Tuesday, November 17, 2009

Rahsia hati 17

Bab 17

Dania merenung wajah Wardina yang duduk bertentangan dengan dirinya. Nasi lemak yang dipesan sebentar tadi belum disentuhnya lagi. “Apa hal kau ajak aku keluar awal-awal pagi ni? Ajak breakfast pulak tu! Kau lupa ke aku kerja hari ni.”
“Kau tu big boss. Lewat sikit, no hal punya.” Wardina tersengih.
“Ye la tu! Banyak la kau punya songeh. Hmm….kau kalau ajak aku keluar mesti ada sebab. Cepat la cakap!” Dania terus menjamah nasi lemak itu. Hmm...sedap boleh tahan tapi mana boleh lawan dengan nasi lemak yang dimasak oleh Mak Munah.
”Hairi!”
Matanya Dania tepat merenung Wardina sebaik saja mendengar nama Hairi. ”Kau ni memang nak kena dengan aku, Wardina. Setiap kali aku jumpa kau saja, nama tu yang kau asyik sebut. Kau sebenarnya kawan siapa? Aku ke Hairi.”
”Aku nak tahu saja la. Macam-macam soalan tengah bermain dalam otak aku ni? Kalau aku tak tanya, aku tak senang duduk! So boleh aku tanya?” tanya Wardina tanpa segan silu.
”Kau ni! Haaa.....tanya la!” Dania mengalah. Kalau aku tak bagi tanya, hmmm...sampai keesokkannya la Wardina ni kacau aku.
”Handsome tak, tunang kau bila jumpa secara face to face?” tanya Wardina.
“Tak!” Wajah Halina bersahaja.
“Tapi …..member aku beritahu, tunang kau tu handsome giler. Ramai orang tergila-gilakan dia. Tak ada mana-mana perempuan pernah menolaknya.” Wardina terkejut dengan jawapan Dania. Dari jawapan Dania, dia macam tak ada apa-apa perasaan langsung. Sejak dari bangku sekolah lagi, ramai lelaki sukakannya tetapi jangan harap la Dania nak layan. Dia hanya tumpukan perhatian pada pelajarannya saja.
“May be mata member kau tu ada problem. Hairi tu tak handsome la. Kalau nak bandingkan antara Ali dan Hairi, aku rasa Ali handsome lagi. “ Dania minum secawan air coffee di hadapannya. Sebenarnya, dia akui Hairi memang handsome tetapi ingatkan balik perangai Si Hairi tu. Reject!
“Apa!” Bulat mata Wardina mendengar kata-kata Dania. ”Aaaaa...Ali, bodyguard kau tu! Kau ni biar betul ataupun mata kau tu yang ada problem. Ali tu kurus kering, kulitnya hitam dan muka dia nak macam ala-ala negro sikit. Itu kau kata handsome.” Wardina membuat mimik muka.
”Kau ni! Jangan pandang orang hanya pada rupa saja, hati tu penting. Kalau muka handsome tapi perangai macam setan! Kau nak ke?”
”Aku tak percaya la cakap kau. Kau ada gambar Hairi, tak? Aku nak tengok! Biar aku sendiri yang beri pendapat.” tanya Wardina. Dia masih tak puas hati.
”Tak ada. Satu keping pun tak ada.” Dania kembali menyambung makan nasi lemaknya. Kalau dilayan Wardina ni, alamatnya aku ni kebulur la nanti.
”Kau ni pelik betul la! Gambar tunang sendiri pun tak ada. Kalau kau kahwin nanti macama mana ?”
”Siapa kata aku nak kahwin dengan dia?”
”Apa! Habis tu kalau kau tak nak kahwin dengan Hairi, kenapa kau bertunang dengan dia?” Wardina terkejut dengan pernyataan Dania.
”Rahsia!” jawab Dania.
Mata Wardina terkebil-kebil merenung Dania yang begitu asyik makan. Kawan aku ni biar betul. Dia ingat perkara ni main-main ke? Aduh....pening kepala aku dibuatnya dengan perangai Dania ni. Nasib baik kau seorang saja bestfriend aku!

****************************

”Aku bengang giler dengan perangai Dania tu. Dia sengaja nak malukan aku semalam.Atuk dan mama aku percaya bulat-bulat dengan lakonan dia tu” Hairi meluahkan perasaanya. Dia tidak tidur langsung semalaman sebab masih lagi geram dan bengang dengan kejadian semalam.
”Betul ke atau kau tu yang sensitif sangat!? Sejak dari dulu lagi, kau ada tanggapan negetif kat Dania. Cuba kau adjust sikit anggapan kau. Ubah negatif ke positif ! Pasti kau akan nampak kebaikkan Dania.“ Nasihat Zaki pada sahabatnya itu.
”Kau pun sama macam atuk dan mama aku. Aku saja yang salah, tak betul, jahat! Eh, Dania tu bukannya sukakan aku! Dia nakkkan duit, pangkat, nama dan harta aku. Dia memang perempuan pisau cukur!”
”Kau ni memang kera sumbang. Tak ambil tahu langsung apa yang berlaku kat sini.” Zaki menggelengkan kepalanya. Kata-kata Hairi membuatkan dia hampir ketawa.
”Meh la, aku cerita sikit pada kau tentang siapa sebenarnya tunang kau tu! Kau ada search tak nama Dania kat internet?”
Hairi menggelengkan kepalanya. Apa yang cuba disampaikan oleh Zaki ni? Apa kena mengena dengan internet pulak?
”Bila kau taip saja nama Tengku Dania Dahlia, nama Dania akan keluar! Kau nak tahu kenapa? Sebab nama Dania tersenarai dalam 10 orang yang terkaya di Malaysia. Ranking kedua selepas Tan Sri Daud. Sebut saja nama Dania semua orang kenal! Dalam usia muda, dia menjawat jawatan Pangarah Urusan Global Bersatu. Dia juga merupakan nadi penggerak Global Bersatu sehingga Global Bersatu tersenarai sebagai antara 10 syarikat gergasi yang berjaya dan setaraf dengan syarikat gergasi lain di dunia. Dania juga pernah jadi cover majalah Dewan Perniagaan. Kau tahu tak majalah tu hanya akan menyiarkan berita tentang usahawan yang berjaya saja di Malaysia dan Dania merupakan wanita pertama yang gambarnya disiarkan sebagai cover majalah Dewan Perniagaan. Bukan calang-calang orang boleh terpilih untuk jadi model bagi majalah tu.” terang Zaki panjang lebar.
”Kau! Bila taip nama kau kat internet, ada keluar tak result tentang kau! Tak ada kan! Ada tak gambar kau jadi cover majalah Dewan Peniagaan! Hmm....tak ada langsung.Entah-entah majalah Dewan Perniagaan pun kau tak pernah baca” Zaki ketawa
Hairi mengetap bibirnya menahan marah bila Zaki memperlekehkan dirinya.
”Lagi satu, kau boleh buat statement yang Dania nakkan harta, nama, pangkat dan duit kau! Kau ni! Nama? Dania dah ada nama pun. Sebut nama dia saja, satu Malaysia kenal siapa dia. Pangkat? Dania dah ada pangkat pun. Keturunan raja. Tengku lagi. Kau? Nama kau ada syed, tengku, raja? Tak ada! Duit pulak? Kau tahu gaji sebulan Dania berapa? Rm30 ribu. Itu tak termasuk lagi keuntungan yang diperoleh dari syarikat yang dilabur oleh Dania. Kalau total semua la kan, hmm....aku rasa gaji di sebulan RM 2 juta kot. Kau? Kerja pun belum. Duit pun atuk kau yang bagi. Ni....harta pulak, kau kata Dania nak harta kau! Tak logik la. Harta Dania ada banyak harta lagi dari kau. Dia ada hotel, chalet, pulau, kapal terbang persendirian, bot mewah, beribu-ribu tanah kat Malaysia ni milik Dania, setiap negara ada rumah mewah rehat milik Dania lagi, anak-anak syarikat miliknya lagi dan macam-macam lagi. Itu tak termasuk lagi harta yang akan diwarisinya dari Tan Sri Daud. Harta dia 10 kali ganda dari kau. Kalau ikutkan dari pandangan orang lain, kau tu yang nakkan harta, duit, nama dan pangkat Dania.” Zaki tersenyum puas. Dia hanya cuba nak sedarkan diri Hairi saja.
Bulat mata Hairi mendengar kata-kata Zaki. Biar betul tapi Dania nampak macam biasa saja. Tak ada gaya macam anak orang kaya. Selama ini anak orang kaya yang dia kenal berlainan macam Dania. “Kau ni biar betul! Atau kau sengaja rekakan cerita untuk naikkan kemarahan aku!”
”Kau percaya atau tak itu terserahlah kat kau. Jangan nanti kau kata aku tak beritahu kau apa-apa.” Zaki menggelengkan kepalanya. Susah betul nak celikkan mata Si Hairi ni. Diri dia saja yang betul.
Hairi terdiam. Di fikirannya bermain-main bermacam-macam soalan. Ingin ditanya tapi takut kalau Zaki akan ketawakan dirinya. Biar aku sendiri la cari jawapannya.

************************************************

”So Daniel tengah menyorak la sekarang ni?” tanya Wardina lagi.
”Bukan menyorok! Bercuti.” Dania tersenyum.
“Sama saja la. Atuk kau tak mengamuk ke sampai sekarang dah 2 minggu tak ada khabar berita tentang adik kau?”
“First tu mengamuk la lepas tu tak ada lah. Dia dah terima kenyataannya kot.” Dania mengambil kuih karipap daging dan dimakannya.
”Kenyataan apa pulak?” soal Wardina lagi.
”Kau ni bagi la aku nak makan jap!” Dania mengetap bibirnya. Tak sabar-sabar.
”Ok!” jawab Wardina. ”So?”
Dania menggelengkan kepalanya. Tak seminit pun, dia dah tanya soalan balik.Wardina ni dah nak kena dengan aku ni! ”Yang atuk tak boleh paksa Daniel ikut saja semua arahannya. Faham! Clear!”
”Oooo......Dania, dari tadi aku perasaan yang mamat kat belakang kau tu asyik pandang kita saja. Wah...handsomenya! Tergugat iman aku.” Mata Wardina tepat melihat lelaki yang berpakaian kot hitam yang masih memandang ke arah mereka berdua.
”Control sikit. Ingat sikit tunang kau tu!” kata Dania. Dia berpaling ke belakang. Dania mengeluh.Dia kenal siapa lelaki itu. Dania terus minum cawan berisi air coffee itu sehingga habis. ”Kau nak tengok sangat tunang aku kan!Itu la tunang aku!” beritahu Dania.
’’Apa!” Terbeliak biji mata Wardina bila mendengar pengakuan Dania. ”Gila kau! Handsome la tunang kau ni jika nak bandingkan dengan Ali. Kau ni ada masalah mata ke?”
”Suka hati kau la. Breakfast ni kau kata nak belanja kan! So aku ucap terima kasih sebab belanja aku pagi ni. Aku nak kena pergi dulu. Bye!” Dania terus bangun.
”Dania!” Wardina terkejut. Ala aku tak habis cakap lagi ni. Dia dah cabut dah. Wardina segera mengeluarkan duitnya dan diletakkan di atas meja. Dia segera mengekori Dania yang sudah jauh meninggalkannya.
Dania tersenyum melihat lelaki yang tiba-tiba menghalang perjalanannya. Hai...mamat ni tak serik lagi ke nak cari pasal dengan aku! ”Can I help you?” tanya Dania.
”Kau jangan berpura-pura baik depan aku la, Dania!” kata Hairi. Dia merenung wajah Dania. Cantik! Lagi cantik bila dia tersenyum bila menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipi Dania. Inilah kali pertama dia melihat wajah Dania secara dekat. Kulitnya putih dan licin. Tiada secalit make up pun diwajahnya. Simple! Natural beauty! Hairi dalam diam mengakui kecantikannya tunangnya.
“Awak nak apa, Encik Hairi? Bagi Dania masa itu penting, don’t waste my time!”
Lamunan Hairi terganggu. Hish…kenapa dengan aku tadi? Tak boleh ! Tak boleh! Kenapa aku boleh terfikir macam tu? “Kau kata aku buang masa kau?”
“Dania tak cakap macam tu pun, kalau awak rasa seperti itu so Dania terima sajalah.” Dania masih tersengih. Dia suka bila melihat lelaki itu naik angin.Kenapa ye? Seronok?
”Kau ni memang perempuan hipokrit! Tak berpelajaran langsung. Kau ingat kau siapa?” jerit Hairi. Suaranya ditinggikan.
”Hairi, stop it!” Zali memegang lengan Hairi. Zali melihat orang yang berada di Coffee House itu sedang melihat ke arah mereka.
Dania ketawa kecil. Berkerut dahi Hairi melihat gelagat Dania.
“Dania! Apa halnya ni?” Wardina menghampiri Dania. Dia terkejut lelaki itu menjerit pada Dania.
“Sekarang ni cuba lihat siapa yang tak berpelajaran? Menjerit macam orang gila!” Dania melirik matanya ke arah orang ramai yang berada di sekeliling mereka
Hairi terkejut bila lihat orang ramai sedang melihat ke arah mereka berdua. Wajahnya berubah.
“Cik Muda ada masalah ke?” tanya Ali yang tiba-tiba berada di belakang Hairi. Hairi menoleh ke belakang. Dia terkejut bila ada 4 orang lelaki di belakangnya.
“Tak ada apa-apa. Jom, saya dah lewat ni.” Jawab Dania dengan lembut. “ So Excuse me!” kata Dania apabila Hairi masih lagi menghalang perjalanannya.
Hairi bergerak ke tepi memberi laluan untuk Dania lalu. Wajah masam.
“Thanks! You’re so nice!” Dania tersenyum sebaik saja Hairi memberi laluan padanya. Wardina terus mengekori
Hairi memerhati kelibat Dania sehingga Dania hilang dari pandangannya.
“Tengok! Kau ada ke bodyguard iringi kau?” kata Zaki secara tiba-tiba.
“Zaki, kau ni!” Hairi mengetap bibirnya menahan marah. Time-time sebegini sepatutnya Zaki tenangkannya tapi naikkan kemarahanya lagi ada la. Dania ni memang sengaja cari pasal dengan aku. Ni Hairi, kau ingat aku akan lepaskan kau begitu saja.

Monday, November 16, 2009

Rahsia hati 16

Bab 16

“Aku salah cakap ke tadi? Rasanya tak! Aku kata aku setuju dengan rancangan dia nak putus tunang tapi kenapa dia tiba-tiba naik angin. Hish.....aku tak faham la. Aku ni pun satu, buat apa nak kusutkan otak aku ni dengan perkara tak berfaedah ni.Biarkan saja lah.” Dania bercakap seorang diri sebaik saja tiba di bilik pejabatnya.
”Cik Muda!” tegur Ali. Dia hairan bila melihat Dania bercakap seorang diri sehingga tidak sedar akan kehadirannya di situ.
Dania terkejut! Ali! Bila masa dia ada kat sini? Entah-entah Ali dengar apa yang aku cakap tadi. “Errrr........Ada apa?”
“Saya ada sesuatu nak laporkan pada Cik Muda.” Beritahu Ali.
“Pasal apa?” tanya Dania terus duduk di kerusinya.
“Pasal Tan Sri!”
“Kenapa dengan atuk?” Dania hairan.
“Sejak kebelakangan ni, orang Karim sentiasa mengekori kita ke mana-mana saja.”
Dania tersenyum. “Atuk! Atuk! Tak pernah nak mengaku kalah. Tak mengapa, biarlah.”
Tiba-tiba pintu diketuk. Irfan dan Suria masuk. Dania tersenyum bila melihat mereka berdua.
“Cik Muda! Ada perkara yang perlu Cik Muda tahu.”kata Irfan.
Dania menganggukkan kepalanya.
”Kebelakangan ni, orang Mansur asyik mengekori saya ke mana-mana saja. Saya yakin tujuan mereka adalah untuk mencari di mana Tuan Muda berada.” beritahu Irfan. Wajahnya serius. Dia bimbang akan keselamatan Daniel.
Dania mengeluh. ”Saya dah menjangka perkara ni akan berlaku. Uncle Johari takkan lepaskan peluang sebegini. Pasti dia ada rancangan lain untuk saya dan Daniel. Kamu jangan bimbang, Irfan! Anak buah Ali sedang mengawasi keselamatan Daniel, jika ada sesuatu yang tak kena mereka akan laporkan pada saya.” Dania tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran Irfan sekarang ni. Pada hakikatnya dia juga bimbang akan keselamatan Daniel yang berada jauh darinya. Dia takkan lupa apa yang berlaku pada Daniel dahulu. Disebabkan peristiwa itu, Daniel berada di hospital selama sebulan. Syukurlah tiada apa-apa yang berlaku. Waktu Daniel berada di hospitial, dia tidak pernah meninggalkan Daniel walau sesaat pun. Dia telah berjanji pada dirinya bahawa perkara ini takkan berulang lagi.
”Ali! Apa aktiviti Daniel sepanjang minggu ni?” tanya Dania.
”Tuan Muda habiskan masanya di rumah saja. Dia tak pergi ke mana-mana pun.” lapor Ali.
”La......Kenapa pulak macam tu? Sepatutnya dia gunakan masa yang ada ni untuk enjoy. Bukannya terperap saja di rumah. Hmm....ada-ada saja Daniel ni.” Dania ketawa kecil. ”Suria!”
”Tan Sri mahu saya beritahu Cik Muda yang malam ni Cik Muda perlu hadirkan diri untuk kenduri kesyukuran oleh Dato’ Razali sempena kepulangan tunang Cik Muda.” beritahu Suria melihat wajah Dania. Tenang saja. Tak ada apa-apa reaksi pun.
”Malam ni ke?” tanya Dania lagi. Nampaknya malam ni terpaksa la aku mengadap muka mamat tu lagi.
”Ya, Cik Muda! Dan....Tan Sri pesan kalau Cik Muda tak hadirkan diri malam ni, Tan Sri akan.....” Suria teragak-agak untuk menghabiskan ayatnya.
”Tan Sri akan apa? Beritahu saya saja.” Dania ingin tahu.
”Tan Sri kata dia akan cari Tuan Muda sampai dapat dan heret Tuan Muda balik.” Mata Suria memandang tepat pada majikannya.
”Hmmm....atuk ni tahu-tahu saja cara macam mana nak ugut saya! Baiklah, saya akan hadiri. Suria, kamu tolong saya belikan barang ni dan beri saya sebelum petang nanti.” Dania menulis beberapa senarai nama barang. Dia memberi kad kredit dan senarai nama itu pada Suria.
”Untuk apa ni, Cik Muda!” Terkebil-kebil Suria membaca.
“Itu untuk saya sakiti hati seseorang!” Dania tersengih. Kau ingat kau boleh terlepas begitu saja, Hairi! Ada ubi ada batas ,malam ni aku balas.
Suria, Ali dan Irfan memerhati hairan gelagat Dania. Entah apa yang sedang difikirkannya.

**********************************

Dania bersalaman dengan Datin Zulaikha sebaik saja tiba di rumah banglo 2 tingkat itu. Suasananya riuh-rendah dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai. Dania menghulurkan beg kertas pada bakal mak mentuanya.
”Apa ni!” Datin Zulaikha hairan.
”Hadiah untuk mama ! ”Dania tersenyum. Dania memerhati wanita yang berumur 50an itu. Jika ibunya hidupnya lagi, pasti aku bahagia. Pelbagai hadiah akan aku hadiahkan padanya tapi …..memang ini takdir aku sebagai anak yatim piatu.
Datin Zulaikha mengeluarkan satu persatu barang yang terdapat di dalam beg itu. Matanya bulat melihat barang yang dihadiahkan oleh Dania. Datin Zulaikha tersenyum lebar. ”Ni …. Bottega Veneta dan Rare De Couture. Ini limited edition handbag.” Dia memang ingin membeli beg ini tapi sudah habis stok. Ramai kawannya juga ingin membeli beg tangan jenis ni juga.
Datin Zulaikha terus memeluk Dania. Tan Sri Daud dan Dato’ Razali tersenyum melihat telatah mereka bedua. ”Terima kasih !” Datin Zulaikha meleraikan pelukan dan tersenyum.
”I know you love it ! ” Dania tersengih melihat reaksi bakal mak mentuanya. Dania berpaling ke arah Dato’ Razali yang sedang berdiri. Dania menghulurkan beg kertas yang berada di tangan kanannya pada Dato’ Razali. “Ni untuk Atuk Zali”
“Ala….Dania, tak payah la susah-susah.” Kata Dato Razali.
“Ala …kau ambil sajalah. Malu-malu kucing pulak” kata Tan Sri Daud bila sahabatnya itu malu untuk menerima pemberian Dania. Sejak kecil lagi, Dania memang seorang yang pemurah dan pandai mengambil hati orang tua. Dia bangga kerana Dania adalah cucunya.
Dato’ Razali mengeluarkan barang yang ada di dalam beg itu. “Ini jam tangan Swiss limited edition. Ni….Macam mana kamu tahu atuk suka pakai tali leher jenama Louis Vuitton ni!” Dato’ Razali terkejut.
”Cucu aku ni teliti orangnya. Kau bertuah.” puji Tan Sri Daud terhadap cucunya sendirinya.
”Thanks, Dania! Memang tepat pilihan atuk, pilih kamu jadi isteri Hairi.” puji Dato’ Razali. Nak harapkan Hairi, satu hadiah pun jangan harap la nak bagi kat aku. Perut dia saja dia jaga.
”Dia belum jadi isteri Hairi lagi, atuk.” Hairi tiba-tiba mencelah. Dia mengatur langkah menghampiri mereka yang berkumpul di ruang tamu.
Wajah Dato’ Razali berubah. Budak bertuah ni! Dia memang sengaja nak cari pasal. Dato’ Razali mengetap bibirnya menahan geram. ”Dania akan jadi isteri kau tak lama lagi.”
”Tapi bukan sekarang.” jawab Hairi. Dia mendekati wanita yang memakai baju kurung pahang berwarna biru laut. Wanita itu hanya tersenyum memandangnya.
”Hairi!” nada suara Dato’ Razali meninggi. Cucunya ni memang kurang ajar. Tak hormat langsung orang yang berada di situ. Dato’ Razali menoleh ke arah sahabatnya.Dia malu dan bimbang jika kata-kata cucunya itu menyinggung perasaan sahabatnya itu. Tan Sri Daud hanya menganggukan kepalanya sebagai tanda dia memahami apa yang berlaku. Wajah Datin Zulaikha pucat melihat apa yang berlaku.
”Dania, hadiah untuk Hairi! Kau ada bawa tak?” tanya Tan Sri Daud. Dia cuba mengubah topik sebelum keadaan menjadi panas.
”Oooo........” Bulat mata Dania. Dia terus memandang pada Tan Sri Daud. ”Dania terlupa la nak beli hadiah kat Hairi. Hish...macam mana Dania boleh terlupa ye? Mungkin sebab Dania bukan isteri Hairi lagi kot.” Dania berpura-pura terkejut. Matanya melirik pada Hairi yang berada di sisinya.
Hairi menjeling pada Dania. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat. Dia ni kenakan aku balik dengan kata-kata aku sebentar tadi. Memang dia ni bukan perempuan biasa yang selalu aku kenal. Dia lain sikit..
”Dania!” tegur Tan Sri Daud. Dania ni…dia mula dah.
“Kalau macam tu awak suka apa? Jenama apa yang awak suka guna? Beritahu semuanya nanti Dania belikan. Lagipun duit Dania banyak, sampai bila takkan habis.” Perli Dania.
“Kau!” Wajah Hairi berubah.Dia menunjukkan jari telunjuknya hampir pada wajah Dania.
“Ya! Awak nak tahu Dania suka apa ke? Nak beli kat Dania ke? Hmm.... Dania suka jenama Bluefly. Semua produknya Dania suka.Awak ni memang seorang pemurah la.” beritahu Dania tanpa segan silu. Dania sengaja sakiti hati Hairi.
”Kau ni....memang sengaja...nak sakiti hati aku!” Hairi terus memegang tangan Dania dengan kuat. Perempuan ni perli aku secara terang-terangan. Dia sengaja nak naikkan darah aku.
”Hairi, lepas Dania! Kau ni tak malu ke layan Dania macam tu depan kami semua? Kau tak hormat kat Tan Sri Daud ke ?” marah Dato’ Razali bila Hairi bertindak kasar pada Dania di depan mereka semua.
”Sakit ! Sakit la ! Please let me go !” Dania membuat mimic muka sakit pada mereka semua. Dia merayu agar dilepaskan bagi meminta simpati pada Dato’ Razali. “Atuk Zali!” Dania membuat muka simpati.
“Hairi, atuk kata lepaskan Dania!” Dato’ Razali tiba-tiba naik angin.
“Hairi! Kenapa berkasar pada Dania macam tu? Lepaskan dia. Sakit tu.” Datin Zulaikha merayu bila melihat wajah Dania yang sedang menahan kesakitan.
Hairi dengan kasar melepaskan pegangannya. Renungannya pada Dania seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup.
Dania memegang tangannya yang masih sakit. Terdapat bekas pegangan tangan Hairi pada pergelangan tangannya. ”Atuk! Atuk Zali! Mama! Dania balik dulu. Ada orang tak suka Dania. Dania rasa lebih baik Dania balik dulu. Terima kasih sebab jemput Dania malam ni. Maaf !” Air mata Dania mula bergelinangan. Dania mengesat air matanya yang mengalir. Dania segera meninggalkan mereka berempat yang masih tercengang.
”Hairi! Apa yang kamu dah buat pada Dania? Mama tak sangka Hairi sanggup layan Dania macam tu. Dia kan tunang Hairi. Mama kecewa dengan sikap Hairi.” Datin Zulaikha terus berlalu pergi dengan wajah yang sedih.
”Tengok apa kau dah buat? Kau ni memang tak ada budi bahasa langsung. Macam mana la aku boleh ada cucu macam kau?“ marah Dato’ Razali. Kejadian sebentar tadi menarik perhatian orang yang berada di dalam rumah banglo itu.
”Atuk!” kata Hairi. Dania....kau! Kau sengaja buat aku macam ni. Kau nak mereka semua anggap aku seperti aku yang jahat di sini. Hairi geram bila atuk dan ibunya menyalahkan dirinya.
Tan Sri Daud terdiam. Dania, budak ni memang pandai berlakon! Dia kenal benar dengan perangai Dania. Dia bukan seorang wanita yang lemah dan menangis disebabkan perkara yang kecil. Ni pasti plan dia nak kenakan Hairi balik disebabkan kejadian pagi tadi.Dia tahu apa yang berlaku pada Dania pagi tadi.Sejak dari tadi, Tan Sri Daud hanya diam membisu dan memerhati gelagat cucunya. Nampaknya mereka berdua ni saling membenci antara satu sama lain. Boleh ke perkahwinan ini diteruskan? Dapatkah mereka dua menyelami isi hati masing-masing?





Thursday, November 12, 2009

Rahsia hati 14

Bab 14

Sebaik saja melangkah masuk ke dalam Restaurant Bayu Laut, Halina membetulkan gaun pink yang baru dibelinya semalam. Hatinya berbunga riang sejak menerima panggilan dari Abang Rizal semalam. Semalaman dia tidak boleh tidur kerana tidak sabar menanti perjumpaan hari ni. Kata Abang Rizal, ada perkara penting ingin dia beritahu dengan Halina. Katanya lagi perkara ini berkaitan dengan kebahagiannnya dan ingin berkongsi dengan Halina. Pasti Abang Rizal ingin meluahkan perasaan kepadanya. Dia yakin selama ni Abang Rizal juga menaruh perasaan terhadapnya cuma ...malu nak meluahkannya. Ahhhh.......bahagianya. Nampaknya cinta terhadap Abang Rizal tidak bertepuk sebelah tangan. Senyuman di bibir Halina masih tidak lekang sejak dia keluar dari asramanya. Matanya melirik ke kiri dan kanan mencari kelibat kekasih hatinya.
”Halina!” jerit Rizal sambil melambai ke arah Halina sebaik saja nampak Halina berdiri tidak jauh darinya.
Pantas Halina mengatur langkah menghampiri orang yang berjaya menawan hatinya. ”Sorry la, Lina terlambat.Dah lama ke Abang Rizal sampai?” Halina terus duduk di kerusi yang berhadapan dengan Rizal.
”Baru je! Lina tak ada kelas kan hari ni?” tanya Rizal.
”Pukul 4.00 ni ada kelas. Ada hal apa Abang Rizal nak beritahu Lina?” tanya Halina. Dia tidak sabar-sabar menunggu luahan hati Rizal.
”Kita order dulu.” Rizal melambai ke arah pelayan untuk mengambil order.
”Nak minum apa, bang?” tanya pelayan lelaki itu sebaik saja tiba di meja.
”Lina!”
”Hmm.....Fresh orange la.” Kata Halina. Beg tangannya diletakkan di sebelah kerusi sebelahnya.
”Makan ” tanya pelayan itu lagi.
”Tak ada. Terima kasih.” Kata Halina. Sebenarnya sebelum datang sini, dia sudah makan tengahhari bersama Salwa. Perutnya masih kenyang.
Selepas saja pelayan itu pergi, mata Rizal tepat merenung wajah Halina sambil tersenyum terus dia memegang tangan Halina. Halina kaku dan terdiam membisu. Lidahnya kelu berkata-kata. Tindakkan Rizal sebentar tadi di luar jangkaan.
”Lina, i need to tell you something. It’s important for you to know. Ia berkaitan tentang kebahagian abang dan kehidupan abang. Abang nak Lina menjadi orang pertama mendengarnya.” Rizal tersenyum. Tangan Halina digenggam erat.
Halina menundukkan kepalanya. Dia malu. Senyuman masih terukir dibibirnya.
“I’m fall in love.”
Kata-kata Rizal tadi membuatkan Halina terkejut. Matanya tepat memandang anak mata Rizal. Di wajah Rizal sudah terpancar kebahagian dan kegembiraan yang berada di dalam dirinya. Halina tersenyum.
”I love Melissa!”
Jantung Halina tiba-tiba berdegup kencang sebaik saja mendengar nama Melissa. Hampir luruh jantungnya apabila mendengar pernyataan yang dilafazkan oleh Abang Rizal sebentar tadi. Sukakan...Melissa! Mustahil.
”Sejak pertama kali berjumpa dengan Melissa, abang tak dapat lupakan dia. Cinta pandang pertama. Selama ini abang tak percaya langsung tentang ungkapan tersebut tapi kini abang percaya tentangnya. You sholud experince it, Lina.” Rizal masih lagi tersenyum..
“Aaaaa.......”
“Lina, kau dah sampai!Sorry la terlambat. Baru je lepas jumpa PA tadi.”Melissa tiba-tiba muncul dan terus duduk di sebelah Rizal. Dia hanya tersenyum. Dia sedar akan perubahan wajah Halina.
”So Lina, macam mana ? Cantik tak girlfriend abang ni ! Abang nak minta restu pada Lina ni” Rizal menarik Melissa hampir dengannya.
Melissa masih lagi tersenyum. ”Control sikit, ni tempat orang ramai.” Melissa berpura-pura malu.
Bulat mata Halina melihat telatah mereka berdua yang mesra. Halina cuba menahan sebak di dadanya. Air matanya mula bergelinangan. Halina menundukkan kepalanya. ”Abang Rizal, Lina tiba-tiba teringat yang PA Lina nak jumpa hari ni. Maaf ya !” Halina terus pergi tanpa memandang ke arah mereka.
”Lina !” jerit Rizal. Dia hairan. Dia berpaling ke arah Melissa. Melissa hanya menggelengkan kepalanya. Berkerut dahi Rizal.
Dalam hati, Melissa tersenyum puas. Sakit hati ? Patah hati ? Balik nanti kau menangis la sepuas-puasnya. Aku peduli apa. Yang penting ada dah dapat kalahkan kau. Aku menang menawan lelaki yang paling kau cintai, Lina.
Sebaik saja kaki Halina melangkah keluar dari restaurant, dia sudah tidak menahan lagi. Halina menangis teresak-esak. Jangkaannya meleset sama sekali. Hatinya sakit apabila Abang Rizal mencintai orang lain bukan dirinya. Ingatkan hari ini adalah permulaan kebahagian dan kegembiraan untuk dirinya tetapi adalah permulaan kesengsaraan. Halina mengesat air matanya dan berlalu meninggalkan tempat itu.

********************************

Tangan Johari terketar-ketar sebaik saja membaca suratkhabar hari ini. Berita yang terkandung dalam suratkhabar hari ini benar-benar mengejutkan dirinya.
”Good morning papa!” tegur Shiela. Dia terus duduk. Roti bakar yang berada di hadapannya dicapai. Dia menoleh ke arah ayahnya. “Ada berita menarik ke hari ni?” Tanya Shiela.
Johari terus mencampak suratkhabar yang dibacanya ke arah anak perempuan dengan kasar.
“Papa!” jerit Shiela. Dia terkejut apabila diperlakukan sebegitu.
“Kau ni memang anak tak guna!” jerkah Johari. Matanya merah menyala memandang Shiela seolah-olah ingin ditelan hidup-hidup. Nafasnya turun naik.
‘Apa ni, papa? Tiba-tiba saja marah Shiela. Are you out of your mind?” giliran Shiela pula menjerit kepada ayahnya.
“Kau baca! Kau baca apa yang tertulis di dalam suratkhabar hari ni! Kau baca kuat-kuat.” Johari bangun. Dia resah.
Shiela mengutip suratkhabar yang bertaburan di lantai akibat dicampak oleh ayahnya. Satu persatu dikutipnya. Tiba-tiba matanya tepat membaca tajuk besar berita yang tertulis di dalam suratkhabar itu. “Parti Syaitan Golongan Atasan.” Bulat mata Shiela apabila melihat gambarnya terus sama dipaparkan di dalam suratkhabar itu. Gambarnya bersama beberapa orang lelaki ketika dia tengah mabuk.Ni…parti semalam yang dia hadiri bersama dengan Jojo. Shiela memandang ke arahnya ayahnya. Dia menghampiri ayahnya.
“Papa!”
Tiba-tiba satu tamparan hinggap di muka Shiela. Shiela terpana.
”Lain kali jaga perlakuan sikit! Orang lain berseronok juga tetapi berpada-pada la. Pandai la sikit cover line. Ini tidak main redah saja.”
”Mana Shiela nak tahu perkara ni akan terjadi ? Selama ni tak ada masalah pun.” Air mata Shiela mengalir. Sedih dan sakit juga ada. Pipinya merah akibat ditampar oleh ayahnya. Papa sudah melampau.
Belum sempat Johari ingin bercakap sesuatu, telefon bimbitnya berbunyi. Pantas Johari menjawabnya tanpa mengetahui siapa pemanggilnya. “HEllo!” kata Johari dengan kasar.
“Johari, Pak Ngah nak kau datang ke rumah aku sekarang. Kau bawa anak kau sekali.” Kata Tan Sri Daud. Dia terus menamatkan perbualan mereka.
Johari mengeluh kuat. Dia memandang tepat pada anaknya. Nampaknya perkara ini sudah sampai ke pengetahuan Pak Ngahnya. Ini semua disebabkan perangai bodoh anaknya yang suka berparti. ”Siap cepat! Tan Sri Daud nak jumpa kita.” kata Johari.
Terketar-ketar bibir Shiela apabila nama Tan Sri Daud disebut. Wajahnya pucat. Kakinya berat untuk melangkah. Shiela membuat wajah simpati pada ayahnya.
”Baik siap cepat!” arah Johari. Ini semua mesti kerja Dania. Aku pasti. Dia nak balas balik apa yang aku buat pada adiknya ari tu. Dia ni memang perempuan jalang.

***************************

Tan Sri Daud memandang anak-beranak yang berada di hadapannya. Johari dan Shiela hanya menundukkan kepala. Mereka tidak berani untuk bertentangan mata dengan Tan Sri Daud.
”Macam mana kau jaga anak kau, Johari? Kau biarkan saja dia buat apa saja. Sebab itu lah anak kau ni melampau. Suruh belajar tak nak! Yang dia tahu saja enjoy, shopping dan macam lagi.” Tan Sri Daud akhirnya bersuara. Dania yang duduk di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Wajah Dania tenang saja.
Mereka tidak berani bersuara kerana takut dengan Tan Sri Daud. Johari melihat ke arah Dania yang berwajah selamba seolah-olah perkara yang berlaku sekarang bukan disebabkan oleh Dania sendiri.
”Baru saja minggu lepas berita tentang Daniel keluar, sekarang ni berita tentang kau pulak keluar.Apa nak jadi dengan kau ni” Tan Sri Daud menunjukkan pada gambar Shiela di dalam suratkhabar.
”Shiela.....” Sheila tergagap-gagap untuk bercakap.Hatinya tidak keruan apabila berhadapan dengan Tan Sri Daud.
”Shiela apanya!” jerkah Tan Sri Daud. Wajahnya serius. Renungannya benar-benar menakutkan. ”Kau ingat atuk tak tahu apa yang kau selalu buat semasa belajar kat Perth dulu! Hidup kau asyik berpesta lepas tu shopping saja. Kau tahu tak, nak cari duit bukan senang. Kena berusaha, faham tak! Ni , bila pulak kau dah pandai minum arak ni?”
Johari menoleh ke arah anaknya. Wajah Shiela pucat. Bibirnya terketar-ketar. Lidahnya kelu. Suaranya seolah-olah hilang bila ingin berkata-kata.
”Johari, kau tak ajar ke anak kau tentang haram dan halal? Benda apa yang haram disentuh dan diminum.”
Shiela menoleh ke arah ayahnya. Papa pun minum jugak! Papa layak ke nak ajar aku tentang agama? Papa pun sama saja. Johari mendiamkan diri.
”Kalau kau pun buta agama, kau upah la ustaz ke ustazah ke untuk ajar kau orang berdua tentang agama. Sedar dirilah sikit, kau orang ni orang Islam. Takkan la dah tua-tua ni pun, nak Pak Ngah kena ajar.” Tan Sri Daud mula membebel.
Dania hanya tersenyum mendengar bebelan atuknya. Nah, ambil! Atuk bila sudah start membebel jangan harap la nak stop setakat tu saja.
”Sekarang ni atuk beri 2 pilihan kat Shiela! Pilih salah satu daripadanya. First, kau nak kerja dengan bapak kau ke atau nak aku hantarkan kau belajar kat Mesir?” soal Tan Sri Daud.
Hampir terkeluar biji mata Shiela apabila mendengar pilihan yang kedua. Belajar kat Mesir? Tak mungkin! Aku nak buat apa kat Mesir? Ada pub ke?
”Atuk ni pun, cari la tempat lain untuk Shiela belajar. Boleh ke Shiela hidup kat Mesir tu? Atuk tak kasihan ke kat Shiela!” Dania tiba-tiba bersuara.
Tan Sri Daud menoleh ke arah Dania. Bulat saja mata Tan Sri Daud. ”Kau Shiela ke?” tanya Tan Sri Daud.
”Bukan!” Dania tersengih.
”Kalau bukan, diam!” Tan Sri Daud memberi amaran.Dania tersenyum. Dia langsung tidak terasa dengan kata-kata atuknya sebab dirinya sudah sebati dengan kata-kata atuknya. ”Cepat cakap!”
”Aaaaa.....kerja dengan papa!”
”Bagus! Esok kau mula kerja, atuk akan datang check tengok kau kerja ke tak? Kalau kau tak ada, atuk takkan teragak-agak hantar kau ke Mesir hari tu jugak! Faham!” tegas Tan Sri Daud.
Shiela menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.
”Johari, kau pastikan anak kau tidak bergaul dengan orang yang tidak tentu hala. Kau kawal dia sikit. Jangan biar dia enjoy langsung.” arah Tan Sri Daud. Shiela ni nak kena ajar sikit. Johari ni terlampau manjakan Shiela sangat. Sekarang nilah, akibatnya.
’Atuk ni teruk la. Shiela kan muda lagi. Sesekali dia nak enjoy takkan tak boleh kot. Kalau orang tua boleh enjoy, takkan orang muda tak boleh. Ni tak adil, atuk!” sampuk Dania.
Johari dan Shiela merenung Dania yang tiba-tiba bersuara. Kemarahan mereka terhadap Dania masih ada. Segala yang berlaku adalah disebabkan angkara Dania.
Tan Sri Daud menjeling pada Dania sebagai tanda amaran untuk tidak masuk campur. Macam la aku tak tahu ni kerja kau sebenarnya!
”Ok! Dania takkan bersuara lagi.” Dania faham dengan jelingan atuknya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dania melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya.Murni! ”Excuse me!” Dania bangun dan meninggalkan mereka.
Johari merenung kelibat Dania sehingga hilang dari pandangannya. Dendamnya pada Dania semakin mendalam. Keinginnya untuk menghapuskan Dania semakin meninggi. Kau ingat aku akan lepaskan kau begitu saja, Dania. Aku akan cari adik kau sampai dapat. Aku nak Daniel rasai akibatnya disebabkan tindakan kau.

********************************
Salwa meletak mug yang berisi air milo yang dibancuhnya sebentar tadi. Matanya masih tidak berganjak dari memandang Halina yang masih menangis sejak pulang dari berjumpa Abang Rizal. ”Lina, sudahlah. Jangan diikutkan hati sangat. Tengok mata kau dah bengkak! Esok macam mana kau nak pergi kelas kalau mata kau macam ni? Dah la tadi kau ponteng kelas Encik Ghani. Kau kena kuatkan semangat.” pujuk Salwa. Sebenarnya dia sudah mati akal untuk memujuk Halina dari menangis. Dia tahu Halina sedih.
Namun tiada apa-apa reaksi dari Halina. Dia masih lagi menangis. Salwa mengeluh. ”Lina, listen here! Kau ingat dengan menangis ni dapat menyelesaikan segala masalah. Tidak, Lina. Kau nak biar Melissa bersorak riang bila melihat kau macam ni. Kau nak?” Salwa meninggikan suaranya. Dia sudah geram.
Halina berhenti menangis sebaik saja mendengar kata-kata Salwa. Matanya tepat memandang Salwa.
”Kau dengar sini baik-baik! Bukan Abang Rizal seorang saja lelaki kat Malaysia ni, ramai lagi. Mungkin Abang Rizal bukan jodoh kau! Kau kena terima hakikatnya yang hati Abang Rizal telah dimilik oleh Melissa sewel tu.” Panas saja hati Salwa sebaik saja teringatkan Melissa. Apa hal dengan perempuan tu? Kenapa la dia tak puas hati dengan Halina? Tak pernah pun Lina cari pasal dengan dia.
”Tapi Abang Rizal cinta pertama aku, Salwa. Banyak kenangan dia dan aku bersama. Aku....aku ingatkan dia cintakan aku tapi sebaliknya pula yang berlaku.” Halina mengesat air matanya tetapi air matanya masih juga mengalir. Hatinya sebak bila mengingatkan peristiwa petang tadi.
“Itu maksudnya Abang Rizal bukan jodoh dan takdir kau. Kau kena terima tu. Pasal Melissa, lantaklah kat dia. Kau jangan fikir sangat pasal perempuan sewel tu. Mungkin jodoh kau yang sebenar masih menanti kau, aku pasti kau akan jumpa dia nanti. Mana nak tahu kalau lelaki tu lebih handsome dan kaya dari Abang Rizal. Dia sayang dan setia kat kau seorang saja. Mulut aku ni masih, jangan kau tak tahu.” Salwa tersengih.
Ada sedikit senyuman terukir dibibir Halina. Kata-kata sahabatnya itu sedikit sebanyak menyejukkan hatinya.
”Lagi 2 minggu nak final exam, aku nak kau kuatkan semangat. Tumpukan perhatian pada final exam. Lagipun ni semester last kita kat sini, kita mesti dapat tempat kelas pertama. Kan kita dah janji, jangan kau lupa!”
”Aku tak pernah lupa, Salwa!”
”Ni minum air milo yang aku buat. Lepas tu kau pergi mandi, ambil air sembahyang lepas tu sembahyang. Tenangkan fikiran. Jangan menangis lagi. Kau ni bila menangis hodoh la” Salwa menghulurkan mug kepada Halina.
”Thanks!” kata Halina mengambil mug yang diberikan oleh Salwa.
”No hal punya. Minum! Nanti sejuk tak sedap.”
Halina tersenyum. Air matanya dikesat. Ni Halina. Aku takkan senang patah semangat. Aku belum kalah lagi.

Rahsia hati 13

Bab 13

Dania menyandarkan dirinya di kerusi sambil matanya memerhati setiap ahli lembaga pengarah yang berada di situ. Dania menoleh ke arah kerusi kosong yang berada di sebelahnya. Hmmm….atuk belum sampai lagi. Semua orang dah sampai. Dania melihat ke arah Uncle Johari yang sedang memerhati dan tersenyum ke arahnya. Dania tersenyum juga. Senyum! Ceria saja Uncle Johari hari ni. Senyum lebar betul tapi ….sehingga bila senyuman itu akan bertahan? Dania ketawa kecil. Atuknya merupakan pemegang saham terbesar di Global Bersatu dan juga merangkap sebagai pengerusi syarikat yang diasasnya 50 tahun yang lalu. Dania mempunyai 15% saham manakala Daniel mempunyai 10% saham. Uncle Johari juga mempunyai 5% saham dalam syarikat ini sebab itulah Uncle Johari tidak puas hati dengan saham yang dimilikinya sedangkan dia adalah anak saudara Tan Sri Daud.
Pintu bilik mesyuarat di buka. Tan Sri Daud masuk sambil diiringi oleh setiausahanya. Wajahnya serius. Tiada langsung secalit senyuman di bibirnya. Tan Sri Daud terus duduk sebaik saja tiba di kerusinya.
Tan Sri Daud terus memandang Dania yang duduk disebelahnya. Dania tersenyum. Berkerut dahi Tan Sri Daud melihat senyuman Dania. Budak ni sempat lagi dia tersenyun. Tenang saja macam tak ada apa-apa yang berlaku. Ahh…aku tak faham langsung dengan perangai Dania ni. Tan Sri Daud menoleh ke arah anak saudaranya yang berada tidak jauh darinya. Tersenyum jugak. Johari, kau ni memang tak pernah puas dengan apa yang kau ada sekarang ni! Orang bagi peha kau nak betis pulak. Tamak haloba. Macam la aku tak tahu semua ni angkara kau, Johari!
“Semua dah hadir! Hmmm….baiklah, kita mulakan!” kata Tan Sri Daud. Dia memandang setiap ahli lembaga pengarah yang berada di situ.
”Tentang berita yang dipaparkan di suratkhabar hari ni! Betul ke EncikDaniel melarikan diri?” Dato’ Mohsin bersuara. Dato’ Mohsin memandang kerusi Daniel yang kosong.
”Tuan pengerusi perlu tahu berita ini akan menyebabkan resputasi syarikat kita akan tercemar. Ia juga akan menyebabkan syarikat kita hilang kepercayaan dari orang ramai. Ini tidak boleh dibiarkan.” Datin Maznah mencelah.
”Berita yang dipaparkan oleh pihak media adalah tidak benar.” Dania menjawab. Dia tersenyum.
”Jika perkara tersebut tidak benar, kenapa Encik Daniel tidak hadiri mesyuarat pada pagi ni?” tanya Dato’ Mohsin lagi.
”Dia ada.”
Tan Sri Daud mendiamkan diri. Dia membiarkan Dania menjawab segala soalan yang diajukan oleh ahli lembaga pengarah.
”Ada tapi di mana?” soal Tan Sri Jumadi. Dia tidak puas hati.
“Saya telah berikan dia satu tugasan yang berkaitan dengan projek akan dijalankan tidak lama lagi.”
“Projek apa? Kami tidak tahu menahu tentang projek ni pun atau ia sekadar alasan untuk menutup kebenaran tentang apa yang sedang berlaku.” kata Tan Sri Jumadi. Wajahnya serius.
Johari tersenyum. Suasana tegang dalam mesyuarat hari ni memang menyeronokkan. Biar Dania rasa. Sampai bila dia nak lindungi Daniel. Hari ni, dia takkan dapat lagi mempertahankan Daniel. Jawatan yang dipegang oleh Daniel sekarang akan menjadi miliknya.
”Kebenaran apa?” soal Dania balik.
“Tentang Encik Daniel melarikan diri dari rumah.“ Jawab Datin Maznah.
Danie ketawa.
Mereka semua hairan apabila Dania ketawa. Setiap mata yang berada di dalam bilik tersebut merenung wanita yang bertudung kelabu itu.
”He’s not a child anymore. Boleh tuan dan puan beritahu pada saya, kenapa Encik Daniel ingin larikan diri sedangkan di sini dia ada segalanya? Tinggalkan segala kesenangan yang ada sini.”
Tan Sri Daud melihat Dania dengan pandangan yang menggerunkan Memang betul pun adik kau larikan diri. Semuanya ditinggalkan. Tekanan darah tinggi aku naik pun disebabkan adik kesayangan kau tu. Pandai betul si Dania ni berlakon.
“Saya dengar tuan pengerusi paksa Encik Daniel bertunang dengan cucu Raja Yusni, Lily sedangkan Encik Daniel tidak suka tentang rancangan pertunangan ini sebab itulah Encik Daniel larikan diri.” Kata Datin Maznah panjang lebar.
“Itu hanyalah khabar angin saja. Tentang pertunangan tersebut adalah tidak benar. Betul tak Tuan Pengerusi?” Dania menoleh ke arah atuknya.
Tan Sri Daud terkejut. Dia memandang Dania. ”Betul! Saya tidak tahu siapa yang pandai sebarkan berita yang tidak benar ni sehingga ia hampir menjejaskan nama baik saya.” kata Tan Sri Daud. Dania ni memang sengaja nak perangkap aku. Cerdik betul. Selepas ni isu pertunangan antara Daniel dan Lily tidak boleh diteruskan lagi. Pandai betul Dania mencari peluang.
”See! Tuan Pengerusi sudah nyatakannya.”
Wajah Johari berubah serta merta. Hatinya gelisah. Ini tidak boleh jadi, aku kena masuk campur. ”Tetapi Encik Daniel tidak berprofessional. Dia meninggalkan segala projek yang diuruskannya begitu saja. Jika projek itu gagal, kita juga akan rugi.” Johari akhirnya bersuara.
Mata Dania tepat memandang Johari. Dania tersenyum. ”Maksud Tuan Johari, En Daniel tidak layak untuk memegang jawatan yang dipegang olehnya sekarang ke? Jika begitu siapa yang layak? Tuan Johari ke? Mampu ke Tuan Johari memikul tanggungjawab ni? ” Dania tersenyum.. Macam la aku tak tahu agenda Uncle Johari yang sebenar. Biar aku malukan dia di sini. Rasakan !
Wajah Johari berubah. Dania telah memalukan dirinya di depan ahli lembaga pengarah. Tak guna punya perempuan! Johari menggengam erat tangannya menahan marah. Kalau la tak ada orang di sini, sudah lama aku ajar perempuan ni.
”Sekarang terpulanglah kepada Tuan dan Puan sama ada menpercayai berita ini atau tidak. Yang pasti, Daniel sedang melakukan research tentang projek mega yang akan dibangunkan oleh syarikat kita tak lama lagi. Tentang pihak media pula, saya akan uruskan tentang perkara ni. Tuan-tuan dan puan-puan jangan risau.” Dania cuba menyakinkan ahli lembaga pengarah.
”Dari tadi Cik Dania asyik menyebat tentang projek yang akan dibangunkan tak lama lagi, boleh saya tahu serba sedikit tentang projek ni?” tanya Johari lagi. Dia tidak puas hati lagi. Entah betul ke tidak projek ni wujud!
”Maaf, Tuan Johari! Maklumat projek ini adalah rahsia.” jawab Dania.
“Rahsia atau projek ni memang tidak wujud.?” kata Johari secara tiba-tiba.
Suasana di bilik mesyuarat tersebut tiba-tiba kecoh akibat dari kata-kata Johari. Mata Tan Sri Daud tepat memandang anak saudaranya. Johari hanya tersenyum puas.
”Nampaknya Tuan Johari mempertikai kata-kata saya dan juga ia sedikit sebanyak ia meragui tentang kemampuan saya selama ini di dalam syarakit ini sepanjang saya bekerja di sini. Hmm.....jika begitu segala projek yang dirancang dan diuruskan oleh saya selama ini tidak berjaya dan tidak menguntungkan bagi Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Kalau begitu, saya akan letak jawatan serta merta.” Kata Dania dengan panjang lebar.
Tan Sri Daud terkejut apabila mendengar kata-kata Dania. Letak jawatan! Bulat mata ahli lembaga pengarah apabila Dania ingin meletakkan jawatan.
”Bukan....bukan itu maksud Tuan Johari!” kata Datin Maznah secara tiba-tiba. Semua orang tahu Dania adalah nadi bagi Global Bersatu. Semenjak Dania bekerja di sini, hasil keuntungan berlipat kali ganti. Empayer Global Bersatu mula meluas ke serata dunia malah nama Syarikat Global Bersatu tersenarai dalam 10 buah syarikat gergasi yang ternama di dunia. Ini semua adalah jasa Dania.
”Kami tidak pernah mempertikaikan kemampuan Cik Dania malah kami mengagumi kebolehan Cik Dania dalam menguruskan syarikat ini. Kami percaya dan yakin tentang projek yang akan diusulkan oleh Cik Dania tetapi kenapa perlu projek ini dirahsiakan. Maksud kami, sedikit sebanyak kami juga perlu tahu tentang projek ini.” kata Tan Sri Jumadi.
”Hmmm...seperti apa yang kita lihat sekarang ni, projek ini masih dalam perancangan tetapi sudah ada pihak tertentu cuba untuk sabatoj projek ni sebab itulah saya mahu segala maklumat mengenai projek ini dirahsiakan sehinggalah kepulangan Encik Daniel. Pada waktu itu, satu mesyuarat lembaga pengarah akan diadakan. Saya dan Encik Daniel akan membentangkan proposal projek ini nanti.”
”Bila?” tanya Tan Sri Jumadi
”2 bulan akan datang!” jawab Dania.
”Lamanya!” kata Dato’ Lim.
”Projek ini perlu dikaji dengan teliti dan saya tak nak kesilapan dan kecuaian berlaku lagi. Pasti Tuan-Tuan dan Puan-Puan tak mahu projek ini gagalkan. Lagipun saya takkan mencadangkan projek yang tidak akan memberi keuntungan kepada syarikat.” kata Dania dengan yakin.
”Baiklah, kami percaya. Kami akan tunggu proposal yang akan dibentangkan oleh Cik Dania nanti.” kata Tan Sri Jumadi.
Johari terdiam. Matanya merah menyala menahan kemarahannya. Lain dirancang lain pula jadinya. Mereka semua ni memang tak guna. Bila Dania ugut saja pasal nak letak jawatan mula la gelabah macam cacing kepanasan. Renungannya tepat melihat Dania yang tersenyum. Perkara ni takkan berakhir di sini saja, Dania. Selagi aku belum dapat apa yang aku nak, aku takkan putus asa. Aku akan hancurkan kau, Dania.
”Kalau begitu, kita akan berjumpa lagi. Dania, kamu tetapkan tarikh dan inform pada kami sebaik saja tarikh tersebut ditetapkan.” kata Tan Sri Daud.
”Baiklah!” kata Dania.
”Jika tidak ada apa-apa lagi, kita bersurai. Jamuan makanan tengah hari telah disediakan. Lina, kamu tolong iringi mereka. Saya akan datang sebentar lagi. Dania, kamu tunggu dulu.” arah Tan Sri Daud.
Dania menganggukkan kepalanya.
Sebaik saja semua ahli lembaga keluar, Tan Sri Daud menghempas fail yang berada di atas meja. Dania terkejut. Air muka Tan Sri Daud berubah.
”Projek mega apa yang kau cakapkan ni, Dania? Atuk sikit pun tak tahu apa-apa tentang projek ni.Ataupun ni cakap kosong saja” marah Tan Sri Daud. Masa mesyuarat tadi dia hanya mendiamkan diri, dia berpura-pura tahu akan projek yang diperkatakan oleh Dania tetapi disebaliknya dia tak tahu menahu langsung tentang hal ni.
”Ya.”
”Apa!” jerit Tan Sri Daud apabila mendengar pengakuan Dania. ”Jadi kau bohong pada semua ahli lembaga pengarah tentang projek ni. Kau tahu tak akibatnya nanti.” marah Tan Sri Daud. Dania memang sudah melampau.
Dania ketawa bila melihat reaksi atuknya. Dia masih lagi tersenyum.
”Kau ingat perkara ni lucu ke, Dania! Sebab nak cover line adik kau, kau sanggup berbohong. Kau berdua ni tak pernah nak senangkan hati atuk.. Kamu nak atuk mati cepat ke?“ Terkebil-kebil mata Tan Sri Daud melihat Dania ketawa. Ini perkara serius, dia ingat main-main pulak.
”Bertenang atuk! Dania bergurau saja. Pasal projek mega, ia memang wujud. Atuk jangan bimbang, let’s me handle about it. Just wait and see.”
Tan Sri Daud menarik nafas lega. Penjelasan Dania tadi telah menenangkan hatinya. “Tadi kau mainkan atuk ye!”
“Ala atuk ni, sesekali Dania nak bergurau dengan atuk takkan tak boleh!” kata Dania dengan lembut..
“Kau ni ada-ada saja. Ni lagi satu, betul ke Daniel juga sebahagian dari projek ni?”
”Ya.”
”Jadi kau tahu la di mana adik kau berada selama ni?” tanya Tan Sri Daud.
”Tak tahu.” jawab Dania.
”Dania! Lebih baik kau berterus terang dengan atuk, atuk tahu kau tahu di mana adik kau berada sekarang ni.” Tan Sri Daud masih tidak percaya akan kata-kata cucunya. Kaki putar belit. Kalau bab berlakon memang no satu.
”Betul, Dania tak tahu.” Dania cuba menyakinkan atuknya.
”Suka hati kaulah, Dania. Malas atuk nak ambil tahu. Kalau atuk tanya pun, bukannya kau nak beritahu atuk pun. Kau sayang la adik kau tu lebih-lebih” Tan Sri Daud mengalah.
Dania tersenyum. Sebenarnya atuknya memang seorang yang baik dan memahami cuma mulutnya saja yang berbisa. Dania faham dengan perangai atuknya. Dia tahu jauh di sudut hati atuknya, Daniel amat disayanginya.

****************************

Daniel membetulkan rambutnya. Rimas! Ini semua gara-gara Am la.”Eh, Am! Ini fesyen rambut apa ni? Aku cakap potong rambut macam biasa saja. Ni! Ni apa?” Daniel menunjukkan rambutnya.
“Style sekarang! Fesyen rambut pelakon taiwan, apa namanya ye! Oh ya, Vaness Wu. Potong rambut macam ni baru la ada style. Kau dah nampak macam orang korea la.” Amran ketawa melihat gelagat Daniel sejak tadi asyik membelek rambutnya selepas keluar dari salon.
“Aku ni orang Malaysia! Bangsa Melayu. Kau pandai-pandai saja beritahu tukang rambut tu potong rambut macam ni. Mentang-mentang la, aku tertidur sekejap tadi.” kata Daniel. Dia terkejut apabila sedar dari tidur melihat rambutnya dipotong macam ni. Ah...rimas!
”Tengok tu! Semua perempuan kat sini asyik pandang kau je. Tu...sampai tak berkelip biji mata.” kata Amran. Setiap kali mereka melintas kedai yang terletak di dalam shopping mall tersebut. Ada saja mata yang memerhati mereka. Kehadiran Daniel menarik perhatian. Siapa tak terkaku apabila melihat si Daniel ni? Handsome, kaya dan bijak. Ramai perempuan suka kat dia tapi hampeh, seorang pun tidak dilayannya. Entah puteri mana yang ditunggunya!
”Aku tak hairan. Ni! Kalau atuk aku tengok, pengsan dia dibuatnya.” kata Daniel.
”Sebut pasal atuk kau, dah seminggu kau kat sini! Kau tak call ke atuk kau?” Tanya Amran
“Malas! Nanti belum sempat aku nak cakap, terus dia marah kat aku. Tak nak la aku.” Kata Daniel.
“Kau betul-betul putus hubungan dengan mereka? Hal kat Malaysia, kau langsung tak ambil tahu ke?” tanya Amran lagi.
”Sementara saja la. Aku nak bercuti. Nak tenangkan fikiran. Malas nak fikir hal-hal macam ni!” kata Daniel lagi.
”Kau ni memang degil la. Bila kau nak balik Malaysia ?”
”Amboi...bunyinya macam nak halau aku saja!” Daniel menoleh ke arah Amran.
”Kau ni sensitif betul la. Aku tanya sebab nak tahu berapa lama kau kat sini. Nanti boleh la aku bawa kau jalan-jalan kat sini.” terang Amran dengan panjang lebar.
”Ala....aku melawak saja. Tengok la dulu macam-macam. Aku tak fikir lagi la.”
Jawab Daniel.
”Kau ni asyik malas nak berfikir saja. Beku otak kau nanti, baru kau tahu.” kata Amran sambil tersengih.
”Am, kau ni memang tak sayang mulut!” Daniel mengetap bibirnya. Sebenarnya dia rindu pada kakaknya dan atuk. Tetapi disebabkan egonya dia terpaksa menahannya.

Wednesday, November 11, 2009

Rahsia hati 12

Bab 12


Amran menggelengkan kepalanya beberapa kali bila melihat Daniel yang masih termenung. Pinggan yang berisi nasi goreang yang dimasaknya sebentar tadi tidak dijamah langsung oleh Daniel. Selepas menerima panggilan telefon dari kakaknya semalam, Daniel asyik memerap saja di rumah seolah-olah ada sesuatu yang bermain di fikirannya. “Daniel, kau ni kenapa?”
Tiada reaksi dari Daniel seperti dia hanyut dalam dunianya sendiri. Pertanyaan Amran tiada dijawabnya.
“Daniel!” jerit Amran secara tiba-tiba.
Daniel terperanjat dengan jeritan Amran. Matanya bulat melihat Amran yang berada di hadapannya. “Kau ni dah gila ke apa? Tiba-tiba menjerit. Terkejut aku. Nasib baik tak luruh jantung aku dibuatnya. Kau ni dah buang tabiat ke apa!”
“Kau tu yang gila! Termenung saja. Aku cakap dengan kau, kau buat don’t know saja. Ni......aku masak untuk kau makan bukannya untuk perhiasan.“ Bebel Amran. Dia terus makan nasi goreng yang dimasaknya. Tak sedap ke? Hmmm...sedap!
”Jap lagi aku makan la. Aku tak ada selera la.“
”What’s wrong with you man? Ada masalah ke? Cuba kau cerita kat aku kalau-kalau la aku boleh tolong.”
”Aku rimas bila setiap gerakan aku diperhatikan. I need to alone. I need freedom.”
Daniel meluahkan apa yang terbeku di dalam hatinya selama ini.
“Kakak kau cuma bimbangkan kau saja.” Amran cuba menenangkan hati sahabatnya.
“Atuk aku dengan perangai dia. Kakak aku pula pulak dengan perangai dia jugak .Pening kepala aku.”
“Daniel, kau dah lupa ke peristiwa semasa kat Ireland dulu?” Amran tiba-tiba saja mengungkit kisah lalu.
Daniel terdiam.
“Peristiwa tu masih segar dalam kepala otak aku ni macam baru saja berlaku semalam! Kau dah lupa ke! Kalau tak kerana kakak kau, dah lama kita berdua dah mati.” kata Amran. Wajahnya serius.
Daniel kaku. Memang peristiwa tersebut merupakan peristiwa ngeri yang masih bermain di fikirannya. Sewaktu dia dan Amran dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis kuliah. Mereka melalui taman yang merupakan jalan pintas balik ke rumah. Daniel masih ingat lagi setiap butir apa yang berlaku pada hari itu.
”Malam ni nak makan apa? Malam ni giliran kau masak. Jangan lupa!” Amran mengingatkan teman serumahnya.
”Ingat! Maggie je kot.” jawab Daniel.
”Apa!“ Amran meninggikan suaranya.
Daniel ketawa.”Ala aku melawak saja. Nak uji kau. Kau ni memang demand tinggi. Maggie tak nak makan langsung.“
”Eh, kau tahu tak Maggie adalah salah satu makanan yang tak berkhasiat. Pembawa penyakit.“ Amran mula berceramah.
”Aku suka!“ kata Daniel.
”Tapi aku tak suka. Kau ni duit saja banyak tapi kedekut.“ Amran membuat mimik muka.
Ketawa Daniel semakin kuat. Amran merupakan orang pertama yang dikenali sewaktu mendaftar di sini. Mereka serasi.
”Daniel! Kat sana. Ada orang terbaring la.” Matanya tepat melihat lelaki yang sedang terbaring di atas jalan kecil tidak jauh dari mereka.
Serentak Daniel berpaling.Lantas mereka berdua bergegas menghampiri lelaki itu.
”Mat Salleh la!” kata Amran.
”Sir! Sir! Are you allright?” Daniel mengoyang badan lelaki itu beberapa kali tapi tiada tindakbalas. Daniel berpaling ke arah Amran yang berada di sebelahnya.
”Mati ke?” tanya Amran.
”Kau ni!” Daniel masih cuba menggerakkan lelaki itu.
”Heart attack kot! Cuba kau buat CPR.” Cadang Amran.
“Hish…kau ni, Am! Macam-macam la. Lebih baik kita call ambulance.“ Daniel mengeluarkan telefon bimbtnya.
Tiba-tiba saja satu tumbukan kena di muka Daniel. Telefon bimbitnya terpelanting jauh. Daniel terduduk. Amran terkejut. Lelaki itu tiba-tiba saja bangun dan tersenyum ke arah mereka. Daniel memerhati tepat lelaki yang berdiri di hadapannya.
”I’ll think there must be misunderstanding. We just want to help you.” Amran cuba menerangkan keadaan sebenar kepada lelaki itu.. Amran terduduk apabila satu tumbukan hinggap di mukanya. “What’s wrong with you, man!”
“You Mr Daniel, right!” lelaki itu tiba-tiba bersuara.
Daniel bangun. Tumbukan lelaki itu masih terasa di pipinya. Kuat giler tumbukan mat salleh ni. “Yes!”
Amran bangun dan menghampiri Daniel. ”Apa hal dengan mat salleh tu?“
”Kau ada belajar teknik mempertahankan diri tak?“ tanya Daniel secara tiba-tiba. Muka serius.
”Sikit-sikit la. Kenapa?“ tanya Amran lagi. Dia masih belum sedar tentang apa yang berlaku sekarang.
”Sebab kau perlukannya sekarang” ringkas jawapan Daniel Dia sedar bukan lelaki itu saja yang berada di situ. Ada 5 orang lelaki berada di situ sedang menghampiri mereka sambil tangan mereka memegang kayu hoki.
Bulat mata Amran melihat kehadiran mereka. ”What’s going on, Daniel?” Wajahnya terus berubah. Dia sedar perkara yang tidak baik akan berlaku. Wajah mereka amat menggerunkan. Kat Malaysia orang panggil samseng tapi kat sini mereka panggil mafia. Mampus macam ni!
”Aku tak tahu.”
”tapi kenapa dia tahu nama kau.”
”Aku tak tahu. Kau ni. Bila dah ada peluang, lari sekuat hati.Faham” kata Daniel. Daniel sedar peluang untuk mereka menang amat tipis.
”You dead!” kata lelaki itu. Mereka terus menyerang Daniel dan Amran tanpa sebarang sebab.
Daniel mengelak hayunan kayu hoki yang dihala ke arahnya. Dengan pantas, dia menendang lelaki yang menyerangnya. Lelaki itu terduduk sambil memegang perutnya yang sakit akibat tendangan Daniel. Mata Daniel melirik ke arah Amran yang juga cuba sedaya mengelak serangan mereka.
Daniel melihat 2 orang lelaki yang masih mengepungnya dan cuba mencari peluang untuk menyerangnya. Setiap gerak-geri mereka diperhati dengan teliti. Daniel mengundurkan langkahny apabila salah seorang lelaki itu menyerang ke arahnya. Sedaya upaya Daniel mengelak serangan lelaki itu. Dia mencari peluang untuk menyerang lelaki itu balik. Belum sempat Daniel menyerang lelaki itu, tiba-tiba dia rebah. Belakang badannya berdarah. Daniel melihat ke arah lelaki sedang memegang pisau dan tersenyum ke arahnya. Nafas Daniel turun naik. Dia cuba menahan kesakitan yang dirasainya sekarang.
”You think you good!” Lelaki yang menikam Daniel menarik baju Daniel dan mengheretnya.
Amran berpaling. Dia terkejut melihat Daniel yang berlumuran darah dan diheret lelaki yang berbaju biru itu. Amran cuba menolong Daniel tetapi tiba-tiba saja satu pukulan terkena badannya. Amran rebah. Dia cuba bangun. Satu pukulan hinggap diperutnya. Amran mengerang kesakitan. Penyerang hanya tersenyum puas. Amran disepak dan dipukul sebaik saja dia ingin bangun dan menolong Daniel.
”You should listen to your sister.“ Lelaki itu ketawa. Tiba-tiba satu tikaman kena diperut Daniel. Daniel menjerit kesakitan. Daniel memegang perutnya. Tangannya berlumuran darah.
”Daniel!” jerit Amran. Dia cuba bangun tapi badannya seolah-olah tidak boleh bergerak lagi.
Nafas Daniel turun naik. Sakitnya memang sudah tidak dapat ditanggungnya lagi. Matanya Daniel tiba-tiba terhenti melihat ke arah lelaki yang berdiri tidak jauh darinya. Lelaki itu hanya memerhati dan tersenyum melihatnya. Dia kenal siapa lelaki itu. ”Uncle Johari!” nama tersebut yang disebutnya. Lelaki itu berlalu pergi tanpa menolognya.
”Times for you to die!” Lelaki itu mengeluarkan pistol dibelakangnya. Pistol tersebut dihalakan ke kepala Daniel. Daniel memejamkan matanya.
”Jangan!” jerit Amran melihat apa yang berlaku. Satu tumbukan hinggap dimukanya. Amran mengerang kesakitan. Bibirnya berdarah.
Satu tembakkan kedengaran. Daniel membuka matanya. Pistol yang dipegang oleh lelaki itu terjatuh. Dia memegang tangannya yang berdarah.
”Don’t move or I shoot you!” Wanita itu menghalakan pistol ke lelaki itu. Lelaki itu kaku. Penyerang yang berada di situ berlari meninggalkan tempat itu sebaik saja melihat kehadiran wanita itu dan beberapa orang yang bersamanya.
Daniel kenal dengan pemilik suara itu. “Kakak!” Nada suara Daniel perlahan. Matanya semakin kabur. Suara kakaknya juga semakin tidak kedengaran.
“Catch them!” Arah Dania. Beberapa pengawal peribadi yang bersamanya mengejar penyerang tadi.
“Tuan Muda!” Zamri memangku Daniel yang pengsan.
Dania menoleh ke arah adiknya yang berlumuran darah. Matanya berair melihat keadaan adiknya. Sayu hatinya. Dania mengetap bibirnya menahan marah. Matanya tepat merenung lelaki yang berada dihadapannya “Take him to hospital right now!” arah Dania. Pistol yang dihalakan ke arah lelaki itu digenggam erat.
“Murni, bawa kawan Daniel ke hospital juga!” arah Dania kepada pengawal peribadi wanita yang bersamanya.
Murni terus menghampiri Amran yang terbaring tidak jauh dari Daniel. “Encik! Saya bawa encik ke hospital! Bertahan ye!” Murni menolong Amran bangun. Amran hanya menganggukkan kepalanya. Badannya terasa lemah.Tenaganya seolah-olah hilang.
Amran melihat wanita yang menghalakan pistolnya ke arah lelaki yang mengetuai serangan tadi. Siapa dia? Mereka ni siapa? Amran menoleh melihat wanita yang sedang menolongnya. “Daniel!” Amran melihat Daniel yang dipapah oleh 2 orang lelaki.
“Tuan Muda selamat! Lebih baik kita segera ke hospital.”
“No body can get away easily when they hurt my brother!” Satu tumbukan hinggap diperut lelaki itu. Satu tendangan kena pada muka lelaki itu. Dia terduduk. Bibirnya berdarah. Dania mengambil kayu hoki yang berada berdekatan kakinya. Kayu hoki itu dihayun dan kena kepala lelaki itu. Lelaki itu mengerang kesakitan. Kepalanya berdarah. Dania membaling kayu hoki itu jauh darinya. Ali hanya memerhati. Dania mendekati lelaki itu. Dania memijak luka tembakan pada tangan lelaki itu dengan kasut tingginya.
”Stop” rayu lelaki itu.
Pistol dihalakan ke arah kepala lelaki itu. ”You should die because you had mess up with wrong person. Tell me! Who hired you? Or you want me to blow out your head.” Nada suara Dania kasar. Air matanya masih lagi mengalir. Pistol itu didekatkan pada kepala lelaki itu.
“Daniel!” jerit Amran lagi. Hish....sempat lagi dia berangan!
Lamunan Daniel terhenti bila mendengar jeritan Amran. Matanya tepat memandang Amran. ”Kau ni!”
”Tak abis-abis berangan. Soalan aku, kau tak jawab lagi?” tanya Amran.
’Apa dia?” Berkerut dahi Daniel. Setiap hari ada saja soalan yang nak ditanya. Tak penat ke?
”Siapa yang upah nak bunuh kau hari tu?” tanya Amran. Sejak kejadian itu, Daniel tidak pernah menceritakan perkara yang sebenar padanya. Katanya lebih baik kalau dia tak tahu apa-apa.
”Tak tahu.” jawab Daniel.
”Mustahil. Kan semua lelaki yang menyerang kita hari tu telah ditangkap, takkan mereka tak beritahu siapa yang mengupah mereka.” kata Amran lagi.
”Sebelum soal siasat dijalankan, mereka semua dah mati. Mati kena bunuh.” beritahu Daniel.
Bulat mata Amran apabila mendengar jawapan Daniel. Jantungnya tiba-tiba berdengup kencang. Tangannya tiba-tiba terketar-ketar.
”Sebab itu la aku suruh kau jangan ambil tahu lagi tentang perkara ni. Lebih selamat kalau kau tak tahu apa-apa.” Daniel bangun dan tersenyum bila melihat air muka Amran berubah. Dia yakin lelaki yang memerhati pada waktu itu adalah Uncle Johari. Matanya tidak pernah tipu.
”Oooo...Ok!” Perlahan-lahan Amran menganggukkan kepalanya. Seram! Rupanya bukan senang jadi hartawan. Ada duit, harta, pangkat dan nama tetapi nyawa menjadi pertaruhan.

*******************************

Dania mengelap rambutnya yang masih basah dengan tuala selepas mandi. Segar rasanya selepas mandi. Dania menarik nafas panjang. Pagi yang indah dan ceria. Apa yang Daniel sedang buat sekarang? Enjoy? Dania tersenyum apabila mengingatkan tentang adiknya.
Pintu bilik tiba-tiba diketuk. Dania menoleh. Mesti Mak Munah! ”Masuk, Mak Munah!”
Pintu dibuka. ”Dania! Ada berita buruk.” Wajah Mak Munah resah. Mak Munah menunjukkan suratkhabar hari ini.
Dania membaca berita yang berada di muka hadapan Berita Harian hari ini. Dahi Dania berkerut. “Kehilangan pewaris Global Bersatu menunjukkan pergolakkan dalaman yang berlaku di dalam syarikat gergasi terbabit.” Dania mengeluh kuat.
“Macam mana ni, Dania? Tan Sri tak ada.” Kata Mak Munah risau.
”Mak Munah jangan bimbang! Dania akan uruskan perkara ni. Mak Munah, nanti tolong beritahu Ali siapkan kereta. Dania akan turun dalam masa 10 minit lagi dan juga suruh Zamri dan Irfan ikut bersama. Ada tugas yang ingin Dania serahkan pada mereka.” Dania tersenyum.
”Baiklah!” Mak Munah terus berlalu meninggalkan Dania.
Telefon bimbit Dania tiba-tiba berbunyi. Dania melangkah pantas menghampiri meja solek miliknya. Dania tersenyum bila melihat nama yang tertera di skrin telefon Samsung miliknya.
”Hello!”
”Dania! Macam mana perkara ini boleh dihidu oleh pihak media? Bagaimana kau uruskan perkara ni?” marah Tan Sri Daud sebaik saja mendengar suara Dania. Dia terkejut melihat berita yang dipaparkan di dalam suratkhabar pagi tadi sewaktu dia bersarapan di Hotel Global Bersatu di Sarawak.
“Perkara ni di luar kawalan Dania, atuk. Dania tak tahu bagaimana mereka tahu tentang Daniel! Atuk jangan risau, Dania akan uruskan perkara ni.” Dania cuba menenangkan atuknya.
”Memang patut pun kau yang uruskannya. Ini Daniel punya pasal. Disebabkan dia, huru hara hidup kita dibuatnya. Atuk akan balik. Ahli lembaga pengarah akan mengadakan mesyuarat pukul 11.00 pagi ni. Kau mesti hadir.”arah Tan Sri Daud. Pening kepala aku dibuatnya. Semakin besar bukannya boleh menyenangkan aku, menyusahkan lagi adalah.
”Baik!” Dania menamatkan perbualan. Mesti nak bincangkan tentang Daniel. Uncle Johari memang licik. Dia fikir dia dapatkan singkirkan Daniel melalui cara ni, dia silap sama sekali. Tidak semudah itu.

Monday, November 9, 2009

Rahsia hati 11

Bab 11


“Johari, kenapa tiba-tiba saja kau nak jumpa aku kat sini?” Mansur terus duduk tanpa dipelawa oleh Johari. Dia memerhati sahabatnya yang begitu asyik meneguk beberapa gelas air beer di atas meja tanpa mempedulikan pertanyaan yang diajukannya sebaik saja tiba di Kelab Malam Desire milik Johari.
Gelas terakhir diminum dan dihentak dengan kuat sambil tangannya masih mengenggam erat gelas tersebut. Matanya tepat merenung Mansur yang berada di hadapannya. ”Kau dah dapat cari Murni?”
”Belum!” ringkas jawapan Mansur. Kotak rokok dikeluarkan.
”Hey, susah sangat ke nak mencari perempuan tu?” jerit Johari.
”Chill out! Kau ni kenapa? Tiba-tiba saja naik angin ni. Kau ingat senang ke nak cari Murni tanpa sebarang clue di mana dia berada sekarang. It’s take time buddy! What’s wrong with you?” Mansur terkejut bila tiba-tiba saja Johari menjerit padanya.
Johari menarik nafas panjang. Dia cuba bertenang. Kata-kata Dania petang tadi masih tersemat di fikirannya sebab itulah moodnya tidak baik. ”Kau suruh anak buah kau cari Murni sampai dapat. Siapa yang dapat cari Murni, aku beri upah yang lumayan padanya.”
”Ok! Kau jumpa Dania ke?” teka Mansur. Dari riak wajah Johari, dia sudah tahu jawapannya. ”Dia berjaya sakiti hati kau ke?”
”Mulut perempuan tu memang berbisa. Sebaik saja buka mulut, tempiasanya memang menyakitkan hati.” Johari masih geram akan kejadian tadi. Macam mana dia tahu aku ada hubungan sulit dengan Mimi? Kalau dia beritahu pada Rus tentang hubungan aku dan isteri dia , pasti teruk aku dikerjakan. Siapa tak kenal dengan Si Rustam? Jurulatih Persatuaan Silat Cekak Hanafi Malaysia! Mampus aku!
”Kau cari pasal dengan Dania dulu kan?” Mansur tersengih.
Johari melirik matanya pada Mansur yang sedang menanti jawapannya. ”Hmm...aku ingat nak sakitkan hati dia tentang kehilangan Daniel tapi ....”
”Dia sakiti hati kau balik!” Mansur mencelah dan ketawa.
”Kau ni kenapa?”
”Itu la padahnya! Kau kan dah tahu mulut Dania macam mana, walaupun cakapnya lemah lembut tetapi maksud tersiratnya amat mendalam.”
”Aku rasa dia tengah resah fikirkan tentang Daniel! Muka dia pucat semacam!“ beritahu Johari berdasarkan pemerhatian dia sewaktu berjumpa Dania di Hotel Global Bersatu.
”Maksud kau, Daniel larikan diri tanpa pengetahuan Dania? Mustahil! Aku tak percaya la.“ Mansur menggelengkan kepalanya.
”May be perkara ni berlaku di luar jangkaan Dania. Pasti dia tak jangka Daniel akan melarikan diri. Dari riak wajahnya, aku tahu dia tengah risaukan adiknya. Jika tidak takkan la Pak Ngah aku bersusah payah arahkan orangnya mencari Daniel di serata tempat.Tidak semua orang sempurna, Mansur. Kadang kala mereka juga boleh buat kesilapan termasuk Dania” yakin Johari.
”So apa plan kau sekarang ni?” soal Mansur. Matanya tepat memandang Johari yang berdiri tidak jauh darinya.
”Kau uruskan pasal Murni! Biar aku uruskan pasal Daniel!“ Johari tersenyum. Di dalam fikirannya kini sudah ada rancangan untuk Daniel. Kehilangan Daniel memberi peluang untuknya untuk melaksanakan rancangan yang telah lama dirancanganya. Inilah masanya.
Lamunan Johari terganggu dengan kehadiran Shiela yang menghempas pintu dengan kuat. ”Papa, Abang Daniel kat mana sekarang ni?“ tanya Shiela dengan wajah yang muram.
”Tak ada soalan lain ke Shiela nak tanya setiap kali jumpa papa? Asyik Daniel! Daniel! Tak ada perkara lain ke nak difikirkan! Tolong papa kat pejabat lagi baik.“ Marah Johari. Kehadiran anaknya merosakkan moodnya.
”Papa! Shiela tanya tentang Abang Daniel bukannya nak dengar papa berceramah!“ Shiela merunggut. Begnya tangannya dihempas kasar ke sofa.
”Kenapa? Nak ikut Daniel lagi ke? Shiela tu perempuan, fikir sikit tentang maruah diri. Shiela tak malu ke? Cuba fikir sikit tentang air muka papa!“
”Papa! Salah ke Shiela kahwin dengan Abang Daniel?” Sheila meninggikan suaranya setiap kali ayahnya membantah hubungannya dengan Abang Daniel.
”Sheila ingat Dania akan benarkan adiknya berkahwin dengan Shiela. Tak mungkin!”
”Kenapa tak boleh papa? Cuba papa terangkan kat Shiela sebabnya. Kenapa Kak Dania benci sangat pada Shiela? Kenapa? Shiela tak pernah buat salah kat Kak Dania.” Shiela mula menangis. Air matanya deras mengalir setiap kali perkara ini diungkit. Selama ini dia sendiri tertanya kenapa Kak Dania begitu membencinya?
”Dengar sini baik-baik Shiela, mulai sekarang papa tak nak kamu dekati Daniel lagi. Kalau tak papa akan batalkan semua kad kredit Shiela dan bekukan akuan bank, jangan harap la Shiela dapat gunakan satu sen pun. Faham!” Arah Johari. Sekarang ni dia mesti bertegas dengan Shiela jika tidak perangai Sheila semakin melampau. Setiap hari perkara yang berada di fikirannya hanyalah Daniel.
”Papa!” jerit Shiela.
”Ini muktamad!” tekad Johari. Mansur hanya tersenyum.
”Papa jahat! Shiela benci kat papa!” Shiela mengesat air matanya. Beg tangannya diambil dengan kasar. Dia terus berlalu pergi. Pintu ditutup dengan kuat. Johari mengeluh panjang. Kenapa la anaknya terlalu obsess dengan Daniel?
”That’s a right step, Johari!” Mansur akhirnya bersuara. Tindakan temanya memang tepat. Jika dibiarkan, rancangan mereka akan dirosakkan oleh Shiela.

*******************************

Halina menyelak langsir yang menutup tingkap di biliknya. Suasana di luar biliknya tidak menarik perhatian langsung. Perkara yang bermain di mindanya hanyalah kata-kata Melissa. Hatinya masih tidak tenang. Resah. Bimbang! Dirinya masih tertanya apa yang Melissa cuba sampaikan kepadanya. Lantas Halina mencapai telefon bimbitnya. No telefon Abang Rizal didail.
”Assalammualaikum!”
”Waalaikumussalam.” jawab Rizal sebaik saja menjawab panggilan.
”Abang Rizal kat mana sekarang ni?” tanya Halina. Hatinya berbunga riang apabila panggilannya dijawab oleh orang yang amat disayanginya.
”Office! Kenapa Lina?”
”Saja. Ingatkan nak ajak Abang Rizal dinner dengan Lina malam ni. Nak celebrate something dan ada juga perkara yang Lina nak beritahu. Malam ni Abang Rizal free tak?” soal Halina. Dia sudah bertekad kali ni dia akan luahkan apa yang disimpan di dalam hatinya sekian lama ni. Dia tak nak sembunyikan lagi perasaannya.
”Hmm....sorry ya, Lina! Abang kena siapkan kerja malam ni jugak. Esok nak kena hantar. Lain kali saja la ye.” Ucap Rizal dengan lembut.
“Baiklah. Lina faham.” Kata Halina. Dia akur walaupun ada sedikit perasaan hampa dalam dirinya.
”Ok! Bye!” Rizal menamatkan perbualannya. Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam poket jaket jeansnya.
”Halina ke?” tanya Melissa sebaik saja Rizal tamat perbualan dengan Halina.
Rizal hanya menganggukkan kepalanya.
Melissa mengeluh secara tiba-tiba. Air mukanya berubah. “ Lina suka kat abang. Takkan abang tak perasaan.”
”Mana ada! Abang anggap Lina macam adik sendiri. Kami membesar bersama-sama. Mustahil la.”
“Itu kata abang! Abang tahu ke isi hati Lina? Melissa ni perempuan, abang! Melissa tahu isi hati perempuan bila lihat pandangan mereka saja. Siapa mereka suka!”
Kata Melissa panjang lebar. Mihun goreng yang dipesan sebentar tadi tidak langsung disentuhnya.
Rizal terdiam apabila mendengar kata-kata Melissa. Dia tidak pernah terfikir pun tentang perkara tersebut. Yang dia pasti kini adalah hatinya telah dimiliki oleh insan yang bernama Melissa.
”Bila abang nak kenal Melissa secara rasmi kepada Halina? Melissa tak nak nanti Lina kata Melissa rampas abang dari dia.” Nada suara Melissa sedih. Kelopak matanya mulai berair.
Rizal terus memegang tangan Melissa. Sayu hatinya mendengar kata-kata teman wanitanya. ”Melissa tak rampas abang dari sesiapa pun. Cinta dan hati abang hanya pada Melissa. Percayalah”
Melissa tersenyum. Kata-kata Rizal sebentar tadi membuat hatinya berbunga riang ”Tapi tadi kenapa abang tipu kata abang kat office? Kenapa abang tak berterus terang saja yang abang bersama Melissa?” soal Melissa lagi.
”Aala....Melissa dah lupa ke? Hari tu kan Melissa pernah cakap, rahsiakan hubungan kita dari sesiapa pun. Bila tiba masanya, kita umumkan!” Rizal tersenyum. Genggam tangan Rizal semakin erat.
”Ya ke? Melissa dah terlupa la.” Melissa ketawa kecil.
“Apa la Melissa ni! Muda lagi sudah lupa.” Rizal mencuit hidup Melissa yang mancung itu sambil ketawa.
“Hmm….Melissa dah buat keputusan. Melissa tak nak rahsiakan lagi hubungan kita dari sesiapa. Biar semua orang tahu bahawa Melissa Nur Iman hanya cintakan Aliff Rizal selamanya.” Melissa tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun.
Rizal tersenyum dan menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju dengan kata-kata kekasih hatinya.
Senyuman Melissa semakin lebar. Halina sekarang ni kau tunggu la. Selepas ni kau akan bermandikan air mata darah, Halina. Sekali aku disakiti, kau akan merasai 2 kali ganda apa yang aku rasai. Aku takkan biar kau menang selamanya , Halina. Melissa melirik matanya pada lelaki yang berada di hadapannya. Lelaki ini adalah kunci kebahagian dan kegembiraan Halina tetapi sayang lelaki ini akan jadi milikku. Kau akan hanya dapat kesedihan, kehampaan dan kesakitan, Halina.

*******************************

Amran meletakkan beg kertas yang berisi sayur, ikan dan beberapa makanan keperluan harian di atas meja di dapur. ”Daniel, kau beli kereta Audi A5 tu buat apa? Kalau kau nak guna kereta, kau guna saja la kereta aku tu. Aku bukan selalu guna pun. Membazir saja.” kata Amran. Dia terkejut ada sebuah kereta mewah di perkarangan rumahnya.
”Aku malas la nak menyusahkan kau. Dah la aku tumpang tinggal kat rumah kau, takkan kereta kau pun aku nak guna. Segan la aku kalau macam tu.” kata Daniel terus melabuhkan punggugnya di sofa. Remote control tv dicapai. TV dibuka.
”Kita dah 7 tahun kenal, kau ni! Aku tak kisah la lagipun adanya kau kat sini, hilang la jugak rasa sunyi aku.” Amran tersengih.
”Takkan la kau tak ada girlfriend kat sini? Mustahil, orang sekacak kau tak ada siapa yang nak?” usik Daniel.
”Kau pun sama saja dengan aku. Dua-dua tak ada girlfriend. Jangan asyik nak mengata orang saja. Cermin diri tu dulu. Eh, kau lagil la handsome dari aku, ada duit, pangkat, nama, takkan kau tak pernah tersangkut kot.!” Giliran Amran pula.
”Yang sukakan aku hanya nakkan harta, pangkat dan nama saja.” Daniel mengeluh.
”Pasti kau akan bertemu dengan si dia jugak. Mana nak tahu, kau jumpa dia di sini!” Amran menepuk bahu sahabatnya.
”Korea! Kau ni nak aku terpikat dengan perempuan korea ke? Dah la sepatah haram aku tak faham apa mereka cakap.” Daniel ketawa besar.
”Mana nak tahu kalau jodoh kau kat sini!” Amran juga ketawa.
Tiba-tiba telefon rumah berbunyi, serentak mereka berdua berpaling ke arah telefon tersebut. Amran bangun. Daniel hanya memerhati. Siapa yang telefon awal-awal pagi ni?
”Hello!” jawab Amran.
”Daniel ada tak?” tanya pemanggil tersebut tanpa memperkenalkan diri terlebih dahulu.
”Siapa ni?” tanya Amran lagi. Setahu aku, tiada siapa yang tahu Daniel tinggal di rumah aku.
”Kak Dania! Am, boleh tak Am panggilkan Daniel sekejap?“
Bulat mata Amran sebaik saja nama Dania disebut. ”Aaaa...tu...tunggu sekejap ye!“ tiba-tiba saja Amran menjadi gagap. Air mukanya berubah.
”Kau ni Am, bila pulak kau tiba-tiba saja jadi gagap?“ Daniel ketawa.
“Daniel, cepat la! Panggilan ni untuk kau!” Wajah Amran serius.
”Siapa ? ” tanya Daniel hairan. Dia teragak-agak untuk menjawabnya.
”Cepat la !” kata Amran lagi.
Perlahan-lahan Daniel bangun dan menghampiri Amran yang masih memegang telefon.
”Cepat cakap !” nada suara Amran separuh bisik sebaik saja dia memberi telefon tersebut pada Daniel.
”siapa ?” tanya Daniel lagi. Dia masih ingin tahu siapa yang menelefonnya ?
”Kau jawab saja la.”
”Heee….Hello !” Kali ni giliran Daniel pula tergagap-gagap. Hatinya berdebar-debar. Atuk ke yang call ni? Wajahnya sudah berubah pucat.
”Daniel ingat atuk ke yang telefon!” Dania tiba-tiba saja ketawa. Lucu giler bila dengar suara adiknya yang tergagap-gagap. Pasti adiknya ingat atuk yang telefon.
Daniel menarik nafas lega sebaik saja mendengar suara kakaknya. ”Aduh, hampir luruh jantung Daniel dibuatnya. Am pun satu! Bukannya dia nak beritahu siapa yang telefon. Buat suspen je.” Daniel melihat ke arah Amran yang sedang ketawa melihat telatahnya sebentar tadi
“Kalau atuk, dia tak main la nak call macam ni. Awal-awal lagi dia dah muncul depan pintu rumah Am.” Usik Dania.
“Kak, jangan disebut nama atuk. Nanti tak pasal-pasal atuk betul-betul ada depan pintu rumah disebabkan mulut kak yang masin tu.” Gerun rasanya apabila nama atuknya disebut.
”Jangan risau. Atuk takkan dapat cari Daniel. Kak dah uruskan segalanya. Just enjoy yourself.” Beritahu Dania sambil melangkah keluar dari pejabatnya. Ali dan Zamri mengiringi Dania sebaik saja dia keluar dari bilik pejabatnya.
“Betul ke?” Daniel tersenyum. Lega sikit hatinya apabila mendengar kakaknya berkata seperti itu.
“Ya but when I need you, you have to come back.” Kata Dania.
“Ok tapi……” Daniel tiba-tiba teringat sesuatu. Matanya terus menjadi bulat.
“How do you know I’m here?”
“I’m your sister. Bye! Have a nice vacation.” Kata Dania sebelum menamatkan perbualan mereka.
”Hello....Helloo...Kak!” jerit Daniel apabila Dania meletakkan telefon. Daniel berpaling ke arah Amran. Pantas langkah kakinya di atur ke balkoni rumah Amran.
”Kenapa dengan kau ni?” tanya Amran. Dia juga mengikuti Daniel ke balkoni.
”She’s send someone to follow me here.” Mata Daniel meliar melihat di luar rumah Amran. Daniel geram. Ingatkan boleh la bercuti dan bebas. Rupa-rupanya sebaliknya yang berlaku.
“Siapa?”
“Kak Dania!” jawab Daniel. Dia masih memerhati keadaan sekeliling di luar rumah Amran. Dia yakin Kak Dania hantar seseorang mengawasi dirinya.

Saturday, November 7, 2009

Rahsia hati 10

Bab 10

Daniel menoleh ke kiri dan kanan. Suasana di lapangan terbang Incheon, Seoul memang sibuk. Kebanyakkan orang di situ sibuk dengan urusan masing-masing. Patut la lapangan terbang ini dikatakan merupakan salah satu tempat yang paling sibuk di dunia. Daniel membetulkan cermin mata hitam jenama Tom Ford yang dibelikan oleh Dania tahun lepas sewaktu di Paris. Mana la Am ni? Takkan lupa nak ambil aku kat sini? Cermin matanya ditanggalkan. Daniel resah.
”Daniel!” jerit Amran sebaik saja nampak kelibat Daniel yang sedang duduk. Dia segera mengatur langkah menghampiri sahabatnya sewaktu belajar di luar negara. Sudah 2 tahun, dia tidak berjumppa dengan Daniel sejak dia ditukarkan ke Kedutaan Malaysia di Korea Selatan.
”Am!” Daniel tersenyum. Mereka berdua bersalaman.
”Wah, terkejut aku bila kau tiba-tiba saja call aku semalam. Kau ada urusan perniagaan kat sini ke?“ tanya Amran.
”Tak la.” ringkas jawapan Daniel.
”Beg kau mana?” tanya Amran lagi. Matanya mencari kalau ada beg Daniel yang perlu diangkatnya.
”Ini saja!” Daniel menunjukkan beg galas yang berada di belakangnya.
Berkerut dahi Amran. ”Ini saja! Biar betul, sekarang sini musim sejuk! Sebaik saja kaki kau melangkah keluar dari airport ni, kau boleh jadi beku tau!” Amran membetulkan baju sejuk dan mafla yang sedang dipakainya.
”Ala nanti aku beli la kat sini! Susah apa! Jom, sini ada tak Coffee House? Aku dahaga la.” kata Daniel.
”OK!” Amran tersenyum. Dia gembira dengan kedatangan Daniel ke sini. Tak la dia sunyi nanti.

*************************

”Daud! Kau ni duduk la. Kepala aku dah pening bila tengok kau asyik berulang alik dari kiri ke kanan.” Kata Dato’ Razali kepada sahabatnya.
Tan Sri Daud menoleh ke arah Dato’ Razali. ”Selagi aku tak dapat tangkap Daniel, aku tak senang duduk! Kalau aku dapat tangkap budah bertuah tu, siap la aku kerjakan.” Tan Sri Daud melepaskan geram. Tangannya digengam erat. Dia masih menunggu berita dari Karim. Dia telah kerahkan orangnya mencari Daniel di serata negeri di Malaysia. Walau di lubang cacing sekalipun, Daniel takkan dapat menyembunyikan diri daripadanya.
”Hish...kau ni! Bawa banyak bersabar. Kau anggap je Daniel pergi bercuti, nanti dia balik la. Dia hanya merajuk kat kau. Tanda protes! Yang kau paksa dia bertunang dengan Lily tu buat apa? Aku tengok Si Lily tu macam tak betul saja. Baju dia? Aduh, sakit mata aku dibuatnya.” kata Dato’ Razali lagi.
”Kau ni! Sama saja macam Dania.”
”Dah tu kenyataannya! Aku tahu la kau nak tanah Lily di Puchong tu sebab tu kau beriya-iya sangat nak jodohkan Daniel dan Lily tapi kau nak ke nanti cicit kau macam Si Lily tu? Pakai baju pelik-pelik! Rambut pun sama. Kau nak?”
Tan Sri Daud terdiam. Betul jugak! Baju dia? Rambut dia? Perangai dia? Aku pun rimas sebenarnya tapi sebabkan tanah kat puchong tu...Tan Sri Daud mengeluh. “Habis tu?”
“Kau jangan la paksa dia. Bila dia balik nanti, kau buat rundingan damai dengan Daniel.” Nasihat Dato’ Razali. Nasihat orang pandai! Aku pun sama. Paksa Hairi bertunang dengan Dania tapi apa yang aku buat adalah untuk kebaikan Hairi. Hanya Dania dapat mengubah perangai Hairi, Itu aku pasti!
“Kau ingat aku ni berperang dengan Daniel ke?”
“Memang berperang pun!” jawab Dato’ Razali selamba.
Tan Sri Daud menjeling ke arah sahabatnya.
”Dania? Dia tahu tak Hairi tak jadi balik minggu ni?“
”Tahu. Aiii...bila kau sebut nama Dania saja, terus darah aku naik! Aku tahu dia tahu di mana Daniel berada. Dia sengaja kunci mulut dia. Pandai pula berlakon kat depan aku tadi. Dia ingat aku bodoh. Semua duit dan kad kredit Daniel aku bekukan. Biar dia rasa apa akibatnya buat aku macam ni.”
“Kau ni Daniel kan cucu kau. Kalau kau buat macam tu, terus dia tak balik. Padan muka kau!” Dato’ Razali menggelengkan kepalanya.
”Tan Sri!” tegur Karim.
”Macam mana? Kau dah dapat maklumat di mana Daniel berada ?” tanya Tan Sri Daud sebaik saja Karim menegurnya.
”Maaf, Tan Sri! Kami masih berusaha mencari tuan muda.” beritahu Kariml.
”Apa! Macam mana kamu semua buat kerja? Susah sangat ke nak cari Daniel.” marah Tan Sri Daud. Berita yang dterimanya memang di luar jangkaan.
”Saya sudah periksa semua, Tan Sri. Hotel, resort dan macam-macam lagi tapi tiada nama yang didaftarkan atas nama Tuan Muda seolah-olah Tuan Muda tidak berada di Malaysia. Saya juga telah periksa senarai nama penumpang ke luar negara tapi tiada nama Tuan Muda. Begitu juga dengan pihak kedutaan di seluruh negara.”
Tan Sri Daud mengetap bibirnya menahan geram. Mana kau sekarang, Daniel? Mana dia pergi? Kau sengaja nak naikkan kemarahan atuk..
”Kau risau Johari apa-apakan Daniel ke?” tiba-tiba soalan tersebut diajukan oleh Dato’ Razali. Sebenarnya dia sendiri tahu apa sebenarnya yang merisaukan fikiran sahabatnya sekarang ni.
Tan Sri Daud terdiam.
”Kau jangan risau. Dania pasti takkan benarkan sesiapa cederakan adiknya. Kau pasti lebih tahu tentang perkara ni.” Dato’ Razali bangun dan menepuk lembut bahu sahabatnya itu.
Tan Sri Daud mengeluh. Kata-kata sahabatnya itu memang betul. Dania! Siapa tak kenal dengan cucu perempuannya itu? ”Hmm...Karim, kau perhatikan Dania mulai hari ni. Apa dia buat? Siapa dia jumpa? Ke mana dia pergi? Kau laporkan kat aku tiap-tiap hari.” arah Tan Sri Daud.
”Baik, Tan Sri.”
”Kau boleh beredar sekarang!” arah Tan Sri Daud. Karim beredar dari situ meninggalkan majikannya. Dato’ Razali merenung sahabatnya. Ada sesuatu yang sedang difikirkan oleh sahabatnya. Apa rancangan Daud selepas ni?

*****************************
”Apa mimpi kau tiba-tiba nak datang sini? Dah banyak kali aku ajak kau datang ke sini tapi macam-macam alasan kau bagi. Busy, ada meeting la, outstation la.” soal Amran. Kek coklat yang berada di hadapannya di makan perlahan-lahan.
”Bila aku tak datang kau marah, sekarang ni bila aku datang sendiri banyak pulak soalan kau!”
”Amboi, salah ke aku tanya soalan tu kat kau? Cuma pelik saja. Mana bodyguard kau? Selalunya kalau nak pergi ke mana-mana, ada saja bodyguard berkepit dengan kau. Pergi tandas pun diorang ikut.” Amran bertanya lagi. Sebenarnya bermacam-macam soalan bermain di fikirannya. Sejak kemalangan yang dialami oleh Daniel sewaktu belajar di Ireland dahulu, kakaknya mengupah beberapa pengawal peribadi mengawal keselamatan adiknya. Kejadian ngeri tersebut merupakan perkara yang tidak dapat dilupakannya. Amran terus minum secawan kopi yang dipesannya sebentar tadi.
”Aku lari dari rumah!” ringkas jawapan Daniel. Dia malas nak sembunyikan perkara ni dari Amran lagi.
Tersedak Amran dibuatnya selepas mendengar jawapan Daniel. Dia meletakkan kembali cawannya lantas dia mengambil tisu. “Apa!”
“Aku .....lari .....dari ....rumah!” Daniel menyebut satu persatu agar Amran mendengar katanya. Malas nak ulang lagi.
”Pewaris Global Bersatu lari dari rumah! Kau biar betul!” Amran tak percaya.
”Tengok! Kau ada nampak ke bodyguard aku? Ni beg ni! Aku bawa ni saja. Sekarang ni aku sehelai sepinggang. Duit semua tak ada. Sekarang ni aku pasti yang atuk telah bekukan semua aset aku. Duit dan kad kredit aku.Nanti kau bagi aku pinjam sikit duit kau”
Amran menggelengkan kepalanya. Dia tahu sejak dulu lagi Daniel dan Tan Sri Daud memang tak sehaluan. Pantang saja bertemu mata pasti ada saja yang akan dijadikan isu untuk bertengkar. Pertama kali dia berjumpa atuk Daniel , hampir luruh jantung dibuatnya. Garang nak mampus. ”Kak Dania?”
”Dia tahu. Bila kau sebut nama kakak aku, baru aku teringat. Sebelum aku datang sini, dia bagi aku sampul surat. Aku terlupa la nak buka.” Daniel membuka zip begnya. Sampul surat tersebut dikeluarkan dan dibuka. Daniel mengeluarkannya.
”Buku bank! Kad kredit!” kata Amran mengambil salah satu buku bank yang dikeluarkan oleh Daniel. Dia membuka dan hampir terjojol biji matanya melihat angka di dalam buku tersebut .....”50 ju....juta!”
Daniel tersenyum. Cerdik betul otak kakak aku ni! Dia tahu atuk akan bekukan duit dan kad kreditnya. Thanks!
Amran mengambil satu lagi buku bank yang berada di tangan Daniel .Dia membuka. ”20 juta..Kak Dania dah tersilap bagi buku bank kat kau ke? Kalau macam ni, setahun kau tinggal kat sini belum tentu duit kau dah abis..Macam ni kau tak payah la nak pinjam kat aku?”
Daniel ketawa.”Malam ni aku belanja kau, kau sebut saja apa kau nak makan! Ok” kata Daniel.
”No hal punya!” Amran tersengih.
“Tapi sebelum tu aku nak shopping dulu. Beli baju!” kata Daniel tiba-tiba teringat akan pakaian yang dibawanya tak sesuai dengan cuaca di sini.
“Ikut aku! Kau nak jenama apa? Semuanya ada.” Amran tiba-tiba bangun.
“Tapi sebelum tu, kau kena la bayar breakfast . Aku tak keluarkan duit lagi.” Daniel tersengih. Dia membuat muka kasihan.
“Kau ni!” Amran menjegil matanya pada Daniel.

*****************************************

Dania menyandarkan kepalanya di sofa. Dia memejamkan matanya. Selepas saja meeting bersama Tan Sri Firdaus tamat, sakit di kepalanya mula terasa. Dia sudah pun makan ubat yang diberi oleh Dr. Hazwan. Namur sakit di kepalanya belum juga hilang.
“Cik Muda, ini airnya!” Suria memberikan segelas air suam kepada majikannya. Wajah Dania pucat. “Ali, kenapa kau tak bawa Cik Muda ke hospital? Pucat semacam saja muka Cik Muda.” Suria resah.
“Cik Muda tak nak!” jawab Ali ringkas. Wajahnya tercalit perasaan bimbang yang tersemat di dalam hatinya. Sakit kepala Cik Muda semakin teruk kebelakangan ni. Asyik pitam dan muntah saja.
Dania mendiamkan dirinya. Dia hanya mendengar percakapan Suria dan Ali. Dia malas nak masuk campur. Dania masih memejamkan matanya. Sakit yang dirasainya dilawan.
“Tak sangka aku boleh jumpa kau kat sini.” Ada seseorang tiba-tiba menegur Dania.
Pelahan-lahan Dania membuka matanya. Dia kenal benar dengan pemilik suara yang menegurnya. Lelaki tersebut sedang tersenyum ke arahnya. Dania membetulkan kedudukannya. ”Hmm.....Ini hotel milik Global Bersatu, tak salah kan kalau Dania berada di sini.”
”Aku tahu! Cuma aku ingat sekarang ni kau tengah sibuk mencari Daniel!” Johari terus duduk di sofa yang berhadapan dengan Dania. Senyuman masih terukir di bibirnya. Pasti sekarang ni Dania risau memikirkan tentang kehilangan adiknya sebab itu la wajahnya pucat dan resah.
Dia tahu pasal Daniel? Cepatnya berita tersebar. Ini pasti sebab gara-gara atuk arahkan orangnya mencari Daniel. Tak mustahil kau perkara ni sampai ke telinga Uncle Johari. “Lari? Siapa kata Daniel lari? Dia cuma pergi melancong saja.” Dania cuba berdalih. Dania tersenyum lebar.
“Ya ke? Kau pasti ke, Dania!” Nada suara Johari seolah-olah sedang menyindir Dania.
“Tentu sekali. Sebelum Daniel bertolak, Daniel beritahu tentang perkara ni pada Dania. Lagipun Daniel kata mungkin ini peluang untuk dirinya untuk jauh dari perempuan yang tak ada maruah diri yang selalu ikut dia ke mana-mana saja. “ Kata Dania. Orang tua ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku!
Tiba-tiba saja senyuman di bibir Johari terus hilang. Kata-kata Dania memang pedas. Dia faham siapa perempuan yang dimaksudkan oleh Dania. Siapa lagi kalau bukan anaknya sendiri. Sabar! Aku tak boleh biar Dania tahu dia berjaya naikkan kemarahan aku. ”Mungkin itu hanya alasan saja. Hmm....aku pergi dulu. Bila Daniel call nanti, kirim salam kat Daniel. Nasihatkan dia supaya berhati-hati. Kita tak tahu apa yang akan berlaku. Kemalangan sering berlaku tanpa diduga. Betul tak?” Johari terus bangun.
”Betul tu! Lebih-lebih lagi kalau ada orang jalinkan hubungan dengan isteri orang, lepas tu suami dia dapat tahu. Bang! Lelaki tu mati ditembak oleh suami perempuan tu. Malang betul. Betul cakap Uncle, kemalangan boleh berlaku di mana-mana saja kan!” giliran Dania pula tersengih sehingga menampakkan giginya yang teratur.
Wajah Johari terus berubah. Dia tahu kataa-kata Dania sebentar tadi ditujukan kepadanya. ”Kau cakap apa?” nada suara Johari tiba-tiba meninggi.
”Itu andaian saja! Kenapa Uncle? Uncle terasa ke?”
”Kau!” Johari menunding jari telunjuknya tepat ke arah Dania.
”Jo, sayang!” tiba-tiba saja ada wanita memegang tangan Johari. Serentak Johari berpaling. Dia terkejut. ”Maaf la, ada hal tadi! Susah la nak cari peluang keluar dari rumah tadi.” Kata wanita itu dengan postur badan yang menggoda.
Dania bangun. ”Dania balik dulu, Uncle! Lagipun your lady dah datang. Enjoy yourself but be careful.” Dania membuat mimic muka. Dania terus berlalu diikuti oleh Suria dan Ali. Dania tidak mempedulikan renungan Johari terhadapnya. Lantak kat kau la! Nak sangat cari pasal dengan aku! Semua rahsia kau ada dalam gengaman aku.
“Cik Muda, dah ok ke?” Tanya Ali sebaik saja keluar dari hotel.
“Ok!” Dania tersenyum.
“Bukan ke wanita tadi, isteri kedua Dato’ Rustam?’ tanya Suria. Dia pernah nampak wanita tadi.
”Hmmm....biasa la. Siapa tak kenal dengan Uncle Johari! Sikap playboy dia, satu KL tahu!Tua ke! Muda ke? Janda ke? Isteri orang ke? Dia peduli apa.” kata Dania. Pasti Uncle Johari arahkan orangnya cari Daniel juga. Perasaan bimbang mula terbit di hatinya. Sekarang ni Daniel jauh darinya, dia bimbang jika perkara 6 tahun yang lalu berlaku lagi.
”Cik Muda jangan risau, saya dah arahkan orang saya menjaga keselamatan Tuan Muda.” Ali tiba-tiba bersuara. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Dania.
Dania tersenyum. ”Thanks Ali. Hari kamu boleh balik awal, saya tak pergi ke mana-mana. Lebihkan masa bersama isteri dan anak-anak. Keluarga harus diutamakan. Saya beri seminggu untuk kamu bercuti. Pasal saya jangan risau, Zamri ada.”
”Tapi ...jika bukan kerana Cik Muda, pasti saya dan keluarga saya....”
”Ali, waktu tu saya tolong kamu sekeluarga dengan ikhlas. Saya tak minta apa-apa balasan pun. Dengar nasihat saya, ok!” Dania memandang lelaki yang sentiasa berada di sisinya sejak 8 tahun yang lalu.

*********************************************

”Aaaa.....kenapa tiba-tiba terdiam pulak! Kau tak nak cakap apa-apa ke? Kau sepatutnya ucapkan tahniah kat kami sebab projek kami terpilih untuk mewakili fakulti ke peringkat universiti.” Kata Salwa. Sebaik saja keputusan diumumkan, Salwa terus mendekati Melissa.
Melissa menjeling ke arah Salwa yang sengaja menyakiti dirinya. Hatinya masih panas bila tajuk segment Halina terpilih untuk mewakili fakulti. Macam mana aku boleh dikalahkan oleh Halina? Sedangkan tajuk aku adalah tajuk dia juga. Kegigihan Orang Serba Kekurangan. Tajuk entah ke apa-apa! Macam mana boleh menang? Sepatutnya aku yang menang.
”Aiii...suara kau dah hilang ke Melissa! Tiba-tiba saja jadi bisu. Itu la balasan ke atas orang yang berhati busuk macam kau!“ Salwa ketawa. Seronok betul bila lihat reaksi Melissa apabila keputusan diumumkan.
”Hey, betina! Kau jangan berlagak la. Sekadar terpilih untuk mewakili fakulti, aku tak hairan la.” jerit Melissa, Dia geram bila Salwa memperlekehkan dirinya.
”Ya ke? Kalau kau tak hairan, kenapa kau naik angin?”
”Boleh tak kau berambus dari sini sebelum tangan aku ni hinggap kat muka kau?” Melissa menunjukkan tangan kanannya. Ikut hati nak saja aku tendang perempuan ni! Menyakitkan hati!
”Kau ingat aku takut? Kau ingat kau seorang saja ada tangan! Dah lama aku geram dengan kau. Tangan aku ni dah lama tak penampar orang” Bulat mata Salwa merenung Melissa yang sedang berdiri di hadapannya. Naik saja aku cabut rambut kau sampai botak. Biar kau malu!
”Salwa!” Halina tiba-tiba berada di belakang Salwa begitu juga Sarimah, Janie dan Murni. ”Tak payah kau buang masa layan dia ni! Tak ada apa-apa faedah pun. Biarkan dia” nasihat Halina. Jika dilayan, lain pulak jadinya nanti.
”Kau ingat kau menang kali ni, kau boleh berlagak. Aku sengaja biarkan kau menang kali ni tetapi selepas ni kemenangan besar berpihak pada aku. Kau tunggu dan lihat nanti. Permainan kita belum tamat lagi” Melissa tersenyum.
”Apa maksud kau?” kata kata Melissa membuatkan hati Halina tiba-tiba tak senang. Ada maksud disebalik kata-kata Melissa sebentar tadi.
”Kau tunggu dan lihat saja la.” Melissa ketawa. Dia segera berlalu pergi meninggalakan Halina yang masih tercengang.
Wajah Halina berubah. Salwa sedar akan perubahan wajah Halina. ”Kau jangan dengar sangat kat perempuan tiga suku tu! Dia sengaja nak sakiti hati kau.” nasihat Salwa meletakkan tangannya di bahu Halina. Dia cuba menenangkan Halina.
”Jom, apa lagi! Aku belanja korang semua makan sempena kemenangan kita hari ni.” ajak Murni. Dia cuba menceriakan keadaan yang suram tadi.
”Ok!” jerit Sarimah setuju.
”Bab makan, kau memang tak pernah tolak!” bebel Salwa melihat ke arah Sarimah yang tersengih. Namun tiada secalit senyuman di wajah Halina, kata-kata Melissa benar-benar merungsingkan dirinya.

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...