Wednesday, October 30, 2013

Satu Dua Tiga 2013

BAB 35(Part1)

            Alisa duduk menyandarkan dirinya pada sofa di ruang tamu. Beberapa kali dia bergerak membetulkan kedudukkannya. Wajahnya serius. Keputusan ibu untuk keluar bersama Dato Syed Mohd Kadir merunsingkan hatinya.

            “Angah! Jangan risau! Ibu takkan berbaik semula dengan abah.” Alina duduk di sebelah Aleya.

            Aleya masih diam membisu

            “Macam mana Acu tahu? Ibu beritahu ke” soal Alisa.

            “Tak tetapi Acu pasti tujuan sebenar ibu keluar dengan abah adalah untuk menyelesaikan semua perkara ini.”

            “Acu yakin ke ?” sindir Alisa. Kenyataannya ibu masih mencintai lelaki itu.

            “Angah sendiri tahu sikap ibu kan! Sama seperti Along dan Angah. Jika sudah membuat keputusan, jangan harap la nak berpatah balik. Degil.” Alina membuat mimic muka.

            “Along, nampak tak? Amboi, sekarang ni bila bercakap main lepas saja tetapi bila depan Auntie Kartika, Sofea dan Suziela……, mulut tu kunci rapat. Pijak semut pun tak mati.”

            Alina menjeling pada Alisa.


            “Bisingnya! Dari dalam bilik, ibu dah dengar suara kamu berdua.” Munirah keluar dari biliknya. Satu langkah demi satu langkah diatur.

            “Amboi, cantiknya ibu malam ni! Maklumlah special day.” Usik Alina terus mendekati ibunya. Pandangannya dialihkan pada Aleya dan Alisa yang hanya memerhati. Wajah mereka kelat.

            “ Biasa sahaja.” Munirah melirikkan matanya ke arah Aleya. Dia tahu mereka berdua bimbang tentang dirinya. “Don’t worry about me! Nothing will change.” Munirah tersenyum. Dia terdengar deruan enjin kereta di halaman rumah. “Hmm….Dato’ Kadir dah sampai. Ibu pergi dulu.” Munirah terus berlalu keluar.

            Aleya dan Alisa melihat ke luar melalui tingkap. Setiap gerak geri ibu mereka diperhatikan. Alina turut sama melihat.

            “Macam mana dia tahu ibu suka orkid?” Aleya meninggikan suaranya apabila melihat Dato Syed Mohd Kadir memberi sejambak bunga orkid pada ibunya. Dia terus melihat kea rah Alina.

            Alina terus mengangkat kedua-dua belah tangannya. Dia faham maksud di sebalik pandangan Aleya. Pasti Along ingat aku yang beritahu abah. “Not me!”

            “Actually, I did.” Alisa mengaku. Dia tersengih. “Angah tak sengaja. Terlepas cakap. Sorry!”

            Aleya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia melihat kembali ke luar rumah. Kereta BMW X6 milik Dato Syed Mohd Kadir telah meluncur laju keluar dari perkarangan rumah itu.

            Alina perasaan akan perubahan wajah kakak kembarnya. “Along tak percaya ibu ke?”

            “Along percaya pada ibu tetapi ibu tak percaya pada lelaki itu.” Tegas Aleya.

            “Hmmm…kalau macam tu, jom kita ikut ibu!” cadang Alina secara tiba-tiba.

            Aleya dan Alisa terkejut.

            “Biar betul!” Bulat mata Alisa. Ini pertama kali Acu mencadangkan sesuatu yang di luar jangkaan.

            “Acu tahu ke mana ibu pergi makan bersama abah. Sebelum ibu pergi tadi, ibu beritahu Acu.”

            “Pelik! Kenapa ibu beritahu Acu sebab ibu pasti tahu Acu ni bukannya reti simpan rahsia?” Alisa melihat Aleya yang masih berdiam diri.

            “Angah!” Alina mengetap bibirnya sambil merenung tepat pada Alisa yang sering memerli dirinya.

            “Sebab ibu mahu kita ikut ibu.” Aleya bersuara.

            “Why?” Alisa terkejut dengan kata-kata Aleya.

            “Along tak pasti. Lebih baik kita pergi sekarang!” Aleya terus mencapai baju sejuknya. Cekak rambut yang dipakainya dibetulkan. Kunci kereta Audi Q7 berwarna merah yang baru dibelinya semalam dicapainya. Alisa dan Alina mengekori Aleya.

                                    ************************************

            “Macam mana dengan makanan di sini? Sedap kan! Abang selalu makan di sini. This is my favorite restaurant. Do you like it?” Dato Syed Mohd Kadir  tersenyum. Nasi goreng pattaya telah habis di makannya. Dia sengaja membawa Munirah ke sini. Dia mahu Munirah tahu serba sedikit tentang dirinya.

            “Sedap!” Munirah hanya mampu tersenyum. Dia berasa  janggal apabila bersama Dato Syed Mohd Kadir. Hanya mereka berdua. Kadir telah menempah seluruh restaurant hanya untuk mereka berdua sahaja. Munirah berasa janggal. Layanan Dato Syed Mohd Kadir  terhadap dirinya membuatkan dia sedikit takut. Dia takut jika pendiriannya berubah. “Hmm….tujuan Munirah ajak awak keluar adalah untuk membincangkan tentang kita. Awak tahu kan Munirah akan balik ke London esok! Munirah harap perkara mengenai kita dapat diselesaikan dengan segera.”

            “Kenapa Munirah? Kenapa? Abang tahu sikap abang dahulu telah mengecewakan Munirah tetapi abang berjanji abang takkan mengulangi semua itu lagi.”

            “Awak baliklah ke pangkuan Kartika. Awak masih lagi boleh membuka lembaran baru bersama Kartika. Antara kita sudah tamat sejak 26 tahun yang lalu. Biarlah kita membawa haluan masing-masing. Mengenai anak-anak awak berhak terhadap mereka. Munirah takkan menghalang jika awak berjumpa dengan mereka. Berkenaan Aleya dan Alisa, Munirah yakin satu hari nanti mereka dapat menerima awak.”

            “Abang nak Munirah bukannya Kartika. Seharusnya hubungan antara abang dan Kartika yang tamat.” Dato Syed Mohd Kadir  terus memegang tangan kanan Munirah.

            Dengan pantas Munirah menarik tangannya dari dipegang oleh Dato Syed Mohd Kadir. Dia terkejut dengan tindakan Dato Syed Mohd Kadir. Jantungnya berdegup kencang bila Dato Syed Mohd Kadir  memegang tangannya.

            “Munirah tak tahu apa lagi cara yang Munirah dapat buat agar awak faham. Kita sepatutnya sudah tiada apa-apa lagi. Awak perlu ingat siapa isteri awak selama 26 tahun ni? Kartika! Kartika yang berada di sisi awak selama ini. Setiap manusia ada kekurangannya begitu juga Kartika. Awak sebagai suami sepatutnya awak menegur dan guide dia ke jalan yang benar bukannya biarkan dia terumbang ambing seperti sekarang ni.”

            “Abang mencintai Munirah. I love you!” Dato Syed Mohd Kadir  merenung Munirah.

            “Awak yakin ke awak mencintai Munirah, Dato’ Kadir? Senang betul cinta awak berubah. Sekejap awak cinta Kartika dan sekarang ni awak kata awak mencintai Munirah pula. Lakonan apa yang awak sedang mainkan sekarang ini?”   sindir Munirah.

            “Abang tak bohong! Percayalah! Abang harap kita dapat bersama semula.”

            “You not in love with me, Dato’ Kadir. Semua itu hanya sementara sahaja. Keinginan awak adalah untuk memenuhi kekosongan dan kesunyian yang ada dalam diri awak. Let me free!” ucap Munirah dengan lembut.

            “Susah sangat ke untuk Munirah memahami cinta abang? Abang hanya mencintai Munirah seorang saja.” Dato Syed Mohd Kadir masih merayu. Wajahnya sedih. Sedih kerana Munirah tidak mempercayai cinta yang telah dilafazkan dari hatinya.

            “Bagaimana pula dengan Kartika? Bukankah awak mengahwini Kartika kerana awak mencintai dirinya? Awak sudah lupa ke? Apa yang telah awak cakapkan pada Munirah sewaktu awak halau Munirah dari rumah awak ?” Munirah mula berasa geram. Cinta? Adakah lelaki ini memahami maksud perkataan tersebut? Adakah kerana dia mencintai aku lantas dia melayan aku seperti sampah pada 26 tahun yang lalu? Inikah namanya cinta! Munirah merenung lelaki itu. “Kartika adalah wanita yang satu-satunya wanita yang aku cintai sehingga akhir hayat aku. Cinta dan kasih sayang aku hanya pada wanita bernama Kartika. Dia akan menjadi ibu pada anak-anak aku. Kau hanya layak menjadi orang gaji aku sahaja. Status kau sebagai isteri aku hanya sementara sahaja. Sekarang ni ibu bapa aku sudah tiada, baik kau berambus dari sini. Kau pergi saja ke mana kau suka. Kau sakit ke mati ke? Aku tak mahu ambil tahu. Jangan kau muncul lagi dalam hidup aku!” Kelopak mata Munirah mulai berair. Setiap kata Dato Syed Mohd Kadir  terhadap dirinya pada hari dia dihalau keluar dari rumah banglo mewah  masih lagi segar di ingatannya. Baginya, itu adalah sejarah hidup yang tidak dilupainya sehingga sekarang.

“Awak nak dengar lagi yang selebihnya ke?”

            “Munirah!” Bibir Dato Syed Mohd Kadir  terketar-ketar menahan sebak. Nampaknya dia benar-benar telah melukai hati wanita ini. Dia kesal dengan apa yang telah berlaku. Jika masa dapat diputar semula, aku takkan melakukan kesilapan seperti ini. Jika aku menerima Munirah seadanya, mungkin aku hidup bahagia bersama Munirah dan anak-anak aku.

            “Cukup, Dato’ Kadir! Antara kita sudah berakhir. Awak harus terima kenyataannya. Munirah harap walaupun kita bukan suami isteri lagi, kita boleh menjadi seorang kawan.” Munirah cuba tersenyum. Dia tak mahu menyebabkan Dato Syed Mohd Kadir stress kerana itu tak baik untuk kesihatannya.

            “Tidak. Abang tak mahu menjadi kawan. Abang mahu Munirah menjadi isteri abang!” Dato Syed Mohd Kadir  tiba-tiba bangun. Matanya masih tepat memandang wajah Munirah.

            “Mustahil untuk kita kembali menjadi suami isteri. Dato Kadir. Kenapa begitu sukar awak menerima kenyataan ini? Sekarang ini isteri awak adalah Kartika bukan Munirah.” Tegas Munirah. Kedegilan Dato Syed Mohd Kadir  membuat dia rimas.

            “Abang akan ceraikan Kartika!” kata Dato Syed Mohd Kadir  secara tiba-tiba.

            Munirah terkejut dengan kata-kata Dato Syed Mohd Kadir  sebentar tadi. Ceraikan Kartika.”Awak dah hilang akal ke? Perceraian bukannya permainan, Dato Kadir.”

            “Untuk memiliki Munirah, abang sanggup buat apa sahaja. Sekarang ni Munirah dan anak-anak abang lebih penting dari segala-galanya. Abang tidak mencintai Kartika.”

            Munirah mengetap bibirnya menahan geram. Nafasnya turun naik. “Jika awak tidak menyintai Kartika, kenapa awak mengahwini Kartika?”

            “Sebab abang ingin membuktikan pilihan abang adalah tepat berbanding pilihan mak ayah abang namun abang telah melakukan kesilapan. Pilihan mak ayah abang adalah tepat. Mereka tahu siapa yang terbaik untuk menjadi isteri abang. Hanya abang yang buta ketika itu. Setelah Munirah pergi, baru abang sedar rupa-rupanya abang sudah jatuh cinta pada Munirah. Hidup abang kosong selepas pemergian Munirah. Abang tidak pernah bahagia bersama Kartika. Inilah balasannya.”

            “Awak fikir Munirah akan percaya semua ini. Munirah tak pernah lupa siapa awak yang sebenarnya? Awak tu playboy! I’m not stupid anymore. For your information, I don’t love you” tegas Munirah.

            “You love me!” Dato Syed Mohd Kadir tersenyum lebar.

            “What! Apa buktinya?” Munirah merenung lelaki itu. Apa maksudnya di sebalik semua ini?

            “Bukti!” Dato Syed Mohd Kadir tersenyum. “Your dairy!”

            Bulat mata Munirah mendengarnya. Ya, memang hari itu aku tertinggal dairi aku. Dia baca kesemuanya ke? Munirah mula gelisah. Segala isi hatinya tercatat di dalam dairi itu.

            Dato Syed Mohd Kadir  tersenyum lebar melihat reaksi Munirah. “Sehingga sekarang awak masih mencintai abang kan!”

            “Tidak! Itu dulu. Sekarang Munirah tiada apa-apa perasaan pada awak lagi. Awak boleh fikir apa saja yang awak mahu. Please let me go! Ini untuk kebaikan semua pihak. Percayalah” Munirah merayu
            “No!” tegas Dato Syed Mohd Kadir.

            ‘Fine! You can do whatever you want to do. I will do everything to make sure you divorce me, Dato Kadir.” Nada suara Munirah sudah berubah. Munirah mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Sebentuk cincin dikeluarkannya. “Ambil ni! Cincin ini tak pernah menjadi milik Munirah. Ini kepunyaan awak. Suka hati awak nak buat apa pun.” Munirah meletakkan cincin perkahwinan mereka di atas meja.

            Dato Syed Mohd Kadir  terkejut dengan tindakan Munirah.

            “Keputusan Munira takkan berubah. Munirah tetap berharap awak akan mengubah fikiran awak dan memberi peluang pada Kartika. I hope we can be friends. Tentang anak-anak kita, Munirah takkan menghalang awak dari berjumpa mereka kerana awak juga berhak terhadap mereka.”

            “Munirah!”

            “Along! Angah! Acu! Ibu nak balik.” Kata Munirah secara tiba-tiba. Dia sengaja meninggikan suara. Dia percaya pasti Aleya, Alisa dan Alina berada berhampiran dengannya.

            Dahi Dato Syed Mohd Kadir  berkerut. Dia melihat Aleya, Alisa dan Alina keluar di sebalik pokok besar yang hampir dengan meja mereka. Sejak bila mereka berada di sini?

            Munirah bangun! Alina lebih dahulu mendekati ibunya. Alisa cuba untuk mendekati Dato Syed Mohd Kadir  tetapi dihalang oleh Aleya. “Angah dan Acu pergi ke kereta dulu bersama ibu.” Aleya memberi kunci kereta pada Alisa.

            “Tapi!”

            “Just go, Angah!” tegas Aleya.

            “Ok! Jom, ibu!” kata Alisa. Mereka bertiga berjalan meninggalkan Aleya dan Dato Syed Mohd Kadir. Munirah sempat memandang ke belakang melihat Aleya dan Dato Syed Mohd Kadir. Dia hanya mampu mengeluh.

            Aleya berdiri memandang lelaki itu. Setiap perbualan ibu dan lelaki ini telah didengari dengan jelas. “ I dah call Iskandar. He will come to drive you home.” 

            “Abah sedar abah telah gagal menjalankan tanggungjawab abah. Abah harap abah dapat menjalankan tanggungjawab abah jika Aleya dapat menerima abah.”

            “Whatever happens, you still our father! But it’s impossible to accept you to be part of our life! Sejak dari mula lagi, awak bukan sebahagian dari kami. Kami hidup tanpa seorang ayah dan kami akan menjalani hidup kami kembali seperti biasa. Kami bahagia dengan kekurangan yang kami ada. So I merayu pada awak supaya menunaikan permintaan ibu. Just once, let her be happy. Be free from you.” Kata Aleya. Kali ini dia tidak berkeras dengan Dato’ Kadir. Kenyataan tetap kenyataan. Lelaki yang berdiri di hadapannya ini tetap ayah kandungnya. “I minta maaf jika selama ini I dan Alisa telah menyakiti dan mengasari awak. Kami minta maaf.” Kata Aleya dan terus berlalu pergi.

            Badan Dato Syed Mohd Kadir  tiba-tiba menjadi kaku. Inilah kali pertama Aleya tidak bercakap kasar padanya. Renungannya juga tidak seperti selalu. Dia melihat kelibat Aleya hilang dari pandangannya. Dato Syed Mohd Kadir  mengusap dadanya perlahan-lahan. Tiba-tiba terasa sakit. Setiap kali memikirkan Munirah dan anak-anaknya akan meninggalkan hatinya berasa sedih. Maaf, Aleya! Abah tak dapat lakukan semua itu. Abah sayang kamu semua. Kerana sayang, abang akan mendapatkan kembali keluarga abah yang telah lama hilang.


            Selain Aleya, Alisa dan Alina ada juga orang lain yang berada di situ! Pokok jarum yang berada di sisinya dicabut tanpa disedarinya. Hatinya sakit melihat mereka berkumpul seperti keluarga. “Kenapa kau dan anak-anak kau begitu berani memijak maruah aku? Kau fikir aku ni apa, hah!” kata Kartika. Sejak dari tadi dia mengekori Dato Syed Mohd Kadir. Sudah beberapa hari Dato Syed Mohd Kadir tidak pulang ke rumah. Selepas yang berlaku pada malam itu, Dato Syed Mohd Kadir tak pernah untuk pulang untuk memujuk dirinya. Dirinya dibiar terkapai-kapai sendirian. Lelaki itu benar-benar sudah berubah hati. Perasaan benci sudah menguasai segala-galanya. “Aku akan pastikan kau terima akibatnya, Munirah! Apa yang akan kau rasa jika salah seorang anak kau tiada? Kartika tersenyum sendirian.

2 comments:

eija said...

fuh!! tegas gak munirah ea..mkin bca cite nie mkin kcian plk ngn dato kadir..biar lah dato kadir n munirah bsma kmbli.. mkin rumit lah keadaan lps nie..apa lah yg datin kartika nk lakukan..

Unknown said...

sis lily..bile la citer nak cetak ni....sudah lama ku menanti..huhuhu

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...