Tuesday, January 26, 2010

Rahsia Hati Bab 29

Bab 29


“Wah, bertuahnya badan! Tiap-tiap hari dapat bunga. Siapa bagi kat kau?” tanya Salwa sebaik saja tiba di meja Halina. Dia tersenyum melihat sejambak bunga ros pink di atas meja Halina.
“Kawan aku la.”
“Lelaki ke perempuan?” soal Salwa lagi ingin tahu.
“Kawan!” Halina menegaskan lagi katanya. Dia faham maksud pertanyaan Salwa.
“Kawan! Kawan macam mana? Tiap-tiap hari bagi kau bunga, itu kau kata kawan. Menurut firasat aku, ini bukan kawan. Special ni. Kau perasaan tak, Si Melissa tu bila pandang kau macam nak telan saja. Sebab dia jealous kat kau, tiap-tiap hari dapat bunga. Dia ingat dia seorang saja boleh bercinta”
“Aku tak tahu la, macam mana nak cakap kat kau. Daniel tu kawan aku masa kat korea. Full stop tu je!” tegas Halina.
”Ooo...namanya Daniel. Sedap nama tu. Mesti handsome. Ala...kau kan single, tak berpunya. Kau terima saja Daniel tu. Aku tahu mesti dia mengharap cinta kau.”
Halina mengeluh kuat. Pen yang dipegangnya sebentar tadi diletakkan. “ Salwa, aku dan Daniel! Kawan! Kau nak ke aku eja satu persatu dan terangkan maksudnya sekali. Lagipun buat masa ni aku malas nak bercinta. Aku nak tumpukan perhatian untuk karier aku saja. Faham! Yang kau ni, releks nampak. Tak ada kerja ke?”
“Aku dah siapkan dah. Lagipun bahagian berita sukan, tak banyak kerja sangat. Hmm...kau tahu tak , mulai minggu depan Si Melissa akan jadi pembaca berita Buletin 8 menggantikan tempat Kak Sofea.”
“Kak Sofea? Kenapa?”
“Aku dengar Kak Sofea sambung belajar kat London. Sebab tu mereka replace tempat Kak Sofea dengan Melissa. Mentang-mentang la mereka berdua tu bestfriend.” kata Salwa dengan nada tidak puas hati.
”Dah rezeki dia.” kata Halina.
”Ye ke, rezeki dia! Entah-entah Abang Rizal tolong dia sebab tu dengan senang saja dia dapat.”
”Itu hal mereka, Salwa. Kalau Abang Rizal tolong pun, apa kena mengena dengan kita.Lagipun orang yang dia tolong, girlfriend dia sendiri.”
”Ini tak adil, Lina.” tegas Salwa.
Halina mengeluh kuat. ”Salwa! Adil ke, tidak adil ke! Kita tidak berhak judge orang berdasarkan perasaan kita, kita tak tahu sama ada perkara itu benar atau tidak. Kita tak tahu perkara yang sebenarnya.Mungkin Melissa dapat jawatan tu disebabkan kerajinan dan daya usahanya sendiri. You sholud think postive, Salwa.”
”Kau ni memang terlebih baik la.” Salwa menggelengkan kepalanya. Selepas apa yang berlaku, Halina masih tenang. Kalau la aku, dah lama aku balas dendam. Biar Melissa rasa !
”Halina!”
Salwa dan Halina menoleh ke arah suara tersebut. ”Puan Melati nak jumpa awak sekarang, Halina!” kata Anuar yang baru saja keluar dari bilik Puan Melati.
”Kenapa?”
”Aku tak tahu la! Kau pergi la cepat!” kata Anuar terus duduk di mejanya.
Halina terus bangun. ”Nanti kita lunch sama-sama, ye !”
”Ok!” jawab Salwa sambil tersenyum. Dia melihat ke arah Melissa yang sedang merenung dirinya. ”What!” kata Salwa dan terus berjalan ke arah mejanya. Nak cari pasal dengan aku ke?

**********************

Dr. Hazwan merenung Ali seolah-olah ingin ditelannya. Dr. Hazwan mengeluh kuat. Ali hanya mendudukkan kepalanya. Dia tahu dirinya bersalah. Sudah beberapa kali Dr Hazwan berpesan kepadanya untuk menjada Cik Muda tapi.... ”Ali, saya tak tahu nak cakap apa lagi dengan kamu ni! Dah banyak kali, saya pesan supaya jaga kesihatan Dania. Bulan ni saja, sudah banyak kali Dania pitam! Kalau tahu kan maksudnya, kalau perkara ni berterusan.” Dr. Hazwan meninggikan suaranya.
”Maafkan saya!”
Hairi berasa bersalah bila melihat Ali dimarahi. Apa yang terjadi pada Dania adalah kerana dirinya bukannya Ali. “Uncle, sebenarnya semua ni salah Hairi bukannya Ali.” Hairi tiba-tiba bersuara.
Dr. Hazwan mengeluh. Disebabkan terlalu marah, dia tak sedar kehadiran Hairi di situ. “Hairi, apa Hairi buat kat sini?” tanya Dr. Hazwan. Dia kenal Hairi kerana Hairi adalah anak kepada sahabat baiknya, Sufian. Arwah Ayah Hairi dan Arwah Ayah Dania adalah sahabat baiknya sejak di bangku sekolah lagi sehinggalah ke universiti. Kini hanya tinggal dirinya saja.
“Dania jadi macam ni disebabkan Hairi, Uncle. Perkara ni tak ada kaitan dengan Ali.” kata Hairi bersungguh-sungguh. Matanya sudah merah . “aaa....Dania, macam mana dengan Dania? Dia tak apa-apa kan!” Hairi terus menggengam erat tangan Dr. Hazwan.
“Hairi tahu tentang penyakit barah otak yang dihadapi oleh Dania ke?” Matanya tepat merenung anak muda yang berdiri dihadapannya.
Hairi menganggukkan kepalanya sebagai tanda ya. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Dr. Hazwan.
”Kalau Hairi tahu, kenapa Hairi tetap juga nak kahwin dengan Dania?” Minggu lepas, Dania ada datang berjumpa dengannya untuk pemeriksaan kesihatan. Wajahnya sugul seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Bila dipujuk barulah, Dania menceritakannya segala-galanya.
Hairi mendiamkan diri.
”Jawab! Kenapa Hairi nak kahwin dengan Dania, hah! Beritahu uncle! Hairi dah tahu kesihatan Dania macam ni tapi kenapa Hairi tetap nak kusutkan fikiran Dania.Dania hanya ada masa beberapa bulan lagi nak hidup. Hairi tahu kan, penyakit barah otak tiada ubatnya. Hairi nak Dania mati cepat ke?” marah Dr. Hazwan. Perasaan marahnya kali ni sudah tidak dapat dibendung lagi.
”No! I love her, Uncle. I love Dania!” tegas Hairi. Kenapa? Salah ke aku mencintai Dania. Berdosa ke?
Dr. Hazwan kaku seketika sebaik saja mendengar pengakuan Hairi. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Wajah Hairi direnunginya. Benarkan Hairi mencintai Dania? Dr. Hazwan menoleh ke arah Ali. Ali hanya menganggukkan kepalanya. Dr. Hazwan mengeluh.
“Dr. Wardina!” tercetus nama tersebut di bibir Ali sebaik saja melihat seorang wanita yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Serentak Hairi dan Dr. Hazwan berpaling. Mereka terkejut dengan kehadiran Wardina di situ.
Air mata Wardina mengalir tanpa disedarinya. Bibirnya terketar-ketar seolah-olah ingin menyatakan sesuatu tetapi lidahnya kelu untuk berkata-kata. Apa yang didengarnya sebentar tadi benar-benar diluar jangkaannya. Kakinya tiba-tiba lemah untuk melangkah. Dania!...Dania! Air mata Wardina deras mengalir. Wardina melihat satu persatu wajah lelaki yang berada di hadapannya. Benar ke dengan apa yang aku dengar sebentar tadi? Dania ! Barah otak! Tak mungkin. Pandangan Wardina tiba-tiba terhenti pada Ali. Dengan lemah, Ali mengganggukkan kepalanya. Dia tahu maksud disebalik pandangan Wardina terhadapnya. Wardina tiba-tiba terduduk. Tangisannya semakin kuat.

**************************************

”Halina, saya ada tugasan untuk awak!” kata Puan Melati sebaik saja Halina duduk.
”Tugasan!”
”Ya. Tugasan ini untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia. Saya rasa awak layak memikul tugasan ni.” Puan Melati tersenyum. Dia tahu Halina seorang yang berkaliber. Tugasan ni sesuai untuk Halina.
”Mengenai apa, puan!”
”Saya nak kamu temubual pewaris Global Bersatu! Saya yakin pasti segmen ni akan menarik perhatian penonton.”
”Pewaris Global Bersatu!”
”Ya! Tengku Dania Dahlia dan Tengku Daniel Darius!” beritahu Puan Melati.
”Daniel Darius!” Halina terkejut. Nama sama macam Daniel je. Tetapi mustahil la. Kebetulan nama mereka berdua sama je. Seorang cucu jutawan dan seorang lagi pengawal keselamatan. Berbeza. Memang berbeza.
”Kenapa, Halina? Kamu kena dengan Tuan Muda ke?” soal Puan Melati.
”Tuan Muda!” Halina hairan.
”Tengku Daniel! Ooo...saya terlupa, kamu baru lagi kat sini. Semua staf Global Bersatu mesti panggil Tengku Dania dan Tengku Daniel , Cik Muda dan Tuan Muda.”
”Tuan Muda! Tapi kenapa?” Soal Halina hairan. Tinggi sangat ke taraf mereka sehingga kena panggil seperti itu.
”Arahan dari Tengku Daud. Pengerusi Global Bersatu. Bila big boss, beri arahan macam tu, kita kena ikut la. Hmm....saya pasti ramai ingin tahu kehidupan Tuan Muda dan Cik Muda kerana mereka berdua ni low profile. Oklah, Halina! Saya beri masa pada kamu selama 2 minggu. Boleh kan! Ini untuk tingkatkan rating rancangan Selamat Pagi Malaysia.”
”Baiklah, Puan! Saya takkan kecewakan Puan. Sekarang jugak, saya pergi ke Ibu Pejabat Global Bersatu.” yakin Halina. Sekarang ni semangat dia berkobar-kobar, inilah peluang untuk dirinya menunjukkan bakatnya. Dia takkan sia-siakan peluang ni.
”Kamu nak ke sana buat apa?”
”Aaa....kan, Puan suruh saya interview Cik Muda dan Tuan Muda” Halina hairan.
”Tuan Muda ada di sini. Kamu interview dia dulu.”
”Tuan Muda ada di GBTVS?” Halina terkejut besar.
”Ya. Selepas apa yang berlaku diGBTVS hari tu, sudah seminggu Tuan Muda ada di sini untuk memperbaiki pengurusan GBTVS. Kalau tak salah saya, pejabat Tuan Muda di tingkat 4. Kamu call setiausaha dia dulu, tetapkan temujanji. Saya rasa Tuan Muda takkan menolak kerana ni untuk kepentingan GBTVS ”
”Baiklah, Puan!” Halina bangun dan berlalu keluar.

**************************************************

”Tuan Muda!”
Daniel menoleh apabila namanya dipanggil. ”Ya, Zarina!”
”Tuan Muda, tadi ada wartawan dari GBTVS call. Dia nak adakan temubual dengan Tuan Muda petang ni! Pukul 3.00petang.”
“Temu bual. Untuk apa?” Dahi Daniel berkerut.
”Untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia. Segment ni tentang life Cik Muda dan Tuan Muda.“
”Apa!“ Daniel terkejut.
”Cik Halina beritahu, segmen ni....“ belum sempat Zarina menghabiskan ayatnya. Tiba-tiba Daniel mencelah.
”Halina!” bulat mata Daniel sebaik saja nama itu disebut.
”Ya! Cik Halina Hanis. Nama wartawan tu Halina Hanis.”
”Apa!” Nada suara Daniel tiba-tiba meninggi pantas Daniel bangun. Wajah Daniel berubah pucat. Biar betul, Lina nak interview aku. Kalau dia tahu siapa aku yang sebenarnya pasti Lina akan benci aku! Macam mana ni? Daniel sudah gelabah. Irfan hanya tersenyum. Dia tahu sebabnya kenapa Daniel seperti itu.
”Tuan Muda, kenapa ni?” Zarina pelik dengan kelakuan Daniel.
”Cakap saya sibuk. Saya tak nak ditemubual.” Daniel terus mengambil kotnya. Daniel merenung jam tangannya sudah menunjukkan pukul 2 petang. Fuh, nasib baik! Aku kena tinggalkan tempat ni cepat. Bahaya ni.
”Esok?” soal Zarina.
”Sibuk!”
Zarina terkejut dengan jawapan Daniel. Kenapa Tuan Muda kelam-kabut saja? Macam nak larikan diri dari seseorang?
”Tapi apa saya nak beritahu Cik Halina?”
”Hmm...saya busy.Zarina, hmmm....kalau sesiapa tanya pasal saya, cakap saja saya ada hal kat rumah. Saya balik dulu.” pesan Daniel. Dia mengambil cermin mata hitam dan topinya. Pantas dia memakai sebelum keluar. Dia takut kalau terserempak dengan Halina. Sejak dia bekerja di sini, setiap langkahnya perlu berhati-hati. Perasaan takut sentiasa menghantui jiwanya. Dia bimbang jika Halina mengetahui identitinya yang sebenar. ”Zamri, kita turun ikut tangga.” beritahu Daniel.
Zamri hanya tersenyum dan mengekori Daniel tanpa banyak soal. Zarina menggaruk kepalanya yang tidak gatal. Pelik! Dah buang tabiat ke boss aku ni, baru je pukul 2 dah nak balik. Selalunya selagi tak terbenam matahari, jangan harap la nak balik. Kali ni, lain pulak. Sebut saja nama Cik Halina, reaksi Tuan Muda memang pelik. Hmm....misteri ni!

********************************
Wardina masih setia berada di sisi Dania yang masih belum sedarkan diri. Tangannya masih erat memegang tangan Dania. Wardina memejamkan matanya. ”Dania! Kenapa kau sorakkan perkara ni dari aku? Kan kita dah berjanji takkan berahsia antara satu sama lain. Kau lupa ke?”
Wardina membuka matanya dan merenung wajah Dania yang pucat lesi. Sejak dari pagi hingga sekarang Dania masih belum sedarkan diri. Wardina menoleh ke arah Ali yang berada tidak jauh dari katil Dania.
”Pasti Daniel dan Tan Sri tak tahu tentang penyakit Dania!”
”Ya.”
”Jadi awak seorang saja yang tahu.” wardina kenal benar dengan perangai Dania. Tak hairanlah jika Daniel dan atuknya tak tahu.
”Saya, Dr Hazwan dan Hairi.”
“Hairi dah balik?” soal Wardina.
“Belum. Tuan Hairi ada kat luar. Dia masih menunggu Cik Muda sedar. Dia rasa bersalah dengan apa yang berlaku.” Beritahu Ali.
Wardina mengeluh. Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi. Wardina menoleh ke arah Ali. Bunyi itu datang dari beg tangan Dania. Pantas Wardina mengeluarkan telefon bimbit Samsung milik Dania. Nama Daniel tertera di skrin telefon itu. “Daniel!”
“Pasti Tuan Muda risau sebab Cik Muda tak balik lagi.” Ali menoleh ke arah jam dinding yang berada di dalam bilik itu. Sudah pukul 10 malam.
Wardina mengeluh. Pantas Wardina menjawab panggilan itu. ”Assalamualaikum.”
”Waalaikumussalam. Daniel, ni Kak Dina.“
”Oooo....Kak Dina, kakak ada tak?” soal Daniel berjalan menuju ke balkoni. Ada perkara yang perlu dia bincangkan dengan kakaknya.
”Ada. Sekarang ni Dania tengah mandi. Kami baru saja balik dari tengok wayang. Mungkin Dania akan bermalam kat rumah kak. Dania ingat selepas mandi ni, dia akan call Daniel tapi dah alang-alang Daniel call ni, kak beritahu Daniel la. Hmm...ada perkara penting ke nak cakap dengan Dania?”
”Hmm....tak apa la! Tak penting sangat tapi nanti boleh tak kak Dina beritahu kakak, jumpa Daniel kat GBTVS. Baiklah...kirim salam kat kakak ye! Assalammualaikum...” kata Daniel sebelum menamatkan panggilan.
Wardina mengeluh dan menoleh ke arah Dania. ”Dania, sampai bila kau nak berahsia dari Daniel, hah! Kau ni memang pentingkan diri sendiri” kata Wardina geram. Wardina menundukkan kepalanya sebaik saja air matanya ingin mengalir. Dengan pantas Wardina mengesat air matanya.

Friday, January 15, 2010

Rahsia Hati 28

Bab 28

Mata Halina masih tepat memandang pintu masuk Coffee Bean. Hatinya masih tertanya-tanya siapakah yang mengirimkan sejambak bunga ros kepadanya pagi tadi. Kad yang terselit di jambangan bunga itu tidak ditulis siapa pengirimnya tetapi terdapat pesanan di kad tersebut. ”Jika nak tahu siapa saya, jumpa di Coffe Bean di hadapan GBTVS pukul 5 petang ni.” Dahi Halina berkerut. Pantas dia merenung jam tangannya. Dah 5.20 ni! Aku kena tipu ke! Siapa yang bagi bunga tu? Abang Rizal? Tak mungkin. Secawan kopi yang berada di hadapannya sudah habis diminum. Halina mengeluh.Nampaknya memang benar la aku kena tipu! Kalau aku tahu siapa, siap la! Halina bangun.
”Sorry!” tegur satu suara.
Halina terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Hanya bibirnya bergerak cuba untuk bersuara tetapi tidak kedengaran. Mata Halina terkebil-kebil merenung lelaki yang berdiri di hadapannya. Dia tak percaya.
”Duduk la, Lina!” Daniel terus duduk tanpa dipelawa oleh Halina yang masih kaku.
”Daniel!”
”Ya, saya!” Daniel tersengih.
”Bila awak balik? Pagi tadi kita chatting, awak tak beritahu saya apa-apa pun!” Halina terus duduk.
”Saya sampai pagi tadi. Saja nak surprise awak! Awak suka tak dengan bunga yang saya bagi.” Sebaik saja mendengar suara Halina yang lemah –lembut itu. Rindunya sudah terubat. Matanya masih tepat merenung wajah Halina. Rasanya macam lama saja tak jumpa Halina.
”I like it. But why?” Halina hairan. Dia ingat lagi kata-kata Daniel sebelum berlepas.
”I had been caught by my scary sister.” Daniel ketawa kecil.
“Aaaa….” Halina terkejut.
“It’s time for me to come back, Lina. Anyways, this is my hometown. Dengan melarikan diri, masalah takkan selesai. I have to face it.”
“Melarikan diri?” Kata-kata Daniel sebentar tadi mengejutkan Halina. Larikan diri? Dari siapa?
”Tak ada apa-apa. So, macam mana dengan suasana tempat kerja? Boss baik ke? Rakan sekerja sporting tak?” tanya Daniel bertubi-tubi.
”Amboiii....macam pulak jadi wartawan. Satu-satu ok!”
”Excited la.”
”So far, ok la. I like it.” Halina tersenyum. Halina merenung Daniel yang hanya berseluar jeans dan t-shirt putih. Makin handsome la Daniel ni. Hatinya gembira dengan kehadiran Daniel dalam hidupnya. ”Sekarang awak dah dapat kerja ke belum?”
”Dah”
”Kat mana?” soal Halina lagi.
”Aaa...tempat kerja yang lama.”
”Syarikat apa?”
Mata Daniel meliar ke kiri dan kanan. Aaa...dia tanya aku kerja kat mana pulak? Aku nak cakap apa ni? Daniel masih berfikir. Kat mana? Ini la akibatnya kalau menipu...”Aaa...GB SafeGuard.”jawab Daniel secara tiba-tiba.
”Ooo...anak syarikat Global Bersatu! Sama la kita.” Halina tersengih. Muka handsome tapi kasihan kerja guard tapi tak apa la asalkan halal.
”So ...awak dah order ke belum? Ari ni biar saya belanja, ok!” kata Daniel. Dia terus melambai tangan ke arah pelayan cafe itu.
Halina tersenyum melihat gelagat Daniel. Dirinya bertuah kerana dapat berkenalan dengan Daniel.

************************************

Dania mengetap bibirnya menahan geram. Biliknya penuh dengan bunga lagi. Hampir keseluruhan biliknya dipenuhi bunga ros. Ini kerja Hairi. Dah 2 minggu, Hairi asyik mengirimkan jambangan bunga ros merah kepadanya. Kalau tak di pejabat, di rumah juga ada. Rimas dibuatnya. Dia ingat aku suka sangat bunga ke?Semakin menjadi-jadi Hairi ni, tak faham bahasa. Dia nak aku buka kedai bunga ke? ”Suria....Suria.....”
Suria bergegas masuk bila mendengar namanya dipanggil. ”Kenapa, Cik Muda?” soal Suria.
”Suria, kan saya dah pesan! Saya tak nak semua bunga ni ada dalam bilik saya. Kamu bagi saja kat siapa-siapa! Saya tak kisah. Yang penting bilik saya kosong! Tak ada bunga.” beritahu Dania.
”Sebenarnya....,Cik Muda! Kita ada masalah besar.”
“Masalah besar?” Dania terkejut. Ali berdiri di sebelah Suria. Kelihatan Suria teragak-agak untuk beritahu apa yang berlaku.
“Tan...Tan Sri pesan kat semua staff, kalau Tan Sri dapat tahu sesiapa ambil bunga yang diberi oleh Cik Muda! 50% dari gaji kami hujung bulan ni akan dipotong termasuklah saya.” Suria menunding jarinya ke arah dirinya sendiri.
Dania menggelengkan kepalanya beberapa kali. “Atuk ni tak munasabah langsung.” Dania mengeluh. Kenapa la atuk asyik sebelahkan Hairi? Sekarang ni siapa cucu atuk yang sebenarnya? Aku ke Hairi. Macam mana la aku nak singkirkan Hairi dalam hidup aku? Apa motifnya? Tiba-tiba Dania tersenyum ke arah 2 orang pekerjanya. Senyuman Dania penuh makna.
”Aa....kenapa Cik Muda senyum macam tu? Lain macam je!” Suria menoleh ke arah Ali. Namun tiada reaksi dari Ali. Dia ni patung ke?
“Saya nak idea dari kamu berdua. Apa saja yang awak nak saya berikan? Hmm...kereta Ferari saya yang berwarna hitam tu, saya boleh beri. Asalkan idea yang kamu berdua berikan dapat menghalau mamat sewel tu dalam hidup saya.”
”Aaa.....kalau Tan Sri tahu saya tolong Cik Muda, mati saya nanti.” Jawab Suria. Kalau la Tan Sri tentang ni, pasti aku kena pecat. Kat Global Bersatu, siapa tak kenal Tan Sri Daud. Kalau hitam katanya, hitam la jawabnya. Siapa berani nak bersuara!
”Ali!”
”No komen, Cik Muda. Tugas saya hanya untuk menjaga keselamatan Cik Muda saja.” jawab Ali dengan tenang.


Dania mengeluh dengan kuat. Semakin hari, perangai Hairi semakin melampau. Pening kepala dibuatnya. Bukan saja kat pejabat, kat rumah pun penuh dengan bunga yang diberi oleh Hairi. Setiap jam Hairi menelefon dan ajak dia keluar. Dia ingat aku ni girlfriend dia ke? Nak ajak keluar! Tak kuasa aku, nasib baik aku tukar no telefon. Aman sikit dunia aku! Tapi....ni hanya sementara saja! Dania berfikir sesuatu.
Suria dan Ali hanya memerhati gelagat majikannya yang tiba-tiba mendiamkan diri. ”Cik Muda!” panggil Suria.
”Ali!” kata Dania secara tiba-tiba. Matanya tiba-tiba bercahaya.
“Ya, Cik Muda!”
“Saya nak kamu culik Hairi, lepas tu kamu lepaskan dia kat mana-mana saja!. Somalia ke? Afrika selatan ke? Kat mana-mana sajalah. Asalkan dia tak muncul lagi di depan saya.” Wajahnya serius.
Suria terkejut dengan kata-kata Dania.
“Hmm...saya rasa, mustahil!” ringkas jawapan Ali.
”Kenapa?” Bulat mata Dania. Mustahil!
”Orang-orang Tan Sri sentiasa mengawasi gerak-geri Tuan Hairi. Mustahil untuk saya menculik Tuan Hairi.Mungkin Tan Sri sudah tahu apa Cik Muda akan lakukan pada Tuan Hairi.”
Dania menundukkan kepalanya. Hampa! Atuk! Seolah-olah atuk sudah dapat membaca pergerakkan aku yang seterusnya. Atuk nak sangat aku kahwin dengan Hairi! Kenapa? Macam mana ni? Banyak perkara perlu aku selesaikan sebelum aku pergi. Kehadiran Hairi merosakkan rancangannya satu persatu. Aku perlu bersemuka dengan Hairi, aku tak boleh larikan diri lagi! Ini bukan aku.
”Ali! Sediakan kereta!” arah Dania.
”Baiklah!” kata Ali terus berlalu pergi.
”Cik Muda nak pergi mana?” soal Suria.
“Batalkan semua appointment saya hari ni. Susunkan semula appoinment saya untuk esok!” Dania terus keluar meninggalkan Suria seorang diri.
“Mampuslah, Tuan Hairi kali ni! Cik Muda sudah bertukar menjadi singa.” Suria menggelengkan kepalanya.

********************************

”Apa halnya, Zul!” soal Rizal. Dia terkejut bila mendapat notis ada emergency meeting pagi ni.
“Tak tahu la tapi kes En. Mokhtar memberi kesan yang buruk pada GBTVS. Perkara ni dah dibawa ke ahli lembaga pengarah dan aku dengar mereka hantar seseorang untuk pulihkan kewangan dan pengurusan GBTVS.” kata Zul. Mereka berdua berjalan seiringan ke bilik mesyuarat.
”Siapa?” soal Rizal hairan.
”Tengku Daniel Darius!”
”Siapa dia?”Berkerut dahi Rizal mendengar nama itu. Tak pernah dengar pun nama tu.
”Pemilik GBTVS! Cucu Tan Sri Tengku Daud.” Mereka terus masuk ke dalam bilik mesyuarat. Langkah mereka berdua terhenti melihat lelaki yang sedang duduk dikerusi yang berhadapan dengan mereka. Wajahnya serius. Matanya tepat merenung mereka berdua yang baru saja masuk ke dalam bilik itu.
”Encik Rizal dan Encik Zulkifli! Kita akan mulakan mesyuarat sebentar lagi. Duduk di tempat masing-masing!” tegur Daniel.
Mereka berdua terkejut bila Daniel memanggil nama mereka. Dengan pantas mereka menuju ke tempat duduk masing-masing. Semua pengurus setiap jabatan sudah pun ada di situ termasuklah beberapa orang eksekutif lain.
Mata Daniel masih tepat merenung Rizal. Akhirnya kita bertemu juga Rizal. Inilah lelaki pertama yang dicintai oleh Halina. Terbit perasaan cemburu di hati Daniel. Dia rasa dirinya tercabar. Halina telah menceritakan segalanya tentang lelaki yang dicintainya sejak kecil lagi. Walaupun Rizal menolak cinta Halina, tetapi dia tahu Halina masih mencintai lelaki ni. Bukan mudah untuk melupakan cinta pertama! Adakah aku mempunyai harapan untuk berada di hati Halina? Tetapi dapatkan Halina menerima siapa aku yang sebenarnya?

***************************************

Hairi membrek keretanya secara tiba-tiba apabila sebuah kereta BMW merah menghalang perjalannnya secara tiba-tiba di hadapan rumahnya. Hairi terus keluar dari kereta. Dia sudah lambat nak pergi ke pejabat. Tak reti bawa kereta ke? Langkah Hairi terhenti sebaik saja pemandu kereta mewah itu keluar. Hairi tersenyum. Sudah beberapa minggu dia tidak berjumpa dengan wanita ni.
”Saya ingat awak masih cuba elakkan diri dari saya!”
Dania mendekati Hairi. Dania juga tersenyum. “Elakkan diri! Kenapa pulak Dania nak elakkan dari awak? Dania ada buat salah ke?” soal Dania balik.
“Ya! Sebab awak takut untuk menerima cinta saya. Sebab itu awak elakkan diri dari saya! Betul tak, Nia sayang!” Hairi membuat gaya yang menggoda. Dia cuba mendekati Dania dengan lebih dekat lagi.
Dania mengundurkan langkahnya bila Hairi menghampirinya. Wajah Dania berubah. Senyumannya sebentar tadi hilang secara tiba-tiba
”You love me, right!” Hairi tersenyum. Dia mematikan langkahnya sebaik saja melihat tindakbalas Dania.
“Say who?”
“Me!”
“Gila!”
Hairi ketawa kecil.Seronok jugak kalau mengusik Dania. Bulat saja matanya!”Tak nak mengaku lagi ke?”
”Dengar sini, Hairi! Tujuan saya datang sini adalah untuk mencari jalan penyelesaikan untuk masalah kita.” kata Dania secara tiba-tiba. Kalau aku layan mamat ni, masalah ni takkan selesai.
”Masalah! Masalah apa?” Hairi hairan. Masalah apa pulak ni?
”Awak la masalahnya!”
Hairi terkejut.
”Ok! Stright to the point, what do you want from me? Sincerely!”
“It’s easy! You!”
Dania mengetap bibirnya menahan geram! Orang serius, dia buat lawak pulak. “Hairi!” Dania tiba-tiba meninggikan suaranya.
“Ya! Awak yang saya nak! Dalan dunia ni, hanya awak saja yang saya nak!” kata Hairi dengan nada suara yang serius.
“Don’t try to mess up with me, Hairi. You don’t know who I am!”
“I know you very well, Dania Dahlia. I know you better than yourself.. You’re afraid to fall in love.”
“Awak siapa nak nasihatkan saya? Playboy macam awak layak ke untuk bercakap tentang cinta. Awak tahu ke tentang cinta sejati. Bukan dulu awak pernah cakap, awak benci saya! Jangan harap la awak nak cintai saya. Malah awak juga orang yang membantah pertunangan kita, tetapi sekarang hasrat awak tercapai! Now, what do you want from me? Cakap, awak nak apa? Pulau! Kereta mewah! banglo mewah! Syarikat!Duit! Anything, I can give it to you!” Wajah Dania merah padam menahan geram. Ingat aku ni macam perempuan lain yang kau pernah dampingi ke? Dengan kata-kata kau, kau ingat aku akan rebah di pangkuan kau. Jangan bermimpi la.
“Your love. Cinta awak yang saya nak! Harta dan duit tak setanding dengan cinta awak. Awak cinta sejati saya,Dania” Hairi akui sekarang ni dirinya amat mencintai wanita yang berdiri dihadapannya. Cintainya tulus dan ikhlas.
Dania menggenggam erat tangannya. Mamat ni dah lebih ni! Aku serius la. Kalau ikutkan hati ,mahu saja lelaki ni kena tumbukan aku. ”Ok, dengar sini! Lebih baik awak cari orang lain, untuk awak lafazkan cinta awak tu. Saya bukan orang yang sesuai untuk awak. Lebih awak membenci saya dari mencintai saya. Ini untuk kebaikan awak sendiri.”
”Dania, boleh tak kalau sekali! Sekali, jangan fikirkan tentang orang lain. Cuba awak fikirkan tentang diri awak! Kegembiran awak! Kebahagian awak! Stop thinking about another people.” Tegas Hairi.
Mata Dania tepat memandang Hairi. Kenapa dengan mamat ni hari ni? Lain macam saja. Betul ke dia cintakan aku? Dania berfikir seketika. Tidak! Tidak! Jerit hati Dania. Aku tak boleh. Aku tak boleh. ”Hairi, saya takkan kahwin dengan awak! Walauapapun awak kata, saya tetap tak akan kahwin dengan awak.Kegembiraan saya, kebahagian saya tak penting. Semua itu sudah berakhir. ” Dania tiba-tiba tersenyum. Dia cuba menenangkan dirinya. Cinta! Orang macam aku tak perlukan cinta! Dania memulakan langkah meninggalkan Hairi dan menuju ke keretanya. Sejak dari mula, Ali hanya setia memerhati. Tiada reaksi dari Ali.
Kata Dania sebentar tadi mengejutkan dirinya. Inilah pertama kali, wanita menolak cintanya oleh insan yang bernama Dania. Begitu keras hati Dania untuk menerimanya dirinya. Aku takkan mengalah.
”Awak tetap akan mengahwini saya walau awak suka atau tak!” Hairi masih tidak berputus asa.
”Cukuplah, Hairi!” Langkah Dania terhenti. Kenapa dengan mamat ni? Tak faham-faham bahasa!
”You dying, Dania! I know about it.”
Dania terkejut. Pantas Dania berpaling ke belakang. Mata Hairi direnungnya. Wajah Dania berubah. Ali terkejut dengan kata-kata Hairi.
“Tiada siapa yang tahu tentang penyakit awak termasuklah Daniel dan Tan Sri Daud. Kalau awak tak nak perkara ni, sampai ke telinga adik dan datuk awak! You must married me! No matter what!” ugut Hairi secara tiba-tiba.
Pantas Dania berjalan menuju kea rah Hairi, tangan kanannya digenggam erat. Satu tumbukan hinggap di muka Hairi. Hairi jatuh terduduk. Hairi memegang mukanya yang terkena tumbukan sebentar tadi. Bibirnya berdarah. Ali terkejut dengan apa yang berlaku. Hairi memandang tepat ke arah Dania yang sedang merenungnya.
“Kau! Kau ingat aku takut dengan ugutan kau tu! Aku…...” Nada suara Dania sudab berubah kasar. Dia marah bila atuk dan adiknya terbabit sama dalam hal ni.
“Awak tetap akan mengahwini saya!” tegas Hairi lagi. Hairi tahu Dania degil orangnya. Untuk dapatkan Dania, dia perlu gunakan cara kotor dengan menggunakan kelemahan Dania iaitu Daniel dan Tan Sri Daud. Dia tak kisah jika Dania salah faham pada dirinya yang penting dia ingin menghabiskan masa yang ada bersama Dania.
“Kau…!” Belum sempat Dania menghabiskan ayatnya, tiba-tibanya kepalanya sakit. Pengelihatannya juga semakin kabur. Dania memegang kepalanya. Sakit! Teramat sakit. Ubat! Ubat ada di dalam kereta. ”Ali...Ali...” nada suara Dania semakin perlahan-lahan. Gelap.....
Dengan pantas Hairi menyambut Dania, Hairi memeluk Dania yang sudah tidak sedarkan diri. “Dania....Dania!” panggil Hairi beberapa kali. Namun tiada reaksi! Hairi risau.
“Cik Muda!” Ali tiba-tiba berada di sisi Hairi. Wajahnya risau. Kali ni, Cik Muda semakin kerap pengsan. Inikah petandanya.
“Please! Dania, don’t leave me! I’m sorry, ok! I didn’t’ mean it.” Hairi memeluk Dania dengan erat. Air mata Hairi mengalir tanpa disedari. Dia menyesal. Ali terkejut melihat Hairi. Lelaki ni benar-benar mencintai Cik Muda tapi tadi …..
“Tuan Hairi, kita perlu bawa Cik Muda ke hospital sekarang!”
Hairi hanya menganggukkan kepalanya. Matanya masih tepat merenung Dania yang berada di dakapannya.

Friday, December 25, 2009

Rahsia Hati 27

Bab 27


Halina membetulkan rambutnya dahulu sebelum memulakan langkah menuju ke stesen TV Global Bersatu. Halina menarik nafas panjang dan tersenyum.Hari ni adalah hari pertama dia bekerja di situ. Impiannya tercapai. Dia tak sabar untuk memulakan tugasnya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, langkah Halina terhenti. Pantas dia mengambil telefonnya di dalam beg tangan.
”Assalammualaikum....”
”Waalaikumussalam.” jawab Halina. Selepas menjawab salam, Halina terdiam. Dia kenal benar pemilik suara tersebut.
”Lina, tahniah!” kata Rizal. Rizal cuba memulakan perbualan. Kenapa sekarang ni dia dapat rasakan ada jurang antara dirinya dan Lina. Mereka tak rapat seperti dulu. Lina seolah-olah ingin melarikan diri darinya. Hari tu sewaktu dia datang ke rumah Lina untuk menyambut kepulangan Lina, Lina terus je masuk ke dalam bilik tanpa menegurnya. Tanpa Halina, hidupnya seolah-olah kosong. Aku perlu perbaiki hubungan kami dan menjadi seperti dulu.
”Thanks you!”
”Hmm....takkan sangka Lina akan jadi rakan sekerja abang. Kita bekerja di tempat yang sama. Nampaknya impian Lina tercapai. Hmmm...Lina, apa kali hari ni! Kita lunch bersama-sama.” ajak Rizal.
”Maaf la, Abang Rizal. Lina ada hal. Aaa….Abang Rizal, ari ni Lina kena lapor diri, dah lewat ni. Kita cakap lain kali je.” Kata Lina terus menamatkan perbualan.
“Lina!Lina!” Dahi Rizal berkerut. Rizal mengeluh. Nampaknya memang sukar untuk hubungan mereka kembali kepada biasa.
Halina mengeluh. Abang, Lina perlukan masa. Harap abang faham Dia berjalan menuju ke Stesen TV Global. Dia sudah lambat.
Pada waktu itu, Halina tidak sedar dirinya diperhatikan oleh sepasang mata yang sedang memerhati gerak gerinya. “Hari ni merupakan hari pertama Cik Halina melaporkan diri.”
Daniel tersenyum. “I know she can make it.”
“Tuan Muda sukakan Cik Halina ke?” soal Irfan.
Daniel terkejut dengan pertanyaan pengawal peribadinya.
Irfan tersenyum. ”Saya tahu Tuan Muda sukakan Cik Halina jika tidak takkan la Tuan Muda mengintip seperti ni.”
”Kamu ni, Irfan!” Daniel mengetap bibirnya bila mendengar kata-kata Irfan. ”She’s don’t know who i am! Dia hanya kenal saya sebagai Daniel Darius bukannya Tengku Daniel Darius, pewaris kedua Global Bersatu.”
”Cik Halina sepadan dengan Tuan Muda.”
”Kamu nak bodek saya ke, Irfan?”
“Tak la. Saya cakap benar, Tuan Muda. Cik Halina tak ada apa-apa rekod buruk pun. Dia bersih.” Beritahu Irfan.
“Kamu pun siasat latarbelakang Halina?” Daniel menjegilkan matanya.
Irfan hanya tersenyum. Wanita ni memang sepadan dengan Tuan Muda. Jika diperhatikan, Cik Halina tak seperti Cik Shiela. Jika tidak pasti, Cik Muda sudah bertindak.

******************************************

”Now, you’re back. How about your vacation?” Tanya Dania menuruni tangga sebaik saja melihat adiknya sedang bersarapan. Dania membetulkan tudungnya.
“It’s sucks!” jawab Daniel geram.
Dania ketawa kecil bila mendengar jawapan adiknya. ”Ya ke?“
”Kak, you owe me explanation?“ Daniel bangun.
“About what?” Dania berhenti dari menghampiri adiknya.
“Don’t pretend that you don’t know anything. Kenapa kakak siasat latarbelakang Halina? What do you want with her?” Daniel memandang tepat pada kakaknya.
Dania mengeluh. “I’ll just want to know her. That’s all.”
“Can you please just once don’t interfere with my life, sis? You should have you own life.”
“You’re my life, Daniel.”jawab Dania.
“No. Kak, you need somebody to care for you. Love you. Seseorang yang akan sentiasa mencintai dan menyayangi kakak selamanya. Cuba, lihat sekarang ni? Kak semakin kurus. Are you sick?” Daniel perasaan akan perubahan fizikal Dania. Memang betul kata Irfan, kakak semakin kurus. Mukanya pucat macam orang sakit.
”I’m fine.”
“Sekarang ni, Daniel dah balik. Kakak mesti berehat. I’ll take care of everything.“ kata Daniel dengan nada suara bimbang.
“Kak dah pun bercuti. Don’t worry. Kak tahu la jaga kesihatan kak sendiri.” Dania tersenyum.
”Dania....Dania...Dania....”
Dania berpaling bila ada seseorang sedang memanggil namanya. Dania terkejut melihat kedatangan Hairi.
Hairi tersenyum bila melihat Dania. Dengan pantas, dia mengatur langkah mendekati Dania dan terus memeluk Dania. ”I’m glad i can see you again, Nia.” Hairi memeluk Dania dengan erat.
Dania kaku. Mata Dania terkebil-kebil. Dia terkejut dengan tindakan Hairi yang secara tiba-tiba memeluknya. Lidah Dania kelu untuk berkata-kata. Jantungnya berdegup kencang. Hatinya berdebar-debar.
”I’m so worry about you.” Kata Hairi lagi. Perasaannya bimbang hilang sebaik saja nampak kelibat Dania. Sebaik saja Ali beritahu Dania sudah pulang, dia terus bergegas ke sini.
Daniel tercengang. Dia tak percaya dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Siapa lelaki ni? Kenapa tiba-tiba saja dia peluk kakak? Dahi Daniel berkerut.
Mamat…Mamat ni….Dania mengetap bibirnya menahan geram. Beraninya dia peluk aku! Dengan sepenuh tenaga, Dania melepaskan diri dari pelukan Hairi. Nafas Dania turun naik. Dania mengundurkan dirinya beberapa langkah ..”KKKKau....Kau.........” Nada suara Dania terketar-ketar. Dania menuding jari telunjuknya ke arah Hairi.
“What! Nia, you blushing!” Hairi tersenyum melihat wajah Dania yang sudah bertukar merah. Mesti Dania malu.
Bulat mata Dania bila mendengar kata-kata Hairi.“Kau dah gila ke? Kau siapa nak peluk aku? Kau ingat sini negara mat salleh ke, hah! Boleh peluk orang sesuka hati? Kita ni orang Islam. Ada batas agama.” Jerit Dania. Suaranya tinggi. Matanya tepat merenung Hairi seolah-olah ingin ditelannya.
“Tapi...” Hairi terkejut bila Dania memarahinya. Inilah pertama kali dia lihat Dania marah, selama ni Dania hanya tersenyum dan tenang saja. Tapi kali ni...
Daniel tersenyum. “Wow...Interesting!” Daniel hanya diam memerhati. Inilah pertama kali, kak marah orang. Siapa lelaki ni begitu berani memeluk kakak?”
Dengan pantas Dania mencelah. “Kau dengar sini baik-baik, Hairi! Kau dan aku sudah putus. Kita tak ada apa-apa hubungan. Aku bukan tunang kau lagi, kau faham tak? Sekali lagi kau buat begini lagi, aku siat-siat kulit kau. Faham!“ marah Dania lagi. Dania terus berlalu meninggalkan Hairi yang masih kaku. Dania menggengam erat tangannya. Mamat ni ingat aku ni teddy bear ke? Main peluk je? Gila! Apa lagi aku nak buat agar mamat ni keluar dari hidup aku? Daniel! Dania tiba-tiba teringat akan adiknya. Mesti Daniel lihat apa yang berlaku tadi. Malunya.”Mamat gila” jerit Dania secara tiba-tiba. Langkah Dania diatur pantas.
Hairi terkebil-kebil memandang Dania yang sudah pun jauh meninggalkannya. ”Garangnya!”
Daniel menepuk tangannya secara tiba-tiba dan tersenyum. Hairi berpaling dan terkejut melihat lelaki yang berdiri tidak jauh darinya. Siapa lelaki ni? Handsome! Hairi tiba-tiba berasa dirinya tergugat. Pesaing aku ke? Tiba-tiba perasan cemburu timbal.Wajah Hairi berubah serius.
“25 years, i live with her. I’ll never see her angry like that. You are the first one who made her angry like that.” Daniel tersengih. Ooo….ini la tunang kakak. Opps…bekas tunang. Cucu Dato’ Razali. Hmm…kacak! Mukanya ada iras-iras Aaron Aziz. Boleh tahan. Memang sepadan dengan kakak.
Hairi masih lagi merenung lelaki itu dengan serius. Tiada secalit senyuman di wajahnya.
“Sorry, saya terlupa nak perkenalkan diri. Saya Daniel Darius. Adik Dania. Awak Abang Hairi kan?“ Daniel menghulurkan tangannya.
”Daniel!“ Hairi terkejut. Adik Dania! Hairi mengeluh lega. Rupanya adik Dania. Hairi tersenyum. Dia terus berjabat tangan dengan Daniel.
”Ya!“
”Abang ingat Daniel masih bercuti lagi.“
”Cuti dah habis. Sorry about that.“
“Aaa…It’s ok. Salah abang pun.” Hairi menggaru kepalanya yang gatal. Malunya. Pasti Daniel lihat apa yang terjadi sebentar tadi. Ingatkan tadi ada Dania saja.
Daniel ketawa kecil. “I’ll think I like you.”
Hairi terkejut dengan kata-kata Daniel.
“If you have anything you want to know about my sister, you can ask. Anything.” Kata Daniel. Pertama kali dia berjumpa Hairi, dia sudah suka.
“Betul ke?” Wajah Hairi tiba-tiba ceria.
“Betul.” Daniel tersengih.

**************************************

Tan Sri Daud masuk dan terus duduk di kerusi yang bersebelahan dengan Dania. Selepas saja tiba di lapangan terbang, dia terus bergegas ke syarikat. Tan Sri Daud berpaling ke arah Dania yang bersahaja.
”Adik kau mana?”
”Nanti Daniel sampai.” jawab Dania. Matanya tepat merenung Johari yang juga sedang memerhati ke arahnya.
”Bila?”
”Anytime.”
”Anytime! Semua ahli lembaga pengarah dah ada di sini. Kau nak kami semua tunggu adik kau ke?” Tan Sri Daud mengetap bibirnya menahan geram.
”Daniel dah pun balik cuma dia perlukan masa untuk bersedia.”
”Bersedia untuk apa?”
“Tuan Pengerusi, rasanya kita patut mulakan mesyuarat ni sekarang. Hmm... Encik Daniel mana? Bukan ke dia sepatutnya menghadiri mesyuarat hari ni untuk membentangkan projek mega yang pernah dikatakan oleh Cik Dania hari tu” Johari tiba-tiba bersuara. Semua ahli lembaga pengarah memandang ke arah Dania, menanti jawapan dari Dania.
Dania tersenyum. Uncle Johari ni memang tak sabar-sabar nak singkirkan aku dan Daniel dari syarikat ni. Jangan harap la. Kau yang aku akan singkirkan dulu.
Belum sempat Dania menjawabnya. Pintu bilik mesyuarat tiba-tiba terbuka. Daniel masuk sambil diiringi oleh Zarina. ”Sorry, i’m late. Zarina, kamu agihkan cenderahati ni kepada semua ahli lembaga pengarah.” arah Daniel sambil tersenyum. Daniel terus menuju ke tempatnya yang bersebelahan Dania.
Zarina akur akan arahan majikannya. Dia terus mengagihkan bungkusan yang berada di dalam beg kertas yang dipegangnya. ”Cenderahati dari korea. Harap tuan-tuan dan puan-puan suka.” Daniel terus duduk.
Korea! Perlahan-lahan Tan Sri Daud berpaling ke arah Dania. Dia teringat kata-kata Dania hari tu semasa mendapat tahu Daniel meninggalkan rumah. Tan Sri Daud ingat lagi. ”Kalau la Dania, Dania lari ke luar negara. Korea ke?” Hari tu Dania ada bagi hint kat aku. Hee...cucu aku seorang ni! Aku terkena lagi. Tan Sri Daud menjeling ke arah cucunya.
Dania hanya tersenyum. Pasti atuk tengah bengang giler kat aku. Dia nak naik angin kat sini, tak boleh. Ada ramai orang. Selepas ni pasti aku kena la. Confirm.”Baiklah, Tuan Pengerusi. Apa kata kita mulakan mesyuarat sekarang memandangkan semua ahli lembaga pengarah sudah ada.” Dania bersuara
”Hmm...baiklah. Sila mulakan.”
”Ok...Sebelum, En Daniel membentang mengenai projeknya, terlebih dahulu saya ingin membincangkan tentang masalah dalaman yang dialami oleh GBTVS. Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan tahu, penyelewengan yang dilakukan oleh En Mokhtar, Eksekutif Kewangan di GBTVS menyebabkan beberapa masalah timbul dan ia juga menyebabkan Global Bersatu juga menerima tempiasnya. Resputasi syarikat kita juga terjejas di atas perbuatan En. Mokhtar. Dan ia memberi peluang kepada stesen tv lain mendahului kita. Rating penonton GBTVS juga telah menurun. I’ll don’t like it. I want GBTVS operate as good as before. So I suggest, En Daniel untuk menyelesaikan masalah ni dan mengembalikan kegemilangan GBTVS sebagai stesen TV pertama di Malaysia.” Kata Dania dengan penuh yakin.
Daniel terkejut dengan keputusan kakaknya. Dia tak tahu menahu tentang hal ni pun. GBTVS. Gila! Halina kan kerja kat situ. Daniel membuat mimik muka pada Dania agar menarik kembalik keputusan itu.
Dania hanya tersenyum.
“Hmm...Cik Dania, saya rasa Encik Daniel tidak sesuai untuk memikul tanggungjawab ni sebab dia akan mengetuai projek mega yang dibentangkan sebentar nanti. Dia mungkin sibuk dan tak ada masa untuk memikul tanggungjawab yang akan diserahkan kepadanya nanti.” Johari bersuara.
“Tuan Johari jangan bimbang, projek mega itu akan dimulakan tahun dan ia takkan mengganggu tugasan Encik Daniel di GBTVS. Masalah kewangan yang pernah dihadapi olehsyarikat perkapalan Global Bersatu di New Zealand telah diselesaikan oleh Encik Daniel. Dan ini membuktikan kecekapan dan kemampuan Encik Daniel dalam menyelesaikan masalah yang sama di GBTVS. Saya yakin dengan Encik Daniel.”
Johari merenung Dania.Bengang giler bila tengok perempuan ni. Adik kau tentu la yakin kat dia. Hish...sakit hati betul la.
”Hmmm, kalau begitu! Saya setuju. Bagaimana dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian?“ tanya Tan Sri Daud pada semua ahli lembaga pengarah yang berada di situ.
Mereka semua menganggukkan kepalanya. Dania tersenyum. Nampaknya rancangan aku berjaya. Daniel menjeling ke arah Dania. Daniel mengetap bibirnya menahan geram. Pasti ada udang di sebalik batu.

*************************

”Kau berdua .....Ahhh...atuk tak tahu nak cakap apa!“ Tan Sri Daud menundingkan jarinya ke arah Dania dan Daniel yang sedang berdiri di hadapannya. Selepas saja habis mesyuarat, dia suruh Dania dan Daniel tunggu. ”Jadi selama ni kau menyorok di korea la.“
”Bukan menyorok, bercuti la atuk.“ Jawab Daniel tersengih.
”Ya le tu. Kalau tak disebabkan oleh kakak kau, dah lama atuk heret kau balik. Kerana kakak kau yang licik ni, jangan harap la atuk dapat jumpa kau selama ni.“ Tan Sri Daud menjeling ke arah Dania.
”Ala atuk, jangan la marah. Now, i’m back. Kak beritahu atuk dah janji takkan jodohkan Daniel dengan perempuan pelik tu. So, i’m back to serve you.“
”Suka hati kau. Atuk malas nak masuk campur. Jadi, kau tahu la Daniel ada kat korea selama ni.“
”Yes.”
”Jadi hari tu, kau tipu atuk la.” soal Tan Sri Daud lagi. Dia tak puas hati.
”Tipu. Tak la, atuk. Dania dah bagi hint kat atuk tapi atuk buat tak tahu saja. Jangan salahkan Dania pulak.” Dania tersenyum.
”Budak bertuah ni.” Nada suara Tan Sri Daud meninggi.
”Ala....atuk jangan la marah kat kakak. Semua ni salah Daniel. Kak tak ada kaitan langsung.”
”Tak ada kaitan, kau kata. Kalau tak disebabkan kakak kau yang licik macam musang ni yang masuk campur, dah lama atuk jumpa kau.”
”Chill out, atuk. Sekarang ni Daniel dah balik, yang lepas. Biarkan la. Hmm...ni cenderahati dari Daniel untuk atuk. Special untuk atuk.” Daniel cuba mengambil hati atuknya. Daniel meletakkan bungkusan berwarna merah di atas meja. Tapi kata-kata atuknya memang benar, kakak memang licik. Tiada siapa dapat membaca permikiran kakak.
Tan Sri Daud hanya memandang hening. Wajahnya tak berubah. Masam saja. ”Kau beli apa kat aku?” soal Tan Sri Daud.
”Kalau atuk nak tahu, atuk buka la.” Dania mencelah. Malu-malu pulak atuk aku ni. Orang dah bagi, ambil saja la. Tanya pulak! Dania tersengih.
”Hmm...balik nanti la aku buka. Hah....kau pulak Dania, pasal .....”
“Kami dah putus. Harap atuk faham. Dania ada mesyuarat lagi selepas ni. Dania minta diri dulu.” Pantas Dania mencelah. Dia tahu apa yang cuba disampaikan oleh atuknya. Dia malas nak dengar. Lebih baik dia lari. Dania terus berlalu pergi.
“Dania!...Dania!” jerit Tan Sri Daud. Geram betul hatinya.
“Pasti ada sebab kenapa kak batalkan pertunangan tu.” kata Daniel secara tiba-tiba. Ada sesuatu yang tak kena.
Tan Sri Daud menoleh ke arah Daniel. Hairan. Perangai Daniel pelik. Selama ni kalau jumpanya pasti bergaduh tapi kali ni Daniel kelihatan berlainan. Seolah-olah sudah matang. Nampaknya percutian Daniel kali ni benar-benar mematangkan dirinya.
”Daniel minta diri dulu.“ Daniel terus beredar.
Tan Sri Daud masih tercengang. Selepas Daniel beredar, Tan Sri Daud bila melihat hadiah yang diberikan oleh Daniel sebentar tadi. Dia tersenyum.






Wednesday, December 23, 2009

Rahsia hati 26

Bab 26

Dania mengetuk pintu bilik bacaan atuknya. Dania menundukkan kepalanya seketika. Dia perlu berani berterus-terang dengan atuknya. Aku perlu bertindak. Perkara ni tak boleh ditangguhkan lagi. “Atuk!” Dania bersuara.
“Masuk!”
“Mak Munah beritahu Dania yang atuk nak jumpa Dania.” Kata Dania sebaik saja masuk ke dalam bilik bacaan atuknya. Dania terus duduk di sofa tanpa dipelawa oleh atuknya. Dia lihat Tan Sri Daud sedang membaca buku di sofa
Tan Sri Daud hanya mendiamkan diri. Tan Sri Daud sedar kebelakangan ni wajah Dania pucat saja. Banyak sangat ke kerja kat pejabat? ”Hmmm....Bila Daniel nak balik?” tanya Tan Sri Daud.
Dania tersenyum. ”Aii....Dania ingat lagi atuk cakap tak nak ambil tahu pasal Daniel lagi! Kenapa tiba-tiba tanya pasal Daniel pulak?”
”Kenapa? Salah ke aku tanya pasal adik kau yang degil tu?”
”Tak la. Atuk kan datuk Daniel. Tak salah pun. Tak ada pun undang-undang yang menyatakan salah bagi seorang atuk untuk mengambil berat tentang cucunya.” kata Dania.
Tan Sri Daud membuat mimik muka. Dania ni kalau tak perli aku tak sah. Ada saja dia nak kenakan aku. ”Hmm..bila?”
”Dua minggu lagi. He will be back. Ini rumah dia. Dia tetap akan balik! Kalau dia tak balik tahu la, Dania uruskannya. I’ll always keep my promise.”
“Baguslah! Kalau macam tu kau mesti ingat janji kau untuk mengahwini Hairi, kan!” Hati Tan Sri Daud lega semakin saja mendengar kata-kata Dania. Walau apa yang terjadi, Daniel adalah cucunya yang sah.
Dania tiba-tiba bangun dan membuang cincin yang berada di jari manisnya. Dia meletakkan cincin itu di atas meja yang berhadapan dengan Tan Sri Daud. ”Maaf, atuk! Perkahwinan ini tak dapat diteruskan. Pertunangan antara Dania dan Hairi perlu dputuskan.Dania minta maaf sebab tak dapat menunaikan janji Dania”
”Apa!” Tan Sri Daud menutup buku yang dibacanya dengan kuat. Dia terkejut dengan kata-kata Dania. Matanya tepat merenung Dania.
”Hairi bukan jodoh Dania. Hairi perlukan seorang wanita yang lebih baik dan sempurna dari Dania. He’s not for me, atuk! I hope you understand.”
”Kau ingat kau boleh sesuka hati putuskan pertunangan ni begitu saja. Tidak! Kau mesti dengar kata atuk! Perkahwinan ni akan diteruskan sama ada kau suka atau tidak.”marah Tan Sri Daud. Apa kena dengan Dania hari ni?
”Maaf, atuk! Keputusan Dania adalah muktamad. Takkan berubah. Dania tahu keputusan Dania ni mengecewakan semua pihak, tetapi pecayalah atuk keputusan Dania adalah tepat. Someday, you will understand. Dania minta maaf sebab kecewakan atuk.” Tegas Dania.
“Atuk tak faham. Yang atuk nak Dania mesti kahwin dengan Hairi bulan depan. Ini arahan. Atau nama Dania, atuk keluarkan dari wasiat atuk” Nada suara Tan Sri Daud sudah meninggi. Inilah pertama kali Dania enggan menurut katanya.
“Dania tak kisah, atuk! Bagi Dania semua itu tak penting. Dania minta diri dulu.”
Tan Sri Daud terkejut dengan kata-kata Dania.“Daniel! Kalau kau tetap juga degil, Daniel pun akan menerima nasib yang sama macam kau.“ Ugut Tan Sri Daud. Hanya Daniel kelemahan Dania. Perkahwinan ni mesti diteruskan
Langkah Dania terhenti. ”Jangan babitkan Daniel dalam hal ni, atuk. Ini antara Dania dan atuk. Atuk ingat dengan mengugut Dania pasal Daniel, Dania akan ikut cakap atuk. Atuk silap. Perkahwinan ini takkan diteruskan, atuk! Atuk perlu terima hakikatnya. Hmm....Atuk perlu ingat sesuatu, hanya Dania dan Daniel saja yang atuk ada. Takkan atuk nak hidup bersendirian lagi.” kata Dania terus berjalan keluar dari bilik itu. Maaf, atuk! Bila tiba masanya nanti, atuk akan faham. Segala yang Dania lakukan ni adalah untuk kebaikan semua pihak. I’m sick!,atuk!
Bulat mata Tan Sri Daud bila mendengar kata-kata Dania. Budak ni ugut aku pulak? Pasti sesuatu berlaku? Apa dia? Tan Sri Daud mengetap bibirnya. Sekarang ni giliran Dania pula memeningkan kepalanya. Aku perlu tahu sebabnya.

**********************

Rizal memerhati gelagat kanak-kanak yang sedang bermain Dia tersenyum. Rizal teringat kembali kenangan sewaktu kecil dahulu antara dia dan Halina. Sejak kecil lagi mereka memang rapat. Makan, main dan tidur bersama. Pergi sekolah bersama-sama. Walaupun dia menyambung pelajaran ke luar negara, mereka tetap berhubung antara satu sama lain tetapi sejak peristiwa hari itu, hubungan antara dia dan Halina renggang! Dia terkejut bila mendapat tahu Halina bercuti di korea. Adakah selepas aku menolak cintanya, Halina membawa diri? Tetapi aku hanya menganggap Halina sebagai adik saja. Tidak lebih dari itu, sayangnya pada Halina adalah seperti sayang seorang abang pada adiknya. Tetapi selepas ketiadaan Halina, dia dapat rasakan hidupnya seperti kosong. Rizal memejamkan matanya.”I’m so sorry!”
”Sorry for what?” kata Melissa secara tiba-tiba. Melissa terus duduk di sebelah Rizal.
”Nothing!”
”Guess what? I got interview at GBTVS. Kita boleh selalu berjumpa nanti. Melissa percaya Melissa dapat bekerja di situ. Nampaknya impian Melissa untuk menjadi pengacara akan tercapai. So, kat mana kita nak celebrate?” Melissa terus memegang tangan Rizal. Melissa tersenyum dengan manja.
”Mana-mana saja yang Melissa suka. Just say the place!” Mata Rizal masih memerhati gelagat kanak-kanak itu.
”Abang dengar tak apa yang Melissa cakap ni?” Melissa sedar Rizal tidak menumpukan perhatian dengan apa yang dicakapnya sebentar tadi. Wajah Melissa berubah masam.
”Dengar la, sayang! Just, bila abang tengok dua orang kanak-kanak tu abang teringat zaman kanak-kanak abang dengan Lina. Sejak kecil lagi, Lina suka ikut abang ke mana saja.” Rizal tersenyum.
Air muka Melissa berubah sebaik saja mendengar nama Halina. Panas telinganya bila nama Halina disebut. ”Kenapa abang rindu kat dia ke?”
”Ya. She’s like my sister.”
“Tapi dia tak anggap macam tu. Dia cuba rampas abang dari Melissa. Macam-macam dia burukkan tentang Melissa kat abang. Dengan senang abang maafkan dia begitu saja.” Melissa meninggikan suaranya.
“Yang lepas biarkan la lepas. Jangan diungkitkan lagi. Lagipun abang hanya sayang Melissa seorang. Hanya Melissa yang bertahta di hati abang. Believe that!” kata Rizal. Kenapa setiap kali nama Halina disebut pasti Melissa naik angin. Apa masalah antara mereka berdua ni?
”Bila Lina balik nanti ,abang akan jumpa dia la?” tanya Melissa secara tiba-tiba.
”Salah ke abang jumpa Lina? Abang kenal Lina lebih lama dari Melissa.”
”So abang sayang Lina lebih dari Melissa?”
”Bukan macam tu! I love you, Melissa. Sayang abang pada Melissa lain dari Lina.” Rizal menggelengkan kepalanya.
”Tapi abang sayang Lina!” Melissa terus bangun dari sisi Rizal.
”Susah sangat ke Melissa nak faham!”
”Fine! Kalalu abang sayang sangat kat Lina, abang pergi la balik kat Lina. Melissa tak kisah. Hubungan kita setakat ni saja. Putus!” jerit Melissa sebelum melangkah pergi meninggalkan Rizal.
”Melissa! Melissa!” jerit Rizal. Namun panggilan Rizal tidak diendahkan. Rizal mengeluh kuat.
Air mata Melissa mengalir sebaik saja meninggalkan Rizal. Asyik Lina, Lina, Lina! Kenapa semua orang sayang Lina? Apa kurangnya aku ni? Tangannya digenggam erat. Dendamnya pada Halina semakin menebal.

*************************************

”So this is it!” kata Daniel. Dia merenung wanita berambut hitam separas bahu itu. Berat hatinya untuk melepaskan wanita yang sedang berdiri di hadapannya. Sejak mendapat tahu Halina akan pulang ke Malaysia, hatinya resah! Buat apa semuanya tak kena. Am I fall in love with her?
‘Yeah! Keep in touch, okey?” kata Halina tersenyum.
“Ok! Before that!” Daniel mengeluar sesuatu dari poket seluarnya. Dia menghulurkan kotak kecil berwarna biru pada Halina. Halina hairan. “Take it.” Kata Daniel tersenyum.
“Apa ni?” kata Halina mengambil kotak kecil itu.
“Open it!” kata Daniel tersenyum. Harap Lina suka.
Halina membuka kotak kecil itu. Dia terkejut melihat rantai silver yang diberi oleh Daniel. Loketnya berbentuk bunga matahari yang bertahtakan berlian. ”Saya tak boleh terimanya.” kata Halina secara tiba-tiba. Pasti mahal. Daniel bukannya ada banyak duit pun.
”Take it!”
”But...” Halina teragak-agak untuk menerimanya.
”Bukannya mahal pun. Murah je. Lagipun saya mana ada duit nak beli rantai yang mahal. Mari, saya tolong pakaikan.” bohong Daniel. Daniel terus mengambil rantai itu dan mendekati Halina.”Can I?” tanya Daniel dahulu sambil tersenyum.
Halina menganggukkan kepalanya. Jantung Halina berdegup kencang sebaik saja Daniel memakaikan rantai itu dilehernya. Wajah Daniel begitu dekat dengannya. Mata Halina tidak berkelip merenung Daniel. Daniel memang handsome. Memang betul kata Kak Faz. Lebih handsome dari abang Rizal. Kenapa tiba-tiba saja aku berperasaan begini?
”Ok!” kata Daniel selepas memakaikan rantai itu di leher Halina. Rantai yang ditempahnya itu memang sesuai dengan Halina.
”Thanks!” Halina memegang loket rantainya. “Oklah! Saya pergi dulu. Anyway thanks for this gift. Sorry sebab saya lupa nak sediakan hadiah kat awak. Tapi kalau awak balik Malaysia, saya akan sediakan hadiah kat awak. Make sure awak balik, Daniel!”
“We’ll see about that!” Daniel tersenyum.
“Bye! Keep in touch, ok!” Halina memulakan langkah meninggalkan Daniel. Daniel hanya memerhati kelibat Halina sehinggalah Halina hilang dari pandangannya. Wajah Daniel berubah sebaik saja Halina hilang dari pandangannya. Hatinya tiba-tiba sedih seolah-olah sebahagian dirinya telah pergi meninggalkan dirinya. Yes, i’m in love with her. Daniel mulai sedar dirinya telah jatuh cinta dengan wanita itu. We shall meet again, Lina!

**********************************

”Aku sekarang ni...geram sangat dengan Dania! Dia....dia...sengaja nak naikkan kemarahan aku. Dia dan Daniel sama saja. Nak aku mati cepat.” kata Tan Sri Daud berjalan ke hulu ke hilir. Marahnya terhadap Dania semakin membuak-buak. Sejak hari itu, Dania asyik mengelakkan diri darinya.
”Sabarlah! Pasti ada sebab kenapa Dania macam tu!” pujuk Dato’ Razali. Dato’ Razali memandang cucunya yang hanya mendiamkan diri. Hairi seperti tidak mengambil endah tentang apa yang berlaku. Bila mendapat tahu Dania memutuskan pertunangan, Hairi hanya tentang. Tiada apa-apa reaksi. Bila ditanya, Hairi cakap tak tahu.
“Aku call dia, dia tak angkat. Call Ali, lagi la tak dapat. Pergi pejabat, setiausahanya beritahu dah lama Dania tak masuk pejabat. Apa nak jadi dengan mereka berdua ni? Nasib baik la cucu aku 2 orang saja!” Tan Sri Daud mengeluh.
”Dania tak cakap ke apa sebabnya?”
”Tak tapi aku perasaan kebelakangan ni wajah Dania pucat saja. Semakin kurus. Bila balik pejabat saja, terus masuk dalam balik. Entah apa yang dibuatnya di dalam bilik, aku pun tak tahu.” Tercalit kerisauan di wajah Tan Sri Daud.
”Mungkin banyak kerja kot kat pejabat. Selepas Daniel pergi, semua kerja Daniel, Dania ambil alih. Pasti dia penat!”
“Daniel pun satu, pentingkan diri sendiri. Selalu bebankan Dania. ” Bila sebut saja nama Daniel, pasti bengang dibuatnya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya Hairi berbunyi, pantas Hairi menjawabnya. Serentak Tan Sri Daud dan Dato’ Razali memandang ke arah Hairi.
”Hello ! Sekarang kat mana ? ” tanya Hairi. Wajahnya serius sebaik saja menerima panggilan itu.
”Tuan Hairi nak apa lagi ! Saya ingat Tuan Hairi seorang yang memahami tetapi Tuan Hairi menyusahkan hidup Cik Muda lagi. Saya silap sebab percaya dengan kata-kata Tuan Hairi.” marah Ali.
Hairi terus bangun dan mengatur langkah menuju ke jendela agar jauh dari atuknya dan Tan Sri Daud. Dia sedar mereka berdua sedang memerhati gerak-gerinya. ”Dania di mana, sekarang ni? Dia sakit ke?” kata Hairi dengan nada suara yang bimbang.
”Tuan Hairi tak perlu ambil tahu! Hal Cik Muda, saya akan uruskan.” Ali memandang ke arah Dania yang terlantar di atas katil. Sudah 2 hari, Dania tak sedarkan diri. Dia pun risau.
”Dia tunang saya and I love her, Ali! Please tell me where she’s is?” Hairi merayu. Selagi dia tak berjumpa Dania, hidupnya tak tenang.
Ali terdiam seketika. Ali mengeluh. “Tapi Tuan Hairi sakiti Cik Muda.” Betul ke lelaki ni mencintai Cik Muda? Ikhlas ke dia?
“Apa yang saya lakukan hanyalah untuk membahagikan Dania. I love her and need her.Please tell me!” Hairi merayu lagi. Kini dia sedar, Dania begitu penting dalam hidupnya. Dia tak tahu sejak bila dia jatuh cinta pada Dania tetapi dia sedar dia kini amat mencintai Dania, wanita yang pernah dibencinya dahulu.
“Cik Muda tak ada-apa! Cik Muda hanya ingin tenangkan fikiran saja. Bila tiba masanya, Cik Muda akan pulang. Jika ada apa-apa, saya akan beritahu Tuan Hairi.” Bohong Ali dan terus menamatkan perbualan mereka sebaik saja Dr. Hazwan memasuki bilik itu.
“Hello! Hello! Hello!” jerit Hairi bengang bila panggilan itu diputuskan.
Tan Sri Daud dan Dato’ Razali merenung Hairi dengan pandangan yang pelik melihat Hairi terjerit-jerit.

**************************************

”Umi! Macam mana mereka tahu Lina balik hari ni?” tanya Halina. Halina meletakkan cawan di dalam dulang dengan kuat. Geram betul hatinya bila melihat kedatangan Abang Rizal dan Melissa ke rumahnya. Tak sampai 10 minit dia sampai rumah, tiba-tiba saja Abang Rizal dan Melissa muncul di hadapan rumahnya. Nak tunjuk kat aku la mereka berdua tu bahagia. Aku tak heran la. Bila teringatkan senyuman Melissa tadi terhadapnya, memang menyakitkan hati.
”Ala mereka nak datang melawat Lina je!”
”Ye la tu sebaliknya ada agenda lain. Menyampah la.” Halina mengetap bibirnya menahan geram.
”Be nice, ok! Umi nak bawa minuman kat depan ni. Karipap tu bila dah masak, angkat!”
Halina mengeluh bila lihat uminya telah berlalu pergi meninggalkan dirinya seorang diri di dapur. Halina melihat karipap yang berada di kuali. Daniel! Apa Daniel buat sekarang ni?
”So macam mana dengan percutian kau? Best?”
Halina berpaling. Ah…perempuan ni lagi, tak pernah nak bagi hidup aku senang. “Best! Bukan semua orang dapat bercuti di luar negara. Hanya orang yang berkemampuan saja dapat pergi.”
Melissa tersenyum sinis. Perlu aku nampak!” Ya ke! Aku ingatkan kau akan menetap terus kat sana!”
”Rumah aku kat sini. Ibu bapa aku pun ada kat sini. Lagipun, kita mesti cintai tanah air kita sendiri,betul tak?”
”Ya..memang betul. Ya lah, aku ingatkan kau sudah malu nak balik sini! Maklumlah cinta ditolak, pasti dah malu nak berhadapan dengan orang lain.” perli Melissa.
”Yang pasti cinta aku ikhlas.” jawab Halina. Dia...Dia...memang gila. Apa faedah dia dapat dengan menyakiti hati aku? Dapat duit ke?
Melissa mengetap bibirnya bila mendengar jawapan Halina. ”Hmm.....good luck untuk interview ari Rabu ni! Abang Rizal beritahu dia akan datang temani aku hari tu nanti. Aku yakin aku akan terpilih nanti. So see you!” kata Melissa terus meninggalkan Halina yang merenung dirinya. Abang Rizal akan temani aku! Kau siapa yang nak temani? Melissa tersenyum.
”Dia ni memang gila!” Halina menghentak sudip yang berada ditangannya. Kau dah dapat Abang Rizal? Apa kau nak kat aku lagi! Tak puas-puas lagi ke? Kau ingat kau seorang je yang akan terpilih. Aku pun boleh. Aku menyampah betul dengan perempuan ni, apa la Abang Rizal nampak pada Melissa ni.
”Ya, Allah! Lina, dah hangus karipap tu!”
Lamunan Halina terhenti bila mendengar jeritan Uminya. ”Aaaaa....hangus!” jerit Halina terus mematikan api dapur.”Sorry!” Halina tersengih bila Uminya sedang merenung ke arahnya sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.

************************************

”Daniel! Kau tolong tengok jap siapa yang datang tu! Aku tengah masak ni!” jerit Amran bila mendengar pintu rumah diketuk. Tangannya ligat memasak untuk makan malam.
”Ok!” Daniel terus berjalan ke arah pintu. Simbol pintu dipulas. Pintu terbuka. Daniel terkejut melihat lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.
”Dah tiba masanya, Tuan Muda!“ kata Irfan tersenyum. Pasti Tuan Muda terkejut dengan kedatangannya.
”Irfan!”
”Cik Muda arahkan saya jemput Tuan Muda balik. Kata Cik Muda, dia sudah pun menunaikan janji kini giliran Tuan Muda menunaikan janji.” beritahu Irfan akan pesanan Cik Muda padanya.
Daniel mengeluh.Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Kini 2 bulan sudah berlalu. ”Kalau saya tak nak balik ,macam mana?” tanya Daniel secara tiba-tiba.
”Kalau begitu, Tuan Muda jangan salahkan kami jika kami terpaksa bertindak kasar dengan Tuan Muda. Ini arahan Cik Muda!” Zamri tiba-tiba muncul. Wajahnya serius.
Daniel terkejut apa kehadiran Zamri di sisi Irfan. Nampaknya kak sudah dapat menduga! Fuh...susah betul nak mengelak ni!
”Daniel, siapa?” Amran terus datang menghampiri Daniel yang sedang berbual dengan seseorang. Siapa lelaki ni aku tak pernah nampak pun? Tapi yang seorang lagi ni macam pernah nampak je. Amran berfikir seketika! Ya! Dia...dia...bodyguard kakak Daniel
”Amran, kenalkan ni bodyguard aku! Irfan! Dan ni Zamri, kau pasti kenal kan!” kata Daniel.
”Ya...Ya Aku ingat lagi. Tetapi apa halnya?” soal Amran hairan dengan kedatangan mereka berdua.
”Tuan Muda perlu balik ke Malaysia sekarang.” jawab Zamri.
”Apa! Betul ke?” Amran terkejut dan berpaling ke arah Daniel untuk kepastian.
”Yeah! It’s time to go. Am, thanks for everything. Hope we meet again. Kereta aku tu aku bagi kat kau sebagai tanda terima kasih sepanjang aku berada di sini.” Daniel memegang lembut bahu Amran.
“Tapi…tapi…aku dah ada kereta la.Lagipun kereta kau tu mahal giler. Aku tak boleh…tak boleh terima.” Amran menolakkannya.
“Ala…aku ikhlas. Lagipun aku malas la nak bawa balik. Kat rumah aku tu, dah banyak sangat kereta. Nanti bising pulak kakak aku. Ambil saja, anggap saja sebagai hadiah untuk birthday kau. Sorry la, aku tak dapat nak celebrate dengan kau sama-sama.” Daniel tersenyum. Minggu depan harijadi Amran, ingatkan boleh celebrate sama-sama tetapi lain pula jadinya.
Amran mengeluh. “It’s ok! Tapi sebelum kau pergi, kita makan dulu. Aku dah pun siap masak.”
”Ok! Tapi aku nak kemas baju jap.”
Amran menganggukkan kepalanya. Daniel tersenyum.
”Tuan Muda,saya tunggu Tuan Muda diluar.” Kata Zamri.
“Baiklah!” Daniel terus berjalan menuju ke biliknya sambil diekori oleh Irfan.
“So apa the latest news kat Malaysia?” Tanya Daniel sebaik saja tiba di biliknya. Daniel mengeluarkan begnya.
“Tunang Cik Muda dah balik.”
“Interesting! Pasti pening kepala Abang Hairi nak melayan kerenah kakak!” Daniel tersengih. Mesti best giler! Siapa la boleh tahan dengan perangai kakak aku seorang ni!
“Tapi Cik Muda sudah putuskan pertunangan!”
”Apa!” Daniel terkejut.
”Ya. Keputusan Cik Muda mengejutkan semua pihak lebih-lebih lagi Tan Sri Daud.”
”Kenapa?” Daniel hairan. Selama ni, kakak sentiasa ikut cakap atuk! Tapi kali ni kenapa? Apa yang berlaku?
”Tak tahu. Selepas hari tu, Cik Muda sudah tak balik rumah. Dia bercuti sehingga Tuan Muda balik. Yang saya tahu, Tan Sri Daud tetap nak Cik Muda berkahwin dengan Tuan Hairi.”
Daniel mengeluh. “Atuk! Atuk! So kakak saya kat mana sekarang?” tanya Daniel.
”Tak tahu! Siapa pun tak tahu. Hmmm....Tuan Muda, saya nak tanya sikit?” Irfan teragak-agak untuk bertanya.
”Tanyalah!” Tangan Daniel begitu ligat memasukkan pakaiannya di dalam beg.
”Siapa wanita yang bersama Tuan Muda sepanjang Tuan Muda berada di sini?”
Daniel terkejut dengan pertanyaan Irfan. ”Apa maksud kamu, Irfan?”
”Hari itu, saya terserempak Ali di lif. Tiba-tiba fail yang dipegangnya terjatuh. Ada beberapa keping gambar Tuan Muda bersama seorang wanita itu.”
Daniel mengetap bibirnya. Dia geram betul. “So....dia siasat pasal Halina! Kenapa hal saya , kakak asyik nak tahu. Dengan siapa saya berkawan, semua dia nak ambil tahu.” Marah Daniel. Kadang kala perangai kakaknya memang melampau. Aku bukan budak kecil lagi.
“Tuan Muda, Cik Muda lakukan semua ni sebab bimbangkan keselamatan Tuan Muda!” pujuk Irfan. Dia tahu Tuan Muda tak tahu apa yang berlaku selama ni.
“But saya dah besar.”
“Saya rasa jika Tuan Muda tahu apa yang berlaku selama ni pasti Tuan Muda akan faham kenapa Cik Muda bertindak sebegitu.”
“Apa maksud kamu, Irfan?” Wajah Daniel serius. Matanya tepat merenung pengawal peribadinya.
”Sebelum tu, saya minta sebab selama ni saya berbohong pada Tuan Muda. Sebenarnya selepas Tuan Muda pergi, ada orang cuba membunuh Cik Muda lagi.” beritahu Irfan. Walaupun dia pernah berjanji dengan Cik Muda tapi pada pendapatnya Tuan Muda perlu tahu apa yang berlaku.
”Bunuh!” Daniel terkejut besar. Inilah pertama kali dia mendengarnya mengenai perkara ni. ”Apa maksud kamu bila sebut cubaan membunuh lagi?”
”Baru-baru ni, ada orang cuba membunuh Cik Muda lagi. Cik Muda selamat tapi Murni cedera parah sebab ingin selamatkan Cik Muda. Sebenarnya ini bukanlah pertama kali ada orang cuba membunuh Cik Muda tetapi sudah banyak kali. Hanya Tuan Muda saja yang tak tahu mengenai perkara ni sebab Cik Muda suruh kami rahsiakan dari pengetahuan Tuan Muda.”
”Ini...Ini mesti kerja Uncle Johari!” marah Daniel. Tangannya digengam erat menahan geram. Sudah melampau. Tak sangka nyawa kakaknya juga diancam. Dia tahu pasti semua ni kerja Uncle Johari, siapa lagi yang nak sangat kami berdua mati.”Kakak saya macam mana?” Daniel tiba-tiba risau tentang kakaknya.
”Cik Muda selamat.”
Daniel mengeluh lega. ”Baguslah.” Dengan pantas Daniel memasukkan semua pakaiannya ke dalam baik. Aku mesti balik. Aku tak boleh biarkan kakak tinggal keseorangan.
”Kebelakangan ni, saya lihat Cik Muda macam tak sihat.” beritahu Irfan secara tiba-tiba.
Daniel terus berpaling ke arah Irfan.Dia menanti apa yang Irfan cuba sampaikan kepadanya.
”Cik Muda semakin kurus dan wajahnya pucat saja. Bila pulang saja dari pejabat, Cik Muda terus masuk ke dalam bilik lepas tu sudah tak keluar lagi. Yang peliknya, Cik Muda selalu keluar dengan Ali tanpa diiringi oleh zamri atau bodygurd lain. Tak tahu ke mana mereka pergi. Pelik!” Irfan sedar akan perubahan Cik Muda kebelakangan ni. Macam ada sesuatu yang tak kena.
”Kakak saya sakit ke?” tanya Daniel risau. Tak mungkin ! Kakak sihat je selama ni. Tapi...aku perasaan kakak sering sakit kepala. Hati Daniel mula berdebar-debar.
”Tak tahu. Tapi Suria pernah cakap kat saya, sudah beberapa kali Cik Muda pengsan di pejabat. Yang menjadi tanda tanya, Ali tak bagi call ambulance pada waktu tu. Katanya Cik Muda hanya penat bekerja sebab tu Cik Muda pengsan.”
Dahi Daniel berkerut. Bermacam-macam perkara mula bermain di fikiran Daniel. ”Pukul berapa penerbangan saya?” tanya Daniel. Dia perlu balik segera dan bertemu dengan Dania.
”Bila-bila masa, Tuan Muda!” jawab Irfan.
”Bila-bila masa?” Daniel hairan.
”Cik Muda sudah sediakan kapal terbang persendirian untuk bawa Tuan Muda pulang. Kita berlepas sebaik saja Tuan Muda beri arahan.”
Daniel menggelengkan kepalanya. Kakak ni memang sentiasa peka la. ”Ok! Selepas makan nanti, kita bertolak. A lot of thing i want to ask my sis.” Daniel terus menutup begnya sambil diperhatikan oleh Irfan.

Thursday, December 17, 2009

Rahsia hati 25

Bab 25

Omar menundukkan kepalanya. Dia takut untuk bertentangan mata dengan Johari yang sedang merenungnya. Dia gagal menjalankan tugas yang telah diberi oleh Johari semalam.
“Kau ni memang bodoh! Dah la rancangan kita gagal. Suffian terlepas entah ke mana manakala Dania masih lagi hidup. Kau ingat Dania tu akan lepas kita dengan senang. Selagi dia hidup, dia takkan lepaskan kita dengan mudah. Aku tak tahu apa rancangan dia selepas ni! Kenapa la nyawa Si Dania tu liat sangat nak mampus?”
”Aku rasa dia sedang rancangkan sesuatu pada kita . Something big !” Mansur mula resah.
”Aku pun rasa begitu. Aku tak patut pandang rendah pada dia selama ni. Kalau aku ikut cakap kau dulu bunuh Dania dan Daniel semasa mereka masih kecil, pasti kita takkan jadi macam ni.” Johari setuju dengan kata-kata Mansur. Ada benarnya !
Shiela hanya mendiamkan diri. Dia hanya memerhati.
”Nasi dah jadi bubur, Johari ! Yang penting sekarang ni adalah Suffian. Selagi dia masih hidup dan berada di luar sana, hidup kita takkan aman.”
”Aku tahu. Dia tahu segalanya tentang rahsia kita.”
”Suffian ! Siapa Suffian tu, papa !?” soal Shiela secara tiba-tiba. Tak pernah pun papa sebut nama lelaki ni ? Kenapa papa bimbang pasal lelaki tu ?
”Shiela diam ! Jangan masuk campur.” Marah Johari. Menyampuk pulak budak ni !Dah la keadaan sekarang ni kritikal.
Shiela membuat mimik muka selepas dimarahi oleh papanya. Nak tanya sikit punya salah. Shiela bangun dan melihat ke arah tingkap. Dia lihat ramai lelaki dan perempuan sedang menari di Kelab Malam LaLa itu. Shiela hanya memerhati. Ikutkan hati nak saja keluar dari bilik ni. Bosan giler. Papa dan Uncle Mansur asyik bincang pasal Kak Dania saja. Entah apa yang berlaku, aku sendiri tak tahu! Yang pasti papa mesti telah lakukan sesuatu pada Kak Dania, jika tidak takkan papa kelihatan resah sekarang ni. Asyik...Kak Dania, Kak Dania! Menyampah! Kenapa Kak Dania sering keluarga keluarga aku?
”Omar! Aku nak kau cari Suffian sampai dapat! Kau jumpa dia, kau terus bunuh dia. Faham! Jika kau gagal lagi, aku sendiri akan bunuh kau!” Johari memberi amaran.
“Baiklah! Dania?” tanya Omar.
“Dania, kau biarkan dulu. Aku nak Suffian! Sekarang tugas utama kau adalah Suffian! Faham?”
”Baiklah.”
”Papa, apa kata pasal Kak Dania serahkan kat Shiela.”Wajah Shiela tiba-tiba serius. Mereka bertiga terkejut selepas mendengar kata-kata Shiela. Johari tiba-tiba ketawa.
”Apa Shiela tahu? Shiela tak setanding dengan Dania!” perli Johari. Apa la anak aku yang bodoh ni nak buat? Jahanamkan rancangan aku lagi ada la.
”I will not be stupid anymore, papa! Untuk kalahkan Kak Dania, kita mesti berfikiran seperti dia. Trust me this time. Shiela takkan kecewakan papa kali ni.” Yakin Shiela. Dia tersenyum. Kali ni dia mesti bangun dan berani menentang Kak Dania. Dia tak perlu lagi takut pada bayang Kak Dania lagi.
”Shiela nak buat apa?’ nada suara Johari berubah. Bunyinya macam serius saja.
”Just wait and see, papa! Selepas Abang Daniel balik, Shiela akan laksanakan plan Shiela. After this, Kak Dania takkan menjadi penghalang papa lagi.” Shiela tersenyum. Jika rancangan dia berjaya, tiada siapa akan menjadi penghalang cintanya lagi. Tiada Kak Dania, bermakna Abang Daniel menjadi miliknya.
“Baiklah! Make sure, it success. “ kata Johari bersetuju dengan cadangan Shiela.
“Johari!” Mansur terkejut dengan keputusan Johari. Dah gila ke Johari ni?
”Ok,Papa beri peluang pada Shiela.!”
Shiela tersenyum. Johari merenung anaknya dengan pandangan yang curiga. Macam la aku tak tahu niat sebenar anak aku ni? Tak apa, aku biarkan saja. Selepas Dania dah mati, aku akan uruskan Daniel pula. Daniel tak layak berdampingan dengan anak aku. Mereka dari dunia yang berbeza.

******************************
Daniel menghulurkan air mineral yang diberinya sebentar tadi pada Halina yang sedang duduk di kerusi. Daniel terus duduk di sebelah Halina
”Thanks.” kata Halina.
”Wait! Saya buka dulu.” Daniel membuka penutup botol air mineral itu. Botol itu diberikan pada Halina yang hanya tersengih melihat gelagat Daniel.
“Kamsahamnida!” ucap Halina dalam bahasa Korea iaitu terima kasih.
Daniel tersenyum.
“Minggu depan, saya akan balik Malaysia!” beritahu Halina.
Daniel terus menoleh ke arah Halina. Dia terkejut dengan kata-kata Halina sebentar tadi. “Minggu depan!” Air muka Daniel berubah.
“Semalam, Umi call. Umi beritahu Lina yang 25 haribulan ni, Lina ada interview dengan GBTVS. I have to go back.”
”Ooo...ya ke! Good luck!” sayu saja suara Daniel.
“jangan la bersedih! Kita boleh chatting sama-sama. Bukannya kita takkan berjumpa selamanya. Kalau awak balik ke Malaysia, kita boleh jumpa lagi.” Halina sedar akan perubahan wajah Daniel. Selama dia berkawan dengan Daniel, hatinya sentiasa gembira. Kata-kata dan gurauan Daniel menjadi penghibur pada hatinya.
”Ok! Saya tak tahu bila lagi kita boleh jumpa.”
”Why? Awak tak nak balik ke?” Tanya Halina secara tiba-tiba. Ada sesuatu pasal lelaki ni yang menimbulkan persoalan dalam dirinya.
“Sudah lama saya tak merasai kebebasan seperti ni. Peluang ni takkan saya sia-siakan. Awak bertuah sebab bebas melakukan apa saja yang awak nak tanpa diatur oleh seseorang. Sometimes, saya cemburu dengan burung yang berterbangan di awan. Hidup mereka tidak dikurung. Terbang bebas ke mana saja yang mereka mahu.” Daniel mendongakkan kepalanya melihat burung yang berterbangan.
Dahi Halina berkerut. Dia tak faham dengan kata-kata Daniel. “Saya tak faham.”
“Awak perlu hargai apa saja yang berada di sekeliling awak. Don’t be like me! Yang sentiasa dikurung dalam mahligai yang indah dan dikawal segalanya.”
Mata Halina terkebil-kebil merenung Daniel yang berada disebelahnya. Nada suara Daniel seperti sedih. Mahligai? Dikawal?Tak faham.
Daniel memandang Halina yang memerhatinya. Daniel tersenyum. ”Jangan kusutkan fikiran awak dengan kata-kata saya. It’s means nothing and you! Why you here? Saya tahu tujuan awak datang ke sini bukan sahaja untuk melawat kakak sepupu awak. Something happens at you in Malaysia, right?” teka Daniel.
“Macam mana awak tahu?”
“Dari air muka dan gerak-geri awak, it’s tell everything! Masalah cinta ke?” teka Daniel lagi.
Halina mengeluh. ”You catch me!”
“So you want to share with me or not? I’m glad to hear it. At least, bebanan awak akan berkurungan.”
Halina tersenyum. Halina rasa bertuah kerana dapat berkenalan dengan Daniel. ”Cinta saya ditolak. That’s why i’m here.”
”Jangan bimbang! Kumbang bukan seekor. Banyak lagi kumbang kat dunia ni termasuk saya. Susah-susah sangat awak jadi girlfriend saya la”
“Ke situ pulak awak ni!” Halina ketawa kecil.
”Mungkin dia bukan jodoh awak, Lina. Setiap manusia di dunia ni telah dicipta pasangannya masing-masing. Mungkin jodoh adalah orang lain. Tak semua perkara yang kita harapkan akan tercapai.” Daniel memerhati keadaan sekelilingnya. Cantik jugak taman botani ni. Hongneung Arboretum namanya. Hijau! Nyaman rasanya
”Awak pernah putus cinta?” soal Halina secara tiba-tiba.
Daniel ketawa. ”Saya nampak macam putus cinta ke?” soal Daniel balik. Kata-kata Halina memang melucukan.
“Tak. Awak nampak macam melarikan diri dari sesuatu!”
Ketawa Daniel mati secara tiba-tiba. Daniel mengeluh. ”Kata-kata awak tepat sekali, Lina. Saya pengecut.Saya larikan diri ke sini sebab tak nak hadapinya dan membiarkan kakak saya seorang diri berjuang menghadapinya. Saya adik yang jahat kan!” sayu saja suara Daniel. Kadangkala dia menyesal tetapi dia perlu tenangkan fikiran.
”Berjuang! Kakak awak tentera ke?’ soal Halina. Dia masih tak faham. Macam rumit saja masalah Daniel ni?
Daniel tersenyum. Kata-kata Halina membuat dirinya terhibur. Sudah lama dia tidak merasai perasaan begini. Dunia aku dan Lina memang berbeza. ”Hmm...boleh dikatakan begitulah.” Hmm...kak memang macam general pun.
”Masalah awak ni complicated sangat! Awak ada masalah dengan kakak awak ke?”
”Tak! My sister is a nice and lovely person. You should meet her someday.” Kata Daniel.
“Jadi? I’ll don’t get it. Punca masalah awak yang sebenarnya?” Dahi Halina masih berkerut.
“Masalah saya tak penting pun! So, hari apa awak balik?” Tanya Daniel cuba mengubah topic perbualan.
“Hari Rabu minggu depan!” jawab Halina.
“Good! Saya hantar awak ye!”
“Tapi ….”
“Saya bukan buat apa pun kat rumah. Think it as our last farewell.”
“Awak tak balik Malaysia ke?” tanya Halina hairan lagi.
”Tengoklah macam mana? Kalau awak jumpa saya nanti, itu bermakna saya sudah ditangkap oleh kakak saya.” kata Daniel terus minum air mineralnya.
Tangkap? Halina memandang Daniel dengan pandangan yang pelik. Lelaki yang berada di sisinya memang misteri. Siapa Daniel Darius yag sebenarnya?
***************************************

Langkah Dania terhenti sebaik saja tiba di kedai Habis Jewels. Dania mengetap bibirnya. Apa yang Hairi nak kali ni? Selepas kejadian malam itu, Hairi sudah tidak muncul dalam hidupnya lagi. Dania berasa gembira kerana masalahnya sudah settle. Pasti Hairi terkejut dan takut dengan kejadian malam itu. Mesti dia tak jadi kahwin dengan aku.Tapi hari ni, tiba-tiba saja dia menerima panggilan telefon dari Hairi yang ingin berjumpanya di sini. Ada hal apa? ”Ali! Awak tunggu di sini!” kata Dania.
”Baiklah.” kata Ali berdiri di luar kedai itu bersama beberapa orang pengawal peribadi yang lain.
Dania menarik nafas panjang sebaik saja melangkah masuk ke kedai itu.
”Cik, boleh saya bantu?” tanya pekerja kedai itu sebaik saja Dania melangkah masuk.
”Dia tunang saya!”
Dania berpaling ke arah suara itu. Hairi tersenyum melihat kedatangan Dania. Dania melangkah mendekati Hairi.
”Kenapa awak nak jumpa saya kat sini?” kata Dania secara tiba-tiba.
”sit here!” pelawa Hairi.
”I’m busy right now!Cakap saja apa yang awak nak cakap! Don’t waste my time!”
”Hmm....takkan nak jumpa tunang sendiri pun, tak boleh!” Hairi bangun.
”Depends on situation!”
”Really? Oklah, i’ll make it quick! Pilih! Cincin mana yang awak suka?”kata Hairi memberi isyarat kepada pekerja kedai itu. Pekerja itu membawa 2 kotak kecil yang berwarna merah pada Dania. Dania merenung pelik! “Pilih! Mana satu awak suka untuk cincin perkahwinan kita.”
Cincin perkahwinan! Dania terkejut. Tangannya digenggam erat menahan geram! Lelaki ni sengaja nak melawan aku! Tak reti-reti bahasa langsung! Tapi wajah Dania masih bersahaja. Perlahan-lahan Dania tersenyum. ”Who want to marry you?”
Hairi ketawa kecil bila mendengar pertanyaan Dania. “Siapa lagi, kalau bukan tunang saya!Tengku Dahlia Dania”
“Perkahwinan ni takkan berlangsung. Tidak sama sekali. Pertunangan antara kita akan putus. Kalau awak tak nak putuskan pertunangan ni, baiklah! Saya sendiri akan memutuskan pertunangan ni sama ada awak suka atau tidak!” tegas Dania. Dia merenung Hairi yang sedang merenungnya.
”Awak ingat awak dapat putuskan pertunangan ini dengan senang. Tidak! Saya takkan lepaskan awak, Dania! Tidak!” tegas Hairi pula. Wajahnya serius. ”Walauapa yang terjadi saya takkan lepaskan awak. Awak tetap akan jadi isteri saya.”
Dania menarik nafas panjang. Kalau ikutkan hati nak saja, aku tumbuk mamat ni! Susah sangat ke faham! Mamat ni sengaja nak menduga kesabaran aku. Control, Dania! ”Awak ingat awak dapat paksa saya! Awak silap. Hmmm...awak dah lupa ke dengan kejadian hari itu?”
Hairi masih tersenyum. ”Ya! Kejadian tu masih lagi segar dalam ingatan saya.” Hairi sudah dapat menjangka apa yang Dania ingin sampaikan.
”Kalau awak sayang nyawa awak, awak faham kan apa maksud saya!”
”Ya! Tapi untuk pengetahuan awak, saya suka wanita yang berani dan mencabar macam awak. It’s make my life interesting.”
”Awak patut hargai nyawa awak!” nasihat Dania
“Awak pun!” kata Hairi.
Dania terdiam sebaik saja mendengar kata Hairi. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Kata-kata Hairi seolah-olah ditujukan khas untuknya. Nada suara Hairi macam ada maksud tersirat disebaliknya.
”Awak patut hargai apa yang berada di sekeliling awak, Nia Sayang! Jangan takut menerimanya.” Hairi mendekati Dania. Sebaik saja melihat Hairi menghampirinya, Dania mengundurkan langkahnya. Langkah Hairi terhenti bila melihat Dania yang menjauhinya. Hairi tersenyum. ”See! Awak menolak apa saja yang berada di sisi awak. Awak patut hargai diri awak! Jangan hanya fikirkan tentang orang lain saja!”
”Awak siapa nak kritik saya? Awak tak layak, Hairi” Dania masih cuba berlagak biasa seolah-olah kata Hairi sebentar tadi tidak menyakitkan hatinya.
”Sebab tiada siapa nak kritik awak la, awak jadi macam ni!”
”Awak tak kenal saya, Hairi! Jika ada sesuatu perkara yang saya tak suka, saya takkan suka selamanya. Perkahwinan ni akan dibatalkan. Apa jua cara awak, ia takkan terjadi.” tegas Dania sebelum melangkah pergi meninggalkan Hairi. Wajah Dania berubah sebaik saja keluar dari kedai itu. Lelaki ni memang gila!
Hairi hanya tersenyum lebar melihat gelagat Dania..

Monday, December 14, 2009

Rahsia hati 24

Bab 24

“Kakak!” jerit Daniel sebaik saja terjaga dari tidurnya. Nafasnya turun naik. Daniel memandang sekeliling. Daniel menarik nafas lega. Mimpi rupanya! Pantas Daniel bangun dan menekan suis lampu biliknya. Daniel memegang dahinya. Berpeluh! Tiba-tiba terbit perasaan gelisah di hatinya. Kenapa mimpi tadi seperti benar? Dalam mimpi tersebut, dia cuba mencapai tangan kakaknya tetapi semakin dia cuba mencapai tangan kakaknya semakin jauh Dania meninggalkannya. Hatinya Daniel semakin resah. Mimpinya sebentar tadi masih bermain di fikirannya. Kenapa aku rasa tak sedap hati? Mata Daniel terus melirik ke jam dinding di biliknya. Pukul 2.00 pagi. Mesti kakak tak tidur lagi? Pantas Daniel mengambil telefon bimbitnya dan mendail no telefon Dania.
Dahi Daniel berkerut bila Dania tidak menjawab panggilanya. Dia mencuba lagi. Hasilnya masih sama, Dania masih tidak menjawab panggilannya. Kakak dah tidur ke? Mustahil! Waktu begini, kakak mesti tak tidur lagi.Daniel resah dan terus Daniel mendail no telefon Ali. Daniel mengetap bibirnya. Hatinya berdebar-debar. Kenapa Ali tak menjawab panggilannya? Adakah sesuatu telah berlaku? Daniel mencuba lagi. “Jawablah!” jerit Daniel bila panggilannya tidak dijawab. “Irfan!” Daniel tiba-tiba teringat pengawal peribadinya. Pantas Irfan mendail no telefon Irfan.
“Hello!” kata Daniel sebaik saja Irfan menjawab panggilannya.
“Ya, Tuan Muda!” kata Irfan berpaling ke arah Ali yang berdiri di hadapannya. Ali hanya memerhati.
“Maaf kalau saya ganggu kamu tidur. Hmm….saya hanya nak tanya tentang kakak saya? Aaaa....dia tak apa-apa ke? Maksud saya, dia sihat?” tanya Daniel teragak-agak. Dia sedar soalannya memang bodoh tetapi dia perlukan kepastian.
“Cik Muda!” Irfan terkejut.
Ali menggelengkan kepalanya. Dia tak nak Daniel tahu tentang perkara ni. Biarlah ia dirahsiakan. Waktu sekarang amat bahaya untuk Daniel pulang.
“Dia sihat. Sebelum saya balik tadi, saya nampak Cik Muda sedang berbual dengan Tan Sri.” Bohong Irfan sambil matanya melirik ke arah Ali. Inilah pertama kali dia berbohong pada Daniel tetapi dia terpaksa bila memikirkan tentang keselamatan Daniel. Maafkan saya, Tuan Muda.
“Ya ka? Tapi kenapa kakak tak angkat telefon saya?” tanya Daniel hairan.
”Mungkin Cik Muda penat kot! Lagipun esok, Cik Muda ada meeting.” jelas Daniel.
”Hmmm...baiklah. Esok saya akan telefon lagi.” Daniel menarik nafas lega. Kebimbangan di hatinya berkurangan. Kata-kata Irfan sebentar tadi sedikit sebanyak menjawab persoalan yang bermain di fikirannya.
”Hmm...Tuan Muda, dah lewat ni. Esok saya kena bangun awal.” kata Irfan.
”Baiklah! Maaf ye!” Daniel tahu dia telah mengganggu masa tidur Irfan. Perbezaan waktu antara Malaysia dan Seoul hanyalah 1 jam lebih lewat dari waktu di Seoul.
”Tak mengapa! Hmm...Tuan Muda, hati-hati ye!” kata Irfan sebelum menamatkan perbualan mereka berdua.
Kata-kata Irfan sebentar tadi membuat Daniel terpinga-pinga. Apa maksud kata-kata Irfan sebentar tadi?

*****************************

”Cik Muda tak apa-apa ke?” tanya Ifran. Dia terkejut bila Dania tiba-tiba pengsan di hadapan mereka berdua selepas sudah mendermakan darah pada Murni. Wajahnya pucat. Kehadiran Dr. Hazwan sebentar tadi menimbulkan pelbagai soalan di fikirannya.
”Dia tak apa-apa! Cik Muda hanya perlu banyak rehat. Hmm....Aku nak kau tolong Zamri cari siapa penembak itu. Tangkap dia sampai dapat.” arah Ali. Dia takkan lepaskan perkara ini begitu saja.
”Baiklah!” Irfan terus berlalu meninggalkan Ali.
”Kenapa awak tak beritahu Daniel tentang apa yang sedang terjadi di sini?” Tiba-tiba ada suatu suara menegur Ali dari belakang.
Ali berpaling. Dia terkejut melihat Hairi yang sedang menghampirinya. Ingatkan lelaki ni dah balik? Disebabkan suasana yang kelam-kabut tadi, dia terlupa akan kehadiran Hairi. Macam-macam perkara berlaku. ”Tuan Hairi!”
”Awak masih belum menjawab pertanyaan saya lagi, Ali!” tegas Hairi. Matanya tepat merenung anak mata Ali.
”Buat masa sekarang lebih baik Tuan Muda tak balik!” jawab Ali.
”Tapi dia perlu tahu apa yang berlaku di sini!” tegas Hairi.
”Dia tak perlu tahu.” jawab Ali lagi.
”Tapi dia adik Dania, dia perlu tahu apa yang telah terjadi pada kakaknya. Dania perlukan adiknya.”
”Tidak!”
”She’s need his brother.” Hairi meninggikan suaranya. Pada saat begini, kenapa mereka perlu rahsiakan dari pengetahuan Hairi.
”Tidak! Tuan Hairi tak kenal perangai Cik Muda. Dia takkan bahayakan nyawa adiknya. Keadaan di sini sekarang di luar kawalan.”
”Tapi ada orang nak bunuh Dania. Ini perkara serius. Jika sesuatu terjadi pada Dania, apa awak nak cakap pada Daniel.” Hairi naik angin. Dia geram bila Ali tidak mengendahkan katanya.
”Saya akan bertanggungjawab. Tuan Hairi, jangan masuk campur!”
”Awak kata jangan masuk campur! Saya tunang Dania. Dania adalah tanggungjawab saya. Awak fikir saya akan lupakan apa yang berlaku tadi. Tidak! Ini berkaitan dengan nyawa seseorang. Lebih lagi ia berkaitan dengan bakal isteri saya!” Hairi mengetap bibirnya.
Ali menarik nafas panjang. ”Semua yang saya lakukan ini adalah atas arahan Cik Muda.”
”Termasuklah rahsiakan penyakit Dania dari pengetahuan Tan Sri Daud dan Daniel.” teka Hairi secara tiba-tiba. Jika dilihat dari perangai Dania, pasti dia rahsiakan penyakitnya dari keluarganya tapi bagaimana lelaki ni tahu tentang penyakit Dania. Apakah hubungan lelaki ini dengan Dania? Kenapa dia selalu mengikut Dania ke mana-mana? Kekasih? Terbit perasaan cemburu di hati Hairi secara tiba-tiba.
Wajah Ali berubah sebaik saja mendengar kata-kata Hairi. Wajah bertukar pucat lesi. ”Aaaa..Apa Tuan Hairi cakapkan ni? Saya tak faham. Penyakit apa?’ tanya Ali pula. Dia cuba berdalih. Matanya dialih agar tidak memandang anak mata Hairi
Hairi tersenyum. Nampaknya tekaannya memang tepat. ”Jangan nak berdolak-dalih lagi, Ali. Saya tahu. Saya dah dengar segalanya, perbualan awak dan Dr. Hazwan.”
Ali mengetap bibir. Dia mengeluh.”Jadi apa Tuan Hairi nak dari saya?” Ali berterus-terang.
”Perkara sebenar!” jawab Hairi. Hatinya berdebar-debar.
”Apa yang Tuan Hairi dengar tadi, setakat itu sajalah Tuan Hairi perlu tahu.” kata Ali terus memulakan langkahnya meninggalkan Hairi yang masih tercegat di situ.
”Baiklah! Jika begitu, saya akan beritahu Tan Sri Daud mengenai hal ni.” ugut Hairi secara tiba-tiba. Hairi tersenyum melihat Ali tiba-tiba berhenti. Ali berpaling dan pantas menghampiri Hairi.
”Tuan Hairi tak tahu apa-apa, lebih baik Tuan Hairi buat tak tahu saja. Sedikit saja Tuan Hairi buka mulut mengenai perkara ni, nyawa Tuan Muda dalam bahaya.” marah Ali. Dia geram bila Hairi tidak faham tentang apa yang berlaku sekarang.
”Saya peduli apa!” kata Hairi secara tiba-tiba.
Ali terkejut dengan kata-kata Hairi. Matanya bulat merenung lelaki yang berada di hadapannya. ”Tuan Hairi tak tahu apa yang dialami oleh Cik Muda selama ni! Apa yang terpaksa dihadapi oleh Cik Muda untuk terus hidup. Saya tahu Tuan Hairi tidak cintakan Cik Muda, jadi jangan musnahkan apa yang Cik Muda telah usahakan selama ni.” Ali memberi amaran.
”Apa! Jadi kau cintakan Dania? Itu maksud kau!” marah Hairi terus memegang baju Ali. Dia bengang bila mendengar kata-kata Ali.
Ali ketawa kecil bila mendengar kata-kata Hairi. ”Hubungan saya dan Cik Muda hanyalah seperti majikan dan pekerjanya sahaja. Tak lebih dari itu. Setia saya pada Cik Muda untuk selamanya. Budi dan jasa Cik Muda pada keluarga saya takkan saya lupakan.”
”What do you mean by that?” berkerut dahi Hairi mendengar kata-kata Ali. Keluarga? Budi dan jasa. Pegangan Hairi pada baju Ali semakin longgar.
“Jika tak kerana Cik Muda, pasti saya kehilangan isteri dan 2 orang anak saya. Jadi, keluarga saya terhutang budi pada Cik Muda. Sebab itulah saya hanya setia pada Cik Muda saja. Saya minta jasa baik Tuan Hairi agar rahsiakan hal ni dari pengetahuan sesiapa pun, biar ia menjadi rahsia kita berdua saja. Cukuplah segala penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Cik Muda selama ni, janganlah Tuan Hairi kusutkan lagi keadaan. Penyakit barah otak yang dihadapi oleh Cik Muda sudah cukup membuat Cik Muda menderita, jangan ditambah lagi penderitaan Cik Muda.” Rayu Ali.
“Barah otak!” Hairi terkejut. Bibir Hairi terketar-ketar. Kenyataan yang didengarinya memang di luar jangkaan. Tangan Hairi terketar-ketar.
”Ya! Peringat akhir. Hanya tunggu masa la.” Ali menundukkan kepalanya menahan kesedihannya. ”Jadi saya minta jasa baik Tuan Hairi agar merahsiakan hal ni, tolonglah!” Ali merayu lagi.
Hairi memejamkan matanya. Langkah diundur ke belakang. Hairi menyandarkan badannya di dinding hospital. ”Sebab itulah Dania beriya-iya ingin memutuskan pertunangan.” Kini Hairi faham disebalik kata-kata Dania dan segala tindak-tanduk Dania selama ni.
”Ya. Katanya orang yang tiada masa depan sepertinya, tak boleh rosakkan masa depan orang lain. Cik Muda tahu Tuan Hairi amat membencinya disebabkan itulah Cik Muda mengambil peluang ini untuk memutuskan pertunangan ini secepat mungkin kerana Cik Muda tahu masanya semakin suntuk.” nada suara Ali semakin sayu.
”Berapa lama lagi Dania .....” sukar Hairi untuk Hairi menyatakan soalan tersebut tetapi dia perlu tahu juga.
”6 bulan lagi tapi menurut kata Dr Hazwan, jika Cik Muda masih berdegil dan tidak mengambil berat tentang kesihatannya berkemungkinan Cik Muda tak dapat bertahan sehingga 6 bulan.”beritahu Ali.
”Kenapa Dania tak nak menerima rawatan?” soal Hairi lagi.
”Sebab Cik Muda tahu penyakitnya tak dapat diubati sebab itulah dia perlu lakukan sesuatu sebelum dia perlu pergi agar keselamatan Tuan Muda terjamin selepas Cik Muda pergi.”
”She’s means Johari, right!”
”Ya!”
Hairi mengeluh. Dia tak sangka nasib Dania seperti ini. Jika dilihat dari segi luaran, Dania seorang yang riang dan sentiasa tersenyum walauapa yang berlaku namun apa yang tersirat di hatinya berlawanan daripada apa yang dilihat di luaran. Terbit perasaan simpati dalam hati Hairi. Segalanya dihadapi oleh Dania seorang sendiri Hairi memandang Ali yang masih merenung dirinya. Dia sedar Ali sedang menanti jawapan darinya. ”Baiklah, Ali! Saya janji saya takkan beritahu sesiapa tentang perkara ini termasuklah Daniel dan Tan Sri Daud. Hmmm....saya nak awak juga janji dengan saya sesuatu.”
”Apa dia?” Ali hairan.
”Jangan beritahu Dania yang saya tahu penyakitnya.”
”Tapi.....” Ali teragak-agak untuk setuju kerana selama ni dia tak pernah merahsiakan sesuatu pada Dania.
”Saya takkan menyusahkan Dania lagi. Now, i understand her situation. Don’t worry. “ Hairi faham apa yang bermain di fikiran Ali sekarang ni. Hairi menepuk bahu Ali dengan lembut sambil tersenyum.
Akhirnya perlahan-lahan Ali menganggukkan kepalanya dan tersenyum. Nampaknya dia sudah tersalah sangka pada mulanya. Pada awal, dia ingatkan Hairi adalah seorang anak orang kaya yang sombong, pentingkan diri dan memandang rendah pada orang yang bukan setaraf dengannya tetapi sangkaannya meleset sama sekali.

***********************************

Perlahan-lahan Dania membuka matanya. Putih! Dania menoleh ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa pun. Dania bangun. Dania menundukkan kepalanya seketika. Apa yang berlaku semalam? Dania cuba mengingatinya. Oooo.....selepas aku derma darah, tiba-tiba kepala aku sakit dan......aku dah tak ingat apa yang berlaku seterusnya. Tiba-tiba Dania teringat Murni. ”Murni!” kata Dania. Pantas Dania mencabut jarum di tangannya dan turun dari katil.
“Cik Muda!” kata Ali terkejut bila melihat Dania bangun apabila masuk ke bilik Dania. Baru sebentar tadi dia keluar kerana menjawab panggilan Tan Sri Daud yang sedang mencari Dania. Pantas Ali menghampiri Dania.
“Ali! Murni macam mana? Dia macam mana?” soal Dania berulang kali. Dia masih risau tentang Murni.
“Murni selamat.” Kata Ali cuba mententeramkan hati Dania.Wajah wanita itu direnung. Wajah Dania pucat lesi.
“Betul ke, Ali?” Tanya Dania lagi untuk kepastian.
”Ya, Cik Muda!”
”Alhamdulilah....” Dania menarik nafas lega. Dania tersenyum. “Saya nak melawat Murni.”
“Tak boleh, Cik Muda. Dr. Hazwan pesan Cik Muda tak boleh banyak bergerak kerana badan Cik Muda masih lemah.” Ali menahan Dania dari keluar dari bilik.
“I need to see her.”
“Tak boleh. Lagipun Murni berada di hospital Ampang, manakala Cik Muda berada di Hospital Sri Jaya. Dr Hazwan nak Cik Muda menerima rawatan di sini. Tentang Murni, Cik Muda jangan risau. Saya telah arahkan Zamri dan beberapa orang pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan Murni.”
“Hmmm...kalau begitu, baiklah! Tetapi saya tetap akan melawat Murni.” Dania masih berdegil.
“Baiklah.”
“Penembak tu! Kamu dah dapat tangkap ke belum?” tanya Dania. Dia teringat kembali peristiwa semalam. Jika tak kerana Murni, pasti dia sudah mati.
”Belum. Saya dah arahkan Irfan mencari penembak tu. Jangan bimbang, kita akan dapat menangkap penembak itu.”
”Hal ni, kamu dah laporkan pada ASP Lokman?” tanya Dania lagi. ASP Lokman merupakan sahabat baik arwah bapanya.
”Sudah. Saya dah laporkan perkara ni pada ASP Lokman, dia akan siasat perkara ni.” beritahu Ali. Dia sudah maklumkan kejadian ni pada ASP Lokman semalam. Setiap kali perkara seperti ini berlaku, mereka akan melaporkan perkara ni pada ASP Lokman untuk menyiasat secara senyap agar tidak diketahui oleh pihak tertentu.
”Nampaknya pasti Uncle Johari sudah tahu saya telah tahu segalanya. Suffian? Dia di mana?”
”Hilang! Selepas tembakan itu, dia hilang entah ke mana. Zamri dah cari di sekitar kawasaan tu, tapi dia sudah tiada. Mungkin dia takut, Cik Muda selepas apa yang berlaku“
Dania memejamkan matanya. Nampaknya segala rancangannya telah gagal. Jika Suffina berpihak padanya,semua ini takkan berlaku lagi. Apa yang berlaku pada Murni semalam, aku takkan biarkan begitu saja. Mereka akan terima balasannya. ”Ali! Suruh Suria sediakan profil tentang syarikat Alliance yang akan dibeli oleh Uncle Johari.“ Arah Dania. Dia tahu Uncle Johari cuba membeli syarikat IT di Singapura. Sudah banyak duit telah Uncle Johari laburkan untuk membeli syarikat itu. Yang pasti, aku akan pastikan syarikat tu menjadi milik aku.
”Baiklah!“
”Satu lagi, saya nak Kelab Malam LaLa dibakar.“ Arah Dania. Matanya tepat merenung Ali. Dia tahu kelab Malam itu merupakan kelab malam yang ternama dan memberi keuntungan pada Uncle Johari. Kelab malam yang amat bermakna dalam hidup Uncle Johari kerana ia terhasil dari titik peluh Uncle Johari sejak 10 tahun yang lalu.
Ali hanya menganggukkan kepalanya. Dia tahu Dania takkan berdiam diri begitu saja. “Saya nak penembak itu cari sampai dapat.” Tegas Dania.
“Baik! Cik Muda, semalam Tuan Muda telefon. Dia nak Cik Muda telefon Tuan Muda balik.”
“Baiklah...” Dania membetulkan kedudukannya di atas katil. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. ”Hairi” nama itu tiba-tiba terbit di bibir Dania. Bulat saja mata Dania bila menyebut nama Hairi. Macam mana aku boleh lupa tentang Hairi?
”Tuan Hairi sudah balik.”
”Balik!” Dania terkejut. ”Tentang hal semalam...apa....”
”Tuan Hairi faham dan dia akan rahsiakan hal ni.” beritahu Ali.
”Faham!” Berkerut dahi Dania bila mendengarnya. Orang seperti Hairi boleh faham ke? Pelik! Macam tak percaya saja. Macam ada sesuatu yang tak kena saja.

******************************************

Terkebil-kebil mata Fazilah bila melihat lelaki yang sedang tersenyum dihadapannya. Macam tak percaya saja. Dia memandang lelaki itu dari atas dan bawah. Wah....handsome giler.
”Kak Faz! Kak Faz....” panggil Halina beberapa kali. Namun tiada reaksi dari Fazilah. “Kak Faz!” jerit Halina secara tiba-tiba.
Terkejut Fazilah bila mendengar jeritan Halina. ”Kak tak pekak lagi la.” kat Fazilah sambil memegang telinganya. ”Nasib baik tak pecah gegendang telinga ni.”
“Lina dah panggil Kak Faz banyak kali tapi Kak Faz buat tak tahu saja.” Halina membuat mimik muka.
Tiba-tiba Fazilah menarik Halina jauh dari lelaki itu beberapa langkah. “Mari jap!”
Halina hanya mengikut. Daniel hairan melihat gelagat dua orang wanita itu yang sedang berbisik antara satu sama lain. Mereka kutuk aku ke? Bila tengok dari gelagat mereka ni, lain macam saja. Aku ada buat salah ke? Sesekali Daniel melihat mereka berdua berpaling ke arahnya dan tersenyum.
“Handsome! Macam Dennis Oh! Kak suka Lina kawan dengan Daniel.” kata Fazilah secara tiba-tiba. Dia memberi green light pada Halina.
”Dennis Oh! Siapa dia?” tanya Halina. Apa kena dengan kak sepupu aku ni? Dah angau ke?
”Ala....pelakon korea tu yang berlaku dalam Sweet Spy! Sebijik macam Daniel cuma mata Daniel tu sepet sikit. Kalau mata dia bulat sikit mesti perfect.” Fazilah tersengih. Sesekali dia berpaling ke belakang melihat Daniel memandang mereka berdua dengan pandangan yang pelik.
“Sweet Spy! Kak Faz ni! Itu la selalu sangat tengok drama korea, inilah kesannya. Terpengaruh ! ” Halina menggelengkan kepalanya. Halina melihat ke kiri dan kanan ! Nampaknya dah ramai orang berpusu-pusu datang ke Lotte World. Hujung minggu memang masa yang sesuai untuk bersama keluarga.
”Daniel tu perfect. Kalau dia kaya, memang-memang lengkap la. Lina, apa kata korang berdua dating? Pasal Rizal tu, lupakan sajalah la. Dia ni lagi handsome! 10 kali handsome dari Rizal.” Cadang Fazilah.
“Jangan merepek! Lina dan Daniel hanya kawan saja. Kak Faz, jangan pandai-pandai! Jom! Mesti Daniel hairan bila lihat kita macam ni.” Halina menarik tangan Fazilah agar mengikutnya.
”Dah settle ke?” tanya Daniel melihat mereka berdua menghampiri Daniel.
”Ya! Emergency meeting!” jawab Halina sambil ketawa kecil. Dia menoleh ke arah kakak sepupunya yang juga menganggukkan kepala.
”Oooo...OK! Shall we?”
”Ok!” Halina tersenyum.
Halina dan Fazilah berjalan dahulu. Daniel tersenyum bila melihat telatah mereka berdua. Mesra! Bila melihat Halina bersama Fazilah, Daniel teringat akan kakaknya, lantas Daniel terus mengeluarkan telefon bimbitnya! Kenapa kak tak telefon aku lagi? Hati Daniel resah. Selagi dia belum mendengar suara kakaknya, jiwanya tak tenteram.

************************************

“Wah, berseri je muka kau hari ni! Maklumlah baru lepas keluar dengan buah hati !” usik Amran sebaik saja Daniel masuk ke dalam rumah. Amran tersengih. Senyumannya penuh dengan pelbagai makna.
“Kau jangan nak buat cerita! Lina tu kawan aku la.”
“Ala…kalau lebih pun tak apa! Kau pun solo lagi. Tak salah pun kalau korang berdua bercinta.”usik Amran lagi.
”Suka hati kau la, Am! Aku malas nak layan kau! Malam ni kita keluar makan, aku belanja!“ kata Daniel sebelum melangkah meninggalkan Amran.
”Yahoo! ” Amran menjerit riang. Mesti makan kat hotel lagi ni!
Daniel hanya menggelengkan kepalanya bila melihat telatah sahabatnya itu. Tiba-tiba telefon bimbit Daniel berbunyi, dengan pantas Daniel menjawab tanpa melihat siapa pemanggilnya. Dia tahu pasti pemanggilnya adalah kakaknya. ”Hello! Assalamualaikum”
”Waalaikumussalam! Cepatnya angkat” Dania memusingkan kerusinya menghadap ke luar tingkap bilik pejabatnya. Dia tersenyum sebaik saja mendengar suara adiknya.
”Kenapa lambat sangat kak call Daniel? Anything happens?” soal Daniel secara tiba-tiba. Hatinya dapat merasakan seolah-olah ada sesuatu yang tak kena.
“No! Don’t worry. Nothing happens here. Kak busy sikit minggu ni. Banyak projek perlu disiapkan !” bohong Dania. Daniel tak perlu tahu apa yang berlaku. Bila tiba masanya, Daniel akan tahu juga
Sebaik saja mendengar kata Dania, Daniel menarik nafas lega. Kata-kata kakaknya sedikit sebanyak mengurangkan kerunsingan yang bermain di mindanya. ”Oooo...I’ll see.”
”So...best tak, tinggal kat Korea?” tanya Dania.
”Best!”
”Tapi Daniel kena ingat, rumah Daniel sebenar adalah di sini. You should remember that.! You have to come back no matter what’s happen!”
“I know that, sis! Daniel akan balik bila tiba masanya nanti.”
“No! Daniel ada lagi 2 minggu untuk balik ke Malaysia. I hope you enjoy yourself. Kak tak kisah Daniel nak berfoya-foya dengan sesiapa pun tapi Daniel tetap akan balik ke sini.”
“Berfoya-foya!” bulat saja mata Daniel apabila mendengar perkataan itu. Berfoya-foya? Bila masa aku berfoya-foya pulak ni! Aku berfoya-foya dengan siapa? Selama ni aku keluar dengan Lina saja, takkan kak maksudkan aku berfoya-foya dengan Lina?
“Kak tak kisah tapi Daniel mesti balik. Kalau Daniel berdegil jugak, kak akan suruh atuk sendiri jemput Daniel balik!” ugut Dania. Mesti Daniel gelabah bila dengar nama atuk.
“Apa! Atuk!” Daniel terkejut lagi. Jantungnya berdegup kencang sebaik saja mendengar nama atuknya.
”Yes! I mean it. So, bye bye!” Dania terus menamatkan perbualan mereka berdua.
”Kak! Kak!” jerit Daniel bila Dania menamatkan perbualan mereka. Daniel mengetap bibirnya menahan geram. Main ugut pulak, kak ni!
”Kau ni kenapa terjerit-jerit.” kata Amran.
”Kakak aku ni! Main ugut-ugut pulak. Perangai sebijik macam atuk aku !” kata Daniel merenung telefon bimbitnya. Geram !’
”Ala perangai kau pun sama jugak dengan atuk kau !”kata Amran tersengih.
Daniel membuat mimik muka bila mendengar kata-kata Amran. ”Kau nak makan tak malam ni?” ugut Daniel
”Nak...Nak....Ok, patik minta maaf ye!” Amran ketawa kecil. Tengok tu, dia pun sama dengan atuk dan kakak dia. Suka sangat ugut orang. Kata kat orang, diri sendiri pun sama.
Dania melihat gambar yang berada di tangannya. Dania menoleh ke arah Ali yang setia berdiri di sebelahnya. ”Ali, saya nak awak siasat latarbelakang perempuan ni. Details! Everything i want to know about her.” Dania memberi gambar itu pada Ali.
“Baiklah, Cik Muda!” Ali mengambil gambar Daniel bersama seorang wanita.
Dahi Dania berkerut seolah-olah dia sedang berfikir. Dania melihat Ali.. “Looks like Daniel fall in love with this girl.” Kata Dania secara tiba-tiba.Berdasarkan daripada gambar yang diterimanya, telahannya takkan salah. Renungan dan senyuman Daniel pada perempuan itu lain. Dania masak benar dengan perangai adiknya. What should I do?




CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...