Friday, May 28, 2010

Rahsia Hati 38

Bab 38

Halina mempercepatkan langkahnya apabila mendengar Daniel sedang memanggil namanya. Dia perlu keluar dari rumah mewah ni. Sekarang ni dia benar-benar marah.
“Lina, stop!” jerit Daniel namun jeritannya tidak dipedulikan oleh Halina. Dengan pantas Daniel mencapai tangan Halina. Halina terkejut dengan tindakan Daniel. Badannya melayang ke arah Daniel. Mata Halina bulat apabila sedar dirinya berada dalam dakapan Daniel. Halina terus menolak Daniel dengan kasar. Wajahnya bertukar merah menahan malu. Dia tidak berani memandang tepat anak mata Daniel.
”Are you blushing?” Senyuman terukir di bibir Daniel. Dia tahu Halina malu.
“No”
“Can we talk, Lina?” kata Daniel dengan lembut. Wajah Halina direnungnya. Dia gembira kerana atuk dapat menerima Halina. Hari ini merupakan hari yang paling gembira dalam hidupnya. Sekarang ni dia tak perlu takut lagi takut atau bimbang jika atuk ingin mengapa-apakan Halina.
”Apa lagi, Tuan Muda! Kita dah tak ada-apa. Orang kaya memang macam ni kan! Suka buat keputusan sendiri.” Marah Halina.
”I’m going to ask you, ok!”
“Ask what?”
“Marry me!”
“Apa!” Mata Halina bulat merenung Daniel. Kahwin!
“Yes, marry me! Atuk dah bagi green light. Kakak tak ada masalah sebab dia memang suka awak dari dulu lagi. Sekarang ni saya hanya perlu berjumpa dengan parents awak saja.”
”Bila pulak saya cakap yang saya setuju nak kahwin dengan awak, hah!” Halina meninggikan suaranya. Suka hati saja nak atur hidup aku.Ingat aku ni boneka ke?
”Suara hati awak la yang beritahu saya yang awak juga cintakan saya.” Daniel masih tersenyum walaupun dia tahu Halina sedang marah padanya. Cute jugak bila Halina marah!
”Suara hati! Awak ni dah gila ke? Kalau kemaruk sangat nak kahwin, awak kahwin saja dengan Melissa. Dia kan sukakan awak!”
”Melissa! Bagus jugak cadangan awak tu, Lina! Hmmm...Melissa!”
”Daniel!” jerit Halina.
Jeritan Halina tadi membuatkan Daniel terkejut. ”Ya Allah! Kuatnya suara!” Daniel mengusap dadanya beberapa kali.
”Jadi awak mengaku la awak sukakan Melissa? Walaupun awak tahu dia ada boyfriend, awak masih nak menggatal dengan dia. Dasar buaya darat.” marah Halina. Sakit hatinya bila Daniel menyebut nama Melissa. Panas! Panas!
Daniel ketawa bila melihat Halina cemburu. Sayang jugak dia kat aku! ”Awak cemburu ke?” usik Daniel.
”Cemburu!” Halina terkejut dengan kata-kata Daniel! Aku cemburu ke? Adakah aku dah jatuh cinta pada Daniel? Halina melirik matanya ke arah lain. Dia tak berani untuk bertentang mata dengan Daniel. ”Aaa...mana ada!” Halina cuba mengelak.
”Ye ke? Awak ingat saya tak tahu awak intip saya di lobby dan cafeteria hari tu!”
”Apa! Awak jangan nak tuduh saya yang bukan-bukan! Tak kuasa saya nak intip awak dan Melissa. Buang masa saja.” bohong Melissa. Alamak, macam mana Daniel tahu aku intip dia? Eeee...malunya aku!
”Oooo...ye ke! Awak cakap tak intip saya tapi yang peliknya macam mana awak tahu saya bersama Melissa waktu tu sedangkan tadi, saya tak beritahu saya bersama Melissa di lobby dan cafeteria.” Daniel mengangkat sebelah keningnya. Nak berdalih lagi la tu! Tak nak mengaku!
Halina terus menundukkan kepalanya! Habis aku kali ni! Eeee...malunya.Aku pun satu main cakap saja, lain kali fikir dulu.
”Oklah....Jom, saya hantar balik.” Daniel terus memegang tangan Halina.
Halina terkejut. Dia terus menarik tangannya. ”Aaa...saya boleh balik sendiri, thanks!”
”No! I send you back!” tegas Daniel.
“Saya dah besar. Saya boleh balik sendiri.” Halina masih berdegil.
“Kat kawasaan ni, taxi tak ada. Lagipun kereta awak kan ada di GBTVS. Biar saya hantar awak.”
”Tak apa! Saya boleh balik sendiri.” tegas Halina.Eee...dia ni memang tak faham bahasa la.
“Kalau awak masih berdegil, esok saya umumkan di GBTVS yang awak adalah tunang saya!”
“Apa!” Wajah Halina berubah bila mendengar kata-kata dari Daniel.
”Nak saya hantar tak?” soal Daniel tersenyum.
”Awak ni memang suka paksa orang.” Halina mengetap bibirnya.
”Memang pun!” jawab Daniel terus memegang tangan Halina dan berjalan menuju ke kereta Audi merah miliknya.
Dari jauh Tan Sri Daud hanya menggelengkan kepalanya. ”Daniel tu suka sangat paksa orang.Kasihan kat Lina. Hmm...entah perangai siapa dia ikut?”
Perlahan-lahan Dania menoleh ke arah atuknya yang berdiri di sisinya dengan pandangan pelik. Atuk ni betul-betul tak tahu atau pura-pura tak tahu. Perangai siapa lagi Daniel ikut kalau bukan perangai atuk. Datuk dan cucu sama saja.
”Hmmm...atuk lapar la! Munah!OOOOOOO….Munah ! Makan malam dah siap ke belum, aku dah lapar ni.” jerit Tan Sri Daud sambil berjalan menuju ke ruang makan.
Kini giliran Dania pula menggelengkan kepalanya. Kuat makan ! sebijik macam Daniel.

**************************************

Dania melangkah keluar dari bilik mesyuarat sebaik saja mesyuaratnya bersama kakitangan syarikat Melati Jaya yang merupakan salah satu anak syarikat GBTVS. Dania menoleh ke belakang.
”Suria, saya nak kamu buat 3 salinan untuk proposal ni. ”
”Baik, Cik Muda !” Suria terus beredar dari situ.
Ali terus mendekati Dania. Wajahnya serius.
”Cik Muda ! Kita sudah dapat mengesan di mana Suffian berada sekarang ni.” beritahu Ali.
”Bagus!” Dania tersenyum.Inilah berita yang dia nantikan selama ni.
‘Tapi kita ada masalah besar, Cik Muda!”
“Masalah!” Dania terkejut. Dia merenung Ali.
“Sekarang ni Suffian berada di dalam genggaman Tan Sri Daud.”
“Apa!” Dania tercengang. Atuk! Macam mana atuk boleh tahu tentang Suffian? Tapi ....kalau atuk tahu mengenai Suffian, ini bermakna atuk tahu tentang kemalangan yang dialami oleh papa dan mama. Aku mesti berjumpa dengan atuk.
“Ali, di mana atuk saya sekarang ni?”
”GB Golf Club.”
”Baiklah, kita ke sana sekarang!” kata Dania terus bergegas menuju ke lif. Ali hanya mengekori belakang Dania.

**********************************

”Atuk, we need to talk now!” tegas Dania yang berdiri di hadapan Tan Sri Daud yang sedang bermain golf.
Tan Sri Daud terkejut dengan kehadiran Dania secara tiba-tiba yang berdiri menghalang dirinya dari memukul bola golf yang ada di hadapannya. ”Lepas ni, ok! Aku nak main sekejap.”
”Now!” tegas Dania. Wajahnya serius.
Tan Sri Daud merenung cucunya. Lain macam saja Dania hari ni. Mungkinkah dia dah tahu mengenai Suffian?
”Seriously, we need to talk atuk!”
“Suffian, right!” Tan Sri Daud tersenyum.
“Correct!”
“Cepat betul berita tersebar.”
“Jadi, selama ni atuk tahu la tentang Suffian dan kemalangan yang melibatkan papa dan mama ? ”
Tan Sri Daud hanya menganggukkan kepalanya.
“Tapi kenapa atuk tak beritahu Dania? Kenapa atuk diamkan saja selama ini?” marah Dania.
”Sebab atuk tak nak cucu-cucu atuk membesar dengan perasaan dendam seperti kamu sekarang, Dania! Apa yang bermain di fikiran kamu sekarang hanyalah dendam.”
”Mereka bunuh mama dan papa! Atuk ingat Dania akan biarkan begitu saja. Tidak! Sebab mereka la, Dania dan Daniel menjadi anak yatim piatu. Atuk ingat Dania boleh lupa semua itu.”
”Dania!” Tan Sri Daud terkejut dengan kata-kata Dania
”Dania akan pastikan Uncle Johari dan Mansur menerima balasan yang setimplanya. Dania nak mereka terseksa 10 kali ganda dari apa yang Dania rasa selama ini. I’ll make sure that happens.”
“Dania! Hidup dengan dendam takkan mengundang kegembiraan dan kebahagiaan. Atuk tak nak Dania hidup begini. Pasal Johari biar atuk uruskan. Let it go” Tan Sri Daud mula risau. Kini Dania dibutai oleh dendam. Dia tak nak Dania seperti itu.
“No! Dah terlambat. Perkara yang Dania mulakan, Dania sendiri akan tamatkan sendiri. Dania takkan biar sesiapa masuk campur. So, atuk tak nak benarkan Dania berjumpa dengan Suffian! Fine! Dania akan jumpa jumpa Suffian sendiri tanpa kebenaran atuk. No body can stop me!” tegas Dania terus meninggalkan Tan Sri Daud yang terkejut dengan kata-kata Dania
“Tan Sri nak saya halang Cik Muda ke?” soal Razif yang juga berada di situ.
“Tak payah. Dengan keadaan Dania sekarang, kamu takkan dapat menghalang Dania.” Tan Sri Daud mengeluh. Inilah rupa Dania yang sebenar. Dania yang selama ini sentiasa tenang dan tersenyum sudah tiada. Dania yang berdiri di hadapannya sebentar tadi amat menakutkan.

********************************

“Abang Rizal!” tegur Halina sebaik saja menghampiri lelaki yang duduk di buaian di taman rumahnya. Dia terkejut bila pulang tadi, ayahnya beritahu Abang Rizal ingin berjumpa dengannya.
“Banyak kerja ke?” soal Rizal.
“Boleh la.” Halina terus duduk berhadapan dengan Rizal di buaian. Sejak menjadi pengacara ni, kerjanya semakin bertambah. Halina melihat Rizal yang kelihatan muram. “Abang Rizal ada masalah ke?” soal Halina
“Kami sudah berpisah. Lina. Melissa kata kami tak boleh bersama lagi.” beritahu Rizal dengan nada yang sedih. Matanya merah..
“Berpisah!” Nada suara Halina tinggi.
“Ya. Melissa kata kami sudah tak sehaluan lagi but I love her, Lina. Deep in my heart, only Melissa which I love in my whole heart. I can’t lose her.”
Halina menggengam erat tangannya. Dia ingat mereka berdua akan berbaik semula. Nampaknya dia sudah silap. Perempuan seperti Melissa hanya mementing perasaan sendiri saja tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Ini tak boleh jadi. Melissa nampaknya benar-benar bertekad untuk memiliki Daniel. Aku takkan biarkan Melissa memiliki Daniel.
“Lina, apa yang perlu abang lakukan sekarang supaya Melissa kembali ke sisi abang! Abang nak hubungan kami kembali seperti dulu! I can’t live without her.”rayu Rizal. Dia perlu bantuan dari Halina walaupun dia tahu hubungan Melisa dan Halina tidak berapa baik tapi dia tak tahu lagi dengan siapa lagi untuk dia mengadu.
“Hmm…beginilah! Sekarang ni jika Abang Rizal nak Melissa kembali, Abang Rizal jangan putus asa.Apa kata Abang Rizal pikat Melissa balik macam dulu-dulu. Bagi bunga ke, chocolate ke, apa-apa saja yang Melissa suka! Yang akan buat Melissa terima abang. Selagi Melissa tidak mempunyai hubungan dengan orang lain, abang masih ada harapan. Don’t give up ok, Lina akan sokong Abang Rizal dari belakang.” Halina tersenyum.
”Betul ke, Lina!” Mata Rizal kembali bercahaya apabila mendengar kata-kata Halina. Betul juga kata Halina! Aku tak boleh mengalah.
”Ya. Percayalah cakap Lina. Berusaha, ok!” Halina mengenyit sebelah matanya. Di sebaliknya, hati Halina resah. Dia takut jika Daniel akan jatuh ke dalam perangkap Melissa. Siapa tak kenal dengan Melissa yang terkenal dengan watak penggoda. Aku takkan biarkan Melissa mendekati Daniel. Kau tunggu dan lihat, Melissa. Aku akan lakukan apa saja agar Daniel tidak jatuh ke tangan Melissa.

************************************
Daniel melihat keretanya dihalang oleh sebuah kereta Waja merah. Daniel menoleh ke arah Irfan. ”Saya nak cepat ni! Kereta siapa pulak yang halang ni?” Daniel menoleh ke kiri kanan untuk mencari kelibat pemandu kereta terbabit. Sebentar tadi, kakaknya telefon dan suruh segera pulang kerana katanya ada perkara penting yang perlu dia beritahu pada aku. Perkara apa?
”Tuan Muda!” tegur seorang wanita. Serentak mereka menoleh. Murni merenung wanita itu seolah-olah ingin ditelannya. Perempuan ni lagi.
”Melissa!”
”Itu kereta Tuan Muda kan! Sorry la, tiba-tiba saja tayar kereta I pancit tadi. I cuba cari orang tolong I tapi tiada siapa.” Melissa membuat muka simpati.
Dahi Daniel berkerut. Aduh, aku nak cepat ni. Daniel menoleh ke arah pengawal peribadinya yang lain. “Zahid! Tahir! Kamu tolong tolak dan tukar tayar kereta Cik Melissa.” Arah Daniel.
“Baiklah, Tuan Muda.!” Kata mereka berdua serentak segera berjalan menuju ke kereta Melissa.
“aaa...Tuan Muda nak pulang ke?” soal Melissa.
“Ya.” Ringkas jawapan Daniel. Sekarang ni fikirannya masih memikirkan apa yang ingin dikatakan oleh kakaknya. Nada suara kakaknya tadi benar-benar serius.
“Aaaa...sebenarnya selepas ni saya ada hal, aaaa..kalau tak menyusahkan Tuan Muda. Boleh tak kalau Tuan Muda tolong hantarkan saya balik?” tanya Melissa tanpa segan silu.
“Maaf, Tuan Muda sibuk. Dia ada temujanji dengan Cik Muda. Kalau Cik Melissa ada hal, Cik Melissa boleh naik teksi. Kat luar sana banyak teksi.” Murni terus mencelah. Dia geram bila mendengar kata-kata Melissa.
Wajah Melissa berubah apabila mendengar kata-kata Murni.
”Murni!” tegur Daniel menjeling ke arah Murni.
”Tak apa! Saya boleh tolong hantar Melissa balik.” kata Halina yang tiba-tiba muncul di situ.
Daniel tersenyum bila melihat Halina mendekati mereka. Wajah Melissa berubah pucat bila melihat kehadiran Halina. Aaahhh...rosak rancangan aku!
”Kebetulan saya juga nak balik, Melissa boleh balik dengan saya. Tuan Muda mesti ada hal selepas ni.” Halina tersenyum.
”Good! Solve the problem, ok! Maaf Melissa, saya tak dapat nak hantar awak balik. Saya ada hal penting selepas ni.”
”Tuan Muda, spare tayar Cik Melissa pun bocor juga.Kami tak dapat nak tukarkannya.” beritahu Tahir.
”Tak apa, Tahir. Cik Halina akan tolong hantar Cik Melissa balik. Kamu hidupkan kereta sekarang.” arah Daniel. Matanya melirik ke arah Halina. Dia tersenyum. Cemburu jugak Halina ni bila Melissa nak dekati aku! Bagus! Cemburu tandannya sayang. ”Maaf ye, Cik Melissa!” Daniel terus berlalu pergi dan masuk ke dalam perut kereta Mercedes miliknya.
”Terima kasih, Cik Halina!” kata Murni menunduk hormat dan segera beredar dari situ.
Melissa geram bila melihat Murni tidak bersikap dingin dengan Halina. Siap tunduk hormat lagi. Melissa menjeling ke arah Halina dan memulakan langkah untuk pergi dari situ.
Dengan pantas Halina mencapai tangan Melissa dengan kasar. ”Wait! We need to talk, Melissa.”
Melissa terkejut bila Halina memegang tangannya. Dia terus menarik tangannya dengan kasar agar Halina melepaskan tangannya. ”About what?” marah Melissa. Dah la plan aku hancur disebabkan kau! Apa pulak kau nak lagi dengan aku, hah!
”Abang Rizal!”
Melissa ketawa. ”Lina, kalau kau nak Abang Rizal kau ambil saja dia. Aku dah tak nak dia lagi. ”
”Kau ni memang tak ada perasaan. Kau ingat Abang Rizal tu barang ke? Bila kau dah tak nak pakai, kau terus buang. Kau ni memang kejam. Perasaan Abang Rizal, kau langsung tak ambil peduli.” marah Halina. Kenapa la Abang Rizal terlalu sukakan Melissa? Perempuan ni hanya akan membuat hidup Abang Rizal merana saja.
”Ada aku kisah! Eh, penyibuk! Aku beri amaran kalau kau masuk campur seperti tadi , siap la aku kerjakan kau tadi.”
”Aku tak takut la, Melissa. Aku rasa kau tu yang bodoh, kau tak ada maruah diri ke ,Melissa? Kau tengok tak tadi pandangan Tuan Muda terhadap kau bila kau tawarkan diri untuk menumpang kereta Tuan Muda? Menyampah, kau tahu tak? Kau ingat Tuan Muda tak tahu apa sebenarnya niat kau? Hey, perempuan macam kau dah banyak Tuan Muda jumpa.”
”Halina! Baik kau.....jaga mulut kau tu!” marah Melissa bila Halina memperlekehkan dirinya.
”Kenapa? Kau terasa ke? Aku nak kau jaga kelakuan diri kau baik-baik, Melissa. Jika tak aku akan beritahu Tuan Muda tentang siapa diri kau yang sebenarnya. Perempuan mata duitan.” Halina tersenyum dan terus meninggalkan Melissa yang masih tercengang dengan kata-kata Halina.

`

1 comment:

aqilah said...

wah.....cayalah halina......
cemburu tandanya sayang............
ajar melissa tu, biar dia tahu langit tu tinggi atau rendah.............tapikan, boleh tak, bykkan scene hairi dgn dania???????

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...