Wednesday, October 13, 2010

Satu Dua Tiga 16

Bab 16

            Kartika terkejut bila ada tangan yang menghalangnya dari membuka pintu kereta BMW X6 hitam miliknya. Kartika merenung wanita muda yang berkemeja biru muda dan berseluar jeans itu.
            “Kita perlu berbincang, Datin Kartika.” Alisa merenung wanita yang berbaju gaun ketat separas lutut itu. Dah tua-tua pun tak sedar diri lagi, perasaan diri muda la tu.
            Kartika tersenyum sinis. “Kau nak apa?”
            Alisa ketawa kecil bila mendengar pertanyaan wanita itu. “Tujuan Lina jumpa Datin Kartika hari ini sebab nak beri amaran pada Datin supaya jangan ganggu ibu lagi.”
            “Kau siapa nak beri arahan pada aku, hah!”
            “Datin! Datin ingat Lina tak tahu apa rancangan Datin pada ibu dan Lina?” Alisa tersenyum.
            Kartika tergamam. Apa maksud budak ni? Dia tahu ke plan aku? Mustahil.
            “Untuk pengetahuan Datin, segala gerak-geri Datin Lina tahu. Datin pergi mana? Datin jumpa siapa? Pukul berapa? Semua Lina tahu.”
            Bulat mata Kartika sebaik saja mendengar pengakuan Alisa. “Kau!”
Jerit Kartika menahan marah.
            “Apa! Datin ingat Datin seorang saja yang boleh upah orang ekori ibu? Ini Alina. Sesiapa yang telah cederakan keluarga Lina lebih-lebih ibu Lina, Lina takkan biarkan begitu saja.”
            “Hey, kau siapa nak lawan aku, hah! Kau tu masih mentah. Oooo…depan mak ayah kau, kau pandai berpura-pura baik tetapi sebenarnya kau ni jahat.” Kartika bengang. Berani dia nak ugut aku.
            “Suka hati la, Datin nak cakap! Kalau nak banding Datin dengan Lina, Datin lebih jahat lagi.” Perli Alisa.
            “Kau!” Kartika terus mengangkat tangannya dan ingin menampar Alina. Tangannya terhenti bila melihat Alina juga telah mengangkat tangan dan ingin menamparnya juga.
            ‘Apa lagi! Tampar la. Ingat Lina tak berani nak tampar Datin ke?” Bulat mata Alina merenung Kartika.
            Kartika mengetap bibir menahan geram. Ingatkan perangai budak perempuan sebiji seperti ibunya tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Rupa-rupanya anak Munirah ni bukan sebarangan. Kartika terus menurunkan tangannya.
            “Ibu tetap akan bercerai dengan Dato’ Kadir. Datin Kartika kena bersabar. Lina akan pastikan ibu menceraikan Dato’ Kadir. Lelaki itu tidak layak menjadi suami ibu. Oleh itu, Datin sepatutnya tahu apa yang perlu Datin lakukan. Mulakanlah peranan sebagai isteri yang baik. Jangan pulak habiskan masa dengan anak-anak ikan peliharaan Datin. Mereka tu sekadar hiburan saja, betul tak!” Alina tersenyum sinis.
            “Kau jangan cuba nak ajar aku!” marah Kartika. Jarinya ditunjukkan tepat ke Alina.
            “Lina tak ada niat nak ajar Datin lagipun siapalah Lina untuk mengajar Datin tentang kesetiaan pada suami. Datin lebih berpengalaman dari Lina. So, don’t mess up with me because I’m not Alina. Oh ya, sebelum terlupa! Jangan ganggu hidup kami lagi, jika tidak gambar-gambar yang tak sepatutnya orang lain tahu akan sampai ke tangan pihak media. Datin pasti kena jaga resputasi Datin, kan” Alisa tersenyum. Dia terus memakai cermin mata hitam D&G. Senyuman masih terukir di bibirnya. Alisa berjalan meninggalkan Kartika dan terus masuk ke dalam kereta Mazda 3 putih miliknya.
            Kartika mengenggam erat beg tangan Bonia miliknya. Kau ingat kau layak nak berlawan dengan orang yang makan garam dulu dari kau, hah! Tunggu la nasib kau selepas ini. Kartika merenung kereta milik Alina yang meluncur laju meninggalkannya.

                                                ****************************
           
            “Awak, tolong la faham! Antara kita sudah tak ada harapan lagi! Hubungan kita satu putus sejak awak halau Munirah keluar dari rumah awak 25 tahun yang lalu. Tolong la, Munirah tak mahu disebabkan Munirah, rumahtangga yang dibina oleh awak dan Kartika musnah. Munirah tak nak menjadi orang ketiga. Tolonglah faham keadaan Munirah. Munirah nak selesaikan semua ini dengan cara baik.” Jelas Munirah. Dia sudah tak tahu perkataan apa lagi yang perlu digunakan agar Kadir faham akan situasinya sekarang ini.
            “Perkahwinan abang dan Kartika dah lama bergoyang. Hanya tunggu masa untuk runtuh saja. Selama ini abang tak pernah berasa bahagia walau seminit pun sepanjang kami bergelar suami isteri. Mungkin ini balasannya selepas apa yang abang pernah lakukan pada Munirah dahulu.” Nada suara Kadir perlahan. Sayu hatinya bila mengenangkan sikapnya pada Munirah dahulu.
            “Semua itu dah berlalu. Munirah terima dan reda. Mungkin itu suratan takdir Munirah yang perlu Munirah hadapi. Awak tak perlu memikirkan semua ini lagi. Munirah takkan minta satu sen pun duit dari awak. Munirah nak kita berpisah secara baik.” Jelas Munirah dengan lembut. Selepas keluar dari hospital, telefon bimbit Samsung  SGH-130 miliknya tidak henti berbunyi. Munirah tahu siapa pemanggilnya. Alisa tidak membenarkan dia menjawab panggilan itu tetapi hari ini dia menjawab panggilan tersebut kerana menyangka panggilan tersebut dari Maria. Nama Maria tertera di skrin telefon bimbitnya. Tanpa berfikir panjang, Munirah terus menjawab panggilan tersebut namun sangkaanya meleset sama sekali sebaik saja mendengar suara pemanggil itu. Tidak lain dan tidak bukan adalah Kadir.
            “Tidak! Abang takkan berpisah dengan Munirah sampai mati pun Munirah tetap isteri abang.” Tegas Kadir. Perkataan cerai begitu sensitive baginya. “Munirah, cuba Munirah fikir tentang Alina! Anak kita.”
            “Mereka sudah besar. Mereka tidak membantah bila Munirah membuat keputusan ini.”
            “Mereka?” Kadir terkejut. Mereka? Siapa lagi yang Munirah maksudkan?
            Munirah tergamam. Aku sudah terlepas cakap. “Aaa…Alina! Mereka tu Munirah maksudkan Alina.” Munirah cuba menutup kesalahannya.
            “Ooo…Abang ingatkan abang ada anak lain selain Alina!” Kadir mengeluh.
            Munirah menelan air liurnya. Pahit! Kalaulah dia tahu selain Alina ada lagi Aleya dan Alisa pasti  Kadir berkeras enggan menceraikannya.
            “Munirah!” panggil Kadir. Senyap.
            Munirah tersentak bila namanya dipanggil. “Ya”
            “Munirah walau apa yang terjadi, abang tetap takkan cerai Munirah. Talak terletak di tangan suami. Selagi abang masih bernyawa abang takkan ceraikan Munirah. Abang takkan lakukan perkara yang sama lagi. Di mana Munirah dan Alina bersembunyi sekarang ini, abang tetap akan cari sehingga dapat.” Tegas Kadir sebelum mematikan perbualan mereka.
            Munirah tercengang. Kata-kata terakhir Kadir membuat hati Munirah resah. Tiba-tiba pintu rumah terbuka. Munirah terkejut.
            “Kenapa ni ibu macam nampak hantu saja?” kata Alisa menutup pintu rumah. Dia memandang kea rah ibunya yang terkejut melihat dirinya.
            “Angah! Lain kali kalau masuk rumah, berilah la salam! Ini main masuk saja. Mana ibu tak terkejut.”
            “Mulut Angah ni dah kebas beri salam tapi tiada siapa jawab pun. Ibu cakap dengan siapa tadi.” Alisa melihat telefon bimbit yang dipegang oleh ibunya.
            “Khaty!” bohong Munirah. Kalaulah Alisa tahu siapa sebenarnya yang menelefon sebentar tadi pasti Alisa akan mengamuk.
            “Oooo…Auntie Khaty rupanya. Mesti dia rindu kat ibu.”
            Munirah hanya menganggukkan kepalanya. “Angah pergi mana tadi?” soal Munirah.
            “Jumpa kawan sekejap.” Pantas Alisa menjawab. Dia tak mahu ibu tahu yang dia sebenarnya berjumpa dengan Datin Kartika. “Ibu, Angah nak pergi sembahyang Asar dulu. Selepas tu Angah masak dan kita makan sama-sama ye!” Alisa tersenyum. Langkahnya diatur kemas berjalan menuju ke biliknya.
            Munirah merenung Alisa dengan pandangan yang pelik. Dia dapat rasakan Alisa cuba menyembunyikan sesuatu darinya. Perlahan-lahan Munirah duduk di sofa. Dahinya berkerut. Kakinya yang patah masih terasa sakit. Tongkat yang dipakainya diletakkan di tepi. Munirah mengeluh kuat. Sekarang ni fikirannya berserabut memikirkan Dato’ Kadir dan juga anaknya.

                                                ****************************

            Kadir meletakkan telefon bimbit Nokia 8500 milik di dalam poket bajunya. Langkahnya diatur kemas menuju ke balkoni di biliknya. Kadir melihat awan hitam sedang berarak menuju ke destinasinya. Pasti petang ni akan hujan. Namun fikirannya masih memikirkan tentang Munirah. Wanita yang menjadi pilihan keluarganya.
            “Apa! Kahwin dengan anak Pak Rahman!” Kadir terkejut bila ayahnya, Tan Sri Harun menyampaikan hasratnya untuk menjodohkan dia dengan anak tukang kebun rumah mereka. Matanya tepat merenung ayahnya. “Abah sedar tak, apa abah cakapkan tadi. Pak Rahman tu tukang kebun rumah kita! Tukang kebun. Mereka tak layak menjadi sebahagian dari keluarga kita.”
            “Kadir! Jaga sikit bahasa kamu tu! Pak Rahman dan keluarganya bukan orang lain. Mereka sebahagian dari keluarga kita. Sudah lama Pak Rahman berkhidmat dengan keluarga kita sejak kamu kecil lagi, Pak Rahman sudah bekerja dengan kita.Keluarga kita terhutang budi pada Pak Rahman. Kamu jangan lupa tentang siapa yang selamatkan kamu sewaktu kamu hampir lemas semasa kamu kecil.”marah Tan Sri Harun. Kata-kata anak tunggalnya itu benar-benar mengguris hatinya. Peristiwa itu masih segar dalam ingatannya. Ketika itu mereka sekeluarga sedang bercuti di rumah persinggahan mereka di Johor. Pak Rahman adalah pekerja yang bekerja di rumah persinggahannya di Mersing,Johor.
            “Itu Kadir tahu. Abah tak payah la nak mengingatkan Kadir tentang semua itu. Kalau iya pun, abah nak balas budi Pak Rahman kenapa mesti abah suruh Kadir kahwin dengan anak Pak Rahman. Banyak lagi cara abah boleh lakukan untuk membalas budi Pak Rahman. Bagi tanah ke? Duit ke? Rumah ke? Syarikat ke? Semua itu abah boleh beri kan! Kenapa mesti paksa Kadir kahwin dengan perempuan itu?”
            “Kadir!” Tan Sri Harun terus bangun dari sofa.
            “Kadir, ibu tak sangka Kadir sanggup cakap begitu. Ibu tak pernah ajar Kadir merendah-rendahkan maruah orang lain. Hutang budi kita pada Pak Rahman tak boleh diukur dengan wang ringgit.” Puan Sri Farhana bersuara. Sejak pulang dari belajar luar negara, perangai anak tunggalnya itu berubah sama sekali. Kaki mabuk! Kaki perempuan!
            “Dengan mengahwinkan Kadir dengan perempuan itu, bukan tindakan yang bijak. Mereka tu hanya nakkan nama dan harta kita saja. Dasar mata duitan. Sanggup jualkan anak sendiri demi wang ringgit. Entah-entah anak perempuan Pak Rahman tu perangainya seperti perempuan pisau cukar di luar sana. Low class.” Hina Kadir. Dia berkeras takkan setuju dengan hasrat ayahnya itu. Nak jadi apa pun jadilah.
            Tiba-tiba satu tamparan hinggap di pipi Kadir. Kadir tergamam. Matanya tepat merenung ibunya yang sedang merenungnya seolah-olah ingin ditelannya hidup-hidup.
            “Kadir! Kamu jangan samakan Munirah dengan perempuan-perempuan yang mendampingkan kamu. Munirah budak baik. Kadir tak kenal Munirah lagi, jadi jangan buat andaian yang bukan-bukan! Ibu percaya Munirah adalah wanita yang sesuai menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak kamu, Kadir.” Marah Puan Sri Farhana. Baginya Munirah adalah wanita yang baik.
            “Ibu! Orang yang nak kahwin adalah Kadir bukannya ibu. Kadir tetap tak setuju. Ini keputusan muktamad Kadir. Kadir takkan sesekali berkahwin dengan perempuan tu. Apa ni jadi, jadilah!” jerit Kadir. Dia terus melangkah keluar dari rumah banglo yang tersergam indah itu Tan Sri Harun dan Puan Sri Farhana kecewa dengan sikap anak mereka.
            Lamunan Kadir terganggu bila mendengar ketukan pintu. Dia menoleh. Pintu bilik terbuka. Kadir tersenyum bila melihat kedatangan Zahari. Wasiatnya perlu diubah.
           

1 comment:

matahariku said...

best lh novel akak ni...seronok bace.....rahsia ati pun best gak.....watak2 akak penuh dengan kejutan...watak cik muda n tuan muda best...jarang dah sekarang ni ade name tuan muda n cik muda...dalm novel2 ni...care akak olah ayat pun best..watak pun akak gambarkn s'org nya garang tapi ati yg baik....saye suke lh watak cam ni...moge akak terus berkarya lg...

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...