BAB 33
Langkah
Tengku Fazira diatur perlahan-lahan mendekati ibunya yang sedang makan di ruang
makan rumah adiknya. Tengku Fazira terkejut apabila menerima panggilan dari
adiknya. Kata Fatin, Umi nak jumpa aku. Kenapa? Bukan ke Umi tak mahu jumpa aku
kecuali aku minta maaf pada Aina. Dahi Tengku Fazira sedikit berkerut.
“Assalammualaikum,
Umi!”
“Waalaikumussalam!”
jawab Tengku Fauziah.
Tengku Fazira
menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibunya. “Aaa….Dah sampai pun! Umi
ingat Fazira dah tak mahu jenguk Umi lagi.” Nada
suara Tengku Fauziah seperti
merajuk.
“Umi
yang tak mahu jumpa Fazira kan !”
balas Tengku Fazira. Geram. Aku pula yang disalahkan.
Satu
tamparan hinggap di belakang Tengku Fazira.
Tengku
Fazira terkejut dan berpaling.
Datin
Tengku Fatin membuat mimic muka. Tangannya memegang beberapa biji pinggan
kosong yang diambilnya dari dapur. Ada
ke patut Kak Long cakap begitu pada Umi? Tak pasal-pasal Umi berkecil hati lagi
dengan Kak Long.
“Sakit.”
Tengku Fazira menggosok badannya beberapa kali. Pedih.
Tengku
Fauziah nampak apa yang berlaku tetapi dia buat tidak nampak saja. Memang patut
pun. Baru saja aku maafkan, tup tup …buat perangai lagi. Tak tahu nak jaga hati
aku. Berlainan dengan Fatin.
“Duduklah!
Makan breakfast bersama kami.” Datin Tengku Fatin menjemput kakaknya makan
bersama.
“Kak
Long dah kenyang.” Jawab Tengku Fazira dengan nada merajuk.
“Dah
tua pun masih merajuk lagi. Tak ada class.”
“Hish….Dah
jangan nak bergaduh di depan rezeki ni. Fazira duduk. Jangan nak buat perangai
di sini. Ni, Fatin masak bihun goreng Singapore . Khas untuk Fazira.
Makan.” Tegas Tengku Fauziah sambil tangannya membuka penutup mangkuk bujur
yang berisi bihun goreng Singapore .
Tengku
Fazira menelan air liurnya. Bihun goreng Singapore adalah makanan
kegemarannya.
“Makanlah.
Nanti meleleh pula air liur tu.” Usik Datin Tengku Fatin.
Tengku
Fazira membuat mimic muka. Kerusi ditarik dan duduk.
“Oh
ya, Umi dah kemas barang-barang Umi. Selepas makan, Umi nak balik ke rumah
Umi.”
“Kenapa
tiba-tiba Umi nak balik pula?” soal Tengku Fazira hairan.
“Aiii….Takkanlah
Umi tak boleh balik ke rumah Umi sendiri.”
“Itu
bukan maksud Fazira! Bukan ke Umi tak mahu pulang ke rumah selagi Fazira tidak
minta maaf pada Aina?”
“Bukan
ke Fazira dah minta maaf pada Aina? Aina yang beritahu Umi. Fazira dah lupa
ke?”
Mulut
Tengku Fazira sedikit melopong. Bila pula aku minta maaf pada Aina? Mungkinkah
Aina berbohong pada Umi kerana aku? Terbit perasaan kesal di hatinya. Aku mesti
berjumpa Aina. Tengku Fazira tekad.
************************************
Aina
masih menanti. Aina memandang wanita yang duduk di hadapannya sekarang ini. Dia
terkejut apabila menerima panggilan dari Tengku Fazira. Tiba-tiba sahaja ingin
berjumpa aku di sini.
“Auntie!
Aina minta maaf, auntie! Kerana selama ini Aina menipu auntie sekeluarga
mengenai identity Aina. I’m so sorry.”
Tiba-tiba
Tengku Fazira memegang tangan Aina.
Aina
terkejut. Genggaman Tengku Fazira begitu kuat.
“Auntie
pun minta maaf, Aina. Auntie dah banyak buat salah pada Aina sepanjang Aina
tinggal bersama Auntie. Auntie minta maaf, Aina” nada suara Tengku Fazira
sebak.
“Alah
….Auntie, semua itu hanya salah faham! Aina dah lama maafkan Auntie! Lagipun
dalam hal ini, Aina juga bersalah.” Aina tersenyum. Bagi Aina , apa yang
berlaku ada hikmahnya.
“Auntie
juga nak minta maaf di atas kejadian hari itu. Aina tak bersalah. Semua itu
rancangan Sofea. Auntie pun bodoh, percaya cakap Sofea tanpa menyiasat dahulu.”
Tengku Fazira berasa malu setiap kali mengenangkan kejadian malam itu.
“Auntie,
perkara yang lepas jangan dikenang lagi. Hmm….Auntie dah berbaik semula dengan
nenek ke?”
“Dah.
Selepas auntie bawa Umi pulang ke rumah, auntie terus datang ke sini untuk
berjumpa Aina. ….Hmm….kenapa Aina berbohong pada Umi? Jika Umi tahu, mesti Umi
akan memarahi Aina.” Tengku Fazira merenung Aina. Patutlah pertama kali
bertemu, aku rasa seperti aku pernah berjumpa Aina sebelum ini.
“Rina
ceritakan segala-galanya pada Aina. Aina rasa bersalah. Kerana Aina hubungan auntie
dan nenek rengang.” Aina mengeluh dengan kuat.
“Aina
tak bersalah. Perkara ini berlaku disebabkan keegoaan auntie sendiri. Aina
tiada apa-apa kaitan pun. Tak payah kita fikir hal ini lagi. Auntie dah lapar.
Kita order makan dahulu.”
Aina
hanya menganggukkan kepala. Aku memang lapar pun. Selepas meeting, aku terus ke
sini. Aku nak makan apa? Spagetti ke? Pizza ke? Aina memandang di
sekelilinganya. Nasib baik tak ramai orang di Pizza Hut.
“Aina
nak makan apa?” soal Tengku Fazira.
“Apa-apa
pun boleh. Asalkan makanan.”
Mereka
berdua berbalas senyuman.
**************************************
Sudah
beberapa kali Rina mengerling ke arah jam dinding yang tergantung di Restoran
Bayu. Dah pukul 8.45 malam! Mana dia ni? Janji dengan aku pukul 8.00 malam. Ini
dah kes mungkir janji ni. Rina melepaskan keluhan dengan kuat. Perut aku pun
dah berkeroncong. Kalau tak jadi datang, beritahulah. Jangan buat aku tertunggu
seperti ini.
“Luna.”
Rina
terkejut dan berpaling. “Abang Haikal!” Rina terkejut dengan kehadiran Haikal
di situ.
Senyuman
terukir di bibir Haikal melihat kehadiran sepupunya. Apa Luna buat di sini
seorang diri atau Luna sedang menunggu seseorang. Mungkinkah tunangnya, Abang
Aril?
“Apa
Luna buat di sini?”
“Ooo….Abang
Aril janji nak jumpa Luna di sini.” Jawab Rina sambil tersenyum.
“Dating
dengan tunang ye.” Usik Haikal.
Rina
tersipu malu mendengar usikan Haikal.
“Abang
Haikal pula? Jumpa siapa di sini?” soal Rina.
“Abang
jumpa kawan lama abang semasa di MCKK dulu.”
“Ooo…….”
Matanya tiba-tiba terhenti pada kelibat tubuh yang keluar dari perut kereta.
Kebetulan meja yang Rina duduk berdekatan dengan tempat parkir kereta. Walaupun
keadaan di tempat letak kereta itu gelap, Rina kenal susuk tubuh sasa milik
Aril. “Dah sampai!” Perkataan itu keluar dari bibirnya tanpa Rina sedari.
Wajahnya kembali ceria melihat kedatangan Aril.
Haikal
berpaling. Matanya dikecilkan sedikit melihat seseorang sedang berjalan menuju
ke pintu masuk restoran itu. Bulat mata Haikal melihat Aril. Susuk tubuh Aril
sama seperti lelaki yang bersama Aina pada malam itu. Kebetulan juga Aril
memakai topi yang sama seperti malam itu.
“Sorry
sayang, abang terlambat.” Aril tersengih sebaik sahaja menghampiri Rina. Aril
hairan dengan kehadiran Haikal bersama Rina.
Rina
membuat mimic muka merajuk.
“Pada
malam itu, abanglah orangnya. Aina berjumpa dan memberi wang RM50 ribu tu pada
abang kan !”
Haikal menunding jari pada Aril .Senyuman terukir di bibir Haikal. Maksudnya
Abang Aril adalah lelaki itu pada malam itu. Haikal ketawa secara tiba-tiba
Dahi
Rina berkerut. Apa kena dengan Abang Haikal ni? Dah kena sampuk ke? Tiba-tiba
ketawa seorang diri.
“What’s
wrong with you, Haikal?” Dahi Aril turut sama berkerut. Dia sendiri tidak faham
apa yang berlaku.
“Di
simpang jalan rumah Haikal! Abang pernah jumpa Aina di simpang jalan rumah
Haikal kan !
Malam itu Aina beri wang RM50 ribu pada abang kan .”
“Ya”
ringkas jawapan Aril.
Senyuman
Haikal semakin meleret.
“Kebetulan
Haikal sebut tentang hal ini ……” Giliran Aril pula tersenyum. Satu tumbukan
hinggap di pipi Haikal.
Haikal
memegang pipinya yang pedih. Haikal kaku dengan tindakan Aril sebentar tadi.
Kenapa tiba-tiba abang Aril menumbuk aku? Aku ada tersalah cakap ke? Matanya
terkebil-kebil merenung Aril.
“Abang!
Kenapa abang tumbuk Abang Haikal?” marah Rina. Rina segera menghampiri sepupunya.
Berdarah. Rina mengambil tisu di atas meja dan diberikan pada Haikal. Orang
ramai yang berada di restoran itu memandang ke arah mereka bertiga. Ada yang berbisik-bisik
antara satu sama lain. Rina malu.
“Ini
hadiah untuk Haikal selepas apa yang Haikal lakukan pada Aina. Nasib baiklah
malam itu, tiada apa-apa berlaku pada Aina. Jika sesuatu berlaku pada Aina,
mungkin lebih teruk dari ini Haikal kena.”
“Haikal
minta maaf, Abang Aril. Haikal benar-benar minta maaf.” Perasaan bersalah
terbit di hatinya
“Abang
maafkan. Dah settle kan !
Jom kita makan bersama.” Wajah Aril yang serius tadi kembali ceria. Aril duduk
di kerusi. “Waiter!” panggil Aril sambil melambai tangannya pada pelayan
restoran itu.
Haikal
berpaling kepada Rina. Haikal berasa pelik. Abang dah tak marah pada aku lagi
ke?
Rina
mengetap bibir. Dia geram dengan sikal Aril. Selepas apa yang berlaku tadi, dia
buat seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Kenapa
tercegat lagi? Duduklah.”
Rina
menggengam erat tangannya. Satu cubitan kena tepat pada lengang Aril sebelum
Rin duduk di sebelahnya.
“Aduh,
ketam ni berbisa juga.” Aril menggosak lengannya beberapa kali. Aril tersengih.
Haikal
hanya memerhati gelagat mereka berdua. Haikal memegang pipinya. Rasanya esok
pagi mesti lebam. Memang patut pun aku kena. Aina! Tiba-tiba Haikal teringat
pada Aina. Senyuman terukir di bibir Haikal. Aku mesti jumpa Aina esok.
******************************************
Aina
menekan brek secara tiba-tiba apabila ada sebuah kereta menghalang
perjalanannya. Aina mengetap bibir. Kenapa dengan pemandu kereta ini? Hilang
akal ke? Ini kan
jalan orang! Kenapa tiba-tiba dia halang kereta aku ni? Aina membunyikan hon
beberapa kali. Namun masih tiada apa-apa berlaku.
Sekali
lagi Aina membunyikan hon. Masih tiada apa-apa. Aina membuka seatbelt. Pintu
kereta dibuka. Langkahnya di atur mendekati kereta Mercedes Benz berwarna
hitam.
Langkahnya
terhenti apabila pemandu itu keluar dari perut kereta mewah itu.
‘Abang
Is!” aina terkejut.
“Aina
nak pergi mana ni?” soal Iskandar sambil tersenyum. Hatinya berbunga riang
sebaik sahaja melihat kekasih hatinya.
Aina
menelan air liur. Kelat. Aina cuba
menyembunyikan ketakutannya. Aku tak boleh tunjukkan yang aku takut padanya.
Aku mesti berlagak seperti biasa,
“Aina
ada meeting di Bangsar sekarang ini. Lagipun Aina dah lewat. Lain kali kita
berbual lagi ye. Abang Is, tolong alihkan kereta sekarang ini. Aina dah
terlewat.” Aina tersenyum. Langkahnya diatur meninggalkan Iskandar. Jantungnya
berdengup kencang. Aku mesti masuk ke dalam kereta.
Aina
terkejut apabila tangannya ditarik.
“Kenapa
Aina? Kenapa Aina layan abang seperti ini? Setiap kali abang berjumpa Aina, ada
saja alasan yang Aina berikan untuk mengelakkan diri dari abang.” Iskandar
memegang tangan Aina erat.
“Sakit!
Abang Is, please! Lepaskan Aina.” Aina merayu. Matanya meliar melihat di
sekelilingnya. Jalan itu sunyi. Tiada sebuah kereta pun yang lalu.Kenapalah aku
pilih
jalan ini? Nak shortcut konon!
Sekarang ni! Lihatlah akibatnya. Aku nak minta tolong pada siapa? Tiada sesiapa
pun. Aina gelisah dan takut. Takut diapa-apakan oleh Iskandar.
“Abang
tak akan lepaskan, Aina! Aina mesti ikut abang. Kita pergi makan dan
berbincang.” Pegangannya masih erat. Iskandar cuba menarik Aina mendekati
keretanya.
“Tak
boleh! Aina ada meeting. Selepas meeting, Aina jumpa abang ye!” pujuk Aina. Itu
hanya helahnya.
“Aina
ingat abang bodoh! Jika abang lepas Aina kali ini, mustahil Aina akan jumpa
abang. Aina pasti akan beritahu Aril kan !”
marah Iskandar. Wajah merah. Renungannya menakutkan.
Air
mata Aina mula mengalir. Tangannya menggeletar. Aina takut. Aina memejamkan
matanya. Ya, Allah! Bantulah hambaMu ini.
Aina
membuka matanya apabila mendengar bunyi hon. Sebuah kereta BMW berwarna putih
berhenti di belakang kereta Mazda 2 milik Aina. Seorang lelaki keluar dari
perut kereta itu.
Haikal!
Aina gembira melihat kehadiran Haikal. Mimpi ngerinya akan beakhir.
Iskandar
menarik Aina rapat padanya apabila melihat lelaki itu menghampiri mereka
berdua. “Tiada apa-apa! Ini hal kami suami isteri.” Kata Iskandar.
Dahi
Haikal berkerut. Suami isteri. Pandangannya dialihkan pada Aina.
Aina
menggelengkan kepalanya beberapa kali. Air matanya deras mengalir.
“Suami
isteri! Eh, bro! Keluarga Aina adalah kenalan rapat keluarga aku. Bila pula kau
ni menjadi suami Aina?” Haikal merenung lelaki itu.
Aina
cuba
menarik tangannya namun gagal. Tenaga Iskandar begitu kuat.
“Marliana,
tunang aku! Kami akan berkahwin tak lama lagi. Kau jangan nak masuk campur.”
Aina
terkejut dan berpaling pada Iskandar. Marliana! Abang Is ingat aku Marliana ke?
“Marliana!
Kau ni ada masalah mental ke? Ini Aina bukan Marliana.”
“Hey,
kau jangan nak kata aku gila. Aku tak gila. Kau sama seperti Aril. Aku sihat la. ” Jerkah Iskandar.
Tiba-tiba Iskandar melepaskan tangan Aina.
Aina
mengambil kesempatan itu untuk melarikan dari. Aina berlari pada Haikal. Aina
berdiri di belakang Haikal.
“Aina!
Aina okey ke?” tanya Haikal. Wajah Aina pucat lesi.
Aina
hanya mengganggukkan kepalanya. Tiada perkataan keluar dari bibir Aina.
“Marliana!”
Iskandar geram melihat Aina mendekati lelaki itu. Iskandar cuba untuk menghampiri mereka
berdua.
Haikal
segera mengeluarkan telefon bimbitnya. “Kalau kau dekat lagi aku akan call
polis.” Ugut Haikal.
Langkah
Iskandar terhenti sebaik sahaja mendengar kata-kata Haikal. Pandangannya
dialihkan pada sebuah kereta yang berhenti di belakang kereta BMW itu. Iskandar
resah. Matanya meliar ke kiri dan kanan. ISkandar bergegas ke keretanya dan
masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan. Kereta Mercedes Benz itu
bergerak laju meninggalkan mereka berdua.
Haikal
menoleh. Aina masih mendiamkan diri. Pasti Aina terkejut dengan apa yang
berlaku sebentar tadi. Siapa lelaki itu sebenarnya? Kenapa dia panggil Aina sebagai
Marliana?
************************************
Haikal
masih menanti penjelasan dari Aina. Namun Aina hanya mendiamkan diri. Aina
seperti sedang termenung memikirkan sesuatu. Pasti Aina masih terkejut lagi.
“Aina!”
panggil Haikal.
Aina
terkejut apabila namnya dipanggil.
“Are
you okey?” Haikal mula risau melihat keadaan Aina. Wajahnya masih pucat lesi.
“I’m
fine!” Aina cuba
tersenyum. Namun ketakutan sebentar tadi masih menghantui dirinya. Mata Aina
meliar melihat sekeliling kedai makan itu. Aina takut jika Iskandar turut sama
berada di situ.
Haikal
mengeluh. “Dia dah tiada. Aina jangan bimbang. Jika Aina takut dia datang lagi,
jom kita buat report polis. Saya temakan awak.”
“Jangan!”
“Kenapa?
Kenapa Aina tak mahu buat report polis? “
“Sebenarnya
Abang Is bukan macam itu ……” Aina menarik nafas panjang. Aina tak mahu
melibatkan polis dalam hal ini.
“Abang
Is! Jadi Aina kenal lelaki itu!”
“Ya!
Abang Is kawan baik abang. Abang Is baik orangnya. Dia ada penyakit …..”
“Mental”
Haikal tiba-tiba mencelah.
Aina
hanya mampu menganggukkan kepalanya.
“Tetapi
kenapa dia panggil Aina sebagai Marliana?” soal Haikal ingin tahu.
“Sebenarnya
Marliana adalah tunang Abang Is. Mereka hampir saja berkahwin sehinggalah
mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Marliana terkorban
dalam kemalangan itu. Hanya Abang Is yang terselamat. Abang Is tidak dapat
menerima kenyataan yang arwah Marliana sudah tiada. …..Kebetulan wajah Aina
seiras arwah Marliana. Itu yang membuat Abang Is bertindak agresif seperti
tadi.”
“Bukan
ke Aina pakar psikologi? Tak boleh ke Aina merawat dia?”
“Memang
la tetapi setiap kali Aina berhadapan dengan Abang Is, tiba-tiba badan Aina
kaku. Lidah Aina keluar. Otak Aina blank. Aina tak boleh fikir apa-apa.” Aina
meluahkan perasaannya.
Haikal
tiba-tiba ketawa.
Aina
merenung Haikal. Aku buat lawak ke?
“Kalau
berkaitan masalah orang lain, pandai pula Aina selesaikan. Sekarang ini dah
terkena batang hidung sendiri, terus
gelabah.” Ketawa Haikal semakin kuat.
Aina
mengetap bibir. Bibirnya sedikit bergetar. Amboi….Amboi, seronoknya ketawakan
aku.
Ketawa
Haikal terhenti apabila sedar jelingan yang dihadiahkan padanya. Haikal
berdehem beberapa kali. “Sebenarnya saya ada hal nak jumpa Aina.”
Aina
terkejut. Kenapa pula dia nak jumpa aku? Aina hairan. Aina masih menanti.
“Saya
sebenarnya nak minta maaf pada Aina di atas apa yang berlaku selama ini
termasuklah layanan saya pada Aina. Saya sedar saya dah banyak buat salah pada
Aina. Saya minta maaf.” Ucap Haikal dengan ikhlas. Dia merenung wajah bujur
sirih milik Aina.
“Alah
…semua itu dah lepas. Setiap orang pasti akan buat kesalahan, nobody perfect.
Maaf awak diterima.” Aina tersengih sehingga menampakan barisan giginya yang
putih dan teratur.
“Satu
lagi, saya nak berterima kasih pada Aina sebab membantu ibu berbaik semula
dengan nenek.”
“You’re
welcome! Aaaa….ada apa awak nak cakap lagi ke?”
“Tak
ada apa-apa.!”
“Bagus!
Saya dah lapar ini. Boleh saya order sekarang ini?” soal Aina secara tiba-tiba.
Dia memegang perutnya. Lapar. “adik! Menu!” panggil Aina.
Haikal
hanya menggelengkan kepala. Perangai masih tidak berubah. Walau apa-apa pun,
Haikal gembira kerana hubungan mereka telah pulih kembali.
******************************************
“What!
Iskandar kacau Aina!” Datin Sharifah Mawar bangun secara tiba-tiba apabila
mendengar cerita Aril. “Kita tak boleh biarkan perkara ini. Kita mesti buat
sesuatu. Abah, jom kita pergi balai polis. Mawar nak buat report tentang
Iskandar.”
“Hish….Mawar!
Bertenang! Jangan ikutkan hati. Perkara ini boleh dibawa berbincang lagi.
Mungkin selepas kita slow talk dengan Iskandar, dia akan faham.” Nasihat Tan
Sri Syed Abu Bakar. Dia kurang senang dengan sikap anaknya yang suka
terburu-buru membuat keputusan sendiri
“Slow
talk!” Datin Sharifah Mawar ketawa kecil .Geli hati mendengar kata-kata
ayahnya. “Orang gila macam Iskandar tu takkan dengar cakap kita lagi. Otak dia
dah tak waras lagi.”
“Mama!
Tak baik mama cakap begitu pada Is.” Aril kurang senang dengan kata-kata yang
telah dilemparkan oleh ibunya mengenai Iskandar. Walauapa terjadi, Iskandar
adalah kawan baiknya.
“Itu
kenyataannya.” Datin Sharifah Mawar masih mempertahankan kata-katanya.
“Dulu
sebelum tahu Iskandar sakit, Mawar bersungguh-sungguh nak jadikan Iskandar
suami Aina. Sekarang ini cepat pula Mawar berubah fikiran.” Tan Sri Syed Abu
Bakar menegur sikap anak tunggalnya itu.
“Abah!
Otak Mawar ni masih waras lagi. Takkanlah Mawar mahu orang yang ada penyakit
sakit jiwa seperti Iskandar menjadi menantu Mawar. Simpang malaikat 44.” Dati
Sharifah Mawar membuat mimic muka.
“Mama!”
“Mawar”
Serentak
Tan Sri Syed Abu Bakar dan Aril meninggikan suara.
“Malas
Mawar nak duduk di sini lagi. Menyakitkan hati. Asyik kena marah saja.” Datin
Sharifah Mawar menarik muncung sebelum berlalu pergi meninggalkan ayah dan
anaknya yang masih berada di ruang tamu.
“Apa
masalah mama Aril yang sebenarnya? Kenapa dia boleh cakap seperti itu.?Atuk tak
pernah ajar mama Aril macam tu.” Tan Sri Syed Abu Bakar kecewa. Sepatutnya
Mawar bersimpati di atas nasib yang menimpa Iskandar bukannya memperlekehkan
keadaan Iskandar sekarang ini.
“Biarkanlah,
atuk! Perangai mama memang macam tu. Fikirkan diri sendiri sahaja.”
“Atuk
rasa atuk kena perhatikan gerak-geri mama Aril. Atuk bimbang jika mama Aril
lakukan sesuatu di luar jangkaan kita. Sikapnya tidak boleh diramal.” Dahi Tan
Sri Syed Abu Bakar sedikit berkerut.
Aril
menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.
*********************************
Aril
memberi air krim vanilla pada Rina. Mereka baru sahaja selesai melihat wayang
bersama di TGV.
“Thanks”
Rina menyambut pemberian Aril.
“You’re
welcome, sayang!” Aril tersenyum lebar.
Rina
membuat mimic muka. Sayang! Sayang! Nama
aku bukan sayang. Ais krim pemberian
Aril dimakan perlahan-lahan.
“Kak
Aina, macam mana sekarang ini? Masih terkejut lagi ke?”
“A
little bit!”
“Nasib
baiklah ada Abang Haikal, jika tidak …..entah apa yang akan berlaku pada Kak
Aina.” Rina bersyukur kerana tiada perkara buruk berlaku pada Aina.
“Haikal
dan Aina dah berbaik semula ke?” soal Aril secara tiba-tiba.
‘Rasanya
mereka berdua dah berbaik semula.”
‘Baguslah!”
“Awak
….saya rasa Abang Haikal dan Kak Aina suka antara satu sama lain tetapi mereka
berdua malu untuk mengakui perasaan mereka sendiri.” Tiba –tiba mata Rina bulat
memandang Aril yang duduk di tepinya.
Aril
tersengih. “ Maksud sayang, apa yang berlaku pada Haikal dan Aina sama seperti sayang
ke? Dalam diam sayang pun mencintai abang kan !”
Air
muka Rina berubah merah. “Awak jangan nak perasaan la! Tolonglah.”
‘Tengok
tu! Malu nak mengaku. Jika sayang sayangkan abang, abang pun sayangkan sayang
juga. Tell me!” Aril meletakkan jari
telunjuknya pada pipi Rina tetapi sempat dielak oleh Rina. Senyuman terukir di
bibir Aril Dia suka mengusik Rina.
“
Saya tak sayangkan awak. Awak faham tak? Saya bertunang dengan awak pun
disebabkan keluarga saya. Awak ingat saya benar-benar sayangkan awak ke? Oh,
please!” Rina mendengus.
“Really!
Sehingga sekarang pun, tiada secubit perasaan sayang terhadap abang ke?” Air muka
Aril berubah begitu juga nada suaranya seperti hampa.
“Ya!”
tegas Rina. Rina memandang ke arah lain. Rina tidak berani bertentang mata
dengan Aril .Rina takut Aril dapat membaca isi hatinya yang sebenar.
12 comments:
thanks lily....
akhirnya ade gak n3 .....lame tunggu......
x sabar nk tggu sambunganya.....
Entry yg ditunggu2.... Senyum je bila baca
finally...=)
akhirnye ade n3 bru..
haikal n aina da berbaik semula.. best nye...
rina nie kalu da syg ckp jela kecian aril
Akhirnya ada pun entry....
Sukenya Haikal & Aina dah berbaik...
Rina ni still x nak mengaku sayang lagi pada Aril...sian Aril...
yes!!!! new n3!!!!!!!!!!!
followwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
Terima kasih..t'ubat rindu kat aina,haikal,aril n luna.. Nice n3!! Cepat2 haikal pinang aina ehh.
adeh.... sebln lebey dh ni.. bl nk msuk episode 34???
Bab 34 mmg xkn dikeluarkn ke?
Kakk. Xde ke smbungan.hmm
Akak, sambungannya ade tak
Mana sambungannya?
Post a Comment