Friday, January 18, 2013

Satu Dua Tiga 2013


Bab 4


            “Assalammualaikum.....”
            “Walaikummussalam.” Jawab Dr. Nazri dan dia terus menoleh ke belakang bila ada orang memberi salam.
            “Aaa.....Maaf mengganggu!Aaa....Doktor ni doktor yang merawat pesakit yang bernama Dato’ Syed Mohd Kadir kan?” soal seorang wanita sambil senyuman terukir di bibirnya.
            “Ya.” Jawab Dr. Nazri. Matanya tida berkelip memandang wanita yang berdiri di hadapannya. Dia terpegun melihat kecantikan wanita itu yang berbaju kurung Pahang yang berwarna hijau. Rambut yang panjang melebihi bahu malah dihiasi denga cekak rambut berwarna hijau menyerlahkan lagi kecantikan wanita itu.
            “Aaa....Saya nak tanya tentang keadaan Dato’ Kadir?”
            “Dato Kadir! Alhamdulilah, sekarang ni kesihatan Dato’ Kadir semakin stabil dan jika tak ada apa-apa halangan, Dato Kadir akan dibenarkan keluar minggu depan.”
            “Ooo...Terima kasih.” Ucap wanita itu.
            “Aaa....Cik ni siapa?” soal Dr. Nazri hairan. Rasanya dia tak pernah berjumpa dengan wanita ini sebelum ni.
            “Hmmm...Hanya kenalan lama saja. Saya balik dulu.” Wanita itu terus meninggalkan Dr Nazri.
            Dr. Nazri masih tercegat di situ malah matanya masih lagi memerhati kelibat wanita itu. “Abang Nazri!” Dr. Nazri terkejut bila ada seseorang memanggil namanya. Dahi Dr. Nazri berkerut bila melihat wanita yang sedang menghampirinya. Dr. Nazri mengeluh.Dia dah datang dah.
            “Abang!” Suhaila tersenyum melihat lelaki yang berdiri di hadapannya. Kacak. Memang padan dengan aku.
            “Apa halnya ni? Bukan ke semalam Su dah datang? Su tak kerja ke hari ni?” soal Dr. Nazri.Dia sebenarnya rimas dengan perangai Suhaila. Tiap-tiap hari datang ke hospital jumpa aku. Sikap Suhaila yang kuat cemburu membuatkan segala kerjanya terbantut. Bercakap dengan nurse pun, dia boleh mengamuk tak tentu pasal. Malu aku dibuatnya. Aku anggap dia kawan saja tapi dia sendiri yang anggap aku lain. Aduh....
            “Rindu kat abang!”
            Dr. Nazri terus memalingkan mukanya ke arah lain. Naik termuntah aku bila dengar perkataan tu.
            “Abang, cantik tak rambut Su! Pagi tadi Su pergi salon, Su potong rambut. Su potong ikut Dolly Style. Cantik kan” Suhaila menunjukkan rambutnya yang potong pendek secara bertingkat.
            “Ya...Cantik.” ujur Dr. Nazri. Tiba-tiba Dr. Nazri mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket kot putih yang dipakainya. “Aaa....Su, maaf la. Abang ada hal. My patient need me.” Kata Dr. Nazri terus beredar dari situ.
            “Abang!” panggil Suhaila bila Dr. Nazri terus meninggalkan dirinya seorang dirinya. Asalnya dia ingin mengajak Abang Nazri lunch bersama tapi Abang Nazri ada hal pulak. Geram! Tak apa! Esok aku datang lagi. Nurse kat hospital ni bukannya boleh dipercayai, mereka semua pasti ingin mendekati Abang Nazri. Aku takkan benarkan.
            Dr. Nazri mempercepatkan langkahnya. Sebenarnya tadi dia berpura-pura yang dia menerima sms dari pihak hospital. Dia perlu loloskan diri dari Suhaila. Dr. Nazri mengeluh. Sejak mengenali Suhaila, hidupnya porak peranda dibuatnya. Suhaila suka mengekorinya. Itu yang buat dia rimas. Dah berbuih mulutnya berterus-terang dengan Suhaila bahawa dia hanya menganggap Suhaila hanya sebagai kawan, tak lebih dari itu tapi Suhaila ni jenis tak faham bahasa. Aaa....Suhaila tak ada ciri-ciri wanita idamannya tapi wanita tadi. Senyuman terukir dibibir Dr. Nazri sebaik saja mengenangkan wanita yang baru diketemuinya tadi.


******************************
            Khatijah menghampiri dua orang wanita yang sedang duduk di meja yang terletak di tengah-tengah Restoran Sri Sejati.
            “Baru balik dari kerja ke?” soal Khatijah.
            “Ya, auntie.” Jawab Aleya membetulkan ikatan rambutnya yang diikat menjadi satu.
            “Nak order apa?” Khatijah menarik kerusi dan duduk di sebelah Alisa.
            “Mana menu?” soal Alisa.
            “Aii......nak kena tunjuk menu juga ke? Dah bertahun-tahun datang ke sini ...masih nak kena tunjuk menu lagi ke? Ini kan restoran ibu kamu berdua. Dah lupa ke?” Bulat mata Khatijah merenung Alisa.
            Alisa tersengih.
            “Macam biasalah, auntie.” Aleya bersuara. Senyuman terukir di bibirnya.
            “Macam biasa?  Like ......”  Khatijah menggaru kepalanya yang tak gatal. Hish, aku dah lupa la.
            “Aii.....dah lupa ke? Dah bertahun-tahun kami menjadi pelanggan tetap restoran ni. Takkanlah auntie dah lupa!” perli Alisa. Alisa ketawa kecil.
            “Hish .....budak bertuah ni. Ada saja peluang, pasti Lisa nak smash auntie balik ye! Memang patut Lisa jadi lawyer. Ada saja .....” Khatijah mengetap bibir.
            “Hmm.....two fresh orange,one nasi goreng kampung and one nasi goreng pattaya.” Beritahu Aleya dengan lembut.
            “Aaaa....kan senang kalau macam tu. Clear! Senang auntie nak order nanti.” Khatijah bangun. “Oh ya, ibu kamu ada call tak?”
            ‘Ada. Semalam! Kenapa, auntie?” soal Aeya.
            “Dia ada cakap apa-apa tak?”
            “Tak “ ringkas jawapan dari Aleya.
            “Cakap apa, auntie?” soal Alisa pula. Dia tak faham di sebalik pertanyaan auntie Khatijah. Adakah ada perkara yang sepatutnya ibu beritahu kami?
            “Nothing. Aaaa......Auntie nak ke kitchen sekejap.” Kata Khatijah secara tiba-tiba. Langkahnya diatur laju. Hish....nyaris-nyaris tadi!
            “Macam ada sesuatu tak kena saja. Seperti ada perkara yang sepatutnya ibu beritahu kita tetapi ibu tak beritahu. Angah yakin pasti auntie Khaty tahu tetapi tak berani nak beritahu kita. I need to ask her ....” Alisa bangun.
            Tangan Aleya pantas memegang tangan Alisa. “ Jangan buat kecoh di sini, Angah! Biarlah! Auntie Khaty tak beritahu kita sebab ibu sendiri mahu beritahu pada kita.” Tegas Aleya.
            “Bila?”
            “Bila tiba masanya ...Sit down!” arah Aleya. Nada suaranya tegas. Dia tak mahu Alisa membuat kecoh di sini. Aleya melihat di sekeliling restoran Sri Sejati milik ibu dan auntie Khaty yang dibuka sejak 24 tahun yang lalu.  Ramai orang sedang menjamu selera di situ.
            Wajah Alisa masam mencuka. Dia ingin tahu. Dia terus duduk. Dia memandang ke arah kembarnya. Apa yang Along tengah fikirkan sekarang ini? Aku tak faham la. Moto Along selama ini adalah wait and see ....tetapi aku nak sangat tahu. Alisa mengetap bibir.
           
                                     ******************************

            “Munirah!” Senyuman terukir di bibir Dato ‘Syed Mohd Kadir sebaik saja melihat kelibat Munirah yang berdiri di hadapannya. Matanya beralih ke arah wanita muda yang berdiri di belakang Munirah. Wanita muda itu tersenyum ke arahnya.
Dato ‘Syed Mohd Kadir bangun dan membetulkan kedudukannya di atas katil. Dia gembira kerana akhirnya Munirah bersetuju berjumpa dengannya.
            “Awak apa khabar?” soal Munirah.
            “Baik. Alhamdulilah...Awak munirah? Sihat?”
            “Sihat.”
            “Aaa....ini.....”  Dato ‘Syed Mohd Kadir merenung wanita yang berada di sisi Munirah.
            “Ini anak Munirah. Nur Alina. Lina, pergi salam Dato. Kadir.” Kata Munirah.
            Sebaik saja mendengar kata-kata ibunya, Alina terus bersalam dengan Dato ‘Syed Mohd Kadir.
Air mata Syed Kadir menitis sebaik saja Alina bersalam dengannya. Syed Kadir memegang erat tangan Alina. Sebak hatinya bila mengenangkan Alina membesar tanpa kehadiran seorang ayah. “Maafkan abah, Lina! Abah minta maaf.”
            Alina terkejut dengan ucapan maaf dari ayahnya. “Abah, jangan la macam ni. Abah tak pernah buat salah pun kat Lina. Kenapa abah nak minta maaf pula?  Perkara yang lepas tu biarlah ia berlalu.”
            “Lina!”
            “Awak tu baru saja sembuh.Awak kena jaga diri baik-baik.”  Munirah bersuara. Dia gembira kerana Dato ‘Syed Mohd Kadir dapat menerima Alina tetapi .. bagaimana pula Aleya dan Alisa pula, bolehkah mereka berdua menerima Dato ‘Syed Mohd Kadir dalam hidup mereka.  Munirah keliru. Perlukah dia beritahu Dato ‘Syed Mohd Kadir mengenai anaknya yang lain?. Jika aku beritahu, pasti dia ingin berjumpa dengan Aleya dan Alisa.
            “Munirah, abang minta maaf banyak-banyak. Abang dah banyak buat salah kat Munirah. Abang jugak banyak sakiti hati Munirah.Selama 2 tahun kita hidup bersama, Munirah tak pernah hidup bahagia bersama abang.” Dato ‘Syed Mohd Kadir menyesal dengan apa yang dia telah lakukan. Perkahwinan yang diatur oleh keluarga menyebabkan rumahtangga mereka dibina tanpa cinta.Waktu itu Dato ‘Syed Mohd Kadir benar-benar benci pada Munirah kerana bersetuju berkahwin dengannya lagipun Munirah adalah anak kepada pekebun rumahnya. Munirah tak layak untuk menjadi pasangan hidupnya.
            “Awak, yang lepas tu biarlah berlalu. Lagipun Munirah dah lama maafkan awak. Tak pernah terdetik pun di hati Munirah untuk berdendam dengan awak. Anggap saja kita tak ada jodoh dan ia suratan takdir.” Kata Munirah dengan lembut. Apa yang telah dilakukan oleh suaminya 25 tahun dah lama dia maafkan. Alasan sebenarnya  dia tak ingin menjejakkan kaki ke Malaysia kerana tak ingin menganggu rumahtangga suaminya dengan isteri kedua. Dia tak nak keruhkan lagi keadaan.
            “Terima kasih, Munirah.” Dato ‘Syed Mohd Kadir tersenyum. Perangai Munirah dan Kartika jauh berbeza bagai langit dan bumi. Dia silap kerana telah salah memilih. Dia merenung wanita yang sangat dirinduinya selama 26 tahun. Walaupun sudah berusia, wajah Munirah masih tidak berubah di mamah usia lebih-lebih lagi bila Munirah sudah memakai tudung. Lebih cantik dan ayu. Jika diberi peluang, dia ingin memulakan hidup baru bersama Munirah. Dia ingin tebus segala-galanya. Dia akan membahagiakan Munirah dan Alina.
            “Aaa...Munirah harap awak cepat sembuh. Aaa...Kami akan balik ke London hujung minggu ni. Risau pulak rumah bila ditinggalkan lama-lama.” Beritahu Munirah.Dia sebenarnya risaukan dua orang anaknya di sana.
            “Apa! Hujung minggu ni.” Dato ‘Syed Mohd Kadir terkejut besar.
            “Ya. Lagipun Lina tak boleh tinggal pesakit Lina lama-lama.” Alina mencelah. Dia menoleh ke arah ibunya
            “Tapi.....”
            “Banyak hal di London tertangguh. Lagipun Munirah tak boleh tinggalkan restoran Munirah di London lama-lama. Aaa....kebetulan Munirah ada di sini, Munirah nak cakap sesuatu....Aaa...Munirah tahu sekarang ni bukannya masa yang sesuai untuk Munirah bercakap pasal perkara  tapi....perkara ni perlu diselesaikan dengan segera sebelum Munirah pulang.” Munirah bercakap dengan berhati-hati.
            Alina melihat ibunya. Perkara apa? Ibu tak pernah cakap apa-apa pun pasal hal ni. Tentang apa?
            Dato ‘Syed Mohd Kadir melihat Munirah seolah-olah berhati-hati ingin menyatakan sesuatu.
            “Hmm....Munirah tak nak kita buat dosa lagi. Lagipun Munirah tak nak ganggu rumahtangga awak jadi Munirah rasa lebih baik kita bercerai.”
            “Bercerai!” suara Dato ‘Syed Mohd Kadir meninggi. Dia terkejut dengan kata-kata Munirah.
            “Ibu!” Alina terkejut. Bercerai. Ini ke perkara yang menyebabkan ibu enggan pulang ke London! Bercerai dengan abah?
            “Ya. Awak dah ada keluarga awak, Munirah tak nak keruhkan lagi keadaan. Dah 26 tahun, kita hidup dengan haluan masing-masing. Dah tiba masanya, kita tamatkan semua ni.” Ucap Munirah dengan lembut. Perkara ni sudah lama dia fikirkan.
            “Tak! Abang takkan ceraikan Munirah. Walauapa pun yang terjadi, abang takkan ceraikan Munirah.” Marah Dato ‘Syed Mohd Kadir secara tiba-tiba. Matanya merah menyala. Tak mungkin aku akan lepaskan Munirah. Aku takkan buat kesilapan yang sama lagi. Kini Munirah sudah berada di depan, aku takkan benarkan Munirah tinggalkan aku lagi.
            Munirah tergamam dengan kata-kata Dato ‘Syed Mohd Kadir. “Aaa.....Awak jangan salah faham! Munirah takkan minta satu sen pun wang dari awak.Pasal Lina, Munirah takkan halang awak berjumpa Lina sebab awak  adalah ayahnya. Munirah hanya nak awak ceraikan Munirah saja. Lagipun awak dah ada Kartika.” Kata Munirah dengan nada suara terketar-ketar. Dia terkejut apabila Dato ‘Syed Mohd Kadir marah secara tiba-tiba. Jantungnya berdegup kencang. Munirah takut peristiwa lama berulang kembali. Dahulu setiap kali Syed Kadir memarahi dirinya ,  pipinya sering menjadi sasaran. Kesan tamparan itu tak mungkin dapat dilupakan. Munirah menundukkan kepalanya. Munirah memegang erat kedua-dua belah tangannya yang menggeletar.
            Alina terkejut melihat reaksi ibunya. Alia memegang erat tangan ibunya. Sejuk. Ibu benar-benar takut pada abah ke? “ Ibu” panggil Alina.
            “Tak! Munirah isteri abang yang sah. Isteri pertama abang. Ibu pada anak abang. Munirah ingat abang akan tunaikan permintaan Munirah begitu saja. Walauapa yang terjadi, abang takkan ceraikan Munirah. Takkan!” jerit  Dato ‘Syed Mohd Kadir yang tiba-tiba naik angin. Dato ‘Syed Mohd Kadir tiba-tiba batuk. Dia memegang dadanya yang tiba-tiba sakit.
            “Abah! Abah!” panggil Alina. Dia terkejut melihat wajah Syed Kadir bertukar pucat. Alina terus mendekati ayahnya “Ibu!”
            Namun tiada apa-apa response dari ibunya yang masih berdiri kaku di situ.
            “Ibu!” jerit Alina
            Munirah terkejut dan memandang ke arah mereka berdua. Dia melihat Syed Kadir sedang memegang dadanya.
“Ibu, panggil doktor.”
            Tanpa berlengah Munirah terus keluar memanggil doktor. Beberapa saat kemudian, Munirah masuk bersama seorang doktor dan beberapa orang nurse. Wajah Munirah risau.
            Dr. Nazri terus memeriksa Dato ‘Syed Mohd Kadir.
            “Saya juga doktor, boleh saya bantu?” Alina bersuara.
            Dr. Nazri menoleh dan dia terkejut melihat wanita yang sedang bercakap dengannya. Itulah wanita yang dijumpainya 2 hari lepas.
            “Can I?” soal Alina lagi bila tiada apa-apa response dari doktor itu.
            “Sure!” jawab Dr. Nazri terus memeriksa nadi Dato ‘Syed Mohd Kadir.
            “Ibu, keluar dulu. Jika ada apa-apa nanti, Lina beritahu ibu. Jangan risau.” Kata Alina melihat ibunya. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikirannya ibunya.
            Munirah menganggukkan kepalanya sebelum melangkah keluar. Di hatinya, dia berdoa agar suaminya selamat.

                                    *****************************************

            “What!”
            Alina menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga sebaik saja dia beritahu kakaknya tentang penangguhan mereka untuk pulang ke London. “Abah sakit balik.”
            “I don’t care. Dia ada isteri dan anak sendiri? kenapa pula Ibu dan Acu perlu susahkan diri menjaga dia.” Marah Alisa. Berdesing telinganya sebaik saja Alina memberitahu yang mereka akan balik hujung bulan ni pula.
            “Tapi abah masih suami ibu dan ayah kita, Angah.” Pujuk Alina.
            “I don’t care about that. Waktu dia halau ibu 26 tahun yang lalu, hubungan mereka sebagai suami isteri dah berakhir. Dah berakhir.” Tegas Alisa.
            “Angah!”
            “I give you time! Minggu depan, kalau ibu dan Acu masih juga tak nak balik. I’ll come and take both of you back to London. Understand.” Kata Alisa sebelum meletakkan telefonnya.        
“Angah!” Alina mengeluh bila kakaknya sudah meletakkan telefon. Keras hati betul. Alina mengeluh. Kalau la Along dan Angah tahu abah enggan ceraikan ibu, pasti teruk keadaan nanti. Entah-entah akan Along dan Angah datang ke Malaysia! Kecoh! Kecoh!
            “Siapa, Acu?” soal Munirah sebaik saja keluar dari balik. Dia baru saja selesai menunaikan solat maghrib.
            “Angah!” Alina membuat mimik muka.
            “Angah marah ke? bila ibu buat keputusan untuk tinggal di sini lebih lama sikit?” Munirah faham dengan perangai anak keduanya.
            “Hmm...Ya, Ibu. Angah beritahu, kalau ibu dan Acu tak balik minggu depan. Angah akan datang jemput kita berdua balik. Ibu tahu kan apa yang berlaku if she’s here.” Alina tak dapat bayangkan kalau Angah ada di sini. Kalau...kalau...Along juga ikut sama, aduh....tak dapat bayangkan la apa yang terjadi lebih-lebih lagi jika mereka berdua terjumpa abah.
            Munirah tersenyum. Dia dapat bayangkan apa yang akan terjadi. Sikap mereka berdua jauh berbeza dengan Alina. Alina seorang yang lemah lembut dan pemaaf. Manakala Alisa seorang yang tegas dan kata-katanya sangat pedas. Walaupun Alisa hanya menyebut satu perkataan saja, namun kesannya amat mendalam. Aleya pula seorang yang pendiam, degil dan jika dia sudah buat keputusan jangan harap la dia akan mengubah balik keputusannya malah dia juga cepat naik angin. Bila dia naik angin, tangannya lebih pantas dari mulutnya. Jika ada orang sakiti hatinya, pasti teruk orang itu dikerjakannya. Kalau la....Along Angah betul-betul datang ke Malaysia?Dahi Munirah berkerut. Aku masih lagi belum memberitahu tentang rancangan aku meminta cerai . Kalau mereka tahu ....Munirah mula risau. 

1 comment:

NuRuL AdhiLLa (Eunhaediela) said...

hehehe.. best la.. harap2 along n alisa muncul sekali kat malaysia kan senang.. ..

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...