Tuesday, January 24, 2012

Siapa Orang Gajiku? Bab 24

BAB 24

            Dahi Zetty berkerut melihat Sofea tersenyum lebar sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Zetty hairan.
            “happy nampak!”
            “Mestilah.”
            ‘Ada sesuatu yang berlaku ke?” Zetty ingin tahu.
            Sofea masih tersenyum lebar.
            “Langkah pertama aku telah berjaya.”Hari ini dia sangat gembira. Langkah pertamanya telah berjaya,
            “Langkah apa?”
            “Aku dah jumpa ibu Haikal.”
            “Apa! Kau jumpa ibu Haikal?” Zetty terkejut. Selepas apa yang berlaku, Sofea masih berani berhadapan dengan Tengku Fazira.
            “Ya. Plan aku untuk mendekati Haikal semakin berjaya. Aku yakin pasti auntie akan menolong aku.” Sofea tersenyum lebar. Dia tak sangka Tengku Fazira terpedaya dengan lakonanya.
            “Aku tak faham, Sofea.”
            “Aku telah jelaskan segala-galanya pada auntie. Kenapa aku tinggalkan Haikal pada hari pernikahan kami?”
            “Kau beritahu semuanya! Kau beritahu yang kau tinggalkan Haikal kerana Tan Sri Yahya. Aku macam tak percaya saja. Ibu Haikal tak marah kau ke?”
            “Gila! Kau ingat aku ni bodoh ke? Nak cari nahas! Tak pasal-pasal muka aku ni ditampar oleh auntie.” Sofea meninggikan suaranya.
            “Habis tu, apa yang kau beritahu ibu Haikal?” Terkebil-kebil mata Zetty merenung sahabat karibnya. Apa pula Sofea buat kali ini?
            “Itu rahsia aku. Kau tak perlu tahu.” Sofea mencebik bibir. Aku yakin selepas ini tiada lagi orang yang akan menghalang hubungan aku dan Haikal…..Sofea tersenyum sendiri.
            Zetty mendengus. Dah mula pandai berahsia dengan aku sekarang ni. Bila susah, jangan cari aku. “Kau jangan lupa pada Tengku Fauziah. Sejak dari dulu Tengku Fauziah tak sukakan kau. Kau bukan calon cucu menantu pilihannya.”
            “Jangan kau sebut nama orang tua tu. Menyakitkan hati. Dia ingat aku takut pada dia. Aku tak peduli. Haikal akan kembali menjadi milik aku.”
            “Aku yakin Tengku Fauziah akan menentang kau. Selepas apa yang terjadi, tak mungkin dia akan terima kau menjadi sebahagian dari keluarga dia.”
            “I don’t care. Berapa lama lagi orang tua tu boleh hidup? Tak lama lagi dia akan mati juga.” Nada suara Sofea kasar. Mood hilang apabila nama nenek Haikal disebut.
            “Hish…kau ni tak elok bercakap seperti tu.” Zetty terkejut dengan kata-kata Sofea. Tiada perasaan hormat pada orang tua.
            “Orang tua tu yang mula cari pasal dengan aku. Dia kata aku ni perempuan mata duitan.” Marah Sofea. Dia masih ingat lagi kata-kata Tengku Fauziah pada dirinya. Kata-kata itu aku takkan lupa.
            “Tetapi kata-kata Tengku Fauziah ada kebenarannya kan. Kau pilih Tan Sri Yahya dari Haikal kan!” perli Zetty.
            Sofea mengetap bibir. Semakin hari, kata-kata Zetty menyakitkan hati.
            “Tadi aku ada dapat e-mail dari Tan Sri Yahya. Dia nak tahu kita berada di mana sekarang ni.” Zetty mengubah topic soalan.
            “Kau jangan sebut nama lelaki tu lagi. Kaki perempuan. Kenapa sekarang dia mencari aku? Dasar lelaki tua tak sedar diri.” Sofea meninggikan suara. Mendengar nama lelaki itu sudah membuat dirinya rimas. Dulu, aku benar-benar bodoh. Percaya dengan janji manis yang dijanjikan oleh Tan Sri Yahya. Sekarang,lihat! Aku dibuang. Lelaki tak guna.
            “Bukan ke dahulu ke sangat sayang pada dia? Kenapa tiba-tiba saja hati kau berubah? Sebab Tan Sri Yahya tidak dapat memberikan apa yang kau mahu selama ini. Kau tamak, Sofea? Kau tahu tak?”
            “Zetty! Kalau kau masih anggap aku ni kawan kau, it’s better for you to shut your mouth. “ jerkah Sofea. Dia marah apabila Zetty sengaja membuka kembali luka lamanya. Dia berjalan meninggalkan Zetty. Pintu bilik dihempas kuat.
            Zetty menggelengkan kepala. “Kenapa kau degil, Sofea? Apa yang aku cakapkan tadi adalah untuk kebaikkan kau. Sehingga bila kau nak sedar, Sofea?”

                        ********************************************

            Haikal merenung wanita yang sedang berdiri di hadapan kereta BMW hitam miliknya. Beberapa kali hon kereta dibunyikan tetapi Sofea masih belum berganjak. Haikal mengetap bibir.
            Aina menoleh. “Keluarlah. Dah tiba masanya tuan mendengar penjelasan Cik Sofea.” Pujuk Aina dengan lembut.
            Haikal melepaskan keluhan. Dia akur dan keluar dari perut kereta mewah miliknya. Pintu kereta ditutup perlahan.
            Sofea memandang tajam ke arah wanita yang masih berada di dalam kereta. Perasaan cemburu timbul. Inikah perempuan yang dicakapkan oleh Auntie Fazira. Orang gaji tak sedar diri! Ada hati ingin berdampingan dengan Haikal. Aku tak akan membenarkan mana-mana perempuan menganti tempat aku di hati Haikal. Sofea tekad.
            “So, cakaplah cepat. I ada meeting selepas ini.”
            Sofea terkejut. Haikal berdiri tidak jauh darinya. Sofea berjalan menghampiri Haikal. “I’m so sorry, Haikal. I tahu tindakan I telah menyebabkan hati you terluka. Mahligai yang pernah kita berdua rancang, musnah kerana I. Apa yang berlaku semuanya salah I. I mengaku tetapi pada waktu itu, tindakan I adalah betul. Dengan cara ini, you takkan menderita kerana I.” Sofea mula mengalirkan air mata.
            “What do you mean?”  Wajah haikal berubah. Apa maksud Sofea? Haikal mula resah.
            “I’m sick, Haikal. Beberapa hari sebelum hari pernikahan kita, doktor telah mengesahkan ada ketumbuhan di rahim I. Doktor menyuruh I menjalankan pembedahan dengan kadar segera tetapi peratusan untuk I sembuh sepenuhnya adalah 50/50. Jika pembedahan tidak berjaya, I tak boleh melahirkan zuriat. You tahu tak, apa perasaan I apabila mendengar berita tu? Hati I hancur, Haikal.” Tangisan Sofea semakin kuat.
            Haikal terkejut. Bibirnya terketar-ketar. Dia mula berasa bersalah.
            “ I tahu betapa pentingnya anak bagi you, Haikal. I takut I tak dapat melahirkan anak you. I takut jika pembedahan I tak berjaya. I tak mahu impian you hancur kerana i. I tak ingin memusnahkan segala-gala yang telah you rancang selama ini. I mahu you bertemu dengan wanita yang dapat membahagiakan you. Kerana itulah I mengambil keputusan untuk meninggalkan you, Haikal. I minta maaf Haikal.” Sofea cuba tersenyum. Air mata masih mengalir laju. Walauapa yang terjadi, lakonan ini harus diteruskan. Aku mesti meraih simpati Haikal. Dengan cara ini Haikal akan kembali menerima diriku kembali.
            “I tak menyangka tindakan I membuat you lebih terluka. Ibu you telah menceritakan segala-galanya pada I. I’m so sorry, Haikal.”
            “Kenapa? Kenapa Sofea tak beritahu  I semua ini?” Dahi Haikal berkerut. Matanya redup.
            “Pada waktu itu, hanya itu cara yang dapat I fikirkan. I sayangkan you, Haikal. Selepas I berpisah dengan you, I menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di rahim I.Ambil masa untuk I sembuh sepenuhnya. Dalam tempoh itu, doctor memantau kesihatan I. Bimbang jika  ada kesan dari pembedahan itu. Alhamdulilah, selepas beberapa bulan dirawat, I sembuh. Doktor juga mengesahkan bahawa I boleh mengandung dan melahirkan anak seperti wanita lain. I bersyukur Haikal kerana Allah S.W.T memberi peluang pada I.”
            Sofea mengesat air mata. Anak matanya masih tidak berganjak dari merenung wajah Haikal.
            “Beberapa kali Zetty menasihati I untuk berterus-terang pada you tetapi I enggan. I takut untuk bersemuka dengan you tetapi kali ini I kuatkan semangat. Dah tiba masanya untuk you tahu perkara sebenar. “ Sofea bertutur dengan berhati-hati, Dia sengaja menggunakan nama Zetty agar menguatkan lagi pembohongan yang telah direka olehnya.
            “I ingin kita kembali seperti dahulu. Perkara itu sering bermain di fikiran I tetapi selepas mendengar cerita Auntie Fazira, I rasa I tak layak untuk meminta semua itu. I minta maaf sekali lagi, Haikal. I tak akan memaksa untuk menerima I. I akur dengan ketentuan-Nya. Mungkin jodoh kita setakat ini sahaja. I terima. Haikal!” Sofea mendekati Haikal. Sofea memegang kedua-dua belah tangan Haikal.
            “I gembira kerana dapat mengenali you, Haikal. You adalah lelaki baik yang I pernah kenal. Terima kasih kerana mencintai dan menyayangi I selama ini. I sangat menghargainya. Terima kasih.” Ucap Sofea dengan lembut sebelum melepaskan tangan Haikal. Sofea cuba tersenyum. Kelat. Sofea mula melangkah. Dia sengaja mengatur langkah dengan perlahan. Senyuman Sofea lebar sebaik sahaja berjalan membelakangkan Haikal. Yes, plan aku berjaya. Sofea menanti tindakan Haikal yang seterusnya.
            Haikal resah. Sofea semakin jauh meninggalkannya. Haikal berpaling ke arah Aina. Dia tak tahu apa yang dia patut lakukan.
            Aina tersenyum. Perlahan-lahan Aina menganggukkan kepalanya. Ikut kata hati!
            Sebaik sahaja melihat isyarat Aina, Haikal segera berlari mendapatkan Sofea. Kini Haikal akui dia masih mencintai Sofea. Tak mungkin aku akan membiarkan Sofea pergi sekali lagi. Haikal menarik tangan Sofea dan terus memeluk Sofea. Pelukan itu semaki erat. “Don’t leave me again, Sofea. Promise!”
            Sofea memeluk lebih erat. Senyuman lebar jelas terukir di wajah Sofea. Akhirnya Haikal kembali padaku. Di dalam hati Sofea menjerit keriangan.
            Dari jauh, Aina memerhati gelagat mereka berdua. Aina mengeluh kuat. Dia cuba untuk tersenyum tetapi bibirnya tidak bergerak. Kenapa dengan aku ni? Bukankah ini yang aku mahu selama ini? Kenapa aku tidak gembira? Kenapa mesti wujud perasaan ini di dalam hati aku? Aina mula resah.
                                    ***********************************

            Mak Som dan Murni mengheret Aina ke dapur.
            “Apa yang telah berlaku? Kenapa Cik Sofea balik bersama kamu berdua, Aishah? Mak Som bingung.” Soal Mak Som sebaik sahaja mereka bertiga berada di dapur.
            “Ya, kak Aishah! Bukan ke Cik Sofea dah tinggalkan tuan?” Giliran Murni bersuara.
            Aina mengeluh. “Mungkin Cik Sofea ada jodoh tuan. Walauapa yang terjadi, mereka akan kembali bersama jika itu adalah ketentuan-Nya.”
            “Tak mungkin, Kak Aishah! Cik Sofea tu ular. Hipokrit. Kak Aishah masih belum mengenali Cik Sofea dengan lebih mendalam. Cik Sofea boleh buat hidup kita merana. Percayalah.” Bersungguh-sungguh Murni cuba menyakinkan Aina.
            Dahi Aina berkerut.Kenapa Murni bercakap seperti itu?
            “Ooo…di sini rupanya orang gaji Auntie Fazira berkumpul? Ada mesyuarat tergempar ke? Atau mengumpat!” Sofea tiba-tiba berada di situ.
            Mereka bertiga terkejut dengan kehadiran Sofea di situ.
            “Inilah akibatnya jika majikan terlalu manjakan orang gaji!Orang gaji jadi pemalas dan tahu mengambil kesempatan. Orang bayar gaji untuk bekerja bukannya bergosip.” Sofea meninggikan suaranya. Mata Sofea masih merenung mereka bertiga.
            “Ada apa-apa yang kami boleh bantu, Cik Sofea?” soal Aina. Dia tak ingin keadaan menjadi lebih keruh.
            “Hey, sepatutnya kau tahu apa tugas kau sebagai orang gaji! Itulah tahu makan gaji buta sahaja.”
            “Cik Sofea, walaupun ada sesetengah orang memandang rendah terhadap kami lebih-lebih lagi bekerja sebagai orang gaji tetapi kami mencari rezeki dengan cara halal.” Aina merenung Sofea. Apa masalah dia ni sebenarnya?Sergah orang tak tentu pasal, tak boleh ke cakap dengan baik.
            Sofea mendengus. “Akhirnya kau tunjuk belang kau juga. Pada mula aku jumpa kau, aku dah agak kau ni sebenarnya ada agenda terhadap Haikal. Kau ingat aku tak tahu apa yang sedang berada di hati kau? Kau nak rampas Haikal dari aku, kan?”
            Aina tergamam.
            Mak Som dan Murni berpandangan antara satu sama lain.
            “Kau dengar sini baik-baik, sekarang ni Haikal dah terima aku semula. Buktinya, Haikal masih mencintai aku. Dalam hati Haikal, kau tu hanya orang luar. Kau faham tak? Jangan cuba nak dekati Haikal kerana Haikal milik aku. Understand!” jerkah Sofea. Langkahnya diatur meninggalkan mereka bertiga.
            Aina berpaling ke arah Mak Som dan Murni. Matanya terkebil-kebil memandang mereka berdua. “Apa masalah perempuan tu sebenarnya?”
            “Masalah sebenarnya ialah Cik Sofea anggap kak sebagai musuh cintanya. Saingan dia.” Jawab Murni.
            “Kak tak ada apa-apa hubungan dengan tuan selain hubungan antara majikan dan pekerja sahaja. Kenapa dia boleh fikir sehingga tahap itu?”
            “Kan Murni dah beritahu kak tadi, fikiran Cik Sofea ni lain. Asyik fikir negetif saja. Porak-perandalah hidup kita selepas ini.”
            “Mak Som rasa mulai hari ini Aishah kena berhati-hati. Cik Sofea tu hatinya …..hm hmm…Mak Som tak tahu nak cakap apa.” Mak Som memegang lengan Aina sebelum berlalu keluar menuju ke ruang tamu.
            Aina mengeluh. Kenapa boleh jadi seperti ini? Aina resah. Mungkin dah tiba masanya aku keluar dari rumah ini? Tetapi nenek? Serba-salah aku dibuatnya. Aina mula rasa tak tenang. Dia berasa tak selesa tinggal di sini.

                                    *****************************************

            Sofea berjalan menuju ke lif sambil tersenyum lebar. Dia gembira kerana Haikal telah menerimanya kembali. Dia takkan membuat kesilapan sekali lagi. Tiba-tiba telefon bimbit Samsung wave yang berada di dalam gengaman Sofea berbunyi. Dahi Sofea berkerut. Private number! Siapa? Hmm….
            “Hello….”
            “Wah, ceria saja suara hari ini? Gembira ke? Sebab dapat jumpa buah hati?”
            Sofea terdiam apabila mendengar suara itu. Badannya tiba-tiba menjadi kaku.
            “Why? Dah tak kenal suara abang ke? Ya, maklumlah dah ada orang lain kan!”
            “Apa kau nak, hah?” Sofea bersuara dengan nada kasar. Dia kenal siapa pemilik suara itu. Orang yang sangat dibencinya.
            ”Amboi, suara suami sendiri pun tak kenal!” jawab Tan Sri Yahya dengan nada sinis.
            “Suami! Kau tak layak menjadi suami aku.”
            “Hakikatnya abang ni suami Sofea yang sah. Walau Sofea lari ke hujung dunia sekalipun, kenyataan tetap kenyataan.”
            “Suami! Ya, memang kau suami aku. Itu dulu. Sebelum kahwin, janji bergunung-gunung. Selepas berkahwin, satu janji pun kau tak tunaikan. Kau kata nak ceraikan isteri kau, Puan Sri Suraya tetapi sehingga sekarang dia masih sah menjadi isteri kau. Aku tak boleh hidup dengan lelaki pembohong seperti kau. Kerana aku kahwin dengan kau, keluarga aku pulaukan aku. Aku memang bodoh kerana percayakan. Kononnya akulah satu-satunya wanita yang kau cintai sehingga akhir hayat kau. Semua itu bohong. Bohong. Kau ingat aku tak tahu, kau dah pun berkahwin dengan perempuan pub tu kan. Semua itu aku tahu.”
            “Hey, Sofea! Aku lelaki. Aku berhak kahwin empat. Sama ada aku nak ceraikan isteri aku atau tidak, itu hak aku.” Jerit Tan Sri Yahya. Sejak berkahwin dengan Sofea, rumahtangganya tak pernah aman. Sofea suka mengawal pergerakkannya. Itu membuat dia rimas.
            “Kalau begitu, ceraikan aku sekarang. Aku tak ingin nak jadi isteri kau. Kau nak ada 100 orang isteri, aku tak kisah la asalkan kau ceraikan aku sekarang juga.” Jerkah Sofea sebelum menamatkan perbualan mereka. Telefon bimbitnya dilempar ke arah dinding. Pecah berkecai telefon bimbit itu. Nafas Sofea turun naik.
            ‘Dasar lelaki tak guna.” Sofea mengetap bibir. Aku takkan membiarkan kau menghancurkan kebahagian aku.

                                    **************************************       

            Dari jauh Aina memerhati gelagat pasangan itu. Aina sedar perubahan Haikal selepas kehadiran Sofea. Haikal sering ketawa dan tersenyum. Setiap hari Sofea datang ke rumah dan pulang pada waktu malam. Ke mana sahaja Haikal pergi, Sofea pasti ada bersama. Dah seperti kembar siam. Kenapa mesti wujud perasaan ini? Cemburukah aku? Tak boleh! Aina menggelengkan kepala beberapa kali. You can’t fall in love with him, Aina!
            “Kenapa? Cemburu ke?” tiba-tiba ada orang menegur Aina dari belakang.
            Aina berpaling.
            Tengku Fazira berjalan mendekati Aina sambil tersenyum sinis.
            “Apa maksud puan?” Dahi Aina sedikit berkedut. Aina kurang senang dengan soalan yang ditujukan padanya.
            “Jangan nak berpura-pura tak tahu di depan aku, Aishah. Aku tahu apa yang bermain di fikiran kau. Kau cemburu kan? Melihat kemesraan anak aku dan Sofea pun. Sejak dulu mereka sepatutnya bersama, jika tidak kerana Sofea sakit pasti mereka sudah berkahwin sekarang ni. Kau kena sedar siapa diri kau sebenarnya. Cermin diri kau dulu. Kau tak layak.”
            Aina memandang Tengku Fazira. Kenapa setiap kali berjumpa aku? Perkara ini juga yang dilahir di bibir auntie Fazira? Hina sangatkah orang gaji ni? Bukan ke orang gaji juga seorang manusia?
            “Sekarang Sofea dah balik, aku tak mahu disebabkan kau hubungan mereka berdua porak peranda. Kau dengar tak?” tegas tengku Fazira. Walau apa yang terjadi, aku mesti melindungi anak aku dari perempuan ni.
            Aina mengeluh. “Puan! Saya dah tak tahu apa nak katakan lagi supaya puan faham yang saya tiada apa-apa perasaan terhadap tuan Haikal. Hubungan kami hanya sekadar majikan dan pekerja sahaja. Saya gembira melihat keadaan tuan sekarang ni. Jika puan bimbang kehadiran saya di sini akan merosakkan hubungan tuan dan cik sofea, saya rasa puan tak perlu bimbang lagi kerana tugas saya di sini sudah selesai. Saya akan pergi satu hari nanti. Itu janji saya pada Mak Engku.” Aina cuba tersenyum. Aina segera melangkah pergi meninggalkan Tengku Fazira.
            Tengku Fazira tercengang. Janji! Apa maksud Aishah? Tengku Fazira menoleh dan melihat kelibat Aina yang sudah hilang dari pandangannya.

                                    **************************************

            Aina menoleh ke kiri dan kanan. Setelah memastikan tiada siapa di situ, Aina segera menjawab panggilan itu.
            “Assalamualaikum, nenek!”
            “Waalaikumussalam.” Tengku Fauziah tersenyum mendengar suara itu.
            “nenek sihat?”
            ‘Alhamdulilah ….nenek sihat. Aaa….Nenek nak tanya sesuatu? Sofea! Dia ada datang ganggu Haikal lagi ke?”
            Aina menelan air liur apabila mendengar pertanyaan Tengku Fauziah. Kalaulah nenek tahu yang Haikal dan Sofea sudah kembali bersama semula, pasti malam ni juga nenek akan pulang ke Malaysia. “Sofea! Tak. Dah lama Aina tak nampak dia. Mungkin dia dah putus asa.” Bohong Aina. Maafkan Aina, nenek! Pada waktu ini, Aina rasa cara ini adalah yang terbaik.  Aku tak mahu menghancurkan kegembiraan Haikal sekarang ini.
            “Apa! Pelik! Betul ke Sofea dah tak datang ke rumah?” Tengku Fauziah terkejut.
            “Ya. Aaa…nenek, bila nenek nak balik ke sini?”
            “Hmmm…bila urusan nenek selesai, nenek akan pulang ke Malaysia. Oh ya, Nenek mahu Aina pergi ke dalam bilik nenek. Buka laci meja solek nenek. Sebelah kanan. Ada sampul surat berwarna putih di dalamnya. Di dalamnya ada duit sebanyak RM50 ribu untuk diberi pada rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan. Nenek lupa nak beritahu Aina sebelum nenek berangkat.”
            “50 ribu! Banyaknya. Nenek, baki hanya RM 5 ribu. Kenapa nenek beri banyak sangat?”
            “Nenek dah tua, Aina. Duit tu bukannya nenek boleh bawa bila dah mati. Lebih baik nenek derma saja  Dapat juga pahala. Oh ya, kalau ada apa-apa beritahu mengenai Sofea, beritahu nenek.”
            ‘Baiklah.” Jawab Aina dengan lemah.
            “Aina pergilah tidur. Dah lewat ni. Oh ya, jangan lupa ambil duit itu di dalam bilik nenek.”
            “Baiklah.” Aina memasukkan telefon itu di dalam poket seluarnya. Dia melangkah masuk ke rumah.
            Sofea yang berada di balkoni mendengar dengar jelas apa yang dicakap oleh Aina. “Apa hubungan tu orang gaji tu dengan Tengku Fauziah? RM50 ribu. Banyak tu. Buat apa?” Sofea mengetap bibir. Dia ingin tahu. Segala-galanya tentang Aishah.

Sunday, January 8, 2012

Siapa Orang Gajiku? Bab 23

BAB 23

            Haikal memerhati gerak-geri Aina yang sedang meletakkan nasi di dalam pinggan Tengku Fauziah. Haikal melihat wajah Aina yang selamba seolah-olah tiada apa-apa yang telah terjadi. Sudah dua hari, Aina tidak bercakap dengannya malah Aina juga tidak datang ke pejabat. Aishah benar-benar marah pada aku. Haikal rimas apabila dilayan dingin oleh Aina.
            Haikal tidak sedar yang gerak-gerinya diperhatikan oleh Tengku Fazira. Dahinya berkerut. Baru petang tadi, dia pulang dari melancong di Paris. Dari tadi Haikal asyik memerhati gelagat Aishah. Tengku Fazira mula susah hati. Adakah Haikal benar-benar telah jatuh cinta pada Aishah? Hish….minta simpang semua itu. Aku tak mahu menantu aku adalah orang gaji rumah aku. Tak nak……Pasti kawan-kawan aku gelakkan aku. Kalau boleh aku mahu orang yang setaraf menjadi menantu aku, bukannya orang gaji. Tengku Fazira mengetap bibir.
            “Aku dengar kau bercuti selama 4 hari, Aishah! Seronok?Maklumlah tak payah nak buat kerja kan.” Tengku Fazira bersuara sambil tersenyum sinis.
            Haikal berpaling.
            Aina hanya mampu tersenyum tawar. Dia malas nak menjawab. Nanti panjang pula ceritanya.
            “Fazira ingat Aishah pergi melancong macam Fazira ke? Mak dia sakit di kampung. Sebagai anak, memang patut pun dia menjaga mak dia. Dah tanggungjawab dia.” Tengku Fauziah menjawab bagi pihak Aina. Kenapa Fazira suka sangat cari pasal dengan Aina? Apa masalah Fazira yang sebenarnya? Apa yang Aina dah buat pada Fazira sehingga Fazira begitu anti pada Aina?
            Tengku Fazira mengetap bibir. Asyik aku yang kena. Nampaknya semakin melampau Aishah selepas ini lebih-lebih umi asyik menyokongnya.
            “Aishah, kamu dah boleh pergi.” Tengku Fauziah tersenyum. Dia tahu jika Aina berada di situ, pasti Tengku Fazira akan cari pasal dengan Aina lagi.
            “Baiklah.” Jawab Aina terus berlalu dari situ.
            “Umi!”
            “Apa! Sekarang Fazira nak cari pasal dengan umi ke?”
            “Malas Fazira nak cakap.” Tengku Fazira mengalah.
            “Haikal! Nenek dengar sejak kebelakangan ni Sofea selalu datang ke pejabat Haikal. Apa dia nak dari Haikal lagi. Selepas apa yang berlaku, berani betul dia datang berjumpa Haikal.” Tengku Fauziah bersuara. Matanya tepat merenung cucunya.
            “Sofea dah balik?” Tengku Fazira terkejut. Dia tak tahu pun.
            “Ya. Dia dah balik. Tujuannya nak berbaik semula dengan Haikal. Ooo…Selepas conteng arang di muka kita, ada hati nak berbaik semula dengan Haikal. Budak tak tahu malu. Dia tiada maruah diri ke?”
            “Nenek!” Haikal terkejut dengan kata-kata Tengku Fauziah. Dia tahu sejak dulu lagi, nenek tidak suka pada Sofea. Selepas kejadian hari itu, pasti nenek lebih membenci Sofea.
            “Dengar sini baik-baik, Haikal. Perempuan macam tu tak layak menjadi sebahagian dari keluarga kita. Dia tak layak. Nenek tak mahu Haikal berbaik semula dengan Sofea. Dengar tak?” Tengku Fauziah memberi amaran pada Haikal.
            Haikal mengeluh. Dia menganggukkan kepala perlahan-lahan.
            Tengku Fazira hanya memerhati. Betul ke Sofea nak berbaik semula dengan Haikal?

                                                *************************

            Aina terus melabuhkan punggungnya di kerusi kayu jati yang berada di luar dapur. Kerusi kayu jati itu terletak di tengah-tengah taman mini yang berdekatan dengan air terjun yang menghiasi kawasan belakang rumah banglo itu. Tiang-tiang lampu mengelilingi taman mini itu. Walaupun ringkas tapi menarik hati. Aina suka berkunjung di taman itu. Bunyi air terjun menyenangkan hati Aina. Aman dan tenteram. Dia baru sahaja bercakap dengan atuk. Keadaan mama semakin baik. Mama dah mula keluar bilik. Aina melepaskan nafas lega.
            “Kuat kau mengeluh! Ada masalah besar ke?” Haikal tiba-tiba menegur Aina.
            Aina mengetap bibir. Dia kurang senang dengan kehadiran Haikal di situ. Dia malas untuk bertengkar lagi. Aina hanya mendiamkan diri.
            Haikal melabuhkan punggungnya dan duduk di sebelah Aina. “Aii….sombong ye! Hmm…..Aku nak minta maaf.. Aku mengaku yang kelakuan aku hari tu melampau. Aku minta maaf, Aishah!” Haikal bersungguh-sungguh minta maaf. Dunianya sunyi jika tidak mendengar suara Aina.
            Aina masih mendiamkan diri.
            “Aku ikhlas. Aku minta maaf. Please, Aishah! Say something.” Haikal cuba memujuk Aina. Dia memandang Aina.
            Aina memandang ke arah lain.
            “Ok! Kalau kau nak aku melutut, aku tak kisah.” Haikal bangun dan ingin melutut di depan Aina.
            “Tuan!” Aina tiba-tiba bangun. Matanya tepat merenung Haikal. Dah gila ke? Tiba-tiba nak melutut kat aku.
            “Akhirnya kau bersuara juga. Ingatkan dah bisu.” Haikal tersengih.
            “Ada apa?” soal Aina dengan kasar.
            “Amboi kasarnya  Aaa….Mak kau dah sihat ke?”
            “Dah. Tadi Aishah telefon atuk, atuk kata mak dah semakin sihat.”
            “Kau ada atuk?”
            “Ya.”
            “Ayah!”
            “Dah lama meninggal.”
            “ooooo……”
            “Apa halnya? Lebih baik tuan berterus-terang dengan saya. Apa yang tuan nak dari saya?”
            “Saya nak minta maaf pasal hari itu.”
            “Betul ke?’ Saya dah lama kenal tuan! Perangai tuan, saya dah boleh hafal. Pasti ada sebab kenapa tuan mencari saya. Betul tak?”
            Haikal mendengus. Cerdik betul Si Aishah ni. “Pertama tujuan aku memang nak minta maaf pada kau.”
            “Kedua?”
            Haikal berdehem beberapa kali. Dia tak tahu sama ada dia perlu bercakap mengenai hal ini tetapi Aishah adalah tempat dia sering mengadu selama ini.
            “Pasti tentang Cik Sofea kan.”
            “Macam mana Aishah tahu?” Haikal terkejut dengan kata-kata Aina.
            Aina ketawa kecil. Macam mana aku tahu? “Di muka tuan dah tertulis. Hanya Cik Sofea sahaja boleh buat hidup tuan seperti ni.”
            “Wah, Aishah! Kau ni benar-benar hebat la. Boleh jadi ahli nujum?”
            “Tuan ingat saya ni versi moden Nujum Pak Belalang ke?” Aina meninggikan suara.
            Haikal ketawa dengan kuat. “Aishah, sebelum ini kita pernah berjumpa ke? Muka kau familiar la. Macam aku pernah tengok sebelum ini.Di mana? Aku tak ingat la.” Soal Haikal secara tiba-tiba.
            Aina menelan air liurnya. Tersekat. Badannya menjadi kaku. “Mustahil tuan! Kita tak pernah pun berjumpa sebelum ni. Mungkin tuan tersalah orang.” Dengan pantas Aina menjawab. Dia tak mahu Haikal sangsi. “Aaa….kenapa dengan Cik Sofea? Sekarang ni tuan dah menyesal ke? Sebab jual mahal.” Aina mengubah topic perbualan.
            “Saya berhak marah kan!”
            “Ya. Tuan memang berhak marah pada Cik Sofea tetapi mesti kena pada tempatnya. Aaa…Tuan dah tanya Cik Sofea ke? Tentang kenapa dia tinggalkan tuan?”
            “Tak.”
            “Jadi tuan masih tak tahu kenapa Cik Sofea meninggalkan tuan?”
            “Tak. Aku takut jawapannya akan menyebabkan hati aku lebih terluka.”
            Aina mengeluh. Penakut rupanya Haikal ni. “Jadi tuan tak mahu tahu sebabnya! Tuan pasti ke?”
            “Tentulah aku nak tahu sebabnya. Semua itu aku perlu tahu. Aku nak tahu kenapa dia tinggalkan aku pada hari yang begitu bermakna dalam hidup aku. Impian aku hancur kerana dia. Semuanya kerana Sofea.”
            “Jika tuan nak tahu, tuan mesti bertanya. Tuan mesti terima apa sahaja alasan yang diberikan oleh Cik Sofea walaupun ia akan melukakan hati tuan. Kenyataan tetap kenyataan. Tuan! Tuan harus ingat tu.”
            Haikal tersenyum kelat. Itulah yang ditakutkan. Kenyataan.
            “Sekarang ni, adakah tuan masih mencintai Cik Sofea?”
            Haikal diam seketika. Matanya terkebil-kebil melihat Aina yang sedang menanti jawapan darinya.
            “Susah sangat ke soalan saya?”
            “Aku tak tahu. Aku tak tahu isi hati aku sekarang ni. Adakah cinta aku pada Sofea seperti dahulu? Aku tak tahu, Aishah. Aku bingung.kadang kala aku rasa yang aku masih mencintai Sofea dan kadang kala pula aku rasa cinta aku pada Sofea telah pudar. Ahhh…aku tak tahu.”
            Aina mengeluh dengan kuat. Teruklah! Kalau macam ni, aku sendiri tak tahu nak menolong. “Beginilah tuan! Pada pendapat saya, tuan harus mendengar dahulu penjelasan Cik Sofea dan selepas itu barulah tuan membuat keputusan. Apa isi hati tuan yang sebenarnya?”
            Perlahan-lahan Haikal menganggukkan kepalanya. Cadangan Aina boleh diterima. Pandangan Haikal tepat pada anak mata Aina. Renungannya semakin dalam.
            Aina tergamam. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Badannya menjadi kaku. Apa kena dengan aku ni? Aina segera melirikkan pandagannya ke arah lain.
            “Aina, awak nak sambung belajar tak?”
            ‘Belajar!” Dahi Aina berkerut.
            “Yalah! Berdasarkan cara kau, kau ada bakat untuk menjadi guru kaunseling. kau jangan sia-siakan bakat kau tu. Kalau kau berminat untuk belajar, saya akan sponsor kau sehingga kau mendapat segulung ijazah. Kau setuju tak?” Haikal tersengih sehingga menampakkan barisan gigi putih yang teratur.
            Aina mengetap bibir. Aku dah ada phd. Buat apa nak sambung belajar lagi? “Tak nak! Malas! Otak ni dah beku. Tak dapat terima. Tuan simpan saja duit tuan tu.Terima kasih.”
            “Belum cuba lagi dah cepat mengalah.” usik Haikal.
            “Bukannya tak nak cuba, malas!” Aina mengetap bibir. Baik hati juga, Haikal ni.
            Haikal dan Aina tidak sedar yang diri mereka diperhatikan oleh sepasang mati. Tengku Fazira mengetap bibir menahan geram. Sakit hati melihat kemesraan mereka berdua. “Aku tak boleh biarkan. Mereka berdua tak boleh bersama. Aku mesti lakukan sesuatu.” Tengku Fazira gelisah.

                                    ********************************

            Haikal bangun sebaik sahaja melihat kelibat lelaki itu memasuki ke bilik pejabatnya. Dia terkejut dengan panggilan yang diterima sebentar tadi. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan lelaki ini.
            “Abang Aril!” Haikal menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan lelaki yang dikenalinya sejak kecil lagi.
            “Apa khabar?” Aril tersenyum lebar. Kebetulan dia datang ke sini untuk berurusan dengan pihak hotel milik Haikal. Hujung tahun ini, syarikat akan mengadakan majlis ulang tahun syarikat yang ke 60 tahun dan majlis itu akan diadakan di hall hotel milik Haikal.
            “Baik! Jemput duduk.” Haikal mempelawa Aril duduk di sofa. Pandangannya dialihkan pada Umirah yang berdiri tidak jauh dari mereka. “Umirah, suruh Aishah bawakan air coffee.”
            “Baik, bos.” Jawab Umirah terus berlalu keluar.
            “Walaupun kita tinggal di KL tetapi kita jarang berjumpa selepas keluarga abang berpindah ke Jepun! Rasanya dah 20 tahun kan.”
            “Ya.”
            “Haikal masih ingat pada Aina?” soal Aril secara tiba-tiba.
            Wajah Haikal berubah secara tiba-tiba apabila mendengar nama Aina.
            “Haikal tak mahu jumpa Aina ke?” Aril tersengih. Dia tahu apa yang sebenar bermain di fikiran Haikal.
            “Aaaa…..”
            Tiba-tiba pintu bilik diketuk. “Masuk!”
            Aina masuk dan mendekati mereka berdua yang duduk di sofa.
            “Ini airnya ,tuan.” Kata Aina.
            Aril berpaling apabila mendengar suara itu. Matanya bulat melihat Aina yang berdiri disebelahnya.
            Aina turut sama terkejut. Abang! Apa abang buat di sini? Teruklah aku. Habis aku kali ini. Aina mula gelisah. Wajahnya pucat-lesi.
            Haikal sedar yang Aril sedang merenung Aina. Haikal berdehem beberapa kali. Dia kurang senang dengan pandangan Aril terhadap Aina.“Ooo…Ini Aishah. Di sini, dia pembantu PA Haikal manakala di rumah pula dia adalah orang gaji.”
            “Orang …gaji.” Walaupun nada suara Aril perlahan tetapi tegas. Aril mengetap bibirnya. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa Aina menjadi orang gaji pula? Dah hilang akal ke adik aku ni? Tetapi …..Haikal seperti tak tahu siapa sebenarnya Aina? Kenapa dia panggil Aina dengan nama Aishah?
            Aina meletakkan cawan yang berisi air coffee di atas meja. Tangannya terketar-ketar.
            “Ya. Dia ni suka sangat melawan cakap Haikal. Degil. Kuat makan.Entah apa yang nenek suka tentang dia sehingga mengambil dia bekerja sebagai orang gaji di rumah Haikal.”
            “Saya minta diri dulu.” Setelah selesai menjalankan tugasnya, Aina segera beredar dari situ. Dia takut kebenaran akan terbongkar jika dia berada lama di situ.
            Aril tiba-tiba bangun. “Maaf, boleh Cik Aishah tunjukkan pada saya di mana tandas?” kata Aril secara tiba-tiba.
            Aina menelan air liur. Pahit. Itu hanya taktik abang. Pasti abang mengamuk selepas ini. Abang dah tahu yang aku berbohong pada abang selama ini. “Ya….Ya….Saya tunjukkan.” Nada suara Aina bergetar.
            Aril mengekori Aina dari belakang. Sebaik saja mereka berdua jauh dari Haikal. “What’s going on, Aina!” nada suara Aril separuh berbisik.
            Sekali lagi, Aina menelan air liurnya. I’m dead.
            Haikal merenung tajam. Sejak dari tadi dia kurang senang dengan renungan Aril terhadap Aina. Adakah Abang Aril tertarik pada Aina? Haikal gelisah.

                                    ***********************************

            “Sharifah Aina Aishah!Can you tell me what’s going on here?” Aril meninggikan suara sebaik sahaja mereka berdua berada di belakang bangunan hotel. Dia ingin tahu apa yang berlaku. Kenapa Aina menipu mereka selama ini?
            Aina menundukkan kepala. Aina serba-salah. Berdasarkan pada suara abang, abang tengah marah sekarang ini.
            “Tell me now!” nada suara Aril semakin tegas.
            “Belajar sehingga dapat PHD tetapi sekarang ni jadi orang gaji. Ini ke yang Aina belajar di luar negara? Kalau mama dan atuk tahu, abang tak tahu apa yang akan terjadi pada Aina. Dari cara percakapan Haikal, dia seolah-olah tak tahu siapa Aina yang sebenarnya kan?”
            Perlahan-lahan Aina menganggukkan kepalanya. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Aril. Dia tahu semua ini salah dia kerana menipu keluarganya sendiri.
            “Sebenarnya….Sebenarnya…..”
            “Sebenarnya apa?” jerkah Aril. Dia sudah tidak dapat menahan sabar. Dia paling tak suka pada orang yang suka menipu.
            “Aina perlukan duit.” Jawab Aina selepas dijerkah oleh Aril.
            “Duit.” Dahi Aril berkerut. Aina sanggup menjadi orang gaji kerana duit. Ini tidak masuk akal. “Kalau Aina perlukan duit, Aina hanya perlu minta pada abang saja. Berapa yang Aina nak, abang mampu beri.”
            “Itu duit abang bukannya duit Aina.”
            Aril mengeluh. Sejak dulu lagi, Aina jarang meminta duit padanya itu pun jika terdesak. Aina lebih suka berdikari dan mencari duit sendiri. Dia tidak bergantung pada kekayaan dan kemewahan yang ada pada keluarganya sendiri. “Tadi, Haikal ada beritahu yang nenek Tengku Fauziah yang mengambil Aina bekerja! Maksudnya nenek Tengku Fauziah pasti tahu tentang Aina kan! Siapa yang sebenarnya?”
            “Ya.”
            “Tetapi kenapa? Kenapa?”
            “Kenapa Aina menjadi orang gaji?” Aina faham disebalik pertanyaan Aril.
            “Ya.”
            “To help Haikal.” Jawab Aina. Dia menceritakan segala-galanya pada Aril. Apa sebenarnya yang berlaku.
            Aril mendengar dengan teliti. Kadang kala dahinya berkerut.
            “Sebagai ganjarannya, duit itu akan diberikan pada Rumah Anak-Anak Sri Harapan.”
            “Ya.”
            “Atau Aina ada sebab lain.” Kata Aril secara tiba-tiba.
            Wajah Aina berubah. Pandangannya dialihkan tepat kea rah Aril.
            “Aina tak mahu Haikal menjadi seperti arwah Kamalia kan!” jelas Aril. Dia faham niat sebenar Aina.
            Aina menganggukan kepala. Abang begitu memahami aku.
            “Baiklah! Yang penting tugas Aina akan berakhir hujung bulan ni kan.”
            “Ya. Selepas nenek balik dari UK, tugas Aina akan selesai. Aina akan pulang ke rumah. Aina rindu pada mama dan atuk.” Jika mengikut perjanjian, tugasnya selesai pada hujung minggu ini tetapi terpaksa ditangguhkan apabila nenek terpaksa berangkat ke UK pagi ini kerana sahabat baiknya telah meninggal dunia di sana.
            “Baguslah. Abang tak suka Aina bekerja di situ. Satu hari nanti, rahsia Aina akan terbongkar juga. Entah apa yang akan terjadi selepas itu.”
            “Aina tahu, abang! Haikal dah mula syak sesuatu.” Aina meluahkan kerisauan yang selama ini berada di hati.
            Aril melepaskan keluhannya. Wait a minute, kalau begitu Aina pasti kenal dengan Cikgu Rina. Cikgu Rina adalah sepupu Haikal. Wajah Aril berubah.
            “Kenapa, abang? Tak sihat ke?’ Aina sedar dengan perubahan wajah Aril.
            “Tak ada apa-apa. Abang masuk dulu. Pasti Haikal tengah menunggu abang sekarang ni. Kalau ada apa-apa, call abang. Ingat tu!”
            “Yes, sir.” Aina tersenyum. Lega. Dia tidak perlu berahsia lagi dengan Aril.
            Aril menepuk lembut bahu adik kesayangannya. Aril tersenyum.

                                    **********************************

            Haikal menutup majalah yang sedang dibaca sejak dari tadi. Dia tidak dapat menumpukan perhatian membaca. Fikirannya masih memikirkan cara Abang Aril merenung Aina. Haikal gelisah. Adakah abang Aril dah jatuh hati pada Aishah? Hish..mustahil. Orang gaji seperti Aishah tak sesuai dengan Abang Aril. Mustahil Datin Sharifah Mawar akan menerima Aishah. Haikal menarik nafas lega.
            “Kenapa dengan aku ni?” Haikal tiba-tiba sedar. Dahinya berkerut. Kalau Abang Aril suka pada Aishah, kenapa aku mesti risau? Mereka nak bercinta ke? Bertunang ke? Berkahwin ke? Tiada kena-mengena dengan aku.
            “Aii..kenapa anak ibu ni bercakap seorang diri? Ada masalah ke?” tegur Tengku Fazira. Dia melabuhkan punggung di sofa berfabrik biru yang diimport dari Itali.
            “Nothing, ibu!” Haikal tersengih.
            “Hmm….tadi Sofea ada jumpa ibu!”
            Wajah Haikal menjadi serius apabila nama itu meniti di bibir ibunya. Mood Haikal berubah. “Apa dia nak lagi? Sekarang ni dia cuba nak mengganggu ibu ke?”
            “Tak! Haikal jangan salah faham. Sofea datang jumpa ibu hanya untuk meminta maaf di atas apa yang berlaku.” Jelas Tengku Fazira. Dia terkejut apabila Sofea menelefon dan ingin berjumpa dengannya. Pada mulanya dia enggan tetapi apabila mendengar Sofea merayu, dia berasa kasihan.
            Haikal mendengus. Haikal teringat apa yang dikatakan oleh Aina.
            “Sofea dah jelaskan segala-galanya pada ibu. Haikal sepatutnya memberi peluang pada Sofea untuk menjelaskan apa yang berlaku.” Tengku Fazira cuba memujuk Haikal. Dia pelik dengan sikap Haikal. Bukankah selama ini Haikal menunggu Sofea? Kenapa sekarang Haikal tidak dapat menerima Sofea semula….Adakah Haikal telah jatuh cinta pada Aishah? Tengku Fazira panic.
            “Haikal belum bersedia untuk mendengar penjelasan Sofea. Haikal masuk dulu.” Haikal bangun dan terus meninggalkan ibunya.
            Tengku Fazira terpinga-pinga. Adakah telahan aku tepat? Haikal dah mula sukakan Aishah! Tak boleh. Jika aku diberi pilihan, aku lebih rela memilih Sofea dari Aishah. Walauapa terjadi, hanya Sofea yang akan menjadi menantu walaupun dia pernah melukai hati Haikal. Fikirannya ligat memikirkan idea. Inilah waktu yang sesuai. Umi tiada. Aku mesti lakukan sesuatu. Aku mesti singkirkan Aishah dari hidup Haikal. Aku mesti lakukannya sebelum terlambat.

Saturday, December 31, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 22

BAB 22

            Haikal melangkah keluar dari lif. Fikirannya masih memikirkan apa yang diberitahu oleh nenek semalam. Aishah pulang ke kampung kerana ada masalah keluarga. Boleh percaya ke? Atau pun dia keluar dengan teman lelakinya? Haikal membuat mimic muka. Nak jumpa kekasih hati?Pelbagai alasan diberi. Ada masalah keluarga! Huh, aku tak percaya.
            “Haikal”
            Langkah Haikal terhenti apabila mendengar namanya dipanggil. Haikal berpaling. Dia terkejut dengan wanita yang berdiri tidak jauh dirinya Air mukanya berubah. Dia tidak menjangka bahawa Sofea masih lagi menanti dirinya.
            “Can we talk?” soal Sofea apabila mendekati Haikal.
            Haikal memandang ke arah lain. Hatinya sakit setiap kali kali mengingatkan kembali  apa yang telah berlaku. Betapa hancur hatinya bila ditinggalkan.
            “Please, Haikal! Perkara yang I nak cakap ini berkaitan dengan masa depan kita.” Kata Sofea dengan lembut. Dia berharap dapat memujuk hati Haikal. Sofea tersenyum.
            “Kita! Hal kita?” Haikal meninggikan suara sehingga pekerja-pekerja yang berada di lobby hotel terkejut dan memandang ke arah mereka berdua.
            Sofea menunduk malu. Dia tak sangka Haikal akan memalukan dirinya di depan orang ramai lebih-lebih lagi di hadapan pekerja Haikal.
            “You dah lupa ke? Antara kita sudah tiada apa-apa lagi atau you nak I remind you apa yang berlaku pada hari itu? You nak ke?”
            “Haikal, kenapa you cakap begini pada I? Selama ini you tak pernah melayan I seperti ini I tahu I bersalah pada you tetapi I ada sebab kenapa I tinggalkan you pada hari pernikahan kita.Biarlah I jelaskan segala-galanya pada you. Please.” Sofea merayu. Dia berharap Haikal memberi peluang.
            “Semua itu telah berlalu. Perjelasan you sudah tiada apa-apa makna lagi. Di saat kau kembalikan cincin pertunangan kita, hubungan kita sudah tidak wujud lagi. Cinta I pada you telah lenyap.Dah tiada apa-apa makna lagi. Kenangan kita berdua telah lama I padamkan So you patut lakukan perkara yang sama.” Haikal sengaja tersenyum sinis untuk menyakitkan hati Sofea. Aku mahu kau rasa apa yang telah aku rasa.
“Please, Haikal! Berilah I peluang untuk jelaskan segala-galanya. I tak mahu you salah faham pada I. You ingat hanya hati you saja yang sakit, I pun sama.”
“Alasan. Semua itu hanya alasan sahaja. I tak mahu dengar apa-apa lagi dari you.”
“Sekarang ini, I tahu you marahkan I. You berhak. I tak kisah tetapi boleh tak you tunaikan permintaan I.” Mata Sofea sudah berair. Mata-mata yang memandang di sekelilingnya tidak dihirau. Dia begitu berharap Haikal akan menerima cintanya kembali.
            “What!” Mata Haikal bulat. Beberapa saat kemudian dia mengalihkan pandangannya.Dia tidak berani bertentangan mata dengan Sofea. Dia takut dia akan menjadi lemah dan bersetuju kembali ke pangkuan Sofea. Aku tak boleh. Aku lelaki. Aku mesti mempertahankan maruah diri aku. Dia mengakui hatinya sedikit terusik dengan kata- kata Sofea. Sofea bersungguh-sungguh untuk kembali pada dirinya.
            “Can we be back to be the same?”
            Haikal mendengus. “Never!” tegas Haikal. Langkahnya diatur pantas meninggalkan Sofea yang masih kaku dengan jawapan yang diberikan oleh Haikal. Dia bimbang pendiriannya berubah. Benar kata Aishah, hatinya berbelah bahagi. Antara sayang dan dendam. Aku harus pergi dari sini dengan segera.

                        ***************************************************************

            Aril dan Aina berpaling antara satu sama lain. Aril menjuih bibir sebagai isyarat pada Aina untuk bersuara.
Aina mengetap bibir. Mesti aku juga yang kena bersuara dahulu. Aina berjalan mendekati Datin Sharifah Mawar yang sedang berdiri di balkoni. Sudah 2 hari mama berkurung di dalam bilik. Aina risau.
“Mama! Kami risau melihat keadaan mama sekarang ni. Cukuplah, mama! Jangan diikutkan sangat hati tu. Hal ini dah lama berlalu. Maafkan sahaja Abang Tahir dan Julia. Dah dua hari berturut-turut mereka berdua datang untuk meminta maaf pada mama.”
“Aina dah lupa apa yang berlaku pada Kamalia? Siapa yang menyebabkan Kamalia bunuh diri? Begitu senang Aina melupakan segala-galanya.” Datin Sharifah Mawar meninggikan suaranya. Dia geram. Kini Aina dan Aril sudah memaafkan mereka berdua. Hatinya sakit.
“Aina tak lupa semua itu, mama! Setiap detik dan setiap saat yang berlaku, Aina tak pernah lupa mama tetapi kita harus terima apa yang berlaku. Kita perlu terima qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T, mama.”
“Mama tahu semua itu. Hal ini tak mungkin akan berlaku kerana mereka berdua. Mereka yang bersalah dalam hal ini.”
“Ya. Memang semua ini berpunca dari mereka tetapi dalam hal ini arwah Kamalia turut sama bersalah. Kita tak boleh menyalahkan sebelah pihak sahaja.” Aril mencelah secara tiba-tiba.
Datin Sharifah Mawar berpaling kerana terkejut dengan kata-kata Aril. Wajahnya merah. “Aril! Aril sedar tak, apa yang Aril cakapkan tadi. Kamalia adik Aril. Aril dah lupa apa yang dilalui oleh Kamalia selama ini,” Suaranya ditinggikan.
Aina mengeluh. Ini bukan masanya untuk bergaduh. Tujuan aku hanya untuk melembutkan hati mama bukannya untuk keraskan lagi hati mama. Abang pun! Nak masuk campur pun, agak-agaklah.
“Semua itu Aril tak pernah lupa. Apa yang berlaku, Aril ingat.Arwah Kamalia ada banyak pilihan, mama! Banyak pilihan tetapi cara terkutuk tu juga yang arwah Kamalia pilih.”
“Aril!” Datin Sharifah Mawar ingin mendekati Aril tetapi sempat dihalang oleh Aina.
“Cukuplah, abang! Arwah Kamalia dah tiada. Boleh tak kita jangan ungkit perkara yang lepas? Tiada sesiapa yang bersalah dalam hal ini. Ini adalah ketentuan Allah S.W.T.” tegas Aina. Dia tak mahu keadaan menjadi lebih keruh.
“Mama!” Aina memandang wajah bujur sirih milik ibunya. “Walaupun pedih, kita harus menerimanya. Kenyataan tetap kenyataan. Walaupun beribu batu kita lari darinya, kenyataan tetap tidak akan berubah, mama!Itulah hakikat yang kita harus terima. Aina tahu pemergian arwah Kamalia meninggalkan luka yang dalam pada mama. Begitu juga pada kami, mama. Pemergian arwah Kamalia turut sama memberi parut dalam hati kami tetapi kami terima semua itu.” Ujarnya dengan lembut.
Datin Sharifah Mawar terdiam.
“Ya, memang perkara ini berpunca dari Abang Tahir dan Julia tetapi mereka tidak pernah menyangka hal ini akan berakhir seperti ini. Semua orang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan, mama. Nobody is perfect , mama! Pada mulanya, kami juga seperti mama. Marah dan menyimpan perasaan dendam pada  mereka berdua tetapi sehingga bila harus kami berperasaan seperti itu, mama? Sehingga bila? Jiwa kami tak tenang.”
Aril berdiri di sebelah Aina. Kata-kata Aina ada kebenarannya.
Kelopak mata Datin Sharifah Mawar mula berair. Wajahnya muram.
“Kata-kata atuk ada kebenarannya. Memaafkan orang adalah perbuatan yang mulia. Nabi Muhammad S.A.W juga menyeru umatnya memaafkan kesalahan orang lain. Jiwa kita akan tenang selepas kita memaafkan kesalahan orang lain. Perasaan dendam hanya akan memakan diri kita.” Aina memegang lembut tangan Datin Sharifah Mawar.
“Mama tahu kan yang arwah Kamalia sangat mencintai dan menyayangi Abang Tahir. Walaupun abang Tahir telah mengecewakan hatinya, cintai Arwah Kamalia pada Abang Tahir tak pernah pudar. Aina tahu, mama pasti arif tentang hal ini kan. Dengan apa yang berlaku sekarang ini, pasti arwah Kamalia sedih melihat kita seperti ini. Please, mama! Perasaan dendam ini harus dihapuskan. Maafkan mereka berdua, mama.” Aina merayu. Dia tidak mahu ibunya menderita lagi. Mama harus melupakan dendam ini.
Datin Sharifah Mawar memusingkan badan agar membelakangkan Aril dan Aina. Dia cuba menahan diri dari menangis. Hatinya tersentuh dengan kata-kata anak perempuannya. Langkahnya diatur menuju ke balkoni.
Aril dan Aina diam membisu dan menanti keputusan ibu mereka.
Datin Sharifah Mawar mengeluh dengan kuat. “Baiklah! Mama maafkan mereka berdua.”
Aril dan Aina tersenyum gembira.
“Tetapi dengan satu syarat. Mereka tidak akan menjejakkan kaki di Malaysia sehingga akhir hayat mereka.”
“Tetapi mama….”
“Hanya itu syarat mama.” Tegas datin Sharifah Mawar.
“Bunyi macam tak ikhlas saja.” Kata Aril dengan nada perlahan tetapi dapat didengari oleh Aina.
Aina mencubit lengan Aril. Dia mengetap bibir. Nasib baik, mama tak dengar. Cakap ikut sedap mulut dia saja. Jika tidak, entah apa yang terjadi. Abang hampir saja menyemarakkan lagi apa yang hampir padam. Mujurlah, mama tak dengar.
Aril menggosok lengannya yang telah dicubit oleh Aina. Sakit! Berbisa betul tangan Aina.
Aina menunjukkan isyarat pada Aril agar mengunci mulut supaya tidak bersuara. Aina bimbang ia akan menyebabkan laut yang tenang akan bergelora lagi. “Baiklah, mama”
“Kamu berdua keluar. Mama nak berehat sekejap.”
“Baiklah.” Aina menarik tangan sasa milik Aril supaya beredar dari situ. Aril hanya mengikuti rentak Aina. .Pintu bilik ditutup rapat selepas mereka keluar.

            *******************************************

Aina bergegas keluar dari perut kereta. Dia berlari mendapatkan Mak Mah yang sedang berdiri menanti kepulangannya. Selepas habis kuliah,
“Apa halnya, Mak Mah?” Aina risau. Wajah Mak Mah pucat lesi. “Mak Mah sakit ke? Jom, Aina bawa Mak Mah pergi klinik.”
“Mak Mah sihat cuma…..Mak Mah rasa tak sedap hati sebab itu Mak Mah telefon Aina.” Mak Mah resah. Hatinya tak tenteram. Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.
“Kenapa, Mak Mah?”
“Kamalia.”
“Kenapa dengan Kamalia?”
“Semasa Kamalia nak keluar tadi, perangainya pelik.”
“Pelik?” Dahi Aina berkerut.
“Kamalia peluk Mak Mah. Dia ucapkan terima kasih pada Mak Mah kerana menjaga dia selama ini. Dia gembira kerana dapat mengenali Mak Mah. Walauapa yang terjadi, dia takkan lupakan Mak Mah dan menyayangi Mak Mah selama-lamanya. Itu kata-kata Kamalia sebelum dia keluar. Sebelum ini, Kamalia tak seperti ini pun. Mak Mah risau, Aina. Bila Mak Mah tanya dia nak ke mana? Dia kata dia nak keluar ambil angin tetapi sekarang ni dah sejam lebih, Kamalia masih belum pulang. Bila Mak Mah telefon, Kamalia tak angkat panggilan Mak Mah. Selepas Mak Mah pergi ke bilik Aina, ada surat di atas meja study Aina. Bilik Tan Sri, Mawar dan Aril pun ada surat juga. Ia dari Kamalia. Mak Mah kena tulisan Kamalia.” Mak Mah memberi sepucuk surat yang tertulis nama Aina.
Aina segera membuka sampul surat itu. Tangannya bergetar sebaik sahaja mula membaca surat itu.

Aina,

            Maafkan aku kerana memilih cara ini untuk bersemuka dengan kau buat kali terakhir, Aina.Kaulah kawan sejati aku. Walaupun kita hanya berkenalan dalam waktu yang singkat, kau sanggup menerima aku seperti keluarga kau sendiri selepas kematian ibu bapa aku. Kau tetap berada di sisi aku di saat aku dalam kesusahan. Aku benar-benar menghargainya. Walaupun kita tiada pertalian darah, kau anggap aku seperti keluarga kandung kau sendiri. Kau dan keluarga kau tidak pernah buat aku rasa kekurangan kasih sayang. Kau buat aku rasa bahagia berada dalam keluarga kau, Aina.
            Tetapi aku tak sanggup lagi untuk memberi masalah dalam keluarga kau. Aku tak mahu kau dan keluarga kau menderita kerana aku. Aku tak sanggup lagi, Aina. Aku cuba. Aku cuba untuk melupakan Abang Tahir tetapi aku gagal. Aku gagal melupai Abang Tahir. Walaupun Abang Tahir telah mengkhanati cinta aku, cinta aku padaAbang Tahir tetap kukuh. Aku tahu aku seorang yang bodoh. Mencintai lelaki yang telah menghancurkan hati. Melihat dirinya bahagia bersama wanita yang dicintainya membuatkan jiwa aku merana. Hati aku sakit. Teramat sakit, Aina. Ke mana sahaja aku pergi, bayang – bayang Abang Tahir sering mengekori aku. Aku tidak dapat melupakan Abang Tahir. Aku sudah tak sanggup untuk menanggung penderitaan ini lagi, Aina. Aku dah tak sanggup melaluinya lagi. Aku tak kuat.
            Kerana itu aku telah membuat keputusan untuk menamatkan penderitaan ini,Aina. Aku sayangkan kau, mama, atuk, Abang Aril dan Mak Mah. Jasa baik keluarga kau tak mungkin aku lupa. Aku minta maaf, Aina. Halalkan makan minum aku. Aku sayangkan kau, Aina.

                                                                                    Tulus Ikhlas;
                                                                                        Kamalia                            

            Air mata Aina mengalir laju membasahi pipinya. Bibirnya bergetar.Aina berpaling ke arah Mak Mah yang masih kaku menanti.
            “Mak Mah, call atuk. Beritahu atuk yang Kamalia nak buat perkara bodoh. Dia….dia nak bunuh diri.” Suara Aina bergetar. Dia faham di sebalik maksud surat yang dibacanya tadi.
            “Ya Allah.” Mak Mah tergamam.
            Aina berlari menuju ke kereta Hyundai  Genesis Coupe berwarna merah miliknya. Kamalia! Kau jangan nak buat perkara bodoh Kamalia. Jantung Aina berdegup kencang. Telefon bimbit c6 dikeluarkan dari poket seluar jeans dan Aina segera mendail no telefon abangnya.

                                                *****************************

            Tahir dan Julia bangun sebaik sahaja melihat Aril dan Aina melangkah masuk ke ruang tamu. Wajah mereka berdua muram.
            “Auntie Mawar masih tidak mahu berjumpa dengan kami ke?” Tahir bersuara.
            Aril hanya mampu menggelengkan kepala.
            Tahir memegang tangan Julia.
            “Tetapi mama dah maafkan kau dan Julia.” Beritahu Aril.
            “Betul ke?” Wajah Tahir kembali ceria. Apa yang dia minta hanya kemaafan dari Datin Sharifah Mawar. Julia turut sama tersenyum. Ringan sedikit beban yang berada di hatinya. Apa yang berlaku adalah kesilapannya?
            “But with one condition!” Aina mencelah. Wajahnya serius.
            Senyuman Tahir dan Julia hilang secara tiba-tiba.
            “Kamu berdua sudah tak boleh menjejakkan kaki di Malaysia sepanjang hayat kamu. Itulah adalah syarat mama. Aku harap kau berdua faham dan menghormati permintaannya.”
            Tahir dan Julia berpandangan antara satu sama lain.
            Beberapa saat kemudian, Tahir mengganggukkan kepalanya. Dia setuju dengan permintaan Datin Sharifah Mawar. Tahir tersenyum tawar.
            “Aril, aku nak minta kebenaran kau untuk menziarahi kubur arwah Kamalia sebelum aku pergi.”
            “Boleh. Arwah Kamalia disemadikan di Tanah Perkuburan Sri Kembangan.”
            “Terima kasih, Aril.” Tahir mengalihkan pandangannya pada Aina.
            Aina tersenyum.Dia tahu maksud di sebalik pandangan Tahir padanya. Tahir turut sama meminta kebenaran padanya.
            “Sebenarnya ada perkara yang aku nak tahu!” Tahir melihat tepat kea rah Aril dan Aina. Tahir teragak-agak untuk bertanya.
            “What is it?”
            “Bagaimana arwah Kamalia pergi meninggalkan kita? Kalau..kalau kau tak mahu beritahu aku, aku faham, Aril.”
            Aril menarik nafas. “Arwah Kamalia bunuh diri di Air Terjun Sg. Tekala. Kau tahu kan tempat tu? Tempat yang terlalu bermakna pada arwah Kamalia.”
            Air mata Tahir mengalir laju. Air Terjun Sg. Tekala adalah tempat mereka sering berkunjung setiap hujung minggu. Tempat yang memberi seribu makna pada mereka berdua ketika bercinta. Ya, Allah! Apa yang aku sudah buat ni? Tahir menekup kedua-dua belah tangannya. Tangisannya semakin kuat
            Julia turut sama menangis.
            Aril menepuk bahu Tahir dengan lembut. “Sudahlah, Tahir. Semua itu sudah berlalu. Perkara dah lepas jangan diingatkan lagi.”
            “Aku….Aku…..”
            “abang tak bersalah dalan hal ini. Julia yang bersalah. Jika tidak kerana perasaan cemburu Julia pada arwah Kamalia, semua ini tidak akan terjadi.” Tangisan Julia semakin kuat. Dia tahu walau berjuta kali dia meminta maaf pada keluarga arwah Kamalia, keadaan tetap juga tidak akan berubah. Arwah Kamalia tak mungkin akan kembali. Beribu penyesalan terpahat di hatinya.
            “Julia tak bersalah. Abang yang bersalah.” Tahir memujuk Julia. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Julia sekarang.
            “Tiada sesiapa bersalah dalam hal ini. Apa yang berlaku adalah takdir. Kita tidak dapat melawannya. Jangan salahkan diri sendiri lagi. Just forget about it and start a new life. Kami pun ingin minta maaf bagi pihak keluarga kami.” Aina tersenyum.
            “Saya pun begitu, Aina. Saya minta maaf jika selama ini sikap saya telah menyakiti hati keluarga Aina dan terutamanya arwah Kamalia. Saya benar-benar minta maaf. Apa saja keputusan Datin Sharifah Mawar, kami terima asalkan Datin Sharifah Mawar dapat memaafkan kami.” Julia meminta maaf.
            Aina memegang erat tangan Julia. Dia berharap apa yang berlaku telah sampai ke penghujungnya. Aina mahu kisah ini tamat pada hari ini juga. Aina berharap roh Kamalia berada dalam keadaan aman dan dicucuri rahmat. Itu yang aku pinta.

                                    **************************************

            Sofea membuka peti sejuk dan mengeluarkan bahan-bahan yang ingin digunakan untuk memasak.
            “Awal kau balik? Plan kau tak menjadi ke? Dah seminggu kau cuba.” tegur Zetty. Dia terus melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat di ruang dapur. Dia meletakkan tangannya di atas meja sambil tersengih. Wajah Sofea yang muram itu telah memberi jawapan pada soalannya sebentar tadi.
            “Kau jangan nak pandang rendah pada aku. Ini sofea. Tiada mana-mana lelaki akan terlepas dari genggaman aku. Tak mungkin aku akan putusa asa. Aku tahu Haikal masih mencintai aku.” Sofea meninggikan suaranya. Dia sedar Zetty memerli dirinya. Air mukanya berubah.
            “Itu dulu sebelum kau tinggalkan dia semata-mata kerana Tan Sri Yahya. Kau dah lukakan hati dia. Kau dah lupa ke kau pernah tinggalkan parut pada Haikal. Mustahil dia akan lupakan begitu saja. Kau tinggalkan dia pada hari yang begitu bermakna pada dirinya. Tak mungkin dia akan lupa.”
            “Zetty! Kau kawan aku. Kau kena ingat tu. Kau sepatutnya menyokong aku.”
            “Ya, memang aku kawan kau. Apa yang aku cakapkan tadi untuk kebaikkan kau. Aku tak mahu kau kecewa selepas ini. Hampir setahun kau tinggalkan dia, tak mustahil jika dia dah ada pengganti lain.”
            “Tak! Dalam hati Haikal hanya ada aku. Aku! Tiada mana-mana perempuan dapat menggantikan tempat aku di dalam hati Haikal. Hanya aku yang dicintai oleh Haikal. Kau dengar tak?” jerkah Sofea. Hatinya sakit apabila Zetty tidak menyebelahi dirinya.
            “Sofea.” Zetty terkejut apabila dijerkah oleh sahabat baiknya itu.
            “Ini hal aku. Kau jangan masuk campur. Jika kau masih sayangkan persahabatan kita selama 10 tahun, aku harapkan kau, stay out from my business.” Sofea menghentak sayur sawi yang dikeluarkan dari peti sejuk di atas meja. Dia segera meninggalkan Zetty. Hatinya sakit. Zetty, kenapa kau tak pernah faham hati aku? Aku hanya mengejar kebahagiaan sendiri. Salahkah?
            Zetty mengelengkan kepalanya beberapa kali. Dia kecewa dengan sikap Sofea. “Dahulu kau buang Haikal, sekarang ni kau nak Haikal balik. Kau ingat cinta Haikal, barang mainan ke?” Pandangannya dialihkan pada bahan-bahan yang dikeluarkan oleh Sofea sebentar tadi. Aku juga yang nak kena simpan barang-barang ni.

                                    *************************************

            Aina melangkah masuk ke dalam banglo mewah milik Tengku Fauziah. Langkahnya berat. Fikirannya masih memikirkan ibu. Dia tak sampai hati untuk  meninggalkan Datin Sharifah Mawar. Aina risau. Jika diikutkan hati, aku mahu saja temani mama tetapi bila difikirkan balik, tugas aku masih belum selesai. Aku kena tunaikan janji aku pada nenek. Ya, aku mesti selesaikan tugas aku dengar segera. Mama perlukan aku.
            “Hah, baru balik! Aku ingatkan kau dah tak mahu balik. Maklumlah, orang bila dah jumpa buat hati tentulah dah lupa diri.” Haikal bersuara sebaik sahaja melihat Aina melangkah masuk.
            Dahi Aina berkerut. “Apa yang tuan cakapkan ni? Saya tak faham.”
            “Tak payahlah kau nak berlakon di depan aku. Aku tahu apa kau buat selama 4 hari ini. Dengan nenek, kau bolehlah tipu tetapi dengan aku, jangan haraplah.” Perli Haikal sambil kakinya melangkah mendekati Aina yang sedang berdiri tegak.
            “Tuan! Jika tuan tak berpuas hati dengan saya, berterus-terang saja.”
Aina mengetap bibir. Aku baru saja balik, dia dah mula nak cari kesalahan aku. Apa kena dengan lelaki ni?
            “Baikah, jika itu yang kau mahu. Tak payah aku nak bermadah helah dengan kau. Aishah, kalau kau rindu sangat pada teman lelaki kau, kau tak payah gunakan alasan kolot. Ada masalah keluarga la! Mak sakit la. Alasan seperti itu dah tak boleh dipakai lagi. Kalau kau nak sangat jumpa teman lelaki kau untuk lepaskan rindu, kau beritahu saja aku. Aku akan benarkan kau bercuti. Aku boleh bagi kau sebulan cuti jika kau nak.”
            Bulat mata Aina merenung lelaki berbaju t-shirt berwarna hitam jenama adidas. Nafas Aina turun naik menahan geram. Teman lelaki? Siapa teman lelaki kau?Dah kena sampuk ke mamat ni! “Tuan Haikal! Jangan nak buat tuduhan tanpa usul periksa. Selama 4 hari ini, saya berada di rumah ibu saya. Ada masalah keluarga dan sekarang ini ibu saya tak sihat. Tuan ingat saya main-main tentang perkara ini ke?Sepatutnya saya perlu menjaga ibu saya tetapi disebabkan saya ingat tugas saya sebagai orang gaji di rumah ini, saya tetap balik ke sini walaupun keadaan kesihatan saya masih belum memuaskan. Sama ada tuan nak percaya atau tidak. Terserah. Jika tuan tak suka saya bekerja di sini, tuan beritahu nenek tuan dan suruh dia pecat saya. Saya tak ada apa-apa masalah. Ada banyak kerja saya perlu buat. Saya malas nak melayan perangai tuan seperti budak kecil.” Aina meninggikan suaranya. Hatinya panas. Fikirannya sedang berserabut sekarang ini ditambah pula dengan perangai Haikal menyakitkan hati, lagi serabut fikiran aku. Malas nak layan. Aina terus meninggalkan Haikal. Wajahnya masam.
            Haikal terpinga-pinga. Dia memerhati kelibat Aina yang sudah hilang dari pandangannya.           

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...