Sunday, March 21, 2010

Rahsia Hati 34

BAB 34

“Hey, orang tua! Kau tak nampak ke tempat ni orang lalu-lalang! Yang kau mop sini buat apa? Nak bunuh orang ke?” marah Melissa pada wanita yang berumur 50an itu.
“Maaf, Cik!” Wanita itu menundukkan kepalanya beberapa kali.
“Maaf, itu saja yang kau tahu. Sekarang ni baju aku dah basah. Kau ingat baju ni murah ke? Ahhh....geramnya.” Melissa terus menolak wanita itu dengan kasar. Wanita itu jatuh terduduk. Melissa merenung wanita itu seolah-olah ingin ditelannya. Memang nasibnya malang hari ini, tadi sewaktu dia nak jumpa Tuan Muda. Tuan Muda tiada. Belum masuk lagi. Ahh....sekarang ni, disebabkan mak cik cleaner bodoh ni, aku terjatuh. Malu! Tapi nasib baiklah tak ada orang, kalau ada orang pasti jatuh maruah aku. Eeee....Melissa mengetap bibirnya. Tangan kanannya diangkat. Orang tua ni mesti rasa penampar aku ni!
”Melissa!” tiba-tiba ada seseorang memanggil namanya. Melissa menoleh. Dia terkejut melihat Halina.
”Kau dah gila ke, Melissa!” kata Halina terus berdiri berhadapan dengan Melissa. Kebetulan, dia melalui tempat itu. Dia ingin berjumpa dengan Tuan Muda sebenarnya. Tentang tugasannya, dia takkan putus asa. Dia terkejut bila Melissa tiba-tiba menolak mak cik itu.
”Kau jangan masuk campur, Lina. Ini hal aku dengan cleaner bodoh ni.” Melissa menunding jari ke arah wanita tua itu.
”Melissa, kau tak reti hormat orang tua ke?” Halina menoleh ke arah wanita tua itu yang masih terduduk. Halina terus membantu wanita tua itu bangun. ”Mak cik, tak apa-apa ke?” tanya Halina.
”Mak cik tak apa-apa, nak! Terima kasih!” ucap wanita tua itu.
”Hey, Lina! Baik kau berambus dari sini! Biar aku ajar cleaner bodoh.” Jerkah Melissa. Hatinya lebih panas bila melihat Halina membantu wanita tua itu.
”Boleh tak kau cakap elok-elok? Bincang baik-baik. Yang kau nak mengamuk tak tentu pasal kenapa?” Halina geram melihat perangai Melissa. Tak hormat orang tua langsung.
”Lina, kau jangan nak tunjuk baik la. Kau tak tahu apa yang berlaku, baik kau diam. Disebabkan cleaner bodoh ni, aku terjatuh! Tengok abis baju aku basah.” Melissa menunjukkan bajunya yang basah.
”Nanti kering la. Yang kau nak kecoh-kecoh ni kenapa. Lagipun memang salah kau pun. Yang kau jalan kat tempat yang basah ni buat apa? Kau tak nampak ke mak cik ni tengah mop. Diri sendiri yang salah, nak salah kan orang lain pulak.”
”Lina!” Melissa meninggikan suaranya.
”Apa! Apa yang kau tak puas lagi ni, Melissa. Mak cik ni hanya menjalankan tugasnya saja. Lagipun dia dah pun letak papan tanda kat situ. Kau tu yang tak nampak.” Halina menunjukkan papan tanda kuning yang berada tidak jauh dari Melissa. Melissa menoleh. Melissa mengetap bibir menahan geram.
”So apa lagi, kau minta maaf la kat mak cik ni! Kau tu yang salah.” tegas Halina.
”Lina, kau jangan nak cuba cabar aku! Kenapa aku mesti minta maaf pada pekerja kelas bawahan macam dia ni, hah! Dia tak layak!” Melissa merenung mak cik tua itu.
”Melissa!”
”Apa? Kau nak rasa penangan penampar aku ke?” Melissa mendekati Halina.
”What’s going on here?”
Serentak mereka bertiga menoleh bila mendengar suara yang mencelah perbualan mereka. Dania mendekati mereka bertiga. Dari tadi, Dania hanya memerhati apa yang berlaku. Kali ni, dia mesti masuk campur. Perempuan rambut perang ni memang dah melampau.
“Aaaa.....ada lagi penyibuk masuk campur! Kau baik berambus dari sini!“ marah Melissa.
”Wow, garangnya! Rasanya saya macam pernah kenal awak la....Oh ya....pembaca berita GBTVS.“ Dania tersenyum. Halina memerhati wanita itu. Siapa wanita ni? Tak pernah pun nampak kat syarikat sebelum ni.
”So?“
”Tak sangka perangai awak macam ni! Hebat!” Dania memandang Melissa dari atas ke bawah beberapa kali. Rupanya ini la perempuan pacat yang Murni cakapkan selama ni. Dia dan Halina macam langit dan bumi.
”Kau perli aku ke?” jerit Melissa. Dia tahu wanita ni sedang memerli dirinya.
“Tak la! Bila masa saya perli awak! Tadi kan saya puji awak sebenarnya. Awak tak tahu bezakan ke?”
Bulat mata Melissa bila mendengar kata-kata wanita itu. Kau ingat aku bodoh ke? Macam la aku tak tahu kau perli aku tadi. Dia ni memang nak rasa penampar aku ni. ”Kau memang nak kena ni! Kau tak kenal siapa aku lagi?” Melissa mengangkat tangan kanannya. Halina terkejut melihat Melissa. Suka hati saja nak tampar orang.
”Berhenti!” jerit Murni. Dengan pantas Murni menghampiri mereka. Melissa terkejut dengan kehadiran Murni. Pantas dia menurunkan tangannya.
Murni mendekati Dania. Tiba-tiba satu tamparan hinggap di pipi Melissa. Melissa terkejut. Melissa memegang pipinya. Sakitnya. Bulat mata Melissa merenung Murni. Halina terkejut dengan apa yang berlaku. Kenapa tiba-tiba pengawal peribadi Tuan Muda tampar Melissa? Dania hanya memerhati. Dia langsung tidak bersuara. Memang padan muka perempuan ni!
Ali dan beberapa pengawal peribadi menghampiri mereka. Melissa, Halina dan wanita tua itu hairan. ”Maaf, kami terlambat!” kata Ali menunduk hormat pada Dania.
”Tak apa, Ali!” Dania tersenyum.
”Cik Muda, tak apa-apa ke?” tanya Murni. Sekilas pandang Murni melihat ke arah Melissa yang tiba-tiba terdiam.
”Saya tak apa-apa Murni.” Dania tersenyum melihat Melissa yang tiba-tiba kaku memandang dirinya.
Cik Muda! Melissa terkejut besar. Alamak, mampus la aku! Nyaris-nyaris tadi aku nak penampar kakak Tuan Muda. Inilah Tengku Dania Dahlia.Pasti sekarang ni...... Melissa melirik matanya ke arah lain. Hari ni memang nasib aku malang.
”Saya tak sangka pekerja di GBTVS semuanya berbudi bahasa. Tak ada yang suka membezakan pekerja kelas bawahan dan kelas atasan. I’ll like this company.” Dania masih tersenyum. Dania menghampiri Melissa.
“Kita sebagai manusia tak ada perbezaan taraf. Mati nanti pun tetap juga dikebumikan di tanah yang sama.” Bisik Dania. Hampir terkeluar biji mata Melissa apabila mendengar bisikan Dania. Dania menoleh ke arah Murni. “Daniel ada tak?” Tanya Dania.
“Ada, Cik Muda!”
Melissa terkejut. Nampaknya tadi setiusaha tu berpakat dengan perempuan ni la . Kata Tuan Muda tak ada. Melissa merenung Murni. Dania mendekati mak cik tua tadi. “Mak cik ok tak? Hmmm....saya rasa hari ni, mak cik baliklah awal. Banyakkan rehat ye. Murni, nanti boleh tak kamu beritahu supervisor mak cik ni supaya benarkan dia balik awal” Dania tersenyum pada wanita tua itu.
“Baik, Cik Muda!” kata Murni
“Terima kasih, Cik Muda.”
“Baiklah!” Dania mendekati Halina pula. “Halina, tentang interview tu boleh tak awak interview saya hari ini pukul 4 petang?”
“Aaaa...baiklah!” jawab Halina tergagap-gagap. Dia terkejut bila Dania memanggil namanya
“Jumpa saya nanti di Global Bersatu,ok!” Dania menepuk lembut bahu Halina. Dia bangga dengan Halina. Inilah wanita yang sesuai menjadi pasangan hidup adiknya. “I think i know why he likes you.” Kata Dania sebelum meninggalkan mereka bertiga. HAlina tercengang. Dia tak faham maksud Dania tadi .Yang pelik, macam mana dia kenal aku sedangkan kami belum berjumpa lagi. Berkerut dahi Halina.
Selepas Dania meninggalkan mereka, Murni menghampiri Melissa. Sejak dari awal, dia memang tak suka perempuan ni. ”Lain kali, kau sedar diri sikit siapa diri kau yang sebenarnya. Jangan anggap syarikat ni macam kau punya. Kalau sekali lagi, kau buat begitu pada Cik Muda atau staf syarikat ni lagi, kau akan kena lebih teruk dari penampar tadi.” Murni memberi amaran.
Melissa menghentak kakinya beberapa kali sebelum berlalu dari situ. Perasaan marahnya kini sudah sampai ke tahap maksimun. Sakit akibat tamparan perempuan ni masih terasa lagi. EEEE......kalau aku dah jadi isteri Tuan Muda, orang pertama aku pecat adalah kau! Bodyguard perasaan. Tunggu la nanti. Tamparan kau kat aku takkan aku biarkan begitu saja.
Selepas Melissa berlalu pergi, Murni menoleh ke arah Halina. ”Cik Halina, Tuan Muda ingin berjumpa Cik Halina pukul 12.00 tengahari nanti di taman GBTVS.” beritahu Murni tentang pesanan Tuan Muda padanya sebentar tadi.
”Nak jumpa saya!” Halina terkejut. Selama ni kalau nak jumpa Tuan Muda, ada saja alasannya. Kali ni lain pulak. Pelik!

*******************************

Daniel berulang alik dari kiri dan kanan. Hatinya berdebar-debar. Mulutnya terkumit-kumit seperti tengah menghafal sesuatu. Sejak dari tadi, sudah beberapa kali dia melihat jam tangannya. Irfan hanya memerhati. Berkerut dahi Irfan melihat telatah Daniel. Murni hanya membuat muka selamba. Dia buat tak tahu saja.
Pada waktu itu Daniel tak sedar , dirinya diperhati oleh tiga pasang mata yang berada di taman itu.
”Cik Muda perlu ke kita buat macam ni?“ Zamri bersuara. Mereka bertiga menyorok di himpunan pokok bunga jarum yang berada tidak jauh dari Daniel berdiri.
”Shisss......suara tu perlahan sikit! Nanti Daniel dengar, habis rancangan kita nak tengok drama secara live.” kata Dania.
”Kalau Tuan Muda tahu, pasti dia akan marah dengan Cik Muda.” kata Zamri lagi. Kadang-kadang betul ke orang yang berada di sebelahnya ni pewaris Global Bersatu. Perangai Cik Muda tidak boleh diduga.
”Ala Zamri, kamu jangan risau. Lagipun semalam Daniel sendiri jemput saya tengok dia luahkan perasan. Takkan saya nak lepas peluang ni.” Dania tersengih. Zamri menggelengkan kepalanya beberapa kali.
”Kebelakangan ni, Cik Muda suka buat perkara macam ni!” Ali tiba-tiba bersuara. Dania tersenyum ke arah Ali. Mata Dania kembali melihat kelibat adiknya yang sedang menanti kedatangan Halina.
“Tuan Muda! Cuba la relaks sikit!” Irfan akhirnya bersuara. Dia sudah tak tahan melihat Daniel seperti itu lagi.
“Irfan! Saya rasa saya tak boleh la. Aaaa….lain kali ya, saya berterus-terang dengan Lina. Saya tak ada ....tak ada kekuatan lagi nak beritahu perkara sebenar. Aaa....nanti kalau Lina datang, kamu beritahu dia saya ada hal.” Pantas Daniel berlari ke arah pokok besar yang hampir dengan tempatnya yang sedang berdiri tadi. Terus dia menyorok di belakang pokok besar itu.
“Tuan Muda! Tuan Muda!” Irfan terkejut dengan reaksi Daniel. Irfan cuba menghampiri Daniel.
“Cik Halina dah datang!” Beritahu Murni. Dia lihat Halina sedang berjalan menghampiri mereka.
Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal beberapa kali. Sesekali dia melirik matanya ke arah pokok besar di mana Daniel sedang menyorok.
“Cik Halina, saya minta maaf bagi pihak Tuan Muda sebab hari ini dia tak dapat nak jumpa Cik kerana tadi tiba-tiba Tuan Muda dapat call yang Tuan Muda kena hadiri mesyuarat tergampar petang ni.” Bohong Irfan.
“Apa!” Halina terkejut. Halina mengetap bibirnya menahan geram. Dia ingat aku ni tak ada kerja ke? Mentang-mentang la dia bos syarikat ni suka hati saja.
”Tuan Muda minta maaf banyak-banyak kat Cik Halina.”
Halina mengeluh.
”Dah agak dah! Memang dah agak mesti jadi macam ni lagi. Tak boleh jadi ni.” Danie mengetap bibirnya menahan geram. Pengecut betul adik aku seorang ni. Pantas Dania membuka beg tangan Bonia miliknya. Dia mencari sesuatu.
”Cik Muda nak buat apa?” tanya Zamri hairan.
”Dah jumpa.” Dania mengeluarkan telefon bimbitnya. Pantas no tel Daniel didailnya.
”Hmm...baiklah! Saya balik dulu.” kata Halina. Sebaik saja dia ingin memulakan langkahnya, tiba-tiba terdengar telefon berbunyi. Halina menoleh ke arah bunyi. Irfan terkejut.
Dengan pantas Daniel menyeluk poket kot bajunya. Panggilan tersebut ditamatkan. Dania memegang telefon bimbitnya dengan erat. Nafasnya turun naik. Jantungnya berdegup kencang. Siapa la yang call tadi ni?
”Tadi bunyi telefon bimbit kan!” kata Halina.
”Aaa....tak ada la. Saya tak dengar bunyi apa-apa pun. Cik tersalah dengar kot.” kata Irfan. Wajahnya pucat
”Ya ke?” Halina macam tak percaya. Rasanya aku betul dengar bunyi telefon tadi.
Beberapa saat kemudian, telefon Daniel berbunyi lagi. Daniel terkejut. Hampir saja telefon bimbit itu terlepas dari tangannya. Daniel melihat nama yang tertera di skrin bimbitnya. Kakak! Dengan cepat Daniel terus off telefon bimbitnya.
”Tu! Bukan ke itu bunyi telefon.“ Halina berjalan ke arah telefon itu berbunyi. Bunyi itu datang dari arah pokok besar itu.
”Cik...Cik Halina!“ Irfan mula gelabah. Dia menoleh ke arah Murni. Murni buat tak tahu saja. Habis la Tuan Muda kali ni.
Panggilan Irfan tidak dihiraukan oleh Halina. Halina menghampiri belakang pokok. Dia lihat ada seorang lelaki sedang membelakangkan dirinya dari Halina. ”Encik!” panggil Halina. Siapa lelaki ni? Kenapa dia ada kat belakang pokok ni?
Daniel mengeluh. Nampaknya dia tak boleh lari lagi. Perlahan-lahan Daniel memusingkan badannya. ”Hai!” lemah suara Daniel bila berhadapan dengan Halina.
Halina terkejut. Apa Daniel buat kat sini? ”Awak ! Apa awak buat kat sini?” soal Halina hairan.
”Aaa....” Daniel tak tahu nak cakap apa. Halina hanya memerhati ke arahnya.
”Daniel!”
”Irfan! Kamu beredar dulu.” Daniel.
”Baik!“ kata Irfan.
Halina menoleh ke arah Irfan. Terkebil-kebil Halina melihat Irfan mematuhi arahan Daniel. Kenapa bodyguard Tuan Muda patuh cakap Daniel? Tiba-tiba saja bulat mata Halina melihat ke arah Irfan dan Murni. Takkan lah...kalau telahannya tepat lelaki yang sedang berdiri di hadapannya sekarang ni adalah ....... Halina melihat Daniel. ”Don’t tell me that you’re Tengku Daniel Darius.”
”Lina! Please, saya tak berniat nak bohong kat awak. Let’s me explain.” Daniel cuba memegang tangan Halina tetapi Halina menepis tangan Daniel. Matanya merah menyala merenung Daniel.
”Don’t touch me! Sekarang ni saya dah faham, kenapa Tengku Daniel Darius menolak permintaan saya untuk interview. Sebab awak takut rahsia awak terbongkar kan! Great! Awak ingat saya ni apa? Barang permainan awak ke?” marah Halina. Dia tak sangka selama ini dirinya telah ditipu. Pengawal peribadi konon.
”Bukan! Awak salah faham! Biar saya jelaskan segalanya.” kata Daniel lagi. Dia tak sanggup kehilangan Halina.
”Enough! Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Mulai sekarang ni, kita bukan kawan lagi. Awak cari la orang lain untuk diperbodohkan. Saya paling benci dengan orang yang suka menipu.” Halina pantas mengatur langkah meninggalkan tempat itu.
Dengan pantas Daniel menghalang perjalanan Halina. ”Awak tak boleh pergi lagi, Lina.”
Tiba-tiba satu tamparan hinggap di muka Daniel. Daniel tergamam. Irfan terkejut dengan apa yang berlaku. ”Get out from my life. Saya tak peduli siapa pun awak! Orang kaya seperti awak memang suka mempermainkan orang kan. Starting from today, I don’t want to see you again. Never!” jerit Halina. Air matanya tiba-tiba mengalir tanpa disedari. Hatinya berasa sakit bila sedar dirinya diperbodohkan. Halina terus belari meninggalkan Daniel yang masih kaku.
Daniel hanya memerhati kelibat Halina hilang dari pandangannya. Telefon bimbit yang berada ditangannya digenggam erat. “Kakak!” Daniel mengetap bibirnya. Daniel melihat di sekelilingnya. Dia pasti kakaknya sekarang ni berada di sini juga dan sedang memerhatikan dirinya.
Dengan pantas, mereka bertiga menundukkan kepala bila Daniel melihat kea rah mereka. Dania hanya ketawa kecil. Pasti Daniel sedar akan kehadirannya di situ.
”Murni, kau tahu tak mana kakak saya berada sekarang ni?” tanya Daniel dengan kasar.
”Tak tahu!” jawab Murni.
Daniel membuat mimik muka kurang senang dengan jawapan Murni. Balik nanti siap la kakak! Terus dia berjalan meninggalkan Murni dan Irfan tanpa banyak soal. Sekarang ni di fikirannya adalah Halina.
Selepas melihat Daniel berlalu pergi, Dania keluar dari tempat persembunyiannya.
”Kasihan, Tuan Muda!” kata Zamri dengan nada sedih.
”Nak kasihan buat apa! Memang patut pun dia kena penampar dari Halina. Siapa suruh dia berbohong.” kata Dania secara tiba-tiba.
Zamri terkejut dengan kata-kata Dania. ”Cik Muda tak kasihan ke kat Tuan Muda?”
”Dia yang mulakan, jadi biar la dia sendiri yang selesaikan. Saya tak nak masuk campur. Hmmm...pasal Suffian! Ada apa-apa berita?” soal Dania.
‘Tak ada, Cik Muda. Suffian memang bijak menyembunyikan dirinya.” Kata Ali.
Dania mengeluh. Sekarang ni, dia tak boleh tunggu lagi. Walauapacara sekali pun, dia mesti dapat cari Suffian. Masanya hanya tinggal beberapa bulan lagi. Wajah Dania serius.

**********************************

“Macam mana kau dah dapat rekod perubatan Dania?’ soal Johari sebaik saja Mansur masuk ke dalam bilik pejabatnya.
“Tak ada. Betul ke dia ada penyakit barah otak.” Kata Mansur terus duduk di sofa tanpa dipelawa oleh Johari.
“Betul la. Telinga aku ni masih lagi berfungsi, kau tahu tak! Pasti Dania sembunyikan rekod perubatannya.”
“Kalau dia simpan, memang susah la kita nak dapatkan.” mansur mengeluh.
“Untuk singkirkan Dania dari Global Bersatu, kita perlukan rekod perubatan tu. Kita mesti yakinkan ahli lembaga pengarah yang Dania tidak layak lagi memegang jawatan di Global Bersatu. Itu satu-satunya cara untuk singkirkan Dania.”
“Aku tahu! Masalahnya sekarang ni, di mana kita nak dapatkan rekod perubatan tu. Orang macam Dania takkan tinggalkan sebarang bukti.”
”Aku yakin rekod perubatan Dania masih ada lagi di hospital tu. Kau suruh orang kau cari sampai dapat. Kalau mereka dapat cariannya, aku akan bagi habuan untuk mereka.”
“Oklah!”
“Suffian?”
“Masih gagal dikesan. Entah-entah, Dania dah jumpa Suffian.”
“Kalau Dania dah jumpa Suffian, sekarang ni kita takkan berdiri kat sini lagi. Dah lama kira meringkuk dalam lokap.” tegas Johari.
”Betul jugak ye! Orang macam Dania tu memang menakutkan. Apa yang dia cakap semalam masih lagi kedengaran di telinga aku?”
”Sebab itu kita mesti bertindak pantas dari Dania.” Johari mengetap bibirnya. Hatinya resah. Semalaman dia tidak tidur asyik fikirkan tentang kata-kata Dania. Kata-kata Dania semalam tidak boleh dipandang ringan. Aku yakin Dania sudah sediakan rancangan untuk dirinya. Sebelum Dania musnahkan aku, aku mesti musnahkan Dania dulu.

***********************

”Terima kasih, Cik Muda sebab sanggup meluangkan masa untuk saya.” Halina tersenyum melihat wanita duduk berhadapannya. Tak sangka wanita ini kakak Daniel. Perangai mereka berbeza.
”Perkara kecil saja. Lagipun interview ni untuk GBTVS juga. Saya patut beri kerjasama. Saya faham dengan tugasan awak.” Dania tersenyum.
”Tapi adik Cik Muda tak faham.” kata Halina dengan nada perlahan.
”Ya...apa kamu cakap tadi?” tanya Dania. Dia tak dengar apa Halina cakapkan sebentar tadi.
”Tak ada apa-apa!” Halina tersenyum. Nasib baik Cik Muda tak dengar.
“Can I say something?’ kata Dania secara tiba-tiba.
Halina terkejut. Dia memandang wanita yang bertudung litup itu.
“About Daniel.”
Wajah Halina berubah bila mendengar nama Daniel.
“Selama ni saya tahu hubungan kamu dengan adik saya.”
“Cik Muda tahu!”
“Ya. Orang macam kami, tak ramai kawan. Kebanyakkan yang ingin berkawan dengan kami semuanya tak ikhlas, mereka ada udang di sebalik batu. Sebab itu kami jenis yang berhati-hati untuk berkawan. Pasal Daniel, dia memang bersalah sebab berbohong. Saya faham kalau kamu marahkan Daniel. Jika saya ditempat kamu, pasti reaction saya sama macam kamu, Halina. Tetapi yang pasti dan saya yakin, Daniel ikhlas berkawan dengan awak. Cuma silapnya adalah Daniel berbohong tentang siapa dirinya yang sebenar.” Dania tersenyum.
“Aaaa…..” Belum sempat Halina ingin bercakap. Pintu bilik tiba-tiba terbuka.
”Cik Muda, saya cuba tahan Tuan Muda tapi ......” kata Suria apabila Daniel merempuh masuk ke bilik Dania.
”Tak apa, Suria! Kamu keluar dulu.”
Suria terus berlalu keluar.
”Kakak, boleh Daniel bercakap sekejap dengan Lina?” kata Daniel. Matanya tepat merenung Halina. Halina melihat ke arah lain.
”Halina tetamu kakak. Daniel kena hormat dia. Daniel tak boleh terus rempuh masuk bilik kakak macam tu saja.”
” I need to talk to her.” Tegas Daniel. Pantas Daniel menghampiri Halina dan menarik tangan Halina dengan kasar. Halina terkejut.
“Lepas la.” Halina meronta. Tapi tangannya erat digenggam oleh Daniel.
“Daniel!” Dania terus bangun dan menghalang perjalanan Daniel. ”You hurt her, Daniel. Let’s her go!“ marah Dania.
”Ini masalah Daniel dan Lina. Kakak jangan masuk campur!” jerit Daniel. Dia geram bila Dania masuk campur dalam halnya. Walauapapun dia mesti bercakap dengan Halina.
“Daniel tak boleh paksa orang ikut cakap Daniel sesuka hati saja.” Dania terus memegang tangan Daniel. Genggaman Dania menyebabkan genggaman tangan Daniel pada Halina terlepas. Dahi Daniel berkerut menahan sakit. Genggaman kakaknya memang kuat. Halina pantas berdiri di belakang Dania, dia takut. Lengannya masih sakit akibat gengaman Daniel sebentar tadi. Dania melepaskan genggamannya sebaik saja Daniel melepaskan tangan Halina.
“Daniel peduli apa! Sama ada Lina suka atau tidak, Lina mesti dengar cakap Daniel.” Marah Daniel. Matanya merah menyala merenung kakaknya.
Satu tamparan hinggap di pipi Daniel. Halina terkejut bila Dania menampar Daniel. Daniel tergamam. Dania menoleh ke arah Halina. “Lina, kamu balik dulu.” Kata Dania.
Halina hanya menganggukkan kepalanya. Pantas Halina mencapai beg tangannya dan melangkah keluar dari bilik itu. Sebelum keluar, Halina sempat melihat Daniel. Tiba-tiba terbit perasaan bersalah di hatinya.
“Tak boleh ke cakap elok-elok? Kakak tak pernah ajar Daniel bersikap kasar macam tu dengan perempuan. She need time to think about all this.” Marah Dania. Perangai Daniel sebentar tadi memang melampau.
“Kakak tak faham perasaan Daniel sekarang ni? Kakak tak rasa apa yang Daniel rasa. So stay out from my business. Mulai sekarang, kakak jangan lagi masuk campur dalam urusan Daniel. Leave me alone. I hate you! Why i have a sister like you? I hate you.” Jerkah Daniel sebelum beredar dari situ. Pintu bilik Dania dihempas dengan kuat.
Dania mengeluh sebaik saja Daniel keluar dari biliknya. Apa la nak jadi dengan adik aku seorang ni?

*********************

”Surprise!” jerit Amran sebaik saja masuk ke bilik pejabat Daniel. Amran tersengih melihat Daniel. Dia sengaja tidak beritahu kepulangannya pada Daniel sebab ingin beri kejutan pada sahabatnya itu.
Daniel hanya memandang Amran dengan pandangan kosong. Tiada senyumana di bibirnya. Tiada reaksi dari Daniel. Daniel melirik matanya ke arah lain.
Amran hairan dengan reaksi Daniel .Tak cakap apa langsung. “Daniel, kau tak terkejut ke lihat aku?” Amran berjalan menghampiri sahabat baiknya itu.
”Kenapa aku nak terkejut pulak? Mulut kau ada dua ke?”
”Hish....mulut kau ni, berbisa betul! Ni, apa halanya ni? Kau bergaduh dengan atuk kau lagi ke?” Amran terus duduk di kerusi yang berhadapan Daniel tanpa dipelawa. Selalunya kalau bab bergaduh ni pasti dengan atuknya. Siapa lagi.
”Bukan! Bukan dengan atuk aku. Tapi dengan kakak aku la” Daniel membuat mimik muka.
”Kak Dania!” Amran terkejut. Pelik. Daniel jarang bergaduh dengan kakaknya. Hubungan mereka rapat. ”Pasal apa?”
”Halina!”
”Halina!” Amran terkejut.
”Halina dah tahu tentang siapa aku yang sebenarnya. Ini disebabkan kakak aku la. Suka sangat masuk campur hal aku. Dah beberapa kali aku telefon Lina, tapi dia tak angkat langsung call aku. Dia marah giler kat aku. Dia tak bagi peluang aku jelaskan segalanya. Bila aku ada peluang untuk jelaskan segalanya pada Lina, kakak aku masuk campur. Dia halang aku dari bercakap dengan Lina. Yang buat aku geram sangat bila kakak aku penampar muka aku depan Halina. Itu yang buat aku hot giler.” kata Daniel. Sakit hatinya bila teringat peristiwa sebentar tadi.
Amran ketawa kecil.
”Kenapa? Kau ingat lucu ke?” Daniel merenung sahabatnya itu. Orang tengah geram sekarang ni, dia boleh ketawa pulak.
”Bukan la. Aku nak tanya kau, pasti ada sebab kenapa Kak Dania tampar kau?” soal Amran. Dia kenal sangat dengan perangai Daniel. Kalau dah naik angin, bukannya boleh berfikir secara waras. Ikut suka dia saja.
”Aku paksa Halina ikut aku.” Daniel menjawab dengan nada perlahan.
”Aaaa....itu...itu sebabnya! Kau tu bila marah, kau lupa diri. Macam la aku tak kenal perangai kau. Sebab itu la Kak Dania penampar kau, dia nak sedarkan kau.”
”Kau ni nak sebelahi siapa, hah!” marah Daniel. Bukannya nak cuba sejukkan hati kita ni!
”Kakak kau!” jawab Amran selamba.
”Kau ni nak rasa penumbuk aku ke?” Daniel menunjukkan penumbuknya.
”Tengok! Tengok! Aaaa....Cuba kau fikir secara rasional, kau ketepikan dulu kemarahan kau tu. Kalau la, kakak kau tak halang kau! Cuba kau fikir apa yang terjadi. Kau tu bila marah bukannya dapat berfikir seperti manusia.” perli Amran.
”Amran!” Bulat mata Daniel merenung Amran.
”Ya! Waktu tu, kau sepatutnya bertenang, jangan tergesa-gesa. Kau harus hormat dan faham perasaan Halina waktu tu. Kalau kau di tempat Halina, pasti juga reaksi kau sama seperti Halina. Dia tengah marah lagi kat kau, lepas tu kau paksa dia lagi. Aku tak tahu la apa yang akan terjadi seterusnya yang pasti kesudahannya pasti teruk. Entah-entah Halina terus benci kau.”
Daniel hanya mendiamkan diri. Kata Amran ada benarnya.
”Kau sepatutnya bagi space untuk Halina berfikir. Biar dia cool dulu. Aku rasa kakak kau pun fikir macam tu jugak. Dia tak nak kau keruhkan lagi keadaan sebab itu dia halang kau dari bertindak secara melulu.”
”Tapi semua hal aku, dia nak menyibuk.”
”Bukan menyibuk, ambil berat la. Aku nak tanya satu soalan kat kau?”
”Tanyalah.”
”Kak Dania ada tak suruh kau berpisah dengan Halina?”
”Tak ada pun.”
”Habis tu yang kau nak marah kat kakak kau, apasal! Kau bergaduh dengan Kak Dania sekarang ni, kau yang rugi tahu tak?”.
”Kenapa pulak?’ soal Daniel. Dia hairan dengan kata-kata Amran.
”Wake up, Daniel! Hey, kau dah lupa ke siapa kakak kau? Otaknya bergeliga. Bukan macam kau.“
”Amran, kau ni kalau tak perli aku memang tak sah.”
”Itu kenyataannya. Dia pasti ada banyak idea untuk kau dan Halina berbaik semula. Kau tu yang cari pasal. ” Amran membuat mimik muka.
”Habis tu sekarang ni ? ”
”Apa lagi, kau kena minta maaf la kat kakak kau ! Itu pun aku nak kena ajar ke?”
Kata Amran.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk. ”Masuk!” jerit Daniel.
Murni masuk. Amran terkejut dengan kehadiran Murni.
”Apa halnya, Murni?”
”Kereta dah sedia, Tuan Muda!” beritahu Murni. Pandangan Murni beralih arah ke Amran yang sedang memerhati dirinya. Dengan pantas Amran menundukkan kepalanya bila Murni melihat ke arahnya.
Murni hairan melihat Amran. Apa halnya dengan lelaki ni? Muka aku menakutkan ke? Murni melihat Amran dengan pandangan yang pelik. Daniel perasaan dengan apa yang berlaku. Kenapa la Amran ni tiba-tiba terdiam? Selalunya mulutnya asyik bercakap tak berhenti-henti. Tapi kenapa bila Murni masuk, Amran terus diam dan menundukkan kepala. Pelik....Takkan la.....Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Daniel. Dia sudah faham.
”Murni, kamu keluar dulu. Nanti saya balik.” kata Daniel. Selepas Murni keluar, Amran terus mengangkatkan kepalanya. Dia melihat ke arah pintu.
”Kalau kau suka Murni, kau beritahu sajalah. Malu-malu kucing pulak.”
Amran terkejut dengan kata-kata Daniel. ”apa yang kau merepek ni?”
”Jangan nak berdolak-dalih lagi. Untuk pengetahuan kau, sekarang ni Murni dah jadi bodyguard aku.”
”betul ke?” Mata Amran tiba-tiba bercahaya.
”Ya.....Kau boleh datang tiap-tiap hari jumpa Murni. Tak nak mengaku, konon! Sebut saja nama Murni, terus tersengih.”
”Love is blind, Daniel.”
Daniel tersenyum. Hmmm....pasti kakak terasa dengan apa yang aku cakapkan tadi? Mulut aku ni pun main cakap saja. Habislah aku kalau kakak marahkan aku. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata nak undur macam mana? Daniel mengeluh.

6 comments:

epy elina said...

hoohooho.....
crta smkin mnarik....
pdn muka daniel....
tp respect la kat danie....
dia slalu ada untk daniel...
mcm mna la klu daniel thu kak dia ada pnykit...
daniel pjuk la lina 2...
pmpuan ni klu rah skjab je....
crt smkin mnrik....
x sbr nak next n3....

alreinsy said...

huhuhu... cerita semakin menarik... suka2... sweet la dua-beradik ni... dania sentiasa ada utk daniel.. kalau la daniel tau dania ada penyakit, sure dia susah hati... sbbnya mereka berdua mmg rapat... daniel gi la pujuk lina... dah nama sayang, marah kejap jer... x sbr nk tau kisah seterusnya... next n3 pls...

Anonymous said...

go2..daniel....

::cHeeSeCaKe:: said...

hohoho..
best2..xsgke ade new n3..
best sgt2..msti daniel sedih sgt bile tau dania sakit..dorangkan rapat..

aqilah said...

wow!!!bestnya.....................ngok ngek tul lah daniel ni!!!!! cepatlah buat sesuatu kat melissa yg berhati busuk tu......

Anonymous said...

Bab 35 tk de ke???

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...