Saturday, August 28, 2010

Rahsia Hati 44

BAB 44

Wardina melangkah menuju bilik Dania. Hari ini sudah masuk 12 hari Dania tidak sedarkan diri. Setiap hari dia lakukan pemeriksaan pada Dania bagi memastikan tiada kesan sampingan lain. Setiap hari dia berdoa agar Dania cepat sembuh dan kembali seperti biasa. Simbol pintu dipulas perlahan-lahan. Matanya tepat melihat ke arah wanita bertudung yang sedang berdiri di tingkap. Bibir Wardina terketar-ketar. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ni.
Wanita itu menoleh ke arahnya.
“Dania!” jerit Wardina segera dia meluru ke arah Dania dan memeluknya dengan erat.
“Dania!” Wardina menangis kegembiraan.
“Jangan peluk aku kuat sangat!” kata Dania
“Ops, sori aku terlupa!” Pelukan mereka terlerai. Wardina merenung wajah sahabatnya itu. Pantas dia mengesat air matanya
Ali dan Murni meluru masuk apabila mendengar jeritan Dr. Wardina sebentar tadi.
“Cik Muda!” Murni terus berlari ke arah Dania. Dia memeluk Dania.
“I’m back!” Dania tersenyum. Dia menepuk perlahan-lahan belakang Murni. Pandangannya dialihkan pada Ali. “Hai,Ali”
Ali tersenyum. Dia bersyukur kerana Dania sudah sedarkan diri.
“Cik Muda! Cik Muda!” Murni menangis teresak-esak.
“Jangan menangis, Murni! I’m fine!” Dania menepuk belakang Murni dengan lembut.
Murni melerakan pelukannya sebentar tadi. Dia mengesat air matanya.
“Tan Sri, Tuan Muda dan Tuan Hairi ada di cafeteria. Aaa...saya pergi panggil mereka sekarang.” Beritahu Ali.
“Tak payah, Ali! Biarlah mereka breakfast dulu.” Dania tersenyum. Bila mendengar nama Hairi disebut, hati Dania berasa lega. Sejak dari tadi, dia ingin bertanya tentang Hairi tapi dia takut dan bimbang. “ Aaa......ada apa-apa yang perlu tahu sepanjang saya tidak sedarkan diri?”
Belum sempat Ali ingin menjawab pertanyaan Dania. Wardina mencelah. “Ali, kamu jangan nak report apa-apa pada Dania. Dia baru saja sembuh. Dia perlu banyakkan berehat. Otaknya kena kosongkan! Kosong!” tegas Wardina
“Come on, Dina! Aku dah sihat.”
“Aaa....NO! Selagi kau menjadi pesakit di hospital ni, kau kena dengar cakap aku. Dr. Hazwan dah amanahkan aku supaya jaga kau sehingga sembuh. Kau jangan nak mengada-gada Dania!”
“Aku ni 100% sihat! Kau nak suruh aku berlari pun boleh.”
Wardina membuat mimik muka. Macam la aku tak kenal perangai kau, Dania! Setiap kali datang ke hospital, kau mesti seperti cacing kepanasan. Penakut! “Kau jangan nak melawan cakap aku, Dania! Nanti aku bagi kau tinggal sebulan kat hospital ni, kau nak tak?”ugut Wardina.
Dania terus diam membisau. Nak aku tinggal sebulan kat hospital ni, eee....tak nak la.
“Bagus! Kalau macam tu, jom ikut aku!” Wardina tersenyum bila melihat Dania terdiam. Senang saja nak jinakkan kau, Dania!
“Nak pergi mana?”
“Buat pemeriksaan. Aku nak pastikan kau 100% sihat sebelum aku benarkan kau keluar.”
“Maksudnya, kalau keputusan pemeriksaan aku postif, kau akan benarkan aku keluar ye!” Wajah Dania tiba-tiba menjadi ceria.
“Itu terletak pada keputusan aku samada nak benarkan kau keluar ke tidak?”
Senyuman yang terukir di bibir Dania terus mati. “Kau ni memang suka kenakan aku, Dina!”
Ali dan Murni hanya memerhati kedua-dua sahabat itu. Telatah mereka berdua seperti kanak-kanak.
Serentak mereka berempat menoleh bila mendengar suara Tan Sri Daud. “Mana pulak Si Ali dan Murni ni pergi?” Tan Sri Daud memulas simbol pintu. Dia hairan bila tiada siapa menjaga di luar bilik Dania.
Sebaik saja pintu dibuka, Tan Sri Daud dan Daniel terkejut melihat wanita yang sedang berdiri di sebelah Wardina. Mereka kaku seketika.
“Hai, guys!” Dania tersengih.
“Kakak!” jerit Daniel dan melangkah ingin memeluk Dania.
“Stop! Don’t hug me, ok! I’m fine!” tegah Dania. Sebenarnya badannya masih terasa sakit. Pelukkan Wardina dan Murni sedikit sebanyak menyakitkan dirinya.
“Kenapa kau sakit ke?’ Wajah Wardina berkerut. Dia mula bimbang.
“Tak ada la.” Cepat Dania menjawab. Matanya melihat ke arah Tan Sri Daud dan Daniel. Kelibat Hairi tak ada pun.
Daniel tersenyum melihat kakaknya. Dia tahu siapa yang dicari oleh Dania.
Tan Sri Daud juga perasaan. “Masa nak naik ke sini, Hairi terjumpa dengan kawannya sewaktu belajar di luar negara dulu. Mereka berborak sekejap. Sekejap lagi Hairi datang la.”
“Kenapa atuk tiba-tiba cakap tentang Hairi, Dania tak tanya apa-apa pun?”
Daniel membuat mimik muka. Masih nak berpura-pura lagi. “Macam la kita tak tahu kakak tengah cari siapa? Mata tu meliar ke arah kami. Tak payah kakak berlakon lagi. Dah suka cakap je suka, betul tak atuk!” Daniel menoleh ke arah Tan Sri Daud yang tersenyum.
Tan Sri Daud hanya menganggukkan kepalanya.
“Kakak bukan cari Hairi! Kakak cari Halina la. Kenapa Halina tak datang hari ini?” Dania tiba-tiba mengubah topik.
“Huh....Jual mahal! Abang Hairi cari lain, baru kakak putih mata. Hmm...kawan Abang Hairi yang kami jumpa tadi, cantik jugak. Persis Natasha Hudson. Cantik!”
Wajah Dania terus berubah bila mendengar kata-kata adiknya. Natasha Hudson. Tib-tiba terbit perasaan cemburu di hati Dania. Patut la tak datang jenguk aku kat sini. Rupanya dah jumpa orang lain. “Dina, kau kata nak aku buat medical check-up kan! Jom!” kata Dania terus berlalu keluar.
Wardina terkejut dengan kata-kata Dania. Tadi bila ajak macam-macam alasan, sekarang ni terus saja nak pergi. Pasti kes cemburu ni! Wardina terus mengekori Dania.
Tan Sri Daud terus menampar bahu Daniel. “Tengok apa kamu dah buat, Daniel! Tak pasal-pasal ni Hairi dan kakak kamu tu bergaduh.”
“Ala atuk, kakak tu jual mahal sangat! Biar kakak tahu langit tu tinggi ke rendah! Selama ni dia layan Abang Hairi ikut suka hati dia saja. Abang Hairi dah banyak bersabar dengan kerenah kakak tu. Kasihan Daniel tengok Abang Hairi tu.”
“Kamu ni Daniel!....” Tan Sri Daud geram. Sekarang ni entah apa fikiran Dania sekarang ni! Dia tak nak hubungan Dania dan Hairi menjadi keruh disebabkan oleh kata-kata Daniel.

********************************************

Halina melangkah menuju ke keretanya. Sebaik saja dia menerima panggilan dari Daniel, dia terus meminta cuti dan ingin pergi ke hospital untuk melawat Kak Dania.
“Lina!” panggil Rizal.
Langkah Halina terhenti sebaik saja namanya dipanggil. Dia berpaling. Senyuman terukir di bibir Halina bila melihat Rizal sedang menghampirinya.
“Laju sangat jalan, nak pergi mana?” soal Rizal.
“Ooo...Pergi hospital. Cik Muda dah sedar.”
“Alhamdulilah.”
“Kenapa, Abang Rizal? Ada hal ke?” tanya Halina. Pasti ada sebab kenapa Abang Rizal memanggilnya tadi.
“Ooo....Sebenarnya dah lama, Abang Rizal nak beritahu Lina pasal hal ini tapi tak berkesempatan. Kebetulan dah jumpa Lina di sini, lebih baik Abang Rizal beritahu Lina.”
Halina hanya diam sambil matanya tepat memerhati Rizal.
“Hujung minggu ni, Abang Rizal akan berangkat ke Jepun. Abang sambung belajar kat sana selama 2 tahun.”
“Apa! Takkan la Abang Rizal buat semua ni sebab Melissa.”
“Tak! Ini tak berkaitan dengan Melissa. Sebenarnya dah lama Abang Rizal berniat untuk melanjutkan pelajaran tapi waktu Abang Rizal tak sampai hati nak tinggalkan Melissa. Bila dah jadi semua ni, Abang Rizal rasa dah tiba masanya.”
Halina mengeluh. “Lina faham! Lina sokong apa saja yang Abang Rizal nak buat. Lina harap Abang Rizal akan menemui ketenangan dan kebahagiaan di sana.Siapa tahu tiba-tiba hati Abang Rizal terpaut pada gadis jepun di sana” Halina ketawa
Rizal tersenyum bila mendengar kata-kata Halina. “Ada-ada saja! Hmm...Abang Rizal harap perhubungan antara Lina dan Tuan Muda akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Jangan lupa jemput Abang Rizal, tahu! Abang Rizal sanggup balik dari Jepun semata-mata ingin menghadiri kenduri kahwin Lina.”
“Hish....Abang Rizal ni! Perhubungan kami masih lagi jauh untuk sampai ke tahap itu! Kami masih lagi nak mengenali diri masing-masing!”
“Abang Rizal yakin Tuan Muda adalah soulmate Halina. Dialah orang yang akan membahagiakan,menjaga dan melindungi Halina sepanjang hayat. Jangan sia-siakan orang yang begitu mencintai diri kita, Lina! Abang yakin Lina akan bahagia bila berada di samping Tuan Muda. Abang percaya!” Senyuman masih terukir di bibir Rizal.
Halina terharu. Kata-kata Abang Rizal sebentar tadi menyentuh hatinya. Kenapa Melissa begitu bodoh untuk menghargai lelaki ini?
“Selama ini Abang Rizal sayang Lina seperti adik kandung Abang sendiri. Melihat Lina bahagia dan gembira , itu dah buat Abang Rizal gembira. Lina mesti hargai dan sayangi Tuan Muda ye! Abang Rizal akan sentiasa doakan kebahagiaan Lina! Hmmm...Abang Rizal terpaksa pergi nanti Lina lewat pula nak pergi melawat Cik Muda. Kirim salam pada Tuan Muda dan Cik Muda.”
“Baiklah! Abang Rizal pun jaga diri baik-baik tau masa kat negera orang. Makan mesti tepat pada waktunya.”
“Baiklah!” Rizal masih tersenyum. Dia melambai tangannya sebelum beredar dari situ.
Dahi Halina berkerut. Kenapa hatinya tiba-tiba berasa sedih seolah-olah Abang Rizal akan pergi jauh buat selama-lamanya? Halina cuba menahan sebak di dadanya. Hish...aku fikir apa? Abang Rizal pergi belajar saja lepas 2 tahun Abang Rizal balik la. Aku ni fikir yang bukan-bukan saja. Halina cuba menyedapkan hatinya. Halina menyambung kembali langkahnya. Halina terkejut bila mendengar bunyi kereta yang semakin hampir dengan dirinya. Halina berpaling. Kakinya kaku melihat sebuah kereta yang laju sedang mendekati dirinya.
Tiba-tiba saja Halina terasa badannya ditolak oleh seseorang ke tepi. Halina jatuh tersungkur dan satu dentuman kuat kedengaran. Halina tergamam melihat tubuh Rizal terbaring kaku berlumuran darah. “Abang Rizal!” jerit Halina.
Imran menghentak streng keretanya. Dia sudah tersalah orang. Imran terkejut melihat beberapa orang lelaki berlari menghampiri keretanya. Imran terus mengundurkan keretanya dan memandu laju meninggalkan tempat itu.
“Abang Rizal!” Halina segera menghampiri Rizal. Air matanya menitis laju melihat Rizal.
Zamri segera menghampiri Halina. “Fuad! Call ambulance cepat!”
“Abang Rizal, jangan tinggalkan Lina! Abang Rizal!” Tangisan Halina semakin kuat. Halina memegang Rizal yang berlumuran darah. Badan Rizal digoncang kuat namun tiada apa-apa tindakbalas dari Rizal.
“Cik Halina! Bersabar! Ambulance akan tiba tak lama lagi.” Pujuk Zamri. Dia hairan bagaimana kereta itu tiba-tiba muncul sedangkan mereka mengawasi kawasan itu.
Halina memeluk Rizal. Air matanya mengalir laju. Tubuh Rizal dipeluk erat. Abang Rizal telah selamatkan aku! Abang Rizal mesti selamat.

*********************************

Daniel berlari ke arah bilik kecemasan. Dia segera menghampiri Halina dan duduk di sebelah Halina. Daniel melihat tangan Halina yang masih terketar-ketar. Pakaian Halina dipenuhi dengan darah. Daniel memegang tagan Halina. Perlahan-lahan Halina menoleh ke arahnya. Matanya bengkak akibat terlalu banyak menangis. Air matanya mengalir laju sebaik saja melihat Daniel. “Abang Rizal jadi macam sebab salah Lina! Semua ni salah Lina!Sebab nak selamatkan Lina, Abang Rizal jadi macam ni.”
“Lina, jangan menangis! Rizal pasti selamat!” pujuk Daniel. Dia sedih melihat Halina seperti itu.Apa yang penting sekarang adalah agar Rizal selamat. Itu yang penting.
Zamri menghampiri Dania yang berada jauh dari Daniel dari Halina. “Cik Muda!”
“Apa yang terjadi?” soal Dania. Selepas mendapat panggilan telefon dari Zamri,Dania terus bergegas ke mari tanpa meminta kebenaran dari Wardina untuk keluar hospital.
“Saya minta maaf sebab cuai. Saya tak tahu bagaimana kereta itu muncul. Semua ni berlaku terlalu pantas.” Kata Zamri berasa bersalah dengan apa yang berlaku.
“Zamri! Benda yang akan terjadi tetap akan terjadi. Ia adalah takdir. Ini bukan salah kamu.” Pujuk Dania. Dia tahu apa yang sedang bermain di dalam fikiran Zamri sekarang ni. Ali dan Murni hanya diam memerhati. “Bagaimana Rizal boleh dilanggar kereta?” soal Dania ingin tahu.
“Saya rasa kereta itu ingin melanggar Cik Halina tapi Encik Rizal menyelamatkan Cik Halina dengan menolaknya ke tepi tapi sebaliknya Encik Rizal dilanggar. Kami cuba menangkap pemandu itu tapi dia telah melarikan diri, Cik Muda! Saya dah suruh orang saya mengesan kereta tersebut dan telah membuat laporan polis mengenai kejadian ini.”
“Bagus, Zamri!” Dahi Dania berkerut. Dia sedang memikirkan sesuatu. “Keluarga Rizal sudah dihubungi ke belum?”
“Sudah! Mereka akan datang tak lama lagi.”
“Murni, kamu ada bawa tak gambar lelaki yang sering ke rumah Melissa kebelakangan ni?”
“Ada!” Murni mengeluarkan telefon bimbitnya dan diberikan pada Dania.
“Ini ke lelaki yang cuba melanggar Halina?” Dania menunjukkan gambar yang terdapat di dalam telefon bimbit Murni. Jika benar, telahannya memang tepat.
“Ya. Ini lelaki tu! Macam mana Cik Muda tahu?” Zamri terkejut. Begitu juga Ali dan Murni terkejut.
“Siapa lagi yang nak Halina mati selain perempuan tamak yang bernama Melissa.” Dania mengetap bibirnya menahan geram. Kali ini perempuan ni memang dah melampau! Aku takkan beri muka pada dia lagi. “Zamri, kamu telefon pihak polis dan beritahu mengenai hal ini. Saya nak pergi ke rumah perempuan tu dan segala perkembangan mengenai Rizal mesti beritahu saya.” Tegas Dania. Dia sempat mengerling ke arah Daniel yang berada di sisi Halina sebelum beredar di situ bersama Ali dan Murni.
***********************************

Melissa terkejut bila Imran meluru masuk ke rumahnya. Dia menutup majalah yang dibacanya sebentar tadi dengan kasar. “Hey, siapa jemput kau masuk?” marah Melissa. Dia takut jika ada orang nampak!
“Melissa, kau kena tolong aku! Semua ni plan kau! Kau mesti tolong aku!” kata Imran gelabah.
“Kau ni kenapa,hah! Hey, kau dah langgar perempuan ke?” Melissa tak sabar-sabar ingin tahu.
“Sikit-sikit lagi aku nak langgar tapi tiba-tiba ada orang selamatkan dia. Lelaki tu tolak dia ketepi dan aku langgar lelaki tu.”
“Apa!” Suara Melissa tiba-tiba tinggi.
“Lepas tu ada beberapa orang lelaki berpakaian kot datang, aku terus larikan diri. Mereka nampak muka aku! Pasti polis tengah cari aku!”
Mata Melissa menjadi bulat. Ada saksi, teruklah macam ni! Mata Melissa meliar ke kiri dan kanan.
“Melissa, aku nak duit! Kau mesti bagi kat aku!”
“Hey, kenapa pula aku nak bagi duit kat kau? Kau gagal menjalankan tugas kau. Jangan harap aku bagi satu sen kat kau. Baik, kau berambus dari rumah aku!” marah Melissa.
“Kau tak boleh buat aku macam ni! Semua ni plan kau. Kalau kau tak beri duit kat aku, aku akan beritahu pihak polis siapa dalang sebenarnya.” Bengang Imran apabila Melissa menganggapnya seperti sampah.
“Beritahu la! Apa bukti kau,hah? Kau ada bukti untuk tuduh aku ke? Siapa akan percaya cakap kau! Sedar diri sikit siapa diri kau sebenarnya! Pengemis! Mereka nak percaya cakap kau atau cakap aku? Kau tahu aku siapa kan!” Melissa tersenyum. Berani kau nak ugut aku! Kau belum kenal lagi siapa Melissa.
Imran terkejut mendengar kata-kata Melissa. Dia merenung Melissa seolah-olah ingin ditelannya. “Kau tu yang belum kenal siapa aku?” Imran terus mengeluarkan pisau dari poket seluarnya.
Melissa mengundurkan beberapa langkahnya.. Wajah Melissa berubah sebaik saja melihat Imran mengacukan pisau ke arahnya.
“Aku nak RM15 ribu!”
“Kau dah gila! Aku mana ada duit sebanyak itu.”
“Kau jangan nak tipu aku! Perempuan cukur macam kau, tak mungkin tak ada duit. Aku nak!” jerkah Imran.
“Hey, aku kata tak ada la. Kau tak faham bahasa ke?” jerit Melissa. Dia geram. Melissa melirik matanya ke arah pasu bunga yang dekat dengannya. Perlahan-lahan Melissa mengundurkan langkahnya ke arah pasu bunga itu.
“Kau jangan nak uji kesabaran aku, Melissa. Kalau kau tak bagi duit kat aku, aku bunuh kau. Kau ingat aku tak berani ke?”
“Ok...Ok....” Melissa tiba-tiba setuju.Melissa menarik pasu bunga itu mendekati dirinya perlahan-lahan agar Imran tak nampak.
“Kan senang kalau kau setuju.” Imran tersenyum.
“Sekejap aku pergi ambil dompet.” Melissa memusingkan badannya. Pasu bunga itu digenggam erat. Bodoh! Kau ingat dengan mudah aku nak bagi duit aku kat kau. Imran mendekati Melissa. Sebaik saja Melissa sedar, Imran menghampiri dirinya. Melissa menghayunkan pasu bunga itu ke kepala Imran. Pasu itu pecah berkecai. Imran tersungkur ke lantai. Pisau yang berada di tangannya terlepas. Imran mengerang kesakitan. Kepalanya berdarah.
Melissa tersenyum puas. “Hey, ini Melissa! Tiada siapa boleh ugut aku, kau tahu tak!” Melissa menendang perut Imran. “Aku takkan biarkan kau rosakkan masa depan aku! Tak guna kau hidup di dunia ni lagi.” Melissa mengambil pisau milik Imran dan mendekati Imran.
Imran mengetap bibir menahan geram. Imran memegang kepalanya yang berdarah. “Hey, kau ingat kau akan terlepas bila berjaya bunuh aku? Kau akan meringkuk dalam penjara juga.”
“Hey, kau dah lupa siapa aku! Aku boleh reka cerita yang kau cuba nak rogol aku dan aku hanya mempertahankan diri saja.”
“Kau ni memang perempuan jahat!”
Melissa ketawa bila mendengar kata-kata Imran. Melissa mendekati Imran. Melissa terkejut bila Imran menarik kakinya sehingga jatuh.Mereka bergelut seketika. Imran merampas pisau dari tangan.
“Perempuan macam kau tak sepatutnya hidup di dunia ni.” Imran terus menikam di perut Melissa. Melissa menjerit. Imran bertubi-tubi menikam Melissa tanpa belas kasihan. Dia sudah hilang akal menikam Melissa. Percikan darah Melissa mengenai tubuh Imran.
Tiba-tiba pintu rumah Melissa terbuka, beberapa orang polis meluru masuk “Jangan bergerak! Buangkan senjata.” Polis itu menghalakan pistolnya ke arah Imran yang terkejut dengan kehadiran polis.
Imran terus mengangkat tangannya yang berlumuran darah. Pisau itu dilepaskan. “Saya tak salah! Dia yang cuba nak bunuh saya.” Suara Imran terketar-ketar.
“Diam!” Polis itu terus menghampiri Imran yang masih cuba mempertahankan diri. Tangannya digari.
Dania masuk. Dia terkejut melihat Melissa yang sudah tidak bernyawa dengan matanya terbuka. Badannya berlumuran darah. Dania mengelengkan kepalanya beberapa kali.
“Mungkin ini adalah balasannya.” Murni bersuara.
Tiba-tiba telefon bimbit Ali berbunyi, Dania menoleh. Ali hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali. Selepas menamatkan perbualan itu, Ali terus menghampirinya.
“Cik Muda! Encik Hairi tidak dapat diselamatkan kerana beberapa organ utamanya telah hancur.”
Dania tergamam. Matanya melirik ke arah Melissa yang masih terbujur kaku.

*****************************************

Dania berselindung di sebalik tiang sambil matanya tepat memerhati gelagat pasangan yang sedang berbual mesra. Dania mengetap bibir menahan geram. Dania menghentak tangannya di tiang itu. Patut la sejak aku keluar dari hospital, dia tak pernah datang menjenguk aku kat rumah. Rupa-rupanya dia sudah ada orang lain. Dasar kaki perempuan. Aku ni bodoh betul percaya yang dia betul-betul cintakan aku. Mata Dania masih tidak berganjak menyaksikan kemesraan mereka berdua.
“Dania! Sini rupanya kau! Puas aku cari. Kau tengok apa?” Wardina tiba-tiba berada di belakang Dania.
Dania terkejut bila Wardina menegurnya secara tiba-tiba. Dania terus berpaling. “Kau ni suka sangat buat aku terkejut.”
“Eh, salahkan aku pulak. Kau tu yang begitu asyik mengintip sampai aku ada kat belakang kau pun tak sedar. Kenapa kau cemburu ke tengok Hairi dan Dr. Dayana?” Wardina tahu apa yang sedang diperhatikan oleh sahabatnya sejak dari tadi lagi.
“Kau jangan nak merepek Dina, kau ingat aku tak ada kerja lain ke? Kenapa pulak aku nak mengintip dia, sekarang ni dia bebas keluar dengan sesiapa pun. Dia bukan tunang aku lagi.”
“Aku ni tak faham langsung dengan perangai kau ni! Kenapa? Maruah kau akan tercemar ke kalau kau luahkan apa yang kau rasa sekarang ni! Kalau Hairi kahwin dengan orang lain, alamatnya kau putih mata la. Kau jadi la andartu sampai ke tua.” Wardina tersengih.
“Mulut kau tu memang tak ada insurans.”
“Aku malas nak nasihatkan kau lagi. Ni...” Wardina memberikan bungkusan yang berisi ubat. Dania baru saja menjalani pemeriksaan di hospital sebentar tadi. “Kau kena makan ubat ni tepat pada masanya.”
Dania mengambi bungkusan yang dihulurkan oleh Wardina.
“Kau mesti habiskan ubat ni! Bulan depan kau mesti datang buat pemeriksaan lagi.”
Dania mengeluh. Datang hospital lagi! Malas betul. “Baiklah!”
“Aku nak ingatkan kau, mesti makan ubat ni sehingga habis. Kalau aku dapat tahu kau sorok ubat-ubat ni, siap kau nanti. Aku takkan lagi beri kau makan pil-pil ubat ni tapi aku sendiri yang akan bagi kau suntikan sebagai ganti. Jadi kau pilih la, nak makan ubat atau nak suntikan.” Wardina melihat perubahan wajah Dania. Dia tahu Dania paling tidak suka suntikan. Ini saja cara untuk mengugut Dania.
“Dina, kau ni betul-betul menakutkan la.”
“Nak uruskan orang macam kau, aku kena jadi orang yang lebih menakutkan. Ingat tu! I have to check my patient right now. I’ll got to go.” Wardina tersenyum sebelum berlalu pergi.
Sebaik saja melihat kelibat Wardina berlalu pergi, mata Dania melirik ke arah Hairi dan Dr. Dayana yang begitu rancak berbual. Ketawa mereka begitu jelas di telinga Dania. Dania menggenggam erat tangannya.

8 comments:

::cHeeSeCaKe:: said...

comel tol dania jeles..!
padan muke melissa..balasan tuk die..
cmne la lina nk hadapi & trime kematian rizal..
da la rizal mati sbb nk slamatkan die je..
tkut die salahkan diri die..
ape2 pon..best tol cite ni writer!!
smbung lg ye..

Anonymous said...

smbung.......x sbar nk tnggu smbngan bru..........

aqilah said...

dania....dania......mmg best!!!!!

Unknown said...

ada sambungan lg tak cite nie..best lh..

luvmusic said...

mana ep 45?tak ada pun..

pensil warna kehidupan said...

hairi mati ker??

adehhh...bila nk sambung nih??

hidup ini...... said...

as salam....
knpa x ada sambungan...
best laa citer nie....
cik penulis kenpa x sambung....?
sambunglaaaa..............
please......:)

Anonymous said...

Knpa tk de 43&45 ni..ala smbung lh 45 tu..pleseeeee...best kot..hny acik penulis yng mampu..jdi..tlong smbung..

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...