Saturday, July 4, 2015

Tuk Tuk Dia Ketuk Pintu Hatiku.... Bab 1

BAB 1

“Abang! Abang! Bang oiii…..” panggil Hajah Salmiah. Mata meliar mencari kelibat suaminya di halaman rumah  “Abang!” panggil Hajah Salmiah sekali lagi dengan nada suara yang lebih kuat.  Dahi mula berkerut seribu. Mana pulak laki aku ni? Takkanlah tak balik lagi?  “Abang!” jerit Hajah Salmiah sekuat hati.

“Sini!” Tiba-tiba ada suara yang menyahut. Suaranya datang dari belakang rumah. Hajah Salmiah bergegas berjalan menuju ke dapur. Pintu besi dapur dibuka. Hajah Salmiah tersenyum melihat suaminya yang sedang memberi makanan di reban ayam.  Selipar jepun disarung dengan pantas. “Abang!” Langkah diatur mendekati Haji Razali.

“Pasal pa? Suara Miah tu boleh dengar satu kampung, tahu tak!” Pintu reban ayan dikunci. Haji Razali menoleh.

“Abang! Tadi Cikgu Noraini call, abang ingat tak anak Cikgu Noraini yang study kat  Jepun?”

Haji Razali hanya mengangguk. Penyapu lidi yang tersandar di reban ayam diambil . Tangannya ligat menyapu daun-daun kering yang bersepah di luar reban ayam.

“Sekarang ni Lokman dah balik Malaysia selepas sambung PHD di sana.” Beritahu Hajah Salmiah dengan nada suara gembira.

“Ya ka? Baguslah kalau macam tu. Daripada berbakti di negara orang, lebih baik berbakti di tanahair sendiri.”  Cakap Haji Razali acuh tak acuh.

Air muka Hajah Salmiah serta merta berubah masam. Senyuman terus hilang. Rasa geram bila dirinya tak dipedulikan. “Abang dengar tak apa Miah cakap ni?”

Haji Razali mengeluh.  Dia melihat ke arah Hajah Salmiah. Sejak mula lagi dia faham tujuan sebenar isterinya. “Miah! Abang dah bagitau banyak kali, jangan nak pandai-pandai nak jodohkan anak kita  dengan pilihan Miah. Biarlah Liya dengan cara hidup dia. Kalau dah sampai jodoh,  Liya akan kahwin jugak.” Nasihat Haji Razali. Dia tak suka cara isterinya. Asyik-asyik cakap pasal kahwin  Ada saja calon lelaki yang nak dijodohkan kat Liya. Zaman sekarang ni, anak-anak sendiri yang cari pasangan mereka bukannya ibu bapa.

“Itulah abang, suka pandang ringan! Hal anak-anak tak nak ambil tahu langsung, biarkan saja. Abang, Liya tu bukannya muda lagi. Dah umur 28 tahun . Kawan-kawan sebaya Liya semuanya dah kahwin. Zaiton tu anak dah nak masuk no tiga.  Esah yang kahwin tahun lepas pun dah mengandung. Dania anak Kalsom dah nak kahwin hujung minggu ni. Tinggal anak kita saja tak kahwin lagi.” Air muka dah muka berubah keruh. Rasa kecil hati bila niat baiknya disalahertikan.

“Dah nak buat macam mana, jodoh depa berdua tak sampai lagi. Kenapa Miah kalut sangat nak kahwinkan Liya? Kenapa Miah tak cari jodoh untuk Hazri jugak?”

“Hazri tu lelaki. Umur kalau dah 30 lebih pun laku lagi, Miah tak risau. Liya tu perempuan, ada tarikh luput. Apa orang kampung ni akan cakap nanti?  Miah tak tahu nak cakap apa lagi setiap kali orang kampung tanya bila Liya nak kahwin. Malu, abang tahu tak? Nanti orang ingat Liya tu lesbian, asyik kawan dengan perempuan saja. Kawan lelaki tak ada langsung.” Hajah Salmiah meluahkan rasa bimbangnya. Setiap hari memikirkan masa depan anak perempuannya, Nur Hasliya.

“Siapa kata Liya tak ada kawan lelaki? Lah tu kan  lelaki!”

“Abang! Lah tu bukan lelaki tulen!” Hajah Salmiah cuba membetulkan kenyataan suaminya. Dalam kad pengenalan, jantina Lah memanglah lelaki tetapi naluri lebih kepada perempuan. Lemah lembut semacam aku tengok. Hampir nak luruh jantung aku bila tengok cara Lah berjalan, lenggang lenggoknya mengalahkan perempuan di kampung ni.

“Hish, tak baik cakap macam tu. Kecik hati Lah kalau dia dengar. Lembut sikit saja. Pakaian dia tak berubah pun, masih pakai t-shrit dan seluar. Walapun Lah buka butik pengantin kat pekan tu, tak ada pulak dia make up atau ubah penampilan dia macam perempuan. Elok saja abang tengok”

“Lelaki macam tu ada ke perempuan nak kahwin dengan dia?” sinis soalan Hajah Salmiah.

“Miah! Lelaki macam Lah tu perempuan suka. Bila kahwin goyang kaki saja. Tak payah nak memasak dan buat kerja rumah, semua tu Lah boleh buat. Entah-entah nanti ada puteri raja masuk meminang Lah, aaaa…. Kita tak tahu, macam-macam boleh terjadi.” Haji Razali ketawa kecil. Dia sengaja mengusik.

“Abang, jangan nak merepek.”

“Kalau Lah jadi menantu kita, abang setuju.” Usik Haji Razali. Dia suka melihat reaksi air muka Hajah Salmiah berubah merah.

“Abang!” tegah Hajah Salmiah. Dia tak suka bercakap pasal hal ni. Kalau masin mulut tu, tak pasa-pasal Lah tu jadi menantu aku. Eeee… tak nak!

Haji Razali ketawa kuat. “Kalau dah jodoh, kita tak boleh nak buat apa. Terima ja.” Senyuman lebar dibibirnya. Wajahnya Hajah Salmiah dipandang. “Miah! Janganlah paksa Liya lagi. Apa yang berlaku tahun lepas, Miah dah lupa ke? Disebabkan Miah paksa Liya bertunang, Liya lari dari rumah. Miah tak takut ke Liya lari sekali lagi. Entah-entah dia dah tak balik ke sini lagi kalau Miah ulang perkara yang sama.” Ujurnya. Peristiwa tahun lepas masih segar di ingatan, masa hari pertunangan Liya lari dari rumah kerana enggan bertunang dengan lelaki pilihan Hajah Salmiah. Kecoh satu kampung jadinya. Terpaksa majlis pertunangan itu dibatalkan. Sebulan Liya hilang tanpa khabar berita sehinggalah Zaiton beritahu yang Liya ada di Singapura. Dia bekerja di sana. Selepas dipujuk beberapa bulan, barulah Liya setuju untuk balik’

Hajah Salmiah terdiam beberapa saat mengingatkan semula hal yang berlaku. Dia masih belum lupa peristiwa itu. Dah macam orang gila aku jadinya bila tak tahu Liya hilang entah ke mana.  Anak matanya bertemu dengan anak mata suaminya. “Suka hati abanglah! Miah malas nak cakap lagi. Semua salah kita” Bibir dijiuh ke depan tanda merajuk. Dia memulakan langkah untuk masuk ke dalam rumah.

“Mak!” tegur Hazri yang kebetulan baru balik dari kerja. Dia hairan bila tegurannya tidak disambut. Menonong saja ibunya melangkah masuk ke dalam rumah. Hazri menoleh ke arah ayahnya inginkan penjelasan.

“Biasalah, Hazri! Bila tegur sikit, mulalah nak merajuk. Sikit-sikit nak merajuk. Tak habis-habis nak jodohkan Liya. Tak serik-serik!”

“Niat mak tu baik cuma cara saja tak kena.” Hazri tersenyum. Dia sudah masak dengan ibunya. Tak habis-habis topic kahwin.

“Ayah tahu! Tadi masa on the way balik, Hazri ada nampak tak Liya?”

“Tak nampak. Mungkin kat kandang lagi. Sekejap nanti baliklah. Kenapa ayah? Ayah nak Hazri panggilkan ke?”

“Tak yahlah. Hazri kan baru balik. Nanti baliklah tu. Lagipun Bobby pun tak balik lagi.” Penyapu lidi diletakkan semula setelah selesai menyapu. Dah bersih.

“Abah! Rumah sewa tu masih kosong ke?” tanya Hazri. Dia memandang ke arah rumah sewa ayahnya yang terletak sebelahan dengan rumah mereka.

“Belum lagi! Lepas Rahim sekeluarga keluar, rumah tu masih kosong lagi. Pasal pa?”

“Begini ayah, kawan Hazri dari KL baru saja dapat tukar mengajar di UNIMAP. So sekarang ni dia tengah cari rumah nak disewa, Hazri ingat nak suruh dia sewa saja di rumah tu. Boleh tak ayah?”

            “Boleh! Lagipun rumah tu kosong, tak ada orang pun.”

            Hazri tersengih.

            “Bila dia nak mai?”

            “Next week!” jawab Hazri.

            “Kalau macam tu, hujung minggu ni Hazri kena tolong ayah bersihkan rumah tu. Dah dua bulan kosong, mesti banyak habuk.”

            “No problem, ayah! Jom masuk. Dah lewat ni.” Ajak Hazri.

            “Yalah! Jom masuk! Ayah nak kena pujuk isteri kesayangan ayah dulu, nanti tak berasap dapur tu. Kebulur kita nanti.” Haji Razali masih berseloroh.

            Hazri ketawa seraya mengelengkan kepala. Dah jadi rutin harian abah selepas pencen setiap kali mak merajuk. Merajuk manja katakan! Siapa lagi nak pujuk kalau bukan suami sendiri. Langkah mereka berdua diatur menuju ke pintu dapur.



5 comments:

Kim said...

Interesting. Look forward to new update.

naga-mark said...

trimakasih infonya gan,,
sangat menarik,,
mantap,,.

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

wanee said...

ble nak update lagi....

Unknown said...

Kak lily cite nie bila nk sbug..

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...