik dari kau. Aku akan lebih gembira dan bahagia dari kau. Malah yang penting sekali, aku akan pastikan kau takkan sesekali kecapi kebahagian dan kegembiraan selagi aku hidup.Itu aku janji aku. Kau tunggu dan lihat. Aku akan musnahkan segala yang dimiliki kau satu persatu sehingga tiada siapa akan berada di sisi kau. Aku nak kau rasai apa yang aku rasai selama ni” tiba-tiba Melissa menoleh Halina dengan kasar. Halina jatuh terduduk. Fail yang dipegangnya terlepas dari peganganya.
’Kau tunggu dan lihat aku musnahkan hidup kau, Halina!” Melissa ketawa. Dia segera berlalu dari situ. Hatinya puas. Puas sebab dapat sakiti hati Halina. Hari ni merupakan hari kemenangannya.
Halina yang masih terduduk masih kaku. Kata-kata Melissa menyebabkan dia terkejut. Adakah itu sebabnya mengapa Melissa membenci aku selama ni? Sebab aku ada segalanya? Berkerut dahi Halina. Hatinya tiba-tiba resah apabila memikirkan tentang Abang Rizal. ”Abang Rizal!” Pantas Halina bangun. Dia mengatur langkah dengan cepat. Aku mesti jumpa Abang Rizal! Abang Rizal perlu tahu tentang perkara ni.

*******************************

”Atuk! Hairi dah fikir masak-masak! Mulai esok, Hairi akan bekerja kat syarikat atuk. Jawatan Pengarah Urusan, atuk serahkan saja pada Hairi.” kata Hairi tiba-tiba sebaik saja menghampir Dato’Razali yang sedang membaca suratkhabar.
Datin Zulaikha yang sedang menyiram pokok bunga tergamam dengan kata-kata anak tunggalnya.
”Kenapa tiba-tiba saja Hairi nak bekerja? Bukan ke Hairi kata nak rehat selama 2 bulan dahulu sebelum nak mulakan kerja.” soal Datin Zulaikha hairan. Dia memandang wajah ayahnya dengan pandangan yang pelik. Dah buang tabiat ke anak aku ni?
”Hairi dah fikir panjang, kalau Hairi buang masa macam ni lagi. Hairi akan jadi orang yang rugi dan kalah pada seseorang.” tegas Hairi. Anak matanya memandang tepat atuknya yang masih berdiam diri.
”Maksud Hairi, Dania ke? Kalah pada Dania. Itu maksud kamu.” Dato’Razali ketawa. Lucu bila mendengar kata Hairi.
”Hairi takkan kalah pada Dania. Hairi akan buktikan pada atuk yang Hairi lebih hebat dan lebih bijak pada Dania. Hairi akan pastikan syarikat kita lebih hebat dari Global Bersatu.” Hairi yakin pada dirinya.
”Hairi nak lawan Dania. Kamu bukan tandingannya. She’s brillant. Kamu takkan ada peluang.” Dato’ Razali memperlekehkan kemampuan cucunya.
”Jadi atuk tak percaya dan yakin akan kemampuan Hairi ke? Baiklah, Hairi akan buktikan pada atuk.”
”Baiklah.....Suka hati kamulah, Hairi! Atuk akan lihat saja perkembangannya. Kamu nak kalahkan Dania? Atuk macam tak percaya saja.” Dato’Razali ketawa.Dia sengaja nak naikkan kemarahan Hairi. Datin Zulaikha hanya memerhati.
Hairi mengenggam erat tangannya. Sakit hatinya bila keluarga sendiri meragui kemampuan dirinya. Atuk ni bukannya nak naikkan semangat aku, pandang rendah kat aku lagi ada la.”Atuk, tunggu dan lihat!” Hairi terus berlalu meninggalkan mereka berdua.
”Ayah, Ika tak faham la dengan perangai Hairi ni! Tiba-tiba saja perangainya berubah, selalunya kalau suruh pergi kerja. Ada saja la alasannya. Kali ni lain pulak!” Datin Zulaikha mendekati ayahnya.
”Buku bertemu dengan ruas begitu la jadinya!” jawab Dato’ Razali. Senyuman masih terukir di bibirnya.
”Apa!” Datin Zulaikha tidak faham dengan kata-kata ayahnya.
”Hairi terasa dirinya tercabar dan maruahnya tercalar bila Dania lebih hebat darinya. Good improvement.” Dato’ Razali gembira. Nampaknya rancangan aku berjaya. Memang pilihan aku tepat. Dania akan menjadi satu-satunya orang yang akan mengubah hidup Hairi.
”Jangan Hairi dan Dania bergaduh besar sudah la.” Datin Zulaikha mengeluh. Dia kurang senang dengan kata-kata ayahnya. Entah apa yang sedang dirancangkan oleh ayahnya selepas ni.

******************************************

”Abang Rizal!” tegur Halina sebaik saja nampak kelibat Rizal mendekati kereta BMW. Rizal menoleh dan tersenyum bila melihat Halina yang mendekatinya.
”Lina! Apa Lina buat kat sini?” Dia baru saja habis kerja petang itu.
”Lina ada hal sikit nak cakap dengan abang. Important!” Wajah Halina serius.
”Lain macam je bunyinya! Apa halnya ni?” kata Rizal dengan lembut.
Dahi Halina berkerut. Dirinya serba salah. Perlu ke aku beritahu kat Abang Rizal? Pasti Abang Rizal kecewa nanti tapi takkan aku nak biarkan Melissa permainkan hati Abang Rizal. Aku mesti kuatkan semangat. ”Pasal Melissa!”
”Kenapa dengan Melissa?” Rizal hairan.
”Sebenarnya Lina serba salah nak beritahu abang ke tak tapi disebabkan ini berkaitan dengan kebahagiaan abang. Lina perlu beritahu abang.” Halina menarik nafas panjang.
Rizal memandang Halina. Kenapa ni?
”Melissa sebenarnya bukan cintakan abang. Dia hanya nak sakiti hati Lina saja. Bagi dia, abang adalah trofi kemenangannya untuk mengalahkan Lina. Dia hanya mempermainkan abang. Baginya lagi, semua ni hanya permainan. Dia tak cintakan abang. Abang faham tak? Dia lakukan semua ni sebab cemburu pada Lina. Abang kena putus dengan Melissa sebelum keadaan menjadi lebih teruk.” terang Halina panjang lebar.
Dahi Rizal berkerut.”Apa yang Lina merepek ni?” Air muka Rizal berubah sebaik saja mendengar kata-kata Halina.
”Percayalah cakap Lina, abang! Melissa hanya nak permainkan abang saja. Dia bukannya serius sangat nak jalinkan hubungan dengan abang. Dia hanya nak lihat Lina sengsara dan patah hati saja. Selepas ni dia akan tinggalkan abang! Believe me!” kata Halina bersungguh-sungguh. Dia perlu yakin Abang Rizal supaya percaya akan katanya.
”Kenapa Melissa nak buat macam tu? Cuba Lina beritahu abang!” Rizal masih tidak percaya akan kata-kata Halina. Mustahil. Melissa cintakan aku. Kenapa Halina tiba-tiba berkata seperti itu.
Halina gelisah. Dia serba salah! Perlukan aku berterus-terang pada Abang Rizal tentang perasaan sebenar aku! Adakah Abang Rizal akan menerima aku selepas ni ? Aku perlu cuba. Halina menarik nafas panjang.Dia perlu kuatkan semangat. Dia perlu berani meluahkan perasaannya. ”Sebab Melissa tahu Lina cintakan abang!” Akui Halina.
”Apa!” Rizal terkejut dengan pengakuan Halina.
”Lina cintakan abang sejak dulu lagi cuma Lina tidak berani nak luahkannya pada abang. Lina simpan saja dalam hati tetapi ....disebabkan Melissa hanya nak permainkan hati abang, Lina perlu berterus-terang. Sejak dahulu lagi Melissa sangat bencikan Lina. Dia hanya ingin bertanding dengan Lina. Apa saja perkara yang berkaitan dengan Lina dianggapnya sebagai permainan yang perlu dia menang termasuklah abang. Can you see, she’s just using you!”
”Sudah! Cukup!” jerit Rizal secara tiba-tiba. Matanya tepat merenung Halina yang berdiri di hadapannya. Halina terkejut dengan jeritan Rizal. Halina kaku. “Abang tak nak lagi. Selama ini abang hanya anggap Lina sebagai adik saja. Tak lebih dari itu. Lina perlu tahu bahawa kasih sayang yang abang curahkan pada Lina selama ni hanya seperti abang menyayangi adiknya sendiri.”
”Tetapi abang, Melissa hanya nak sakitkan hati Lina saja. Sebab itu dia rancangkan semuanya agar abang jatuh ke tangannya. Dia sengaja nak lihat hidup Lina merana dengan merampas abang dari Lina. Dia nak tunjuk pada Lina bahawa dia berjaya rampas abang dari Lina. Sejak dari dulu lagi, Melissa akan merampas apa saja yang menjadi milik Lina. Baginya apa saja yang dimiliki oleh Lina harus menjadi miliknya juga. Lebih baik, abang putuskan hubungan abang dengan Melissa. Lina tak nak abang kecewa kemudian hari.” Halina merayu. Air matanya mula mengalir. Hatinya juga sakit bila mendengar kata-kata Abang Rizal. Cintanya hanya bertepuk sebelah tangan saja.Abang Rizal hanya menganggap dirinya sebagai adik saja.
”Sudah! Abang tak nak dengar lagi. Abang tak sangka begini sikap Lina sebenarnya. Selama ini Melissa tak pernah sesekali burukkan Lina malah dia sentiasa puju dan kagumi Lina. Tetapi Lina sebaliknya pula, abang kecewa dengan sikap Lina. Lina ingat abang akan putuskan hubungan dengan Melissa disebabkan cerita Lina yang mengarut ni. Tidak! Abang percaya pada Melissa. Abang yakin cinta Melissa pada abang tulus dan ikhlas. Abang takkan benarkan Lina rosakkan hubungan kami. Abang tak sangka hati Lina sangat busuk. Sanggup nak hancurkan kebahagian abang disebabkan kepentingan Lina!” marah Rizal.
”Abang!.....” Halina menangis teresak-esak. Kata-kata Abang Rizal melukai hatinya.
”Sudah! Baik, Lina balik.” Rizal terus masuk ke dalam kereta tanpa memandang Halina sekali imbas. Dia benar-benar kecewa atas sikap Halina. Disangkanya Halina akan restu hubungannya dengan Melissa tetapi lain pula yang berlaku.
”Abang.....Abang.....” jerit Halina. Air matanya deras mengalis. Halina mengetuk tingkap kereta Rizal bebeberapa kali tetapi tidak dipedulikan oleh Rizal.
Rizal terus mengundurkan kereta tanpa mempedulikan Halina. Kereta BMW itu berlalu meninggalkan Halina yang masih kaku berdiri. Air matanya masih mengalir. Halina kecewa. Abang Rizal lebih percaya orang yang baru dikenalinya dari aku yang sudah 23 tahun dikenalinya sejak kecil lagi.

************************************

”Kenapa ni Lina ? Cuba beritahu mak apa masalahnya. Dah 2 hari Lina berkurung dalam bilik. Risau mak dibuatnya.” Puan Rohaida mengusap rambut anak perempuannya. Sejak pulang dari rumah, Halina tidak banyak bercakap. Dia asyik termenung saja. Ini bukanlah perangai anaknya yang sebenar. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikiran anaknya.
”Tak ada apa-apa, mak!” jawab Halina. Dia cuba tersenyum.
“Jangan nak senyum kalau hati tak ikhlas.” kata Puan Rohaida secara tiba-tiba. Senyuman Halina hilang selepas mendengar kata-kata maknya.
Puan Rohaida mengeluh. “Mak ni makan garam lebih awal dari Lina. Apa yang berlaku pada Lina sekarang, mak boleh teka!”
“Mak!....” sayu saja suara Halina.
”Pasal Rizal kan!” kata Puan Rohaida.
Halina menganggukan kepalanya. ”Mak tahu!”
”Sejak dulu lagi mak tahu Lina ada simpan perasaan kat Rizal. Mak cuma malas nak masuk campur. Itu hal orang muda-muda.” Jelas Puan Rohaida. Dia sedar yang Halina menyukai Rizal sejak kecil lagi.
“Mak tahu Lina cintakan Abang Rizal?”
”Lina kan anak mak! Semua perkara tentang Lina, mak tahu. Dari gaya dan pandangan Lina pada Rizal, mak dah boleh agak. Mak yakin punca Lina jadi macam ni sekarang, pasti berkait rapat dengan Rizal. Cuba beritahu mak!” pujuk Puan Rohaida. Hatinya sedih melihat anaknya yang tidak bermaya dan tidak seceria dahulu lagi.
Kelopak mata Halina mula berair. Halina terus memeluk maknya. Tangisannya semakin kuat. Puan Rohaida menepuk belakang Halina dengan lembut. ”Menangis la sepuas-puasnya, Lina. Biar semua yang terpendam dalam hati Lina keluar.”
”Abang Rizal! Dia tolak cinta Lina. Dia kata dia hanya anggap Lina macam adiknya saja.” Terang Halina. Apabila mengingati peristiwa 2 hari lalu, dia berasa malu dan juga kecewa. Macam mana dia nak berhadapan dengan Abang Rizal nanti?
”Cinta tak boleh dipaksa, Lina.” Puan Rohaida meleraikan pelukan anaknya.
’Tapi Lina cintakan Abang Rizal. Dialah satu-satunya lelaki pertama yang Lina jatuh cinta.”
”Tidak semestinya cinta pertama kita merupakan cinta sejati, Lina.. Rizal bukan ditakdirnya untuk Lina.”
”Tapi mak, kami sudah 23 tahun kenal. Sejak kecil lagi kami bersama, tapi kenapa Abang Rizal boleh cintai dan percaya pada Melissa? Kenapa, mak? Apa kekurangan Lina?” Tangisan Halina semakin kuat.
”Lina kena terima kerana itu pilihan Rizal. Setiap umatNya di muka bumi, Allah S.W.T telah menetapkan pasangannya masing-masing. Rizal bukan pasangan Lina yang sebenarnya. Mungkin cinta sejati Lina masih berada di luar sana dan menanti Lina.” nasihat Puan Rohaida.
”Tapi hati Lina hanya untuk Abang Rizal saja. Tiada orang lain dapat mengganti tempat Abang Rizal di hati Lina. Mak, Lina takkan biarkan Melissa rampas Abang Rizal dari Lina. Lina akan berusaha agar Abang Rizal balik pada Lina.” kata Halina secara tiba-tiba. Aku tak boleh mengalah. Aku kena berusaha dapatkan Abang Rizal kembali.
”Lina!” Puan Rohaida meninggikan suaranya. Dia terkejut dengan apa yang dikatakan oleh anaknya sebentar tadi. ”Mak tak pernah ajar anak mak jadi perampas dan pemusnah kebahagian orang lain. Siapa saja yang dipilih dan dicintai oleh Rizal, Lina kena terimanya dengan terbuka. Lina kena terima hakikatnya. Mencintai orang yang tidak mencintai kita takkan bahagia, Lina. Mak tahu sukar untuk Lina melupanyai tetapi biar masa yang menjadi pengubatnya.” tegas Puan Rohaida.
”Tapi mak....” Halina terkejut dengan kata maknya.
Puan Rohaida mengeluh. ”Dengar cakap mak, cinta tak boleh dipaksa. Cinta yang dipaksa takkan bahagia hanya akan mengundang kesengsaraan. Hmm...apa kata cuti kali ni, Lina pergi teman Kak Faz? Lagipun kan dia sudah banyak kali ajak Lina melawatnya di sana?” cadang Puan Rohaida. Mungkin ini akan membantu Lina melupakan apa yang berlaku. Suasana yang baru juga akan menjadi pengubat hati anaknya yang terluka itu.
”Korea Selatan!” Bulat mata Halina apabila mendengar cadangan maknya.
Puan Rohaida menganggukkan kepalanya.

2 comments:

epy elina said...

hohohoho...
jhantnya melissa, 2 obsesi n blh jd skit jiwa sbb cmburu ngn kbhgiaan org lain..
mst kat korea daniel brjmp ngn lina..
best2...
smbung2x..

hana_aniz said...

haiya,,
teruk giler melissa tu..
mesti riza menyesal tak sudah kalo penipuan melissa terbongkar,
bru pdn muka!
nak lagi!!

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...