Sunday, November 30, 2014

Namaku Bougainvillea 12

BAB 12

            “Rindu ke?” Raja Awwadi terkejut dan berpaling apabila ada suara menegur. “Nenek Tijah.” Raja Awwadi mengurut dadanya beberapa kali. Sejak bila Nenek Tijah ada di sini? Kenapa aku tak dengar pun?

            Raja Khatijah hanya tersengih. Dia duduk di kerusi dah hampir 5 minit tetapi Raja Awwadi masih tak sedar. “Itulah bila dah tiada, baru nak rindu.”

            “Apa maksud Nenek Tijah? Tak payah nak kias-kias dengan Adi. Terus-terang je.” Raja Awwadi tidak faham disebalik kata-kata Raja Khatijah.

            “Villa tak datang hari ni. Mungkin …dia dah tak datang selepas ni. Maklumlah ada orang tu kuat sangat buli.” Perli Raja Khatijah. Dia tahu tujuan Raja Awwadi berdiri di situ. Mestilah Villa. Tiada orang lain lagi.

            “Maksud Nenek Tijah, dia dah berhenti.” Raja Awwadi mengetap bibir. Aku sangka dia main-main aje. Tak sangka betul pulak. Selama ini cakap aku tak pernah dia dengar pun tapi kali ni dia betul-betul berhenti. Berlipat dahi Raja Awwwadi berkerut.

            “Kenapa? Adi sedih ke?” usik Raja Khatijah. Dia dapat baca air muka Raja Awadi.

            “Sedih! Tak mungkin Adi sedih. Adi gembira, Nenek Tijah. Sejak dari mula dia patut berhenti. Baru tenang rumah ni.” Raja Awwadi tersenyum lebar. Dia melirik anak mata ke arah Raja Khalida. Dia sedar gerak gerinya menjadi perhatian.

            “Aiii….rasanya orang selalu buat ribut bukan Villa tapi Adi. Betul tak?”

            “Nenek Tijah!”

            “Come on, Adi. Cuba jujur dengan Nenek Tijah. Adi sukakan Villa kan? Sebelum ni, Adi tak pernah peduli pun. Tak berminat. Tapi Nenek Tijah tengok Adi berminat dengan Villa. Ada saja benda Adi nak usik Villa. Kalau Adi suka Villa,cakap saja. Jangan malu-malu. Kalau Adi nak, esok kami berdua pinangkan Villa untuk Adi.”

            “Apa Nenek Tijah merepek ni? Nonsense. Adi dah banyak kali expain kat nenek dan Nenek Tijah. Adi tak suka perempuan bunga kertas tu. Dia tak layak bergelar isteri Adi. Lagi satu, selama ini Adi kenakan perempuan bunga kertas  tu sebab Adi nak tengok dia berhenti. Mustahil Adi akan suka perempuan selekeh macam pengemis tu.” Raja Awwadi membuat mimic muka meluat. Asyik-asyik perkara yang sama. Aku rimas. Aku tak suka perempuan bunga kertas. Kenapa nenek dan Nenek Tijah suka buat andaian macam tu? Argh …tak suka.

           
“Adi kena ingat tentang sesuatu, kemewahan yang kita miliki sekarang ni adalah dari Allah Taala. Bila-bila masa Dia boleh tarik semua ini. Jangan takbur dengan apa yang kita miliki .Sekelip mata boleh hilang. Tak kekal. Hanya Allah Taala yang menentukannya. Sebagai umatnya, kita mesti beringat dan bersyukur. “ Raja Khatijah merenung Raja Awwadi. “Kami berdua tak pandang semua tu.  Asalkan Adi bahagia dan gembira,kami terima siapa pilihan Adi. Kaya ke miskin ke? Cantik ke tak cantik ke? Putih ke hitam ke? Semua tu hanya aksesori dunia. Yang penting hati tu mesti bersih dan baik.” Raja Khatijah tersenyum

Raja Awwadi terdiam seketika. Kata-kata yang lahir dari Raja Khatijah menyebabkan Raja Awwadi berfikir. Semua tu memang betul. Tapi ada lagi ke perempuan seperti tu? Tiba-tiba Raja Awwadi mengerling ke arah jam dinding yang tergantung di situ.“Hmmm….Adi pergi dulu. Rasanya helicopter dah sampai.” Raja Awwadi hulurkan tangan untuk bersalam. Tangan Raja Khatijah dicium dengan lembut.

“Berapa hari Adi di Pulau Langkawi?” soal Raja Khatijah. Dia tahu hati Adi masih terluka.



“Maybe 3 hari kot. Selepas habis meeting di Putrajaya, Adi terus ke KLIA. Nenek Tijah nak pesan apa-apa tak? Coklat ke? Handbag ke? Set pinggan mangkuk ke? Minyak gamat ke?” soal Raja Awwadi.

“Kirim salam kat Tun Dr Mahathir Mohamad.”

“Mahal tu. Nak kena charge. Aii….Tun Dr Mahathir seorang aje ke? Isterinya, Tun Dr Siti Hasmah tak nak kirim salam ke?” usik Raja Awwadi.

“Hish budak ni! Dua-dua sekalilah. “ Raja Khatijah mengetap bibir. Dia bangun dan ingin menampar tangan Raja Awwadi tetapi tak sempat. Begitu cepat Raja Awwadi mengelak.

“Lain kali tu, refleks Nenek Tijah kena cepat sikit. Baru kena. Kalau Nenek Tijah nak, Adi boleh bawa balik gambar sekali.” Raja Awwadi ketawa dengan kuat seraya melambai ke arah Nenek Tijah.

“Adi! Adi!” Raja Khatijah menggeleng kepala melihat tingkah laku Raja Awwadi.  Dah lama aku tak dengar Adi ketawa. Kan bagus, jika Adi selalu ketawa begini.  Kak Long mesti jika tengok Adi macam ni.

                                    **************************************

            “Mak Su.” Panggil Zain.
           
            “Zain! Jangan kacau Mak Su. Biar Mak Su tidur.” Tegah Zarina yang duduk di sebelah Zain. Mak Su pasti mengantuk. Aku nak drive, Mak Su tak bagi. Kami bertolak pada pukul 11.30 malam dari Kuala Lumpur. Kata Mak Su, dia lebih suka drive malam …. Jimat masa dan tak banyak kereta. Mak Su baget kami sampai sebelum pukul 8.00. Bimbang kalau tiket bot habis, maklumlah sekarang ni cuti sekolah. Akhirnya kami tiba di Jeti Kuala Kedah pukul 7.45 pagi. Perjalanan ke Pulau Langkawi memakan masa selama 1 jam 45 minit. Inilah trip pertama aku bersama keluarga aku. Selama ini, setiap kali mereka ajak aku, ada saja alasan yang aku beri.



            “Tapi ….. Zain takut, Kak Long. Zain tak pernah naik bot.”

            “Kenapa Zain nak takut? Kami semua kan ada.” Pujuk Zarina. Kini hubungan antara Zarina dan adik-adiknya bertambah rapat. Zarina memegang tangan Zain seraya tersenyum.

            “Hari tu dia yang excited sangat nak pergi Pulau Langkawi. Takkanlah takut naik bot. Tak macho la.” Usik Zubir.

            Zakri hanya mendiamkan diri. Dia masak benar dengan Zubir. Suka sangat mengusik orang terutamanya Zain. Kalau sehari tak usik Zain, tak sah.

            “Zubir, jangan usik Zain.” Tegur Zarina.

            Zubir membuat mimic muka lagi. Makin naik lemak Zain selepas ni. Kak Long pun sama.

            Villa tersedar dari tidur apabila digerak oleh Zarina. Villa mengesat matanya. Penumpang-penumpang yang ada di dalam bot mula bangun dan mengangkat beg masing-masing. Villa bingkas bangun. Mereka telah tiba di Jeti Pekan Kuah. Mereka menyewa kereta Toyota Vios. Besar sikit dan selesa. Kereta Vios berwarna putih meluncur laju menyusuri Pantai Cenang. Sebaik sahaja tiba di GB Resort, mereka terus check in.



            Sebaik sahaja pintu dibuka, anak-anak saudaranya meluru masuk. Masing-masing berebut memilih bilik. Villa tersenyum melihat gelagat mereka berempat. Riuh-rendah suasana jadinya. Pintu sliding door yang menghadap laut dibuka. Villa melangkah keluar. Villa memejam mata seketika apabila hembusan bayu dari Selat Melaka mengenai wajahnya. Villa kagum dengan seni bina dan lanskap resort ini. Kehijauan dipersekitaran bukan sahaja menyerlahkan lagi kedamaian malah mencipta ruang percutian secara natural. Rasa tenang. Memang sesuai untuk keluarga bercuti dan habiskan masa bersama.

            “Mak Su!”

            Villa menoleh.

            “Nak kunci kereta. Nak ambil coklat yang kita beli di jeti tadi. Zain lupa nak ambil.” Beritahu Zubir. Dia menjuih bibir ke arah Zain.

            “Sekejap. Mak Su letak beg dalam bilik dulu.”

            “Tak apa. Biar Zubir dan Zain pergi ambil.”

            “Ehhhh…..tak boleh. Mak Su kena teman jugak. Sekarang ni banyak kes jenayah berlaku. “ Villa tak benarkan. Bimbang jika sesuatu berlaku. Mereka berdua masih kecil lagi.

            “Tapi …..”

            “Kalau macam tu, biar Zack yang temankan. Mak Su pergilah masuk berehat. Mak Su mesti letih. Tidurlah sekejap.” Zakri mencelah.

            “Hmm…..baiklah. Tapi jangan pergi ke mana-mana. Dah ambil, straight balik sini.” Villa memberi kunci kereta pada Zakri. Dia bimbang kalau mereka pergi ke pantai tanpa pengetahuan dia.

            “Ya.” Zakri tersenyum. Zubir dan Zain mengekori Zakri keluar. Mereka mengunakan laluan yang menuju ke tempat parking. Sebaik sahaja tiba di kereta, Zubir membuka kereta dan mengambil beg plastik yang mengandungi beberapa pekat coklat.

            “Takkanlah nak ambil semua, tinggallah sikit dalam kereta. Boleh jugak makan dalam kereta nanti.” Zubir memandang Zain.

            “Zain nak semua. Kalau habis, Mak Su belilah lain.” Jawab Zain. Dia merampas beg plastic dari Zubir.

            “Amboi, sedapnya bila bercakap. Zain ingat Mak Su tu bank ke? Asyik cop duit saja.” Zubir mula mencekak pinggang. Tiba-tiba matanya menangkap sebuah kereta Hummer H4 berwarna silver berhenti di hadapan lobby GB resort. “Hummer H4.” Zubir terpegun melihat kereta idamannya . Kelihatan seorang lelaki keluar dari perut kereta mewah itu. Kedatangannya disambut dengan carpet merah malah pekerja-pekerja Gb Resort berdiri berbaris menyambut kehadiran lelaki itu.



            Zain menoleh dan tersenyum. Tiba-tiba dia berlari meninggalkan Zakri dan Zubir.

            “Zain!” Zakri terkejut dengan tindakan Zain yang berlari meninggalkan mereka berdua. Zakri dan Zubir terus mengejar.


                                                            *****************

            “Pak Su!” Panggil Zain. Senyuman tak lekang di bibir Zain.

            Raja Awwadi berpaling. Dia terkejut melihat Zain. “Zain” Raja Awwadi tersenyum. Dia benar-benar tak jangka akan jumpa Zain di sini

            Fairuz terkejut mendengarnya. Dia kenal budak lelaki ni, yang mereka tolong di GB Mall ‘Pak Su, biar betul. Mungkin aku tersalah dengar kot.’

            Zain terus memeluk Raja Awwadi. Dia membalas dengan memeluk Zain dengan lebih erat. Entah kenapa dia dapat rasakan keserasian natara mereka berdua.

            “Zain datang ke sini dengan siapa?” soal Raja Awwadi. Walaupun dia tahu jawapannya tetapi dia sengaja bertanya.

            “Mak Su! Kak Long! Abang Ngah! Abang Zubir.” Beritahu Zain satu persatu. “Pak Su buat apa kat sini? Pak Su bercuti macam kami jugak ke.”

            “Taklah. Pak Su ada kerja di sini.” Jawab Raja Awwadi. Oooo….rupa-rupanya perempuan Bunga kertas ni bercuti. Sempat lagi! Malaysia memang kecil, di sini jugak aku boleh terserempak dengan kau. 

            Dahi Fairuz sedikit berkerut. Macam tak percaya saja. Tiba-tiba saja boss sukakan budak-budak. Setahu aku, boss cukup anti dengan budak. Kata boss, budak-budak hanya mendatangkan masalah saja. Tetapi kenapa boss layan Zain baik saja. Pelik! Terlalu pelik.

            “Zain!” tegur Zakri. Zubir berdiri di sebelah Zakri.

            Zain berpaling dan tersenyum. “Pak Su! Abang Ngah dan Abang Zubir. Mereka berdua abang Zain.” Zain memperkenalkan mereka berdua.

            Terlebih  dahulu Zakri menghulurkan tangan untuk bersalam dan diikuti oleh Zubir. Mereka seperti terkejut. Raja Awwadi hanya tersenyum.

            Zubir mendekati Zakri. “Abang Ngah, setahu Zubir ….kita hanya ada Mak Su seorang saja. Bila masa pulak kita ada Pak Su.” Bisik Zubir. Dia confius.

            Zakri hanya diam. Kenapa Zain panggil lelaki ni, Pak Su? Bakal suami Mak Su ke? Eh, mustahil. Kalau Mak Su ada boyfriend, mesti dah beritahu kami. Hairan. Tapi Zain tak pernah cerita tentang lelaki ni.

            “Boss, kita ada meeting pukul 2.00 petang.” Beritahu Fairuz.

            Raja Awwadi hanya menganggukan kepala. “Zain! Pak Su ada kerja. Kita jumpa nanti ye.” Dia tersenyum ke arah Zakri dan Zubir.

            “Pak Su janji.”

            “Ya. Pak Su janji. Pak Su belanja. Bawa abang-abang Zain sekali.” Raja Awwadi masih tersenyum dan mengusap rambut Zain.

            Raja Awwadi berjalan meninggalkan mereka bertiga. Diekori oleh Fairuz dan beberapa orang pekerja GB resort.

            “Siapa tu? Kenapa Zain panggil Pak Su?” soal Zubir. Tiba-tiba saja berdiri di sebelah Zain. Tengok dari gaya, macam orang kaya saja. Tapi macam mana Zain boleh kenal pulak. Yang dia tahu hanya makan saja.

            “Oooo…..Itu Pak Su Zain.” Ringkas jawapan Zain sebelum berlari meninggalkan Zakri dan Zubir.

            “Pak Su.” Kata Zakri dan Zubir serentak. Zakri menggaru kepala yang tak gatal.

            “Abang Ngah! Kita kena beritahu Mak Su. Suka hati dia saja panggil Pak Su . Kenal pun tidak. Yang penting sekali, kita kena siasat lelaki tu. Takut lelaki tu ada niat tak baik kat Zain.” Tegas Zubir. Dia bimbang.

            “Tak payah nak siasat.” Zakri mendekati meja kecil di lobby. Terdapat beberapa majalah di situ untuk dijadikan bahan bacaan. Zakri menunjukkan cover majalah pada Zubir. “Uncle tu bukan conman.”

            “Raja Awwadi Mukriz, pewaris GB Group.” Baca Zubir. Matanya terbeliak. “Maknanya resort ni dia punya.”

            “Jom balik. Nanti Mak Su risau.  Kalau nak tahu, balik nanti kita soal siasat Zain.” Ajak Zakri. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Zubir sekarang ni. Pasti tertanya-tanya. Jawapan itu hanya ada pada Zain saja. Aku pun nak tahu. Bagaimana Zain boleh jumpa?

                                                ******************************

            Raja  Awwadi menyelak kain langsir tingkap. Dia memerhati keadaan di bilik sebelah. Dia terkejut mendapat tahu yang perempuan bunga kertas itu duduk di bilik suite yang berharga RM1200 semalam. Yang lebih mengejutkan lagi, bilik suite tu dah dibayar sepenuhnya untuk 3 malam. Hanya golongan VVIP saja yang selalu menginap di bilik suite ini. “Banyak betul duit perempuan bunga kertas ni. Buka business jual bunga, untung ke?” Raja Awwadi hairan. Dia sengaja mengambil bilik bersebelahan.

            Raja Awwadi membetulkan kedudukannya berdiri. Rasa lenguh. Hampir 30 minit berdiri di situ. Matanya masih memerhati bilik sebelah.  “Apa perempuan bunga kertas tu buat? Dia bawa keluar apa?” sedikit dahi Raja Awwadi berkerut. Villa sedang membawa keluar sesuatu di bilik suite. Anak mata dikecilkan. “Pokok bunga. Dia bawa keluar pokok bunga.” Nada suara Raja Awwadi meninggi. Dia terkejut. Kelihatan Villa meletakkan pokok bunga di beranda. Dia menarik pasu bunga agar kena cahaya matahari. Beberapa saat kemudian dia keluar membawa jag air dan terus menyiram pokok itu satu persatu.

            Raja Awwadi ketawa dengan kuat secara tiba-tiba. Aku ingatkan dia nak buat apa dengan pokok tu, rupa-rupanya dia nak siram pokok. Sempat lagi. “First time aku jumpa perempuan macam ni. Terlalu obsess dengan pokok. Nama kau memang sesuai sangat. “ Senyuman terukir di bibir  Raja Awwadi.

                                                *************************

            Jam dinding yang tergantung di lobi menjadi tumpuan Villa sejak dari tadi. Villa mengeluh. ‘mana pulak budak-budak ni. Dah 10 minit aku di sini. Takkanlah bersiap lama sangat. Banyak tempat nak pergi hari ni. Nak pergi Makam Mahsuri! Nak pergi Underwater World Langkawi! Nak pergi Orential Village lagi. Nak naik cabel car lagi ” Jam dinding menunjukkan pukul 11.30 pagi. Villa mendekati sofa yang disediakan di situ.  Dia melabuhkan punggungnya. Villa menoleh. Ada pokok di sebelah sofa. Villa meletakkan tangannya di pasu bungaa. Kering. Dia membelek daun pokok tersebut. “Kasihan. Kau mesti dahaga kan. Sampai hati mereka tak beri air kat kau.” Villa membuka penutup air mineral yang dibawanya. Dia menyiram pokok itu. Villa tersenyum.


            “Cik bunga kertas!”

            Villa berpaling. Seorang pekerja receptionist lobby memandang ke arah Villa. “Cik bunga kertas, ada call untuk Cik.” Beritahu wanita itu seraya tersenyum.

            Dahi sedikit berkerut. Aku ke? Tapi nama aku Bougainvillea. Villa memandang keadaan sekeliling. Banyak mata-mata memandang ke arahnya. Ada tersenyum dan ada yang ketawa. Villa menundukkan kepala.

            “Cik bunga kertas!” panggil wanita itu sekali lagi.


            Bibir diketap rapat.  Memang sah ,akulah orangnya. Siapa yang buat lawak kat aku pagi-pagi buta ni? Perlahan-lahan Villa bangun menuju ke kaunter. “Terima kasih.” Ucap Villa mengambil telefon dar itu sambil tersenyum. “Hello!”

            “Terkejut ke?”

            “Excuse me! You siapa?” soal Villa. Siapa? Main redah aje cakap. Beritahulah dulu siapa.

            “Projek tak siap. Ada masa pulak nak bercuti. Tak professional betul. Tak payah nak berpura-pura tak kenal suara I.” Raja Awwadi tersenyum. Matanya masih tak berganjak memerhati gelagat Villa di lobi. Kebetulan dia sedang menunggu Tuan Naim. Ada discussion sikit tentang projek joint venture antara mereka. Sejak dari mula lagi, dia memerhati Villa.  Mesti tengah tunggu anak saudara dia.  Dia tersenyum melihat Villa menyiram pokok. Setiap kali nampak pokok, mesti nak siram. Penyakit perempuan ni semakin kritial. Dah tahap empat. Dalam hati , Raja Awwadi ketawa.

            Air muka Villa berubah. Dia kenal siapa pemilik suara itu. “Oooo…Encik Audi rupanya. “ Villa melihat sekeliling. Macam mana mamat ni tahu aku ada di sini? Dia ada di sini ke? Aaahh….menyampah betul.

            “You tengah cari I ke? Baik, tak payah. You ingat I nak tengok muka you ke? Perasaan!” Raja Awwadi ketawa. Suka setiap kali dapat sakitkan hati Villa. “Seronok kan bila jadi you, masih ada masa untuk bercuti sedangkan projek masih belum siap lagi.”

Ganggang telefon digenggam erat. Mendidih darah Villa mendengarnya.  Villa cuba control air mukanya. Dia sedar lelaki itu sedang memerhati gerak gerinya. “ I rasa you ada masalah dengan memori you. It’s okey. I boleh beritahu you sekali lagi. I dah berhenti. B .E. R .H. E. N. T .I.  I dah tunaikan permintaan you. So you mesti gembira kan.  I pun tumpang gembira. Terlalu gembira. Kita dah tak ada kena mengena lagi. I tak payah nak hadap muka you lagi. Hidup I dah tenang. Alhamdulilah. I sangat bersyukur.”  Villa bercakap dengan penuh sopan santun. Kenapa mesti dia yang aku jumpa?Argh rosak percutian aku?  Apa yang aku plan tak menjadi? Kenapa pulak mamat Audi ada di sini? Buat semak saja.

           
            Raja mengetap bibir “Baguslah. Oh ya, I kasihan tengok so I ada job offer untuk you.”

            “Job offer!” Villa terkejut. Tiba-tiba nak tawar aku kerja, dah buang tabiat ke mamat Audi ni.

            “Ya. Chief gardener di resort I. Yelah, you kan suka pokok. Rasa-rasanya pokok-pokok di resort ni suka dekat you. Nampak saja pokok, terus you siram air. I belum lagi jumpa orang yang cintakan alam seperti you. Terlebih prihatin.  Tapi kalau terlebih prihatin tu, kata orang ……ada masalah sikit. Masalah mental. Yalah, you suka sangat bercakap dengan pokok. Pokok-pokok tu faham ke? Boleh jawab soalan you ke? Setahu I, pokok tiada otak, mata, mulut dan telinga. Berbaloi ke? I tak faham dengan you, bunga kertas.”

            “Terima kasih kerana puji I. Tapi offer you tu bunyinya macam tak ikhlas saja. I rasa lebih baik you offer job ni pada orang yang lebih memerlukan. I ada pendapatan sendiri. Duit yang I dapat cukup untuk I sara keluarga I. Terima kasih saja. Terus terang I cakap, I tak sesuai bekerja di bawah you.Cara kita bekerja berbeza. Oh ya, bak kat pepatah berbakti pada tanah, kita dapatlah rasa hasilnya. You faham tak? Eh, I terlupa. Orang business macam you takkan faham. You hanya tahu untung rugi. Celik mata saja nampak duit. Betul tak? Tapi you jangan lupa oksigen yang you bernafas setiap hari datangnya dari pokok. Tumbuhan-tumbuhan di muka bumi ni anugerah Allah Taala, tak kiralah kecil ke besar ke. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan makhluk Allah Taala seperti kita. Kita mesti jaga dan hargai. I tak kisah jika you perlekehkan kerja I tapi jangan perlekehkan mahkluk Allah Taala yang lain. Yang penting sekali, jangan lupa yang kita ada Allah Taala. Ingat tu! Assalammualaikum.” Villa meletakkan telefon dengan kasar. Puas hati aku! Terkejut pekerja receptionist wanita itu.  “Maaf tiba-tiba saja terlepas.” Villa tersengih. “Oh ya, jangan lupa siram pokok di sini.” Pesan Villa seraya tangannya menunding jari di setiap pokok yang ada di lobby.

            “Mak Su, jom.” Sapa Zarina. Dia dan adik-adiknya berdiri di tepi Villa.

            “Finally, dah sampai. Jom cepat, kita dah lambat. Sekarang musim cuti sekolah, takut ramai orang. Tak sempat kita nak naik cabel car. Kempunan Mak Su. ” Villa berjalan menuju ke kereta dan diekori oleh anak-anak saudaranya.



            Raja Awwadi memegang erat telefon bimbitnya dan dibaling ke dinding. Sakit hati. Aku jugak yang makan hati. Eeee..geramnya. Panjang betul dia bagi ketubah kat aku hari ni. “Kau tunggu! Tahulah aku nak ajar kau nanti.” Raja Awwadi melihat Villa bersama anak-anak saudaranya meninggalkan lobby.

            “Boss, kenapa ni?” soal Fairuz. Dia terkejut melihat telefon bimbit milik Raja Awwadu pecah berselerak di lantai. Mengamuk ke? Pasal apa? Nasib baik ni bilik menunggu untuk VVIP. Tiada orang nampak.


            Raja Awwadi hanya mendiamkan diri. Soalan Fairuz tidak dijawab. Dia cuba mengawal perasaan marahnya.


9 comments:

Diana Ismail said...

Adoiii.. xpuas la baca sis. Jln cerita menarik sngat..������

Unknown said...

ahhhhh...setiap hari ku buka blog azimahlily...setiap pagi menjelang pulak tu...tak tunggu dah...alhamdulillah muncul jugak tapi tak puas la....jgn la lama sgt...

Unknown said...

Wahhh ! Makin best ni,next n3 please :D

eija said...

mmg bjodoh sguh dorg nie..

Unknown said...

best nak lagi.

Unknown said...

Owh! Tak cukup...citer ni makin best...sambung lg kak azimah...

wanee said...

ble nk smbg lgi...

Unknown said...

Yesss...akhirnya ada juga apa yg ditunggu. Tapi tak puas bacalah kak Azimah Lily...next n3 harap2 adalah dlm minggu ni juga.

wanee said...

:)

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...