Saturday, November 5, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 14

BAB 14

            Langkah Rina terhenti selepas melintasi kereta Mazda RX8 yang dipakir di hadapan kedai buku. Langkahnya diundur beberapa langkah. Kereta mewah itu direnung beberapa saat. Dahi Rina berkerut. Seperti aku pernah jumpa kereta ini! Rina cuba mengingatinya.
            “Cikgu!” panggil Rahim.
            Rina berpaling apabila dipanggil.
            “Cikgu buat apa di situ? Cikgu nak tukar kereta baru ke?” usik Rahim. Cikgu Rina seperti berminat dengan kereta mewah itu
            “Kalau cikgu berkenanan, cikgu belilah.” Sambung Omar. Mereka berdua ketawa. Hari ini mereka menemani Cikgu Rina membeli buku latihan untuk penghuni rumah Anak Yatim Sri Harapan yang akan menghadapi UPSR danPMR tidak lama lagi.
            “Rahim! Omar! Kamu berdua usik cikgu ye. Hish….cikgu tak mampu nak beli kereta ini! Mahal. Cikgu rasa macam pernah jumpa kereta ini.”
            “Mungkin kereta ni milik bakal boyfriend cikgu kot.” Usik Rahim lagi.
            Rina menjeling ke arah budak lelaki yang berusia 15 tahun itu. “Jangan nak menokok tambah. Hish…pandai buat andaian sendiri.  Kamu berdua masuk dulu. Cikgu akan masuk kemudian.”
            “Baik, cikgu!” jawab mereka berdua serentak. Mereka terus masuk ke dalam kedai buku itu
            Rina masih merenung kereta Mazda RX8 itu. Ada sesuatu tentang kereta ini? Apa dia ye? Rina berjalan dan berdiri tegak di hadapan kereta itu. Otak Rina ligat berfikir. Dia mesti mengingatinya. Aku ni memang pelupa.
            Tiba-tiba Rina mengundur beberapa tapak. Dia membuat mimic muka. Dia sudah ingat. “Inilah kereta telah langgar aku hari itu.”
            Rina menoleh ke kiri dan kanan. Mana pemilik kereta ini? Aku nak ajar sikit. Dia ingat aku perempuan, dia boleh buat macam tu. Hatinya panas dan darahnya seolah-olah mendidih. Marah dan geram!
            “Mana tuan kau, hah?” soal Rina secara tiba-tiba.
            Rina menoleh ke kiri dan kanan sekali lagi. Tiada sesiapa. Nasib baik. Aku ni dah gila ke? Bercakap dengan kereta.
            Rina berdehem beberapa kali. Peduli apa?
            “Tuan kau bernasib baik kali ini tetapi kau tidak bernasib baik.” Rina menunding jarinya ke arah kereta itu. Walau apa pun, aku mesti balas dendam pada tuan kau. Rina mengetap bibirnya.
            Senyuman terukir di bibirnya. Dia sudah mendapat idea. Beg plastic yang berisi buah limau mandarin yang dibelinya sebentar tadi dibuka.
            Rina melihat ke kiri dan kanan lagi. Dia perlu memastikan tiada sesiapa berada di situ. Rina berlagak seperti biasa. Dia berjalan sehingga di belakang kereta Mazda. Rina sengaja menjatuhkan sebiji  limau mandarin dan mengutipnya. Sebaik sahaja Rina mengutipnya, pantas Rina menyumbat limau mandarin itu ke dalam ekzos kereta Mazda RX8. Nasib baik muat. Rasanya sebiji tak cukup, tambah sebiji lagi.
            Rina ketawa dengan kuat selepas selesai melakukannya. Dendamnya sudah terbalas. “Aku harap kereta ini tidak dapat dihidupkan selama-lamanya.” Senyuman Rina meleret. Hatinya berbunga riang. Apa reaksi pemilik kereta ni? Ahh…aku peduli apa? Rina terus melangkah menuju ke kedai buku.
           
                                    *********************************

            Haikal mendekati Tengku Fauziah yang sedang membaca suratkhabar. Kehadirannya tidak disedari oleh Tengku Fauziah. Dahi Haikal berkerut. Matanya melirik ke pelbagai arah. Dia kelihatan resah. Sudah dua hari dia tidak nampak kelibat Aishah. Dah berhenti ke? Dia tidak berani bertanya kerana bimbang akan diketawakan. Haikal mengeluh.
            “Kuatnya mengeluh. Ada masalah besar ke?” Tengku Fauziah melipat suratkhabar yang sudah dibacanya.
            “Hmm…Nothing.” Haikal terus duduk di kerusi rotan yang terletak di balkoni.
            “Cari Aishah ke?” Tengku Fauziah tersengih. Dari raut wajah, dia tahu Haikal mencari seseorang.
            “Eee…buat apa Haikal cari dia? Tak ada faedah langsung.”
            “Mungkin Haikal rindu pada Aishah?” usik Tengku Fauziah.
            “Ooo..Please, nenek! Aishah tu orang gaji. Orang gaji. Tak ada class langsung.” Haikal membuat mimic muka.
            “Betul tu, umi! Kenapa pula Haikal mesti rindu pada Aishah? Aishah tu tak layak menjadi menantu Fazira. Fazira tak suka.” Tengku Fazira tiba-tiba mencelah. Kebetulan dia berada di situ. Takkanlah Umi nak jodohkan Haikal dengan Aishah? Eee….aku tak mahu.
            “Tak baik memandang rendah pada orang lain. Apa salahnya menjadi orang gaji? Itu kerja halal. Umi tak nampak apa masalahnya jika Aishah menjadi sebahagian dari rumah ini.”
            “Umi, Aishah tu orang gaji! Orang gaji. Entah dari mana asal usulnya, kita sendiri tak tahu.”
            “Fazira! Apa masalahnya antara Fazira dan Aishah, hah? Kenapa Fazira anggap Aishah seperti musuh? Umi tengok Aishah tak pernah cari masalah dengan Fazira.” Tengku Fauziah kecewa dengan sikap anaknya. Kalaulah Fazira tahu siapa sebenarnya Aishah, pasti Fazira akan malu.
            “Fazira tak suka dia. Sekali Fazira tak suka, selama-lamanya Fazira tak suka.” Tegas Tengku Fazira. Dia geram. Setiap kali bercakap mengenai Aishah, pasti ibunya akan berpihak pada Aishah. Apa yang ada pada Aishah sebenarnya? Apa hubungan antara Aishah dan Umi?
            Tengku Fauziah menggelengkan kepalanya. Degil!
            Haikal hanya diam membisu. Dia malas nak masuk campur. Nak sangat ibu tak suka pada Aishah? Tapi kenapa? Aku sendiri tak faham. Aku tak pernah nampak Aishah melawan cakap ibu.
            “Selamat Pagi! Mak Engku! Puan! Tuan.” Tegur Aina. Dia tersenyum lebar. Dari jauh lagi dia sudah mendengar suara Tengku Fazira. Wah, auntie Fazira tak suka dengan aku! Sejak mula aku menjejakkan kaki di sini, aku dah tahu. Rupa-rupanya Auntie begitu mementingkan status. Hmmm..perangai sama seperti mama.
            Haikal terkejut dengan kehadiran Aina. Baru saja cakap, dah muncul.
            Tengku Fazira memalingkan muka ke arah lain.
            Tengku Fauziah tersenyum. “Aishah dah sihat ke? Demam dah kebah ke?”
            Haikal merenung Aina. Demam rupanya.
            “Dah, Mak Engku. Sekarang ni Aishah dah sihat 100%.” Aina tersengih sehingga menampakkan lesung pipit di pipinya. Sekarang aku ada tugas yang perlu diselesaikan. Aina sudah bertekad.
            “Baguslah!”
            “Tuan, saya ada hal nak cakap dengan tuan.” Aina berpaling ke arah Haikal.
            “Hal apa? Kau cakap saja di sini.” Tegas Haikal.
            “Tak boleh, tuan. Ini rahsia.”
            “Rahsia apa yang kau tak boleh cakap di sini, hah?” Tengku Fazira mencelah. Entah apa Aishah nak lakukan pada Haikal. Tengku Fazira bimbang.
            Aina terkejut apabila disergah oleh Tengku Fazira. Aina menundukkan kepalanya. Aduh..garangnya.
            “Biarlah. Haikal, kamu berdua cakap saja di tempat lain. Angin ibu Haikal ni bukannya boleh diduga.”
            “Umi! Kita tak tahu apa Aishah nak buat pada Haikal. Dengan senang saja, umi suruh mereka berdua pergi.”
            “Fazira! Kawal sikit perangai tu. Jangan buat umi naik angina pulak.” Tengku Fauziah meninggikan suaranya. Wajahnya serius.
            Tengku Fazira terdiam.
            “Haikal!” Tengku Fauziah bersuara.
            Haikal bangun dan memberi isyarat pada Aina untuk mengekorinya. Haikal hanya menurut. Aina mengganggukkan kepalanya. Dia mengekori Haikal.
            “Umi!”
            “Umi tak mahu Fazira rosakkan rancangan Umi! Faham.” Tengku Fauziah membesarkan biji matanya.
            Tengku Fazira terkejut. Rancangan apa? Apa maksud Umi? Umi nak jodohkan Aishah dan Haikal ke? Mustahil! Aku tak boleh benarkan ia berlaku. Tengku Fazira mula gelisah.

                                    *************************************

            Tuala yang berada di tangannya digunakan untuk mengesat peluh di lehernya. Dia baru lepas bersenam di mini gim yang berada di dalam penthouse miliknya. Setiap kali dia ada masalah dia pasti akan bermalam di sini. Inilah satu-satunya tempat yang dapat menenangkan jiwanya. Di sini juga dia memperolehi ketenangan.
            Tirai langsir ditariknya. Matahari sudah mula terbit. Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Hari ini hari Ahad. Bolehlah dia berehat. Selepas apa yang terjadi, pasti mama tak akan melepaskan aku.
            Aril tersenyum melihat pandangan di luar. Cantik. Begitu besar kuasa Allah S.W.T. Adanya siang dan malam malah ditemani dengan matahari dan bulan . Aril mengeluh.
            “Kamalia!” tiba-tiba nama itu tercetus keluar dari bibir Aril. Dia teringat wajah kamalia yang sentiasa tersenyum. Senyuman tidak pernah lekang di bibirnya.
            “Rupa-rupanya orang yang menghantar gambar pada arwah Kamalia selama ini adalah Julia. Bukannya Tahir. Dia tak tahu apa-apa. Adakah aku perlu beritahu atuk, mama dan Aina mengenai kebenaran ini?” Aril mengeluh dengan kuat. Dia tak tahu apa yang harus dilakukan sekarang ini.
            “Jika aku beritahu, pasti keadaan bertambah buruk. Entah apa yang mama dan Aina akan lakukan Julia!” Aril menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia kenal sangat dengan perangai mereka berdua terutamanya mama. Mama pernah cuba untuk menjatuhkan syarikat hartanah milik ayah Julia di UK. Mujurlah atuk tahu tepat pada masanya, atuk berjaya menyelamatkan syarikat itu dari bankrupt. Teruk jugalah mama dimarahi oleh atuk. Sejak kejadian itu, gerak-geri mama diperhatikan oleh atuk.
            “Tetapi mereka mesti tahu kebenarannya. Tahir tidak bersalah dalam hal ini. Aduh…..pening kepala aku macam ini.” Aril serba salah. Malam semalam Aina ada menelefon aku. Katanya dia demam sebab itu dia tidak dapat mengangkat panggilan aku. Aril teragak-agak untuk memberitahu Aina tentang apa yang diketahuinya. Lebih baik aku rahsiakan dulu.
            Aril berjalan menuju ke dapur. Tiba-tiba pula perut ni berkeroncong. Lapar! Hmm..nak masak apa hari ini? Peti sejuk dibuka. Dia perlu tahu apa yang terdapat di dalam peti sejuk itu. Matanya tepat merenung buah limau mandarin yang disimpannya di dalam peti sejuk. Dahinya berkerut. Dia teringat apa yang berlaku semalam? Siapa yang letak buat limau di dalam exzos kereta aku? “Aku ada musuh ke?” Aril masih berfikir. Siapa yang letak limau tu?

                        *******************************************

            Haikal berdiri tegak di hadapan Aina. Dia meletakkan kedua-dua belah tangan di belakangnya. “Apa halnya kau nak cakap dengan aku? Penting sangat ke?”  nada suara Haikal kasar. Haikal merenung wanita bercermin mata berbingkai hitam itu. Dia ingin tahu apa yang ingin dicakapkan oleh aina.
            “Tuan, saya nak buat satu urusniaga dengan tuan?”
            Haikal terkejut. Apa yang dicakapkan oleh Aishah? Nak berniaga? Dia nak aku jadi share partner ke? “Apa yang kau merepek ni? Kau dah sihat ke belum?”
            “Saya sihat, tuan! Saya serius ni.”
            “Saya pun.”
            “Urusniaga ni penting terutamanya tuan.”
            “Aaaa…straight to the point!” tegas Haikal.
            Aina menunjukkan sekeping gambar pada Haikal.
            Haikal terkejut. Dia mengambil gambar itu dari tangan Aina dengan kasar. Matanya tepat menatap gambar itu.
            “Gambar tuan semasa kecil dulu kan!” Aina tersengih. Tujuan dia pulang ke rumah adalah untuk mengambil gambar ini. Dia ingat yang dia masih ada menyimpan gambar Haikal semasa kecil dulu. “Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” Aina ketawa.
            Wajah Haikal berubah. “Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh…macam mana kau dapat gambar ni, hah?” soal Haikal ingin tahu.
            ‘Rahsia!”
            Haikal mengetap bibirnya. Dia merenung Aina. “Apa kau nak, hah? Pasti ada sebab kenapa kau tunjukkan gambar ini pada aku.”
            “Inilah urusniaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula berkerja di pejabat.”
            “Apa!”
            “Jika tidak gambar ini akan tersebar di dalam internet, suratkhabar dan majalah. Jadi apa pilihan tuan? Saya yakin. Mesti ramai orang nak tahu tentang zaman kanan-kanan tuan.” ujar Aina. Dia ingin jawapan. Inilah caranya untuk memastikan Haikal kembali bekerja. Walaupun dia tahu caranya salah. Dia sudah tiada cara lain lagi.
            “Apa! Kau berani ugut aku? Kau fikir aku akan ikut cakap kau ke?” marah Haikal. Dia menunjukkan gambar itu pada Aina. Dia terus mengoyak gambar itu menjadi cebisan kecil. Haikal tersenyum. “Kau ingat gambar ini dapat mengikat aku ke? Kau silap. Sekarang ni gambar dah tiada. Kau tiada apa-apa lagi untuk ugut aku.”
            Aina ketawa. “Tuan ingat saya bodoh ke? Tuan rasa saya hanya ada satu keping saja ke?”
            Senyuman Haikal mati.
            “Tuan fikirlah dulu. Bila tuan sudah buat keputusan, tuan beritahu pada Mak Engku. Saya harap tuan berfikir dengan waras.” Aina tersengih. Nak tergelak melihat wajah Haikal sekarang ini. Pucat lesi. Kasihan. “Saya minta diri dulu.” Aina melangkah meninggalkan Haikal masih kaku berdiri di situ.
            Haikal menggengam erat kedua-dua belah tangannya. Dia geram dengan sikap Aishah. Bagaimana dia boleh dapat gambar tu?Sekarang ni dah pandai berurusniaga dengan aku pulak. Haikal mengeluh dengan kuat.

                                    **********************************

            Rina merenung kereta Mazda RX8 yang dipakar sebelah dengan kereta Myvi miliknya. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Macam mana kereta ni boleh ada di sini? Mata Rina meliar mencari. Mungkinkah pemiliknya tinggal di sini juga? Tetapi aku tak pernah nampak pun kereta ini sebelum ni. Aaahhhh……kenapa aku nak serabutkan otak aku? Nak tahu semuanya? Eeee…..Rina menendang tayar belakang kereta itu dengan kasut tinggi yang dipakainya. Marahnya tak mungkin akan pudar.
            “Aaa….sakit!” Rina memegang kakinya yang sakit. Inilah akibat jika melakukan perbuatan yang tidak elok. Rina menggosok tempat yang sakit beberapa kali.
            “What are you doing?’ Ada suara yang menegur Rina.
            Rina berpaling. Dia merenung lelaki yang berbaju t-shirt polo berwarna hitam dan seluar jeans Lewis berwarna biru tua. Cermin mata yang dipakai lelaki itu menyukar Rina mengecam siapa lelaki itu. Lelaki itu berada hampir dengannya. Bulat mata Rina melihat kehadiran lelaki tu. “You!” Rina meninggikan suaranya. Inilah lelaki yang telah melanggar dan menipu aku hari tu.
            Aril meninggalkan cermin mata hitam miliknya. Semasa dia berjalan menuju ke keretanya, dia terkejut melihat seorang wanita menendang kereta Mazda RX8. Apa masalah wanita ni? Kenapa dia tendang kereta aku?
            “You pemilik kereta ni kan?” soal Rina dengan kasar. Dia sedaya upaya menahan kemarahan yang membara di hatinya. Akhirnya mereka bertemu juga.
            “Ya. Apa masalah cik dengan kereta saya ni?” soal Aril hairan. Dia rasa seperti pernah jumpa dengan wanita yang bertudung litup berwarna pink.
            “Aaaa…..You tanya I pula? Baiklah, memang  I  ada masalah. Masalah dengan kereta ni.” Marah Rina. Dia tak ingat aku ke? Agaknya dah berapa orang menjadi mangsa seperti aku ni. Aku mesti ajar lelaki ini. Rina mengeluarkan kunci rumah dalam beg tangannya. Pantas dia mengores panjang belakang kereta Mazda RX8 milik lelaki itu menggunakan kuncri rumahnya. Rina tersenyum puas. Terbalas juga dendam aku.
            Aril tergamam dengan tindakan wanita. Aril merenung garisan panjang di kereta miliknya. Kereta Mazda RX8 adalah salah satu kereta kesayangannya. “You dah gila ke? Apa masalah you yang sebenarnya, hah? saya boleh buat laporan polis mengenai hal ini.” Marah Aril.
            “Buatlah! I tak takut. I juga boleh buat laporan polis tetang you. Penipu. Entah berapa ramai orang yang you pernah tipu! Langgar kereta orang selepas itu pergi begitu saja. Kalau you tak mahu bayar, beritahu I saja. Tak payah nak beri kad nama orang lain. Nampak luaran seperti orang baik tetapi sebenarnya penipu besar.” Marah Rina. Hatinya puas selepas meluahkan segala yang terbuku di hatinya selama ini.
            “Jadi …….” Aril merenung wanita itu. Ya, dialah wanita hari itu.
            “Apa!”
            “Sebenarnya tentang hal itu …..” Aril cuba untuk menerangkan apa yang berlaku. Dia rasa bersalah. Aku tak boleh salahkan dia jika dia marah. Memang patut pun dia marah.
            “I tak ada masa nak dengar alasan you. Penipu.” Rina malas ingin melayan lelaki itu. Sekarang ini dia sudah terlambat. Pasti nenek sedang menunggu aku. Rina mula mengatur langkah.
            Aril segera menghalang perjalanan wanita itu. Wanita itu perlu dengar alasannya dahulu. Dia tidak mahu salah faham ini berterusan “Cik, dengar sini dulu. Biar saya jelaskan segala-galanya.”
            “Nak jelaskan apa lagi?” jerkah Rina. Dia membetulkan kedudukan beg tangan Bonia miliknya. “Jika you takut I minta you bayar balik kerosakkan kereta I, tak payahlah. I takkan minta satu sen pun dari you. I tak ingin duit dari penipu macam you. Simpan sajalah duit you tu.”
            “Cik, itu bukan maksud saya. Cik beritahu saya berapa ganti rugi yang perlu saya bayar. Saya akan bayar.”
            “Tak payah! I tak mahu apa-apa dari you.”
            “Cik!”
            “You tak faham bahasa ke?” Rina meninggikan suaranya. Rimas! Aku kata tak payah bayar. Tak payah bayar la. Hish…..
            Ada apa-apa masalah di sini ke?” tiba-tiba ada satu suara menegur mereka.
            Rina berpaling ke belakang. “Salim!”
            Salim segera menghampiri mereka berdua. Pagi ini adalah shift dia bertugas sebagai pegawal keselamatan di apartment mewah ini. Dari jauh lagi, dia sudah dapat mendengar suara mereka berdua “Tuan Aril! Cikgu Rina.” Tegur Salim.
            “Ooo..salim!” kata Aril.
            Salim terus berjabat tangan dengan Aril. Mereka berdua seperti sudah lama kenal.
            “Saya tak tahu pula yang tuan bermalam di sini.” Kata Aril. Dia telah terhutang budi pada Aril. Jika tidak kerana bantuan dari Aril, pasti dia menggangur sekarang ini. Siapa yang mahu mengupah bekas banduan seperti dirinya?
            “Tiba-tiba saya terasa nak datang.” Pandangan Aril dialihkan pada Rina yang masih berdiri di situ. Wajahnya masam.
            ‘Saya minta diri dulu.” Kata Rina. Dia bergegas meninggalkan mereka berdua. Inilah peluang aku. Pintu kereta dibuka. Sebelum dia masuk ke tempat pemandu, dia sempat menghadiahkan jelingan pada lelaki itu. Lelaki penipu. Rina terus masuk. Pintu kereta ditutup dengan kuat. Enjin kereta dihidupkan. Kereta MyVi berlalu meninggalkan tempat perking.
            Aril hanya memerhati.
            “Tuan Aril ada masalah dengan Cikgu Rina ke?”
            “Cikgu!” Aril terkejut. Biar betul cikgu! Perangai ganas macam gangster. Aril mengalih pandangannya pada kesan calar yang terdapat di belakang kereta kesayangannya. Aril melepaskan keluhannya dengan kuat.

                                    ************************************

            Haikal berdiri tegak. Matanya masih tidak berganjak dari merenung Tengku Fauziah. Sakit hatinya apabila dilayan seperti ini.
            “Jadi apa keputusan Haikal?” Tengku Fauziah bersuara. Wajahnya serius.
            “Nenek tak rasa ke perbuatan nenek ni dah melampau? Menggunakan cara ini untuk mencapai hasrat nenek! Perbuatan nenek ni dah keterlaluan.”
            Tengku Fauziah mendengus. “Habis tu, perbuatan Haikal sekarang ni tak melampau la! Tak keterlaluan. Membiarkan nenek yang sudah berusia 77 tahun bekerja di syarikat. Bertungkus lumus menguruskan syarikat sedangkan pada usia sebegini nenek sepatutnya berehat di rumah. Itu masih tidak keterlaluan bagi Haikal ke?” tegas Tengku Fauziah.
            Aina hanya tersenyum sinis. Padam muka. Salah diri sendiri tak pernah nak sedar?
            Haikal terdiam.
            Tiba-tiba pintu bilik bacaan diketuk. Perlahan-lahan pintu itu dibuka. Rina masuk. “Maaf, nenek. Rina terlambat.” Rina melangkah menuju ke arah Aina yang sedang berdiri.
            “So Luna pun sebahagian dari sendiket ni.” Haikal merenung adik sepupunya. Sepatutnya dia sudah tahu melihat keakraban Aina dan Rina.
            “Amboi…pedas betul kata-kata abang Haikal! Macamlah kami bertiga melakukan kerja haram.”
            “Sekarang ni! Apa semua ni? Semuanya satu komplot.” Haikal meninggikan suaranya. Dia geram apabila Rina turut sama berpihak dengan nenek dan Aina. Antara Laila, Lisa dan Luna, Luna adalah sepupu yang paling rapat dengannya.
            “Haikal!” jerkah Tengku Fauziah. Dia tahu Haikal sedang melepaskan kemarahannya pada Rina.
            Haikal terkejut.
            ‘Sekarang apa jawapan Haikal? Setuju atau tidak.”
            “Jika Haikal tidak bersetuju?”
            “Nenek beri tempoh pada Haikal untuk mengemaskan barang sehingga petang ini dan keluar dari rumah ini. Nenek tak memerlukan orang yang tidak berguna di rumah ini. Semua akaun bank dan harta milik Haikal akan dirampas dan dibekukan. Haikal tidak layak menjadi pewaris nenek.”
            Haikal tergamam dengan kata-kata neneknya. Nenek benar-benar serius. Nenek nak halau aku.
            “Nenek!” Rina terkejut.
            Wajah Aina masih bersahaja. Mustahil nenek nak halau Haikal. Nenek hanya nak gertak saja. Orang macam Haikal tak mungkin dapat survive dengan kehidupan di luar sana. Pasti dia akan setuju.
            “Haikal jangan lupa, nenek masih ada Laila, Lisa dan Rina untuk menjadi pewaris nenek. Mereka lebih layak dari Haikal. Sekarang, setuju atau tidak.”
            Bibir Haikal bergetar. Tangannya sejuk. Jika aku tidak setuju, aku akan dihalau keluar sehelai sepinggang. Macam mana aku nak hidup di luar sana? Ibu! Kali ini pasti ibu tak dapat tolong, nenek serius kali ini. Haikal gelabah.
            “Setuju atau tidak?” Tengku Fauziah meninggikan suaranya.
            “Ya. Haikal setuju.”
            “Alhamdulilah.” Kata Aina. Dia menepuk tangannya beberapa kali. Akhirnya tugas aku sudah selesai. Selepas ini, tak payah aku bekerja di sini lagi. Tak perlu lagi melayan kerenah Haikal. Hampir 2 bulan aku tinggal di sini. Akhirnya, aku sudah bebas. Senyuman Aina meleret.
            Tengku Fauziah tersenyum.
            Rina mengeluh lega. Akhirnya Abang Haikal setuju juga.
            “Tetapi dengan satu syarat.”
            Dahi Aina berkerut. Syarat! Syarat apa pulak ni?
            Tengku Fauziah merenung Haikal. Syarat! “Apa syaratnya?”
            “Aishah mesti ikut Haikal pergi bekerja.” Haikal berpaling dan tersenyum ke arah Aina. Dia mengenyitkan matanya. Kau sudah menyusahkan aku, kau ingat aku akan lepaskan kau begitu saja ke.
            “What! Are you crazy? You want me to go work with ….” Aina terkejut. Laju saja keluar dari mulutnya. Aina segera menutup mulutnya. Alamak, macam mana aku boleh terlepas cakap ni? Cakap orang putih lagi. Pasti Haikal syak sesuatu. Aku mesti berlagak seperti biasa
            Haikal merenung Aina. Seperti ada sesuatu yang tak kena mengenai Aina. Bukankah dia hanya tamat belajar sehingga PMR saja? Tetapi dari cakap dia bercakap, dia fasih berbahasa inggeris. Haikal masih lagi merenung Aina.
            “Abang Haikal! Kenapa Abang Haikal nak Kak Aishah ikut bersama? Kak Aishah hanya orang gaji di rumah ini. Dia tak tahu langsung tentang kerja di office.” Rina bersuara. Dia perlu mengalih perhatian Haikal.
            “Dia boleh belajar. Jika prestasi kerja baik, abang akan lantik dia menjadi  setiausaha abang. Macam mana nenek? Setuju tak! Di samping tu, Aishah boleh jadi spy nenek untuk perhatikan Haikal di pejabat. Betul tak?”
            Rina berpaling ke arah Aina.
            Aina memandang ke arah Tengku fauziah. Aina membuat wajah simpati. Semua ini terletak di tangan  Tengku Fauziah. Jika nenek bersetuju dengan syarat Haikal, dunia aku pasti akan menjadi gelap gelita. Aku harap nenek faham.
            Tengku Fauziah faham maksud di sebalik raut wajah Aina padanya. Tengku Fauziah tersenyum. Maaf Aina, nenek masih lagi memerlukan bantuan Aina. “Baiklah!” Tengku Fauziah setuju.
            Haikal tersenyum lebar. Giliran dia pula tersengih. Tunggulah nasib kau selepas ini.
                

9 comments:

mcna said...

wah makin best lah citer ni...good job cik writer

aisy said...

haikal mesti nk balas dendam..ahhaha..ganas btul rina ni, nnt mesti aril suka rina..cikgu gangster tu..

uni shahira said...

hahahah.....lawak gler...same2 padan muka aina dgn haikal.....heheheh..kn dh kena...ahah

Eisya Kyra said...

wau xsbar nk lihat ape blaku dkt mreka dua n jge ape ksah dgn aril n rina...
good job...

[ VaMpIrE ! ! ! ] said...

besh besh terbaekkk !

aqilah said...

kah...kah........
apalah yg jadi gamaknya bila Sharifah Mawar found put about this?????BEST!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

arai said...

ha...ha....ha...
best citer nie......
x sabar nak tunggu sambungan nyer...
haikal mesti balas dendam kat aina.....

Querida Evora said...

nak lagi3 :D

dyaNZa said...

nkla lg.... best2...

Post a Comment