Saturday, May 12, 2012

Siapa Orang Gajiku 33


BAB 33

            Langkah Tengku Fazira diatur perlahan-lahan mendekati ibunya yang sedang makan di ruang makan rumah adiknya. Tengku Fazira terkejut apabila menerima panggilan dari adiknya. Kata Fatin, Umi nak jumpa aku. Kenapa? Bukan ke Umi tak mahu jumpa aku kecuali aku minta maaf pada Aina. Dahi Tengku Fazira sedikit berkerut.
            “Assalammualaikum, Umi!”
            “Waalaikumussalam!” jawab Tengku Fauziah.
Tengku Fazira menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibunya. “Aaa….Dah sampai pun! Umi ingat Fazira dah tak mahu jenguk Umi lagi.” Nada
suara Tengku Fauziah seperti merajuk.
            “Umi yang tak mahu jumpa Fazira kan!” balas Tengku Fazira. Geram. Aku pula yang disalahkan.
            Satu tamparan hinggap di belakang Tengku Fazira.
            Tengku Fazira terkejut dan berpaling.
            Datin Tengku Fatin membuat mimic muka. Tangannya memegang beberapa biji pinggan kosong yang diambilnya dari dapur. Ada ke patut Kak Long cakap begitu pada Umi? Tak pasal-pasal Umi berkecil hati lagi dengan Kak Long.
            “Sakit.” Tengku Fazira menggosok badannya beberapa kali. Pedih.
            Tengku Fauziah nampak apa yang berlaku tetapi dia buat tidak nampak saja. Memang patut pun. Baru saja aku maafkan, tup tup …buat perangai lagi. Tak tahu nak jaga hati aku. Berlainan dengan Fatin.
            “Duduklah! Makan breakfast bersama kami.” Datin Tengku Fatin menjemput kakaknya makan bersama.
            “Kak Long dah kenyang.” Jawab Tengku Fazira dengan nada merajuk.
            “Dah tua pun masih merajuk lagi. Tak ada class.”
            “Hish….Dah jangan nak bergaduh di depan rezeki ni. Fazira duduk. Jangan nak buat perangai di sini. Ni, Fatin masak bihun goreng Singapore. Khas untuk Fazira. Makan.” Tegas Tengku Fauziah sambil tangannya membuka penutup mangkuk bujur yang berisi bihun goreng Singapore.
            Tengku Fazira menelan air liurnya. Bihun goreng Singapore adalah makanan kegemarannya.
            “Makanlah. Nanti meleleh pula air liur tu.” Usik Datin Tengku Fatin.
            Tengku Fazira membuat mimic muka. Kerusi ditarik dan duduk.
            “Oh ya, Umi dah kemas barang-barang Umi. Selepas makan, Umi nak balik ke rumah Umi.”
            “Kenapa tiba-tiba Umi nak balik pula?” soal Tengku Fazira hairan.
            “Aiii….Takkanlah Umi tak boleh balik ke rumah Umi sendiri.”
            “Itu bukan maksud Fazira! Bukan ke Umi tak mahu pulang ke rumah selagi Fazira tidak minta maaf pada Aina?”
            “Bukan ke Fazira dah minta maaf pada Aina? Aina yang beritahu Umi. Fazira dah lupa ke?”
            Mulut Tengku Fazira sedikit melopong. Bila pula aku minta maaf pada Aina? Mungkinkah Aina berbohong pada Umi kerana aku? Terbit perasaan kesal di hatinya. Aku mesti berjumpa Aina. Tengku Fazira tekad.

                                    ************************************

            Aina masih menanti. Aina memandang wanita yang duduk di hadapannya sekarang ini. Dia terkejut apabila menerima panggilan dari Tengku Fazira. Tiba-tiba sahaja ingin berjumpa aku di sini.
            “Auntie! Aina minta maaf, auntie! Kerana selama ini Aina menipu auntie sekeluarga mengenai identity Aina. I’m so sorry.”
            Tiba-tiba Tengku Fazira memegang tangan Aina.
            Aina terkejut. Genggaman Tengku Fazira begitu kuat.
            “Auntie pun minta maaf, Aina. Auntie dah banyak buat salah pada Aina sepanjang Aina tinggal bersama Auntie. Auntie minta maaf, Aina” nada suara Tengku Fazira sebak.
            “Alah ….Auntie, semua itu hanya salah faham! Aina dah lama maafkan Auntie! Lagipun dalam hal ini, Aina juga bersalah.” Aina tersenyum. Bagi Aina , apa yang berlaku ada hikmahnya.
            “Auntie juga nak minta maaf di atas kejadian hari itu. Aina tak bersalah. Semua itu rancangan Sofea. Auntie pun bodoh, percaya cakap Sofea tanpa menyiasat dahulu.” Tengku Fazira berasa malu setiap kali mengenangkan kejadian malam itu.
            “Auntie, perkara yang lepas jangan dikenang lagi. Hmm….Auntie dah berbaik semula dengan nenek ke?”
            “Dah. Selepas auntie bawa Umi pulang ke rumah, auntie terus datang ke sini untuk berjumpa Aina. ….Hmm….kenapa Aina berbohong pada Umi? Jika Umi tahu, mesti Umi akan memarahi Aina.” Tengku Fazira merenung Aina. Patutlah pertama kali bertemu, aku rasa seperti aku pernah berjumpa Aina sebelum ini.
            “Rina ceritakan segala-galanya pada Aina. Aina rasa bersalah. Kerana Aina hubungan auntie dan nenek rengang.” Aina mengeluh dengan kuat.
            “Aina tak bersalah. Perkara ini berlaku disebabkan keegoaan auntie sendiri. Aina tiada apa-apa kaitan pun. Tak payah kita fikir hal ini lagi. Auntie dah lapar. Kita order makan dahulu.”
            Aina hanya menganggukkan kepala. Aku memang lapar pun. Selepas meeting, aku terus ke sini. Aku nak makan apa? Spagetti ke? Pizza ke? Aina memandang di sekelilinganya. Nasib baik tak ramai orang di Pizza Hut.
            “Aina nak makan apa?” soal Tengku Fazira.
            “Apa-apa pun boleh. Asalkan makanan.”
            Mereka berdua berbalas senyuman.

                                    **************************************

            Sudah beberapa kali Rina mengerling ke arah jam dinding yang tergantung di Restoran Bayu. Dah pukul 8.45 malam! Mana dia ni? Janji dengan aku pukul 8.00 malam. Ini dah kes mungkir janji ni. Rina melepaskan keluhan dengan kuat. Perut aku pun dah berkeroncong. Kalau tak jadi datang, beritahulah. Jangan buat aku tertunggu seperti ini.
            “Luna.”
            Rina terkejut dan berpaling. “Abang Haikal!” Rina terkejut dengan kehadiran Haikal di situ.
            Senyuman terukir di bibir Haikal melihat kehadiran sepupunya. Apa Luna buat di sini seorang diri atau Luna sedang menunggu seseorang. Mungkinkah tunangnya, Abang Aril?
            “Apa Luna buat di sini?”
            “Ooo….Abang Aril janji nak jumpa Luna di sini.” Jawab Rina sambil tersenyum.
            “Dating dengan tunang ye.” Usik Haikal.
            Rina tersipu malu mendengar usikan Haikal.
            “Abang Haikal pula? Jumpa siapa di sini?” soal Rina.
            “Abang jumpa kawan lama abang semasa di MCKK dulu.”
            “Ooo…….” Matanya tiba-tiba terhenti pada kelibat tubuh yang keluar dari perut kereta. Kebetulan meja yang Rina duduk berdekatan dengan tempat parkir kereta. Walaupun keadaan di tempat letak kereta itu gelap, Rina kenal susuk tubuh sasa milik Aril. “Dah sampai!” Perkataan itu keluar dari bibirnya tanpa Rina sedari. Wajahnya kembali ceria melihat kedatangan Aril.
            Haikal berpaling. Matanya dikecilkan sedikit melihat seseorang sedang berjalan menuju ke pintu masuk restoran itu. Bulat mata Haikal melihat Aril. Susuk tubuh Aril sama seperti lelaki yang bersama Aina pada malam itu. Kebetulan juga Aril memakai topi yang sama seperti malam itu.
            “Sorry sayang, abang terlambat.” Aril tersengih sebaik sahaja menghampiri Rina. Aril hairan dengan kehadiran Haikal bersama Rina.
            Rina membuat mimic muka merajuk.
            “Pada malam itu, abanglah orangnya. Aina berjumpa dan memberi wang RM50 ribu tu pada abang kan!” Haikal menunding jari pada Aril .Senyuman terukir di bibir Haikal. Maksudnya Abang Aril adalah lelaki itu pada malam itu. Haikal ketawa secara tiba-tiba
            Dahi Rina berkerut. Apa kena dengan Abang Haikal ni? Dah kena sampuk ke? Tiba-tiba ketawa seorang diri.
            “What’s wrong with you, Haikal?” Dahi Aril turut sama berkerut. Dia sendiri tidak faham apa yang berlaku.
            “Di simpang jalan rumah Haikal! Abang pernah jumpa Aina di simpang jalan rumah Haikal kan! Malam itu Aina beri wang RM50 ribu pada abang kan.”
            “Ya” ringkas jawapan Aril.
            Senyuman Haikal semakin meleret.
            “Kebetulan Haikal sebut tentang hal ini ……” Giliran Aril pula tersenyum. Satu tumbukan hinggap di pipi Haikal.
            Haikal memegang pipinya yang pedih. Haikal kaku dengan tindakan Aril sebentar tadi. Kenapa tiba-tiba abang Aril menumbuk aku? Aku ada tersalah cakap ke? Matanya terkebil-kebil merenung Aril.
            “Abang! Kenapa abang tumbuk Abang Haikal?” marah Rina. Rina segera menghampiri sepupunya. Berdarah. Rina mengambil tisu di atas meja dan diberikan pada Haikal. Orang ramai yang berada di restoran itu memandang ke arah mereka bertiga. Ada yang berbisik-bisik antara satu sama lain. Rina malu.
            “Ini hadiah untuk Haikal selepas apa yang Haikal lakukan pada Aina. Nasib baiklah malam itu, tiada apa-apa berlaku pada Aina. Jika sesuatu berlaku pada Aina, mungkin lebih teruk dari ini Haikal kena.”
            “Haikal minta maaf, Abang Aril. Haikal benar-benar minta maaf.” Perasaan bersalah terbit di hatinya
            “Abang maafkan. Dah settle kan! Jom kita makan bersama.” Wajah Aril yang serius tadi kembali ceria. Aril duduk di kerusi. “Waiter!” panggil Aril sambil melambai tangannya pada pelayan restoran itu.
            Haikal berpaling kepada Rina. Haikal berasa pelik. Abang dah tak marah pada aku lagi ke?
            Rina mengetap bibir. Dia geram dengan sikal Aril. Selepas apa yang berlaku tadi, dia buat seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
            “Kenapa tercegat lagi? Duduklah.”
            Rina menggengam erat tangannya. Satu cubitan kena tepat pada lengang Aril sebelum Rin duduk di sebelahnya.
            “Aduh, ketam ni berbisa juga.” Aril menggosak lengannya beberapa kali. Aril tersengih.

            Haikal hanya memerhati gelagat mereka berdua. Haikal memegang pipinya. Rasanya esok pagi mesti lebam. Memang patut pun aku kena. Aina! Tiba-tiba Haikal teringat pada Aina. Senyuman terukir di bibir Haikal. Aku mesti jumpa Aina esok.

                        ******************************************

            Aina menekan brek secara tiba-tiba apabila ada sebuah kereta menghalang perjalanannya. Aina mengetap bibir. Kenapa dengan pemandu kereta ini? Hilang akal ke? Ini kan jalan orang! Kenapa tiba-tiba dia halang kereta aku ni? Aina membunyikan hon beberapa kali. Namun masih tiada apa-apa berlaku.
            Sekali lagi Aina membunyikan hon. Masih tiada apa-apa. Aina membuka seatbelt. Pintu kereta dibuka. Langkahnya di atur mendekati kereta Mercedes Benz berwarna hitam.
            Langkahnya terhenti apabila pemandu itu keluar dari perut kereta mewah itu.
            ‘Abang Is!” aina terkejut.
            “Aina nak pergi mana ni?” soal Iskandar sambil tersenyum. Hatinya berbunga riang sebaik sahaja melihat kekasih hatinya.
            Aina menelan air liur. Kelat. Aina cuba menyembunyikan ketakutannya. Aku tak boleh tunjukkan yang aku takut padanya. Aku mesti berlagak seperti biasa,
            “Aina ada meeting di Bangsar sekarang ini. Lagipun Aina dah lewat. Lain kali kita berbual lagi ye. Abang Is, tolong alihkan kereta sekarang ini. Aina dah terlewat.” Aina tersenyum. Langkahnya diatur meninggalkan Iskandar. Jantungnya berdengup kencang. Aku mesti masuk ke dalam kereta.
            Aina terkejut apabila tangannya ditarik.
            “Kenapa Aina? Kenapa Aina layan abang seperti ini? Setiap kali abang berjumpa Aina, ada saja alasan yang Aina berikan untuk mengelakkan diri dari abang.” Iskandar memegang tangan Aina erat.
            “Sakit! Abang Is, please! Lepaskan Aina.” Aina merayu. Matanya meliar melihat di sekelilingnya. Jalan itu sunyi. Tiada sebuah kereta pun yang lalu.Kenapalah aku pilih

jalan ini? Nak shortcut konon! Sekarang ni! Lihatlah akibatnya. Aku nak minta tolong pada siapa? Tiada sesiapa pun. Aina gelisah dan takut. Takut diapa-apakan oleh Iskandar.
            “Abang tak akan lepaskan, Aina! Aina mesti ikut abang. Kita pergi makan dan berbincang.” Pegangannya masih erat. Iskandar cuba menarik Aina mendekati keretanya.
            “Tak boleh! Aina ada meeting. Selepas meeting, Aina jumpa abang ye!” pujuk Aina. Itu hanya helahnya.
            “Aina ingat abang bodoh! Jika abang lepas Aina kali ini, mustahil Aina akan jumpa abang. Aina pasti akan beritahu Aril kan!” marah Iskandar. Wajah merah. Renungannya menakutkan.
            Air mata Aina mula mengalir. Tangannya menggeletar. Aina takut. Aina memejamkan matanya. Ya, Allah! Bantulah hambaMu ini.
            Aina membuka matanya apabila mendengar bunyi hon. Sebuah kereta BMW berwarna putih berhenti di belakang kereta Mazda 2 milik Aina. Seorang lelaki keluar dari perut kereta itu.
            Haikal! Aina gembira melihat kehadiran Haikal. Mimpi ngerinya akan beakhir.
            Iskandar menarik Aina rapat padanya apabila melihat lelaki itu menghampiri mereka berdua. “Tiada apa-apa! Ini hal kami suami isteri.” Kata Iskandar.
            Dahi Haikal berkerut. Suami isteri. Pandangannya dialihkan pada Aina.
            Aina menggelengkan kepalanya beberapa kali. Air matanya deras mengalir.
            “Suami isteri! Eh, bro! Keluarga Aina adalah kenalan rapat keluarga aku. Bila pula kau ni menjadi suami Aina?” Haikal merenung lelaki itu.
            Aina cuba menarik tangannya namun gagal. Tenaga Iskandar begitu kuat.
            “Marliana, tunang aku! Kami akan berkahwin tak lama lagi. Kau jangan nak masuk campur.”
            Aina terkejut dan berpaling pada Iskandar. Marliana! Abang Is ingat aku Marliana ke?
            “Marliana! Kau ni ada masalah mental ke? Ini Aina bukan Marliana.”
            “Hey, kau jangan nak kata aku gila. Aku tak gila. Kau sama seperti Aril. Aku sihat la.” Jerkah Iskandar. Tiba-tiba Iskandar melepaskan tangan Aina.
            Aina mengambil kesempatan itu untuk melarikan dari. Aina berlari pada Haikal. Aina berdiri di belakang Haikal.
            “Aina! Aina okey ke?” tanya Haikal. Wajah Aina pucat lesi.
            Aina hanya mengganggukkan kepalanya. Tiada perkataan keluar dari bibir Aina.
            “Marliana!” Iskandar geram melihat Aina mendekati lelaki itu. Iskandar cuba untuk menghampiri mereka berdua.
            Haikal segera mengeluarkan telefon bimbitnya. “Kalau kau dekat lagi aku akan call polis.” Ugut Haikal.
            Langkah Iskandar terhenti sebaik sahaja mendengar kata-kata Haikal. Pandangannya dialihkan pada sebuah kereta yang berhenti di belakang kereta BMW itu. Iskandar resah. Matanya meliar ke kiri dan kanan. ISkandar bergegas ke keretanya dan masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan. Kereta Mercedes Benz itu bergerak laju meninggalkan mereka berdua.
            Haikal menoleh. Aina masih mendiamkan diri. Pasti Aina terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Siapa lelaki itu sebenarnya? Kenapa dia panggil Aina sebagai Marliana?

                                    ************************************

            Haikal masih menanti penjelasan dari Aina. Namun Aina hanya mendiamkan diri. Aina seperti sedang termenung memikirkan sesuatu. Pasti Aina masih terkejut lagi.
            “Aina!” panggil Haikal.
            Aina terkejut apabila namnya dipanggil.
            “Are you okey?” Haikal mula risau melihat keadaan Aina. Wajahnya masih pucat lesi.
            “I’m fine!” Aina cuba tersenyum. Namun ketakutan sebentar tadi masih menghantui dirinya. Mata Aina meliar melihat sekeliling kedai makan itu. Aina takut jika Iskandar turut sama berada di situ.
            Haikal mengeluh. “Dia dah tiada. Aina jangan bimbang. Jika Aina takut dia datang lagi, jom kita buat report polis. Saya temakan awak.”
            “Jangan!”
            “Kenapa? Kenapa Aina tak mahu buat report polis? “
            “Sebenarnya Abang Is bukan macam itu ……” Aina menarik nafas panjang. Aina tak mahu melibatkan polis dalam hal ini.
            “Abang Is! Jadi Aina kenal lelaki itu!”
            “Ya! Abang Is kawan baik abang. Abang Is baik orangnya. Dia ada penyakit …..”
            “Mental” Haikal tiba-tiba mencelah.
            Aina hanya mampu menganggukkan kepalanya.
            “Tetapi kenapa dia panggil Aina sebagai Marliana?” soal Haikal ingin tahu.
            “Sebenarnya Marliana adalah tunang Abang Is. Mereka hampir saja berkahwin sehinggalah mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Marliana terkorban dalam kemalangan itu. Hanya Abang Is yang terselamat. Abang Is tidak dapat menerima kenyataan yang arwah Marliana sudah tiada. …..Kebetulan wajah Aina seiras arwah Marliana. Itu yang membuat Abang Is bertindak agresif seperti tadi.”
            “Bukan ke Aina pakar psikologi? Tak boleh ke Aina merawat dia?”
            “Memang la tetapi setiap kali Aina berhadapan dengan Abang Is, tiba-tiba badan Aina kaku. Lidah Aina keluar. Otak Aina blank. Aina tak boleh fikir apa-apa.” Aina meluahkan perasaannya.
            Haikal tiba-tiba ketawa.
            Aina merenung Haikal. Aku buat lawak ke?
            “Kalau berkaitan masalah orang lain, pandai pula Aina selesaikan. Sekarang ini dah terkena batang hidung sendiri,  terus gelabah.” Ketawa Haikal semakin kuat.
            Aina mengetap bibir. Bibirnya sedikit bergetar. Amboi….Amboi, seronoknya ketawakan aku.
            Ketawa Haikal terhenti apabila sedar jelingan yang dihadiahkan padanya. Haikal berdehem beberapa kali. “Sebenarnya saya ada hal nak jumpa Aina.”
            Aina terkejut. Kenapa pula dia nak jumpa aku? Aina hairan. Aina masih menanti.
            “Saya sebenarnya nak minta maaf pada Aina di atas apa yang berlaku selama ini termasuklah layanan saya pada Aina. Saya sedar saya dah banyak buat salah pada Aina. Saya minta maaf.” Ucap Haikal dengan ikhlas. Dia merenung wajah bujur sirih milik Aina.
            “Alah …semua itu dah lepas. Setiap orang pasti akan buat kesalahan, nobody perfect. Maaf awak diterima.” Aina tersengih sehingga menampakan barisan giginya yang putih dan teratur.
            “Satu lagi, saya nak berterima kasih pada Aina sebab membantu ibu berbaik semula dengan nenek.”
            “You’re welcome! Aaaa….ada apa awak nak cakap lagi ke?”
            “Tak ada apa-apa.!”
            “Bagus! Saya dah lapar ini. Boleh saya order sekarang ini?” soal Aina secara tiba-tiba. Dia memegang perutnya. Lapar. “adik! Menu!” panggil  Aina.
            Haikal hanya menggelengkan kepala. Perangai masih tidak berubah. Walau apa-apa pun, Haikal gembira kerana hubungan mereka telah pulih kembali.

                        ******************************************

            “What! Iskandar kacau Aina!” Datin Sharifah Mawar bangun secara tiba-tiba apabila mendengar cerita Aril. “Kita tak boleh biarkan perkara ini. Kita mesti buat sesuatu. Abah, jom kita pergi balai polis. Mawar nak buat report tentang Iskandar.”
            “Hish….Mawar! Bertenang! Jangan ikutkan hati. Perkara ini boleh dibawa berbincang lagi. Mungkin selepas kita slow talk dengan Iskandar, dia akan faham.” Nasihat Tan Sri Syed Abu Bakar. Dia kurang senang dengan sikap anaknya yang suka terburu-buru membuat keputusan sendiri
            “Slow talk!” Datin Sharifah Mawar ketawa kecil .Geli hati mendengar kata-kata ayahnya. “Orang gila macam Iskandar tu takkan dengar cakap kita lagi. Otak dia dah tak waras lagi.”
            “Mama! Tak baik mama cakap begitu pada Is.” Aril kurang senang dengan kata-kata yang telah dilemparkan oleh ibunya mengenai Iskandar. Walauapa terjadi, Iskandar adalah kawan baiknya.
            “Itu kenyataannya.” Datin Sharifah Mawar masih mempertahankan kata-katanya.

            “Dulu sebelum tahu Iskandar sakit, Mawar bersungguh-sungguh nak jadikan Iskandar suami Aina. Sekarang ini cepat pula Mawar berubah fikiran.” Tan Sri Syed Abu Bakar menegur sikap anak tunggalnya itu.
            “Abah! Otak Mawar ni masih waras lagi. Takkanlah Mawar mahu orang yang ada penyakit sakit jiwa seperti Iskandar menjadi menantu Mawar. Simpang malaikat 44.” Dati Sharifah Mawar membuat mimic muka.
            “Mama!”
            “Mawar”
            Serentak Tan Sri Syed Abu Bakar dan Aril meninggikan suara.
            “Malas Mawar nak duduk di sini lagi. Menyakitkan hati. Asyik kena marah saja.” Datin Sharifah Mawar menarik muncung sebelum berlalu pergi meninggalkan ayah dan anaknya yang masih berada di ruang tamu.
            “Apa masalah mama Aril yang sebenarnya? Kenapa dia boleh cakap seperti itu.?Atuk tak pernah ajar mama Aril macam tu.” Tan Sri Syed Abu Bakar kecewa. Sepatutnya Mawar bersimpati di atas nasib yang menimpa Iskandar bukannya memperlekehkan keadaan Iskandar sekarang ini.
            “Biarkanlah, atuk! Perangai mama memang macam tu. Fikirkan diri sendiri sahaja.”
            “Atuk rasa atuk kena perhatikan gerak-geri mama Aril. Atuk bimbang jika mama Aril lakukan sesuatu di luar jangkaan kita. Sikapnya tidak boleh diramal.” Dahi Tan Sri Syed Abu Bakar sedikit berkerut.
            Aril menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.

                                    *********************************

            Aril memberi air krim vanilla pada Rina. Mereka baru sahaja selesai melihat wayang bersama di TGV.
            “Thanks” Rina menyambut pemberian Aril.
            “You’re welcome, sayang!” Aril tersenyum lebar.
            Rina membuat mimic muka.  Sayang! Sayang! Nama aku bukan sayang.  Ais krim pemberian Aril dimakan perlahan-lahan.
            “Kak Aina, macam mana sekarang ini? Masih terkejut lagi ke?”
            “A little bit!”
            “Nasib baiklah ada Abang Haikal, jika tidak …..entah apa yang akan berlaku pada Kak Aina.” Rina bersyukur kerana tiada perkara buruk berlaku pada Aina.
            “Haikal dan Aina dah berbaik semula ke?” soal Aril secara tiba-tiba.
            ‘Rasanya mereka berdua dah berbaik semula.”
            ‘Baguslah!”
            “Awak ….saya rasa Abang Haikal dan Kak Aina suka antara satu sama lain tetapi mereka berdua malu untuk mengakui perasaan mereka sendiri.” Tiba –tiba mata Rina bulat memandang Aril yang duduk di tepinya.
            Aril tersengih. “ Maksud sayang, apa yang berlaku pada Haikal dan Aina sama seperti sayang ke? Dalam diam sayang pun mencintai abang kan!”
            Air muka Rina berubah merah. “Awak jangan nak perasaan la! Tolonglah.”
            ‘Tengok tu! Malu nak mengaku. Jika sayang sayangkan abang, abang pun sayangkan sayang juga.  Tell me!” Aril meletakkan jari telunjuknya pada pipi Rina tetapi sempat dielak oleh Rina. Senyuman terukir di bibir Aril  Dia suka mengusik Rina.
            “ Saya tak sayangkan awak. Awak faham tak? Saya bertunang dengan awak pun disebabkan keluarga saya. Awak ingat saya benar-benar sayangkan awak ke? Oh, please!”  Rina mendengus.
            “Really! Sehingga sekarang pun, tiada secubit perasaan sayang terhadap abang ke?” Air muka Aril berubah begitu juga nada suaranya seperti hampa.
            “Ya!” tegas Rina. Rina memandang ke arah lain. Rina tidak berani bertentang mata dengan Aril .Rina takut Aril dapat membaca isi hatinya yang sebenar.

           
           
         

12 comments:

arai said...

thanks lily....
akhirnya ade gak n3 .....lame tunggu......
x sabar nk tggu sambunganya.....

Unknown said...

Entry yg ditunggu2.... Senyum je bila baca

YoHana said...

finally...=)

NuRuL AdhiLLa (Eunhaediela) said...

akhirnye ade n3 bru..
haikal n aina da berbaik semula.. best nye...
rina nie kalu da syg ckp jela kecian aril

NurAtiZa said...

Akhirnya ada pun entry....
Sukenya Haikal & Aina dah berbaik...
Rina ni still x nak mengaku sayang lagi pada Aril...sian Aril...

aqilah said...

yes!!!! new n3!!!!!!!!!!!
followwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Ayu dzulkarnain said...

Terima kasih..t'ubat rindu kat aina,haikal,aril n luna.. Nice n3!! Cepat2 haikal pinang aina ehh.

ryehanies said...

adeh.... sebln lebey dh ni.. bl nk msuk episode 34???

Fazira Mahmud said...

Bab 34 mmg xkn dikeluarkn ke?

Unknown said...

Kakk. Xde ke smbungan.hmm

Unknown said...

Akak, sambungannya ade tak

bunga said...

Mana sambungannya?

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...