Saturday, October 3, 2015

Tuk Tuk Di Ketuk Pintu Hatiku Bab 4


           Bab 4

Mulut Liya melopong luas sebaik sahaja pintu rumah sewa dibuka. Liya melangkah masuk. Tuala kecil ditekup di hidung. Banyaknya habuk. Tanpa disuruh, Liya terus membuka semua tingkap agar udara masuk. “Nak bersihkan semuanya hari ni? Sempat ke? Alah… biarlah kawan abang tu bersihkan. Ini bukan kerja sikit, banyak kerja nak kena buat.” Liya bersuara. Betul ke dua bulan rumah ni kosong? Aku rasa macam 20 tahun saja. Tengok tu, habuk berterbangan. Tak elok udara macam ni.

            “Hish… ada ke patut suruh Adli yang bersihkan. Kita kan tuan rumah. Sepatutnya kita bagi service yang terbaik untuk customer. Bersih rumah ni cantik-cantik. Macam ni ke Liya layan customer ? Kalau macam tu, confirm ramai customer Liya lari.”

            “Hello, cik abang oii… .. customer Liya tak pernah lari, bulan ni ja Liya dapat banyak tempahan untuk hari raya korban nanti. 70 ekor lembu, 50 ekor kambing! Cuba abang tengok lembu dan kambing Liya, semuanya gemuk-gemuk. Bukan gemuk lemak tapi gemuk padat dengan daging.  Liya bagi makan sedap-sedap tiap-tiap hari. Quality tu penting. Aaaaaa….. cek kaya lagi tahun ni, alhamdulilah. Amin!” Liya tersengih. Dia bersyukur kerana rezekinya tak henti-henti melimpah.

            “Cis…berlagaklah tu. Tapi tuan dia kurus kering macam lidi. Tiup saja dah melayang.” Hazri mencebik bibir sebelum membawa masuk penyapu dan penyodok sampah. Hmm… banyak kerja jugak ni. Kat atas celiling tu banyak betul sawang, nak kena buang dulu sebelum sapu. Otaknya ligat mengatur kerja yang seterusnya.

            “Liya…. Oooo…. Liya!”

            Liya kaku secara tiba-tiba. Macam ku kenal saja suara tu. Untuk kepastian, Liya bergerak mendekati tingkap dan mengintai dari jauh. Matanya membulat besar melihat Lah yang sedang berbual dengan ayahnya, Haji Razali. Hish… apa pulak mamat ni nak kali ni? Susah hati aku setiap kali dia datang rumah. Takkanlah nak suruh aku jadi model baju pengantin dia lagi kot. Eee… tak naklah aku.  Aku kena lari cepat.

            “Itu Lah kan!” Hazri turut sama mengintai di sebelah Liya.

            Liya menoleh. “Hish… busybody betul.” Jelingan amaran sempat dihadiah pada Hazri. Liya terkejut bila Haji Razali menunjukkan di mana mereka berdua berada sekarang.  Ahhh… parah aku macam ni. Aku kena lari sekarang. Matanya tepat melihat pintu belakang rumah. Liya mula merangkak.

            “Dah buang tabiat agaknya? Kecik-kecik tak nak merangkak tapi bila dah tua bangka  nak merangkak pulak.” Hazri mengelengkan kepala. Rasa pelik melihat Liya yang merangkak di ruang tamu yang lantainya penuh dengan habuk.

            “Hish, diam boleh tak? Kalau Lah tanya, cakap saja Liya tak ada.”

            “Pasal pa pulak? Bergaduh ke? Selalunya kalau jumpa Lah, melompat sampai tak jejak tanah. Ada saja gossip. Hal kat Perlis ni semua Lah tahu. Pasal pa? ” Tanya Hazri hairan.

            “Eeee…. Lah tu datang ada hajat.”

            “Hajat apa? Nak pinang Liya ke?” Hazri terus ketawa terbahak-bahak. Dia tak dapat bayangkan Liya dan Lah bersanding di atas pelamin. Eee… tak sesuai.

            Liya mengetap bibir dan terus bangun berhadapan dengan Hazri. “Not funny, okey! Lah tu asyik suruh Liya jadi model baju pengantin dia. Liya tak naklah. Cukuplah sekali Liya jadi model dia. Tak selesa tau pakai baju pengantin tu. Ada banyak renda dengan labuci. Baju ketat pulak tu. Tak masuk angin langsung. Tudung pulak, macam-macam style. Tiba-tiba saja ada sekuntum bunga ros kat kepala. Macam orang gila, abang tahu tak. Then make up pulak, tebal nak mampus. Boleh join opera cina. Eee…. Tak suka!”

            “Bestffriend hang jugak.”

            “Huh, malas nak cakap dengan abang. Ingat cakap, Liya tak ada.” Pesan Liya yang ingin meloloskan diri sebelum Lah datang.

            Tiba-tiba Hazri tersengih lebih-lebih lagi dengar Lah yang sedang memanggil nama Liya. “Masuklah, Lah! Liya ada kat dalam ni.” Hazri sengaja meninggikan suara agar Lah dengar.

            Air muka Liya berubah serta merta. Cis.. tak guna punya abang! Bukan nak tolong adik, tahu menyusahkan lagi adalah. Eee….  Muka Liya terus masam.

            “Liya!” Tiba-tiba kepala Lah terjonggol di muka pintu sambil tersengih. “Assalammualaikum.”  Lah memberi salam.

            “Waalaikumussalam. Masuklah… Amboi Lah, kuningnya hang hari ni. Baru balik dari istana ke?” usik Hazri.  Dia cuba menahan ketawa melihat penampilan Lah. Dah la kameja kuning lepas tu seluar pun kuning. Kasut jugak kuning. Complete pakej.

            “Hang ni kalau tak perli aku sehari memang tak boleh. Ada- ada saja.” Lah melangkah masuk sambil membetulkan bag warna kuning di bahunya. Dia memandang ke arah Liya. “Liya! Aku …..”

            “Tak mau.” Liya terus mencelah.

            “Tak mau? Tak mau apa?” tanya Lah dengan lembut. Dia terkejut.

            “Dia tak mau jadi model baju pengantin hang.” Hazri jawab bagi pihak Liya.

            “Ooooo… Aku ingat apa tadi! Hang ni takut sangat aku suruh hang jadi model aku. Tak aih …. Patut la hang tak angkat call aku. Tak baik buruk sangka kat aku. Ni aku datang sebab nak bagitau kat hang, kawan aku Man yang dok kat Kuala Perlis tu nak beli 2 ekor kambing hang. Tengok,aku tolong promote business hang tahu dak.  Sampai hati hang buat aku macam ni, kecik hati aku tau. Sedih…..” Cara Lah bercakap ada iramanya sendiri. Tangan diletakkan di dadanya dan bibir dijuih sedikit ke depan. Tanda merajuk. “ Tak palah, aku balik dulu. Ada kawan pun bila senang saja, bila susah tak nak tolong kita. ”

            “Eh!......” Liya berjalan pantas menahan Lah. “Okey! Aku minta maaf. Janganlah merajuk. Okey! Hanglah kawan aku dunia akhirat. Antara hang dengan Ton, hanglah bestfriend aku yang paling cantik. Bergaya! Fashionista kampung ni. Aku bangga hang kawan aku. Sorrylah, lepas ni hang nak suruh buat apa aku buat. Forgive me, okey?” Liya membuat mimic muka comel. Dah macam garfield minta lasangna kat tuannya.

            Lah memandang ke arah lain. Masih merajuk.

            “Please!” Liya bergerak sedikit agar Lah melihat wajahnya. “Okey! Begini aku sanggup jadi model baju pengantin hang kalau hang maafkan aku.”

            “Betul ke?” Tiba-tiba nada  suara Lah berubah. Berminat.

            “Tapi sekali saja.” Tegas Liya.

            “La…. Sekali ja.”

            “Ya.”

            Hazri hanya tersenyum memerhati mereka berdua yang sedang berurusniaga.

            “Tapi …..”

            “Hang ni orang dah bagi betis nak peha pulak. Eee… memang nak kena ni. Kalau macam tu, aku tak naklah jadi model hang.” Liya mengetap bibir. Dah kira baik aku sanggup nak jadi model dia. Kalau tak nak ,sudah.

            “Ala …… okeylah! Sekali pun boleh la.  Okey, aku setuju. Jangan marah aku”  Lah mencuit bahu Liya. Dia pulak pujuk Liya.

            “Ini siapa marah siapa? Tak faham aku dengan hangpa berdua ni.” Hazri mengeleng kepala beberapa kali.  Dia melihat penyapu yang ada di tangan tiba-tiba Hazri mendapat idea.  Dia memandang Lah sambil tersengih. “Lah……” Mendayu suara Hazri memanggil. Kalau ramai yang tolong, cepat habis.

            Liya mengetap bibir. Dah mulalah tu, dah ku agak. “Lah! Baik hang cepat balik, abang aku ni tak boleh tengok orang senang. Adalah tu dia nak bagi kerja kat hang. Baik hang balik siapkan hantaran customer hang tempah tu.”  Liya terus menolak Lah keluar. Dia tak mahu Lah jadi mangsa abangnya. “Nanti hang suruh kawan hang, Man tu … Jumpa aku kat kandang kambing aku. Senang cakap, Whatsapp jalah.”

            “Okey! Aku balik dulu. Ingat janji hang kat aku tu.”

            “Aku ingat la. Balik cepat. Bye!” Liya melambai tangan pada Lah. Kepala digeleng beberapa kali melihat gaya Lah berjalan. Amboi…. Jalan tu mengalahkan mak itik. Macam ada irama aku tengok. Patulah mak selalu tegur Lah berjalan.

Selepas kelibat Lah hilang, Liya mengeluh kuat. Malas aku nak masuk tolong, ikut hati boleh saja aku lari. Tapi aku ni adik yang baik, tak sampai hati nak tengok abang aku buat kerja seorang. Nasib akulah dapat abang cunning macam tu. Eee….geramnya. Liya melangkah masuk melihat Hazri yang sedang menanti dirinya. Penyapu sawang dihulurkan dan disambut dengan kasar oleh Liya.  “Lepas ni jangan harap Liya nak tolong abang.” Liya terus memulakan kerjanya.

            Hazri tersenyum lebar. “ Thank you tapi nak tolong tu kenalah ikhlas.”

            Liya sempat menjegil matanya seraya mulut terkumit-kumit berkata sesuatu. Sabar jerlah …..
          

4 comments:

Unknown said...

Laa klo uma kosong cuci jer terus. Abis cite. Kaya lah liya thn nie rmai btl org order lembu kmbing..

Sbung lg ye kak lily

Kim said...

Best nak lagi. Please sambung

Unknown said...

Sambung lg kak lily....

Unknown said...

Sambung lg kak lily....

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...