Monday, September 3, 2018

Trip To Singapore 2018 (Last Day)


Day 4.


Hari ini terakhir kami di Singapore. Sedihnya ….  Dah nak balik. Kami bangun awal. Tengok kot tingkap, still hujan lagi. Dah lepas sembahyang subuh, kami pun lepak sambil tengok film kat TV. Pukul 7 pagi, kami dah turun breakfast. Hujan masih tak berhenti lagi. Sejuk! Kami naik semula ke hotel dan ambil barang. Lagipun adik dah call Grab. Pukul 7.45 pagi, kami dah check out. Uncle Grab pun dah sampai. Kami gerak ke Changi Airport. Uncle Grab tu memang ramah. Bercakap tak henti-henti. Hahaha…


My Mak Su tengah selfie sakan... Hahaha...


Kami turun di Terminal 2. Kami terus gerak ke Transitlink Ticket Office  sebab kami nak refund balik Tourist Pass. Dapat la SGD 10 balik.  Kalau nak buat kenangan,  tak payah bagi balik. Hehehe …Kami pun jalan-jalan kat area Terminal 2. Ramai orang jugak kat sini. Kami round tengok kedai la …. Tengok-tengok jer … Tak beli pun. Kat Terminal 2, ada jugak tempat menarik nak ambil gambar. Kami lepak kat sini sampai pukul 9 pagi. Kami pun gerak nak ambil bus ke Terminal 4.

Tiba-tiba bunga ini menarik perhatian ku .... Hahaha...


Tibanya di Terminal 4, tiba-tiba rasa lapar. Kami singgah kat Ma Mum. Jangan risau, Ma Mum ni halal. Diiktiraf okey …Orang pun tak ramai. Teringat pulak orang dok cakap wajib try Roti Kaya Singapore. Ada pulak set. Apa lagi kami pun makan kat situ. Cepat jer service dia.  Tunggu sekejap, makanan dah siap. Sekaya Singapore warna putih.  Sedap jugak.  Adik try Laksa Singapore. Dia kata sedap. Kami duduk sembang kat situ dulu. Kat sini, MCD dan Texas Chicken pun halal.

Laksa Singapore ....


Dah kenyang, kami pun gerak ke Departure Hall. Well …. Kat sini mencabar sikit. Semuanya computerized. Tapi jangan bimbang, ada staff airport yang bantu. Scan passport lepas tu letak ibu jari kita. Dah lepas, kena pi bahagian security check. Kalau pakai sweater, kena buka. Air mineral water pun tak boleh bawa masuk.

Kami pun gerak ke tempat menunggu. Tempat dia pulak macam kat shopping mall. Nampak mewah. Banyak kerusi dan sofa. Kat sini ada macam-macam, saya tak sempat nak round kat sini. Sini pun banyak kedai nak shopping, nak kata murah. Boleh la. Kat sini, kalau nak makan pun ada. Kalau tak silap, ada Texas Chicken. Kalau ada masa boleh la makan. Kami duduk di ruang menunggu. Ada masa 45 minit sebelum boarding. Orang semakin ramai kat Gate. Saya pun pergi toilet awal-awal. Masuk toilet dia, wahhh…. Memang wow! Memang cantik giler …. Nampak mewah toilet dia. Hahaha….. Ada bunga orkid lagi. Toilet pun canggih. Kalau nak tahu canggih macam mana … Mai la sini. Hahaha….. Saya keluar  toilet saja kapal terbang dah sampai. Saya pun keluarkan passport dan ticket. Nanti masuk, kat gate kita kena sekali lagi scan ticket. Dah masuk flight, memang dah lega. Saya duduk tepi tingkap lagi. Hahaha…. Adik dan makcik pulak kat seat lain. Kami berpecah. Kali ini, flight asyik bergegar saja. Cuak jugak. Nasib baik sekejap saja.

Kami sampai kat Penang Airport. Cuaca cerah. Ramai jugak pelancong asing datang ke Penang. Beratur panjang kat immigration. Kami keluar saja, mak ayah dah pun sampai. Sekian saja, trip saya ke Singapore tahun ini. Insya Allah, ada peluang kami akan pergi lagi.   XOXO …

Foto Cinta Bab 6


Bab 6

            Ikwan melangkah masuk ke ruang dapur dan melihat beberapa pembantu rumah lain sedang sibuk siapkan sarapan. Dia baru saja bangun tidur. Rambut dibiarkan berserabut. Mata masih belum dibuka sepenuhnya.  “Mak Bedah! Masak apa hari ni?”

            “Nasi lemak!” jawab Mak Bedah yang dah hampir tiga puluh tahun berkerja di rumah Tan Sri Isa.

            “Hmm… sedapnya! Tak sabar nak makan.” Bibir digigit beberapa kali. Perut diusap sebagai isyarat lapar. Masakkan Mak Bedah memang sedap. Tak ada siapa dapat lawan masakan Mak Bedah.

            “Ikwan pergi tidur dulu, dah masak nanti Mak Bedah kejutkan. Subuh tadi baru Ikwan balik kan?” Selepas sembahyang subuh, dia dengar Ikwan balik. Mesti ada operasi malam tadi.

            “Tak boleh. Lepas makan baru Ikwan boleh tidur. Ikwan sanggup tunggu.” Ikwan tersengih sehingga menampakkan barisan gigi yang putih teratur.

            “Sayang …….”

            Air muka Ikwan berubah mendengar suara Wilma. Wajah diraup dengan kasar.

            “Sayang … Kat sini you rupanya. Jom breakfast! I lapar la. I baru balik dari Paris terus I datang sini. I miss you so much sayang ….” Dia terus memegang lengan Ikwan tanpa segan silu dengan kehadiran Mak Bedah dan  dua orang pembantu rumah yang ada di situ.

            Ikwan menepis tangan Wilma. “Apa sayang-sayang! Wilma, kita dah breakup. You minta putus kan! So tak payah nak panggil I sayang! Geli I dengar. Kalau nak bersayang sangat, tu ah … mana model Itali yang you tergila-gila sangat tu? Pergilah bersayang dengan dia.” Wajah Ikwan serius. Dia betul-betul malas nak layan kerenah Wilma. Selama aku berkawan dengan Wilma, aku banyak beralah. Apa dia nak aku ikut? Tapi apa aku dapat? Selalu sangat Wilma berlaku curang di belakang aku. Bila dia bosan dengan boyfriend baru dia, dia akan balik semula dengan aku. Kali ini jangan haraplah.

            “Sayang! Janganlah macam tu! I’m so sorry okey! Lepas ini I takkan buat lagi. I akan setia dengan you seorang. Promise. I love you, you know that!” Wilma tersenyum manja. Dia cuba dekati Ikwan.

            Ikwan sempat mengelak. “Setia! You tahu ke nak setia?  Selama ini I sabar dengan perangai you sebab tok ayah tapi sekarang ini tak lagi. You cari saja lelaki lain. Sebab sekarang ni I dah ada girlfriend. I hanya cintakan dia seorang saja.  So lebih baik you balik.”

            “Sayang! You tak boleh buat I macam ni. Siapa girlfriend baru you tu? Tell me?” Wilma mula naik angin. Dia terkejut bila Ikwan mengaku yang dia sudah ada girlfriend.

            “Suka hati I lah … Baik you balik, Wilma. I tak larat nak layan perangai you. Baik I naik atas, tidur balik.” Ikwan mula melangkah tinggalkan dapur. Rasa lapar terus hilang bila tengok muka Wilma.

            “Ikwan!” Wilma cuba kejar tapi dihalang oleh Mak Bedah.

            “Cik Wilma! Ikwan baru saja balik pagi tadi. Lagipun Ikwan tak tidur lagi. Mak Bedah rasa lebih baik Cik Wilma balik dulu, esok Cik Wilma datang lagi.” Nasihat Mak Bedah. Dia tak mahu Wilma buat kecoh di sini lebih-lebih lagi Tan Sri Isa ada di atas.

            “Mak Bedah! Jangan nak masuk campur. Mak Bedah kena ingat Mak Bedah tu orang gaji kat sini.” Marah Wilma. Matanya bulat merenung Mak Bedah.

            “Siapa yang bising-bising pagi ni?”  Tan Sri Isa melangkah masuk dengan wajah serius. Pandangannya tepat ke arah Wilma. Dari jauh dia dapat dengar suara Wilma.

            “Tok ayah! Ada ke patut Mak Bedah halau Wilma balik?” Wilma terus dekati Tan Sri Isa dan mengadu. Pasti Mak Bedah kena marah nanti. Siapa suruh cari pasal dengan aku?

            “Wilma! Pagi-pagi buta kamu datang sini buat apa? Kamu tak ada rumah ke? Pergi balik cepat!”

            Wilma terkejut besar bila Tan Sri Isa cakap seperti itu. “Tok ayah!” Bulat biji mata Wilma.

            “Wilma! Kamu datang sini nak pujuk Ikwan baik semula dengan kamu kan, tak payahlah. Tok ayah tak setuju. Kali ni dah kali berapa kamu berdua break up. Tok ayah tak mahu tengok Ikwan bersedih lagi. Kamu ingat Ikwan tak ada perasaan ke?” tegur Tan Sri Isa. Dia tak boleh biarkan Wilma buat sesuka hati kat Ikwan. Nak kena tegur jugak anak tunggal Khalid ni! Dia merajuk ke nanti, biarlah. Nak jaga hati dia sampai bila?

            “Tok ayah! Sampai hati tok ayah cakap macam tu kat Wilma.” Mata Wilma mula berair. Belum pernah Tok ayah cakap begini kat aku! “Tok ayah memang tak sayang kat Wilma lagi.” Kata Wilma sebelum berlalu pergi seraya menangis.

            “Tan Sri tak apa ke?” Mak Bedah bersuara. Dari tadi dia hanya diamkan diri saja dan memerhati. Dia terkejut jugak bila Tan Sri Isa tegur Wilma sedangkan selama ini apa Wilma buat dibiarkan saja. Wilma tu dah dianggap seperti cucu sendiri. Cucu sendiri pula dibuang jauh-jauh. Tiba-tiba Mak Bedah teringatkan Jasmin. Apa Jasmin buat sekarang ni? Dalam hati, Mak Bedah mengeluh.

            “Biarlah! Suka hati dia nak merajuk sampai bila. Malas aku nak layan. Bedah, aku akan pergi Jakarta tiga hari. Hari tu kamu cakap nak pergi rumah anak kamu kat JB kan. Aku bagi kamu cuti seminggu. Pergilah sana. Lagipun dah lama kamu tak cuti kan.” Kata Tan Sri Isa. Dia bagi kebenaran untuk Mak Bedah bercuti. Hampir 30 tahun, Mak Bedah bekerja di sini. Prestasi kerja memang bagus.

            “Terima kasih, Tan Sri!” ucap Mak Bedah. Dia tersenyum lebar.

            “Hari ini aku nak breakfast kat taman. Kamu bawa makanan kat sana nanti.” Beritahu Tan Sri Isa sebelum berlalu pergi dengan membawa suratkhabar bersamanya.


                                                ************************

            “Mama ….. “ jerit Wilma sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah. Sepanjang perjalanan tadi Wilma tak henti-henti menangis. “Mama!” jerit Wilma sekali lagi dengan lebih kuat.

            “What! Apa halnya ni?” Datin Riza yang tadi ada di dapur terus bergegas ke ruang tamu bila mendengar suara anak tunggal kesayangannya. Dia sedang siapkan breakfast bersama orang gaji di dapur “Wilma, kenapa ni?” tanya Datin Riza. Dia terus memegang tangan Wilma. Risau melihat Wilma yang menangis teresak-esak.

            “Tok ayah!” Wilma mula mengadu. Perangai tak ubah seperti budak kecil. Wilma mengesat air mata dan masih ada sisa-sia tangisan di hujung suara. “ Tok ayah! Tok ayah tak bagi Wilma baik semula dengan Ikwan.”

            Datin Riza mengeluh dengan perlahan-lahan. Tangan anaknya dilepaskan. Kepala digeleng beberapa kali. “Hmm… Mama ingatkan apalah tadi. Bagus jugaklah Wilma tak baik semula dengan Ikwan. Lagipun mama tak berkenaan langsung Ikwan tu. Inspektor polis jer! Mampu ke dia nak tanggung Wilma nanti. Cukup ke gaji Ikwan tu. Entah-entah handbag LV Wilma tu lebih mahal dari gaji Ikwan.” Sejak dari dulu lagi Datin Riza memang tak suka dengan Ikwan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi. Ikwan memang tak sesuai dengan anak aku. Malu aku nak kenalkan kat kawan aku nanti. Entah apa yang Wilma suka sangat dekat Ikwan tu aku pun tak tahu.

            “Mama! Mama sama saja dengan Tok ayah!” Tangisan yang hampir reda kembali kuat.

            “Kali ini apa pulak, Wilma? Pagi-pagi dah dengar suara, kenapa menangis ni?” Dato’ Khalid menuruni anak tangga satu persatu. Kot baju dibetulkan. Dari atas lagi dah dengar suara Wilma. Dia terkejut melihat wajah Wilma yang comot disebabkan make up yang dipakainya. Dah macam panda jadinya.

            “Abang tengoklah anak kesayangan abang ni. Macamlah dah tak ada orang lain kat Malaysia ni nak dibuat boyfriend. Desperate sangat nak dekat Ikwan tu! Entah dari mana asal usul dia pun, kita tak tahu.”

            “Mama! Ikwan tu cucu angkat tok ayah. Semua harta tok ayah termasuk syarikat akan jatuh di tangan Ikwan. “ Wilma cuba pertahankan Ikwan. Mama memang dari dulu lagi tak sukakan Ikwan. Ada saja salah Ikwan dicarinya. Mama suka kalau aku breakup dengan Ikwan. Dialah orang yang paling gembira.

            “Cucu angkat saja bukan cucu kandung pun. Kalau Si Jasmin tu balik, pasti semuanya akan jadi milik dia.” Kata Datin Riza.

            Dato Khalid ketawa dengan kuat. “Jasmin! Dah lama tak dengar nama tu. Budak sial tu takkan balik. Kalau balik pun, Uncle akan halau dia ke luar negara. Dia kan bawa sial dalam family uncle. Kalau dia nak balik, dah lama dia balik. Budak sial tu takkan jejakkan kaki di Malaysia lagi. Dan … semua harta dan DB Group akan jadi milik abang satu hari nanti sebab abang yang bangunkan syarikat bersama-sama dengan uncle selama ini. Banyak jasa abang dalam syarikat tu.”

            Datin Riza mengeluh. Sikap suaminya tak pernah berubah. Masih mengharapkan yang harta dan syarikat Uncle Isa.

            Wilma mengetap bibir memerhati gelagat bapanya.  Sakit hati bila dirinya tak dipedulikan. “ Papa! Tak habis-habis dengan DB Group. Anak sendiri ada masalah buat tak tahu saja. Mama Papa sama saja dengan Tok ayah , tak sayangkan Wilma.” Wilma merajuk dan terus mendaki anak tangga sambil kaki dihentak kuat tanda marah.

            “Tengok tu! Aii… apa nak jadi dengan budak ni?”  kata Datin Riza. Semakin menjadi-jadi perangai Wilma, langsung tak hormat mereka berdua.

            “Biarlah, sayang! Nanti eloklah. Macamlah sayang tak kenal perangai Wilma tu. Dah jumpa lelaki lain, dia lupalah Ikwan tu nanti. Jom makan! Abang dah lapar.”  Ajak Dato Khalid. Tangannya melingkari pinggang Datin Riza yang dah 27 tahun menjadi isterinya. Mereka berdua berjalan ke dapur sambil berbual dan diiringi dengan ketawa.



Thursday, August 2, 2018

Trip To Singapore (Day 3)



Day 3

Good morning….. Perjalanan kami yang seterusnya … Garden By The Bay. Disebabkan kami tidur awal, pukul 4.30 pagi, kami dah bangun. Hahaha…. Mata terus terbuka luas. Tengok film kat TV sementara tunggu azan Subuh.  Tepat pukul 7 pagi, kami dah turun breakfast. Kami bertiga makan roti canai. Cuaca nampak mendung. Sejuk sikit pulak tu.

 Laluan ke Garden Bay The Bays


Selesai saja makan, kami terus gerak ke Paya Lebar station. Kali ini dah tak payah tengok map. Kami dah champion, hahaha….  Naik MRT ke Marina Bay Sands dan turun di Bayfront Station. Tempat yang sama kami pergi hari itu. Keluar saja dari Bayfront Station,  cuaca dah mula gelap. Nampak awan hitam dah mula bergerak. Kami pun bergerak ke Flower Dome. Kami rehat sekejap di Taman Cina. Ambil gambar sana sini. Lagipun Flower Dome buka pukul 9 pagi. So releks dulu dan tengok pemandangan di situ.  Walaupun belum pukul 9, dah ada orang beratur. Kami pun apa lagi …sama-sama beratur.

Rasa macam nak bawak balik bunga Orkid ni ... Hehehe

Alice tengok apa tu ...?

Letak kat halaman rumah mesti cantik kan ...

Tepat pukul 9 pagi, Flower dome dah buka. Kami pun masuk …. Masya- Allah, cantiknya tempat dia. Banyak betul bunga dia …. Ada macam-macam jenis taman di sini. Kami pergi ke Succulent Garden dan The Baobabs. Area sini banyak pokok cactus. Macam-macam spesis ada. Duri kecik la, duri besar pun ada. Yang tak pernah tengok pun ada. Kami gerak ke Australian Garden. Hmm… Tak ada bunga. Mungkin bukan musim dia kot. Kami pi pulak ke South American Garden dan South African Garden. Kat sini banyak bunga …. Cantik-cantik. Rasa macam nak petik tapi …. Dilarang petik yer… Tengok jer. Kami gerak ke Californian Garden dan Mediterranean Garden. Sini memang cantik …..Terpukau bila tengok banyak bunga. Rasa-rasanya kat sini, berpuluh-puluh gambar saya ambil . Hahaha….  Adik saya dah hilang entah ke mana. Mak cik pulak dok selfie dengan bunga. Saya pulak dok tengok bunga kerjanya …Hehehe…


Australian Garden ... Ini jer yang ada bunga



Pokok Zaitun...







Saya tiba di Olive Grove. Adik saya panggil dan tunjuk pokok zaitun macam mana.  Besar giler pokok dia. Kat sini jugak ada rose garden. Ramai orang bergambar kat situ. Saya pun jalan sehingga ke flower field. Jeng jeng –jeng… Kat sini bunga berubah ikut musim. Waktu saya pergi musim orkid. Penuh dengan pelbagai spesis bunga orkid. Macam-macam color ada. Macam-macam bentuk ada. Yang tak pernah tengok pun ada.  Aaa…. Time cousin pi bulan April, musim tulips…. Kalau nak tengok bunga Tulip, datanglah bulan 4 yer. Oh ya, lupa nak beritahu. Sebelum datang sini check dulu tarikh sebab dalam sebulan ada satu hari flower dome ditutup.  Check dulu tau. Nanti rugi.

Cloud Forest- Waterfall

cantik kan ...



Kami pun keluar dari Flower Dome.  Kami keluar terus masuk Gift shop. Kat sini …. Seriously, barang-barang dia memang menarik dan comel.  Tempat luas pulak tu. Ikut hati nak belek satu persatu tapi hold dulu sebab kami nak masuk Cloud forest pulak. Keluar jer, belok kanan. Ada ada staff jaga, bagi ticket terus masuk.  Dari luar dah nampak waterfalls tu. Masuk jer terus kami rasa sejuk. Wah … tinggi betul air terjun tu. Ramai orang cuba ambil gambar dekat air terjun tu tapi tak boleh sebab baru nak dekat jer … dah basah kuyup. Nak tergelak jugak tengok gelagat pelancong dari China. Walaupun basah still nak ambil gambar jugak. Kami teruskan perjalanan ke Lost World. Naik lif yer …. Jangan risau. Keluar dari lif, jumpalah Lost World. Banyak tumbuhan rare kat sini. Bunga pun bunga rare…. Rasa macam kat Amazon pun ada.  Kami turun melalui Cloud Walk. Ala-ala jambatan …. Ada mist lagi. Kami turun ke Crystal Moutain. Kami berjalan melalui Treetop Walk. Wahhh…. Kat sini, wajib dongak ke atas. Memang cantik. Tengok bawah pun boleh. Siapa yang gayat, jangan tengok bawah pulak.  Hahaha…






Kami  turun ke bawah melalui escalator. Tingkat bawah ada Cloud Forest Gallery. Ada info pasal Cloud Forest.  Ada juga sudut nak tengok video. Tapi kami teruskan perjalanan. Garden kat sini pun cantik jugak. Nak cerita macam mana yer …. Garden kat situ ala-ala macam fairytales …  Kat sini lagi sejuk. Dah puas ambil gambar. Kami pun keluar melalui gift shop yang sama. Mulalah shopping apa yang patut. Kat Garden By The Bay ada dua gift shop. Memang wajib masuk. Cuci mata jer pun boleh. Hahaha…

Kami keluar saja terkejut tengok awan semakin gelap.  Asalnya kami nak round sekitar situ. Banyak lagi taman-taman yang ada di sana.  Ada Malay Garden, Indian Garden, Chinese Garden, Colonial Garden, Silver Garden dan banyak lagilah …. Semua free.  Kalau tak hujan, kami dah round sini. Kami pun gerak ke Bayfront station.  Adik nak beli air di 7 Eleven. Kebetulan 7 Eleven  dekat dengan entrance The Shopee Marina Bay Sands.  Saya dan Mak Cik pun masuk la …. Memang besar giler …. Siap ada boat ride kat sini. Ala-ala macam kat Venice. Banyak brand berjenama kat sini.  Wah … ada sale pulak itu.  Kalau tak silap saya, bulan 7 selalunya ada mega sale di Singapore. Sesiapa yang ratu shopping ni, boleh la datang sini. Bawak duit lebih sikit. Hahaha….

The Shopee Marina Bay Sands..

Kami pun naik MRT ke Farrer Park Station. Kami nak ke Mustafa Centre. Kat situ barang-barang murah. Nak beli gift kat kawan. Kami naik MRT ke Dhoby Ghaut station. Kami turun di situ dan naik pulak MRT  ke Punggol Station.  Turun kat Farrer Park Station.  Naik escalator dan kami keluar  melalui Park Hotel Farrer Park. Kami belok kanan dan jumpa traffic light dan lintas. Kami belok kanan lagi dan jumpa kedai buah. Kami jalan lagi … terus saja dan belok kiri. Dari situ dah boleh nampak Mustafa Centre. Memang besar. Dari MRT station, tak sampai 10 minit pun.  Kami pun masuk. Wah…. Dah nampak jam-jam berjenama di situ. Brand apa semua ada. Murah pulak tu … Duit Singapore memang murah, convert duit Malaysia …. Aduhai  saleha jawabnya … Hahaha …. Tempat luas tapi lorong memang sempat sebab terlalu banyak barang. Kadang-kadang tu  sampai terlanggar. Hahaha…. So nak ambil barang, cepat-cepat capai. Kalau tak …boleh jadi, traffic jam.  Di sini ada banyak barang … dari pakaian lelaki hingga ke pakaian perempuan.  Makanan pun ada. Chocolate pun ada. Kat sini perfume pun banyak … Pilih jer. Saya beli keychain Singapore. 5pcs 2.90 SGD. Murah kan. Fridge magnet pulak 3 pcs 6.90 SGD. Boleh la beli.  Kenang-kenangan kan …. Orang semakin ramai. Kami pun gerak keluar lagipun dah petang …  Kami balik semula ke Farrer Park Station.

Sampai sahaja di hotel, kami pun berehat dan mula kemas barang. Esok flight kami pukul 12.50 tghari.  Hujan mula lebat turun. Kami turun beli makanan. Disebabkan kami selalu beli kat situ, orang kedai makan tu dah kenal kami. Kami pun try beli rojak bandung.  Mak oii… banyak betul. Menimbun bahan-bahan dia. Hmm…rojak bandung ni macam sotong kangkung penang cuma di Singapore ada nenas. Sedap.  Dah selesai makan … dah selesai packing barang. Kami pun tidur awal. Hujan pulak turun tak henti-henti. Harap-harap esok cuaca cerah.  Penang! We’re coming home! Hehehe…

Dia Helena Isabella Bab 3


BAB 3

            Sudah hampir dua jam, Helena duduk di dalam bilik pejabat. Fokus hanya pada kerjanya. Banyak kerja menimbun di atas meja. Baru pergi seminggu, dah penuh satu meja. Agaknya sebulan aku bercuti, alamatnya memang tak nampak meja. Banyak surat yang perlu dibaca. Ada jugak document yang nak kena disemak. Ada pulak report yang nak kena buat. Kerja jadi Assistant Project Manager bukannya senang, berlambak tanggungjawab yang nak dipikul. Orang kata jadi boss goyang kaki saja, cakap memanglah senang.  Orang yang kena nilah yang rasa pahit manisnya. Jadi main contractor bukannya mudah.  Nak layan kerenah client! Nak layan kerenah consultant lagi! Aaaa… kerenah subcon  pun nak kena hadap. Macam-macam ragamlah. Sekarang ni, jawatan QA/QC enginner aku pegang buat sementara waktu. Workload aku memang bertambah jawabnya.  Aku selalu berdoa supaya jawatan tu cepat diisi, kurang sikit bebanan kerja aku.

            “Tuk! Tuk! Tuk!” Miza tersengih.

            “Masuklah. Cepatnya kau balik. Kata nak visit site?”

            “Nak hujan. So cepat-cepatlah aku balik. Ni kunci kereta kau.” Kunci kereta Toyota Hilux diletakkan di atas meja Helena.

            “Bila company nak bagi aku kereta? Dah nak dekat enam bulan. Masa offer job kat sini, macam-macam janji. Kalau aku nak bulan bintang, mesti boleh. Dah janji kan. Sekarang habuk pun tak dak!”

            “Kereta aku kan ada. Itu pun kereta company.”

            “Kalau tiba-tiba kita nak guna kereta time tu jugak macam mana?”

            “Hish… kau ni banyak songeh betul. Dah banyak kali kan aku suruh call Mrs Liew. Tanya dia …. Call banyak kali sampai dia menyampah dengar suara kau. Confirm kau dapat kereta.”

            “Alah…. Helena, kau tolonglah aku. Kau staff kesayangan Mr Ang. Kau cakap mesti Mr Ang tolong.” Miza mulakan titiknya.

            “Banyak cantik muka kau. Kau yang nak kereta tu kan, kau usahalah.”

            “Hish…. Berkira kau ni! Kedekut kalau bab tolong ni.”

            “Ehhh… Kau jangan lupa, siapa yang tolong kau up gaji kau ….” Helena mengingatkan.

            “Tahu …. Nanti aku call Mrs Liew.”

            “Bagus!”

            Tiba-tiba telefon bimbit Helena berbunyi. “Morning, Mr Lee… Yes. Hmmm… Yes….Okey. Bye.” Helena terus menamatkan talian.

            “Mr Lee consultant ke?”

            “Yer….”

            “Nak apa?”

            “Nak apa lagi, jumpa akulah.” Helena terus bangun. Telefon bimbit dimasukkan dalam poket seluar jeans.

            “Ini mesti nak introduce kat kau staff baru dia.” Teka Miza.

            “Dah! Dah! Keluar cepat. Aku nak keluar ni.” Helena menarik tangan Miza agar bangun.

            “Tapi kau jangan lupa tau, kita lunch sama-sama.” Miza ingatkan Helena.

            “Iye… siapa lagi aku nak keluar makan selain kau. Kat sini staff perempuan kita bertiga saja. Si Saloma keluar makan dengan tunang dia. Tinggal aku dengan kau saja.”

            “Mana nak tahu kut kut … Mr Lee nak belanja kau.”

            Helena tertawa. Geli hati dengar. “Eh…. Macamlah kau tak kenal perangai Mr Lee. Jangan harap dia nak belanja. Aku jugak nak kena keluar duit nanti belanja dia. Cepatlah keluar. Nanti aku lewat.” Helena terus menarik Miza keluar dan pintu bilik ditutup.

                                    *******************************
            Helena membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Lagipun site office consultant bukanlah jauh sangat. Bersebelahan saja cuma amik masa dua minit saja. Boleh kira exercise jugak. Udara pun nyaman. Maklumlah suasana kampung. Awan pulak mendung.

            Pintu bilik yang terdapat nama Mr Lee Tan diketuk. Terdengar suara Mr Lee menyuruh dia masuk. Tombol pintu dipulas.

            Morning, Mr Lee.” Helena tersenyum sebaik saja masuk.

            “Helena! Masuklah. I nak kenalkan you dengan staff baru I.”

            Pandangan Helena beralih ke arah lelaki yang duduk di hadapan Mr Lee.

            Lelaki itu menoleh dan tersenyum secara tiba-tiba. “Is that you, Helena? What a small world? Long time no see.”  Lelaki itu terus bangun.

            “Syafiq, you kenal Helena ke?” tanya Mr Lee dengan nada suara terkejut.

            Badan Helena terus kaku. Dia terkejut melihat Syafiq. Tak sangka jumpa di sini. Tak sangka pulak kerja di tempat yang sama. Eeee… Aku harap sangat aku tak jumpa kau sampai bila-bila. Punyalah besar negara Malaysia ni, kat sini jugak aku nak hadap muka kau. Darah Helena tengah mendidih sekarang ini.

            “Kami study kat Singapore sama-sama.” Jawab Syafiq.

            “Kami tak rapat sangat. En Syafiq just senior I masa study dulu.” Cepat-cepat Helena mencelah sebelum ada info Syafiq tokok tambah nanti.

            Air muka Syafiq terus berubah. Dia terkejut dengar kata-kata Helena.

            “Baguslah kalau macam tu. Senang you all berurusan nanti. Syafiq, Helena ni Assistant Project Manager main con kita. Kiranya Helena ni bos ketiga di ofis dia. Kalau Mr Ang dan Mr Lai tak ada, you boleh refer through Helena. Kalau dah kenal, tak masalah kan. So Helena, come join us for lunch?” ajak Mr Lee.

            “Aaaa… Sorry, Mr Lee. I ada hal kat site. Next time, Mr Lee? Rain check maybe!” tipu Helena.

            “Oooo… I see! It’s okey next time! Tapi you kena belanja kami nanti.”

            Of course, I akan belanja. So….” Helena berpura-pura melihat jam tangan kononnya dia sudah terlambat. “I pergi dulu.” Helena segera minta diri dan terus keluar. Sebaik saja keluar, wajah bertukar masam. Langkah diatur laju seperti ribut. Pintu office consultant ditolak dengan kasar.

            Helena dengar namanya dipanggil beberapa kali namun dibiarkan saja seolah-olah tak dengar. Tak sanggup rasanya nak hadap muka lelaki itu. Benci! Helena terkejut apabila tangan kirinya dipegang.

            Don’t touch me!” jerkah Helena. Dipandang wajah Syafiq dengan wajah garang.

            “Okey! Okey! I’m so sorry.” Syafiq mengangkat kedua-dua tangan. Dia sedar kesalahan dia. “I panggil you banyak kali tapi you tak dengar.”

            “Memang aku sengaja tak dengar ,so what! Hey, kau dengar sini baik-baik. Tak payah nak beramah mesra dengan aku, aku tak suka. Sekarang ini aku ni kita berdua professional, buat kerja masing-masing. Anggap saja kita tak pernah kenal.” Awal-awal lagi Helena memberi amaran. Dia tak mahu semua orang di sini tahu pasal hubungan mereka.

            “Dah lapan tahun, you masih marahkan I lagi ke?”

            “Arghhh… tak kisahlah berapa tahun pun, kau ingat aku senang-senang boleh lupa apa kau dah buat kat aku. Aku ingat sampai mati.”

            “Helena, you dah banyak berubah.” Syafiq nampak perubahan Helena. Memang drastik. Dulu Helena lemah lembut orangnya. Jarang Helena marah, inikan pula nak tinggikan suara.

            Of course. Kau ingat aku masih Helena yang sama ke? Senang ditipu! Senang diperbodohkan! No way, cukuplah sekali. Sekarang ini mata aku dah terbuka luas. Aku dah tahu menilai siapa yang benar-benar ikhlas nak kawan dengan aku. So…. Aku hidup dengan cara aku, kau hidup dengan cara kau. Boleh kan!”

            Belum sempat Syafiq menjawab, mereka berdua dikejutkan dengan bunyi hon. Sebuah kereta Toyota Hilux berhenti tak jauh dari mereka.

            Helena menoleh. Dia melambai ke arah Miza. Bagus, tepat pada masanya. “ Got to go! Not nice seeing you.” Helena mendengus kuat. Dia terus berlalu tinggalkan Syafiq.

            Sebaik saja masuk ke dalam kereta, Miza menoleh. Dia nampak apa yang berlaku tadi. Berdasarkan gaya mereka, mereka seperti sedang bergaduh. Mustahil, mereka kan baru kenal. Baru saja Miza ingin membuka mulut, terlebih dulu Helena bersuara.

            “Nantilah…. Balik nanti aku cerita. Sekarang ni mood aku tak baik. Jom makan. Aku nak kau bawa aku tempat makan yang paling sedap. Aku belanja kau.”  Kata Miza dan terus pejam mata. Dia perlu tenangkan perasaan dia.

            Miza terdiam dan terus memandu. Dia tak berani  bersuara lagi. Air muka Helena dah jelaskan semuanya. Memang mood Helena tak elok. Kalau tak elok, mesti dia nak makan. Katanya itu saja cara nak hilangkan stress. Mujurlah badan dok kurus macam tu. Mulut aku ni rasa gatal nak bertanya, aku dapat rasa mereka berdua kenal sebelum ni. Siapa Syafiq dalam hidup Helena?  Misteri ni! Sesekali mata Miza memandang ke arah Helena.


CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...